UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Apr 2, 2011

scrapbooking

Salam.

Hari ni macam biasa, godeh-godeh fesbuk memang dah jadi rutin la kan? Even lagi berapa minit nak masuk dewan jawab exam pun still masih boleh berfesbuk. haish. Inilah perangai remaja sekarang. <--- tak sedo diri sendiri pun sama.

Paan dah upload gambar-gambar masa dinner. Terkekeh-kekeh aku ketawa sorang-sorang tengok aksi kawan-kawan aku. Gembira.

Tengah layan-layan tengok gambar-gambar tu semua, aku tiba-tiba teringat. Diri aku yang dulu dan sekarang sangat berbeza. Begitu juga kawan-kawan aku yang lain. Kalau time sekolah dulu, jarang sangat tangkap gambar dengan budak-budak lelaki. Entah. Gambar yg gembira memang tak ada langsung rasanya. Semua gambar yg formal dan skema. Diri tegak-tegak serupa nak nyanyi lagu Negaraku. Banyaknya gambar dengan girlfriends. Kenapa ya? Sebab dulu aku tak rapat dan tak berapa nak ngam dengan budak laki sangat.

Tapi, bila dah besar, umur bukan lagi belasan tahun, semuanya berubah. Kalau boleh setiap moment yg berlaku, aku nak snap kan dan letak dalam scrapbook. Ok. Sentuh bab 'scrapbook', entah bila lah aku nak start buat. huhu.. Tahu scrapbook yg aku maksudkan ni apa?


contoh dari cerita disney 'Up'.


Catatkan segala moment yg berlaku dalam hidup korang. Macam diary jugak, tapi scrapbook ni more kepada fancy-fancy things yg ada glitters sana sini, gambar candid yg banyak.. Budak perempuan memang cukup suka lah kan. Salah seorang kawan aku yg buat, Syaheeda. Lelaki aku tak tahu coz aku tak pernah tengok pun diorang ada. Nak buat nya senang je. Beli buku yg lawa-lawa. Perhiasannya pun ada jugak. Macam kertas-kertas dan pen-pen warna-warni. Berlambak kat kedai-kedai buku. Sesiapa yg terlebih kreatif tu lagi baik. Memang jimat duit kalau pandai hias buku tu. 

Buku ni lebih baik kalau start buat dari kita kecik. So, nampak lah perjalanan kehidupannya. huhu.. Tak apa. Aku nak wajibkan bakal anak-anak aku buat nanti. Lalala~ <---ceyt!

Scrapbooking menuntut tahap kerajinan dan kekreatifan yg tinggi. Adehh.. Aku tak rajin maa..




Antara gambar yg kelakar bagi aku time dinner pusat sukan hari tu.


budak-budak retarded. HAHA



see our faces?? hahaha



sori. aku tak reti amik gambo sopan-sopan.



HAha


Jom try buat scarpbook nak??

3 comments:

munifah said...

wewit... hahaha

K2r~90 said...

hoo agak ah kite makinberubah bile umur makin meningkat aq pon makin brani plak bergambo gile2 hehehe =)

yana said...

huwah haniiiiiii! let's meet up cepat!
*goodluck in your scrapboooooking! :)

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik