UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Jan 26, 2012

sebak.. sayu.. sedih.. 2

Salam.

Alhamdulillah hari ni dah termasuk hari ketiga aku melawat Paan. Tengok dari fizikal dia, syukur alhamdulillah. Tiub yg banyak-banyak bersambung dalam mulut dia, dah berkurang hari ni. Muka dia yg bengkak, alhamdulillah dah surut sedikit.

Melalui makluman adik dia, Paan dah sedar dan boleh kenal keluarga dia. SubhanAllah.. Alhamdulillah..

Tapi sedikit kerisauan bila tekanan darah dia naik. Mak Paan cerita, dia meronta-ronta. Mungkin reaksi dia yg terkejut dan takut kot. Entahlah.. Aku pun tak tahu..

Apa-apa pun, doa aku, moga Allah kuatkan dan tenangkan hatinya. Moga dalam kesakitan itu, Paan dapat cari hikmah untuk lebih terus mendekatkan diri pada Allah. Biar hati dan fikirannya hanya dipenuhi zikrullah yg tidak putus-putus. Allah lah tempat bergantung segala harapan dan pertolongan. Moga dia beroleh kesembuhan dan kesihatan seperti sedia kala. ceria, riang bersama keluarga dan teman2nya. ameenn. insyaAllah!

Truth is, aku rindu sangat-sangat kat dia.. Allah.. Dia sahabat yg sangat baik. Antara semua kawan lelaki yg aku ada, dialah tempat yg aku senang bercerita. Rahsia-rahsia aku, kesedihan aku, kegembiraan aku..Hampir semua aku kongsi dengan dia. Best friend forever. Rindu nak gurau-senda dengan dia. Rindu nak gedik-gedik dengan Paan. Rindu nak sakat-sakat dia. Rindu..

InsyaAllah, bila Paan dah sembuh dan sihat seperti sedia kala, saat dia baca entri ni, mesti dia tergelak-gelak je. hahaha.



Aku lagi putih dari ko Paan! hohoho


wee~~


yg ni memang sengal giler. hahaha
asyik nak tergelak je tengok muka Paan


sempat je posing time joging


cakk!!


oppss! hikhik

 
pergi support Paan masa dia main kat Kejohanan Pencak Silat
kt Times Square.


to Paan: Aku tahu mesti ko nak cakap aku gedik kan?? hahahaha. lalalala~~

Jan 23, 2012

sebak.. sayu.. sedih..

Salam..

Aku baru je balik dari program OPKIM, terus je update blog. Tak tahu nak cerita kat siapa, kat blog je yg aku dapat luahh.

Sepanjang aku berprogram, serius hati aku tak tenang. Allah.. Allah..

Hari ketiga (Ahad) aku di sana, aku dikejutkan dengan berita kemalangan seorang best buddy@best friend yg sangat aku sayangi, Muhamad Farhan Ismail aka Paan yg kini sedang dirawat di hospital Putrajaya dan masih belum sedarkan diri. Paan masih dalam keadaan kritikal di mana doktor tempatkan dia dalam wad ICU. Kini hanya doa dapat dipanjatkan moga dikuatkan dan dicekalkan semangat untuk melawan kesakitan yg dia alami. Moga Paan dan keluarga tabah menerima ujian ini..

To be honest, aku tak tahu macam mana kemalangan itu berlaku dan bagaimana gambaran sebenar keadaan Paan sekarang. Hanya abg Man (coach) kawan-kawan yg jadi orang tengah tolong aku update keadaan sebenar Paan sekarang.

Sekalian lagi, hati aku tak tenteram selagi tak pergi melawat dia..

Bila dapat tahu yg Paan kemalangan dan dimasukkankan ke unit kecemasan, ya Allah.. Luruh jantung aku. Terduduk dan teresak aku kejap. Macam-macam perkara yg tak elok terbayang dalam kepala aku bila abg Man beritahu keadaan dia masa dirawat.

ok lah.. Rasanya baik aku stop kat sini. Rasa sebak dah mula bertandang. InsyaAllah, soon aku dah pergi melawat dia, aku akan beritahu keadaan Paan macam mana.

Mohon doa kalian untuk kesembuhan, kesihatan Paan. Moga dia dipanjangkan umur juga.



Ya Allah, hamba-Mu memohon supaya kesihatan sahabat hamba ini segera pulih. Beliau adalah muslim yang baik. Sihatkanlah beliau segera, semoga beliau dapat meneruskan pengabdiannya kepada-Mu. Amin, ya Allah yang maha berkuasa menyembuhkan.

Jan 19, 2012

mood apa?

Salam.

harus STUDY!



tapi macam MALAS jek.. 



tapi kalau tak study, nak JAWAB apa esok??



doakan aku wehh!!



habis exam, boleh ENJOY!!



happy holiday kawan-kawan!!

Jan 17, 2012

sayu rasa hati ini..

Salam.

Sayu rasa hati ini,
tatkala melihat seorang si Tua berkata,

"tumpang lalu ye nak.."

sambil terbongkok-bongkok (tunduk minta laluan) dan tersenyum manis terhadap sekumpulan si Muda yg seronok bersembang di tengah-tengah laluan tanpa memikirkan orang sekeliling.


Sayu rasa hati ini,
tatkala melihat si Muda yg leka dan asyik dengan dunia masing-masing tanpa belas kasihan terhadap si Tua bersama kudrat yg tak seberapa memikul beras seguni di tangan kanan, dan barangan lain di tangan kiri. 


Sayu rasa hati ini,
tatkala mendengar tutur kata si Muda pada kekasih atau kawan yg bagaikan lembut gigi daripada lidah tetapi sedangkan tutur kata terhadap si Tua seakan-akan menempik-nempik.


Sayu rasa hati ini,
tatkala melihat si Muda sanggup berhabisan wang ringgit demi menyambut kelahiran kekasih atau kawan tetapi terhadap si Tua, hanya ada sebaris ayat,
"Happy birthday"


Sayu rasa hati ini,
tatkala melihat si Muda lebih gembira bertanya khabar dan menghabiskan masa bersama kekasih dan kawan daripada menjaga kebajikan si Tua.


Sayu rasa hati ini,
tatkala melihat si Muda menghantar si Tua ke rumah jagaan warga emas atas alasan tiada masa mahu menjaga mereka kerana sibuk akan kerja dan keluarga. 


Sayu rasa hati ini,
tatkala melihat si Muda bertaraf mahasiswa yg berpusu-pusu pergi ke kuliah tanpa menghiraukan si Tua yg saban hari menyapu daun-daun kering demi rezeki secubit nasi. Walaupun tiada ungkapan mohon penghargaan daripada mereka, sukarkah untuk kita menghadiahkan segaris senyuman tanda terima kasih dan menghormati?







Terms:

si Muda - golongan muda
si Tua- golongan tua

Jan 16, 2012

tunggu

Salam.

Tired of waiting for you.

erkk. eh eh. Apakah??

Selalu tunggu dan sentiasa menunggu.
Kadang-kadang, rasa tak nak tunggu dah.
Tertanya-tanya, berbaloi ke menunggu?
Tertanya-tanya lagi, tunggu apa sebenarnya??

Mungkin tiba masa harus berhenti menunggu.
Tapi, kalau berhenti menunggu, punah lah segala harapan kan??

emm.. harus tunggu ke tidak eh??

Haipp!

Ignore. Just, let it come.

Terima apa adanya.





Jan 13, 2012

wishes for myself

Salam.

“This is my wish for myself: 

Comfort on difficult days,
Smiles when sadness intrudes,
Rainbows to follow the clouds, 
Laughter to kiss your lips, 
Sunsets to warm your heart, 
Hugs when spirits sag, 
Beauty for your eyes to see, 
Friendships to brighten your being, 
Faith so that you can believe, 
Confidence for when you doubt, 
Courage to know yourself, 
Patience to accept the truth, 
Love to complete your life.


~anonymous~





fyi, itu bukan ayat aku. Tiru je. ngee~


Jan 11, 2012

belum menapak, tapi dah terjatuh.

Salam.

Dialog 1 *dialog hanya rekaan semata

Orang tak beriman: Rasa nak bunuh diri je masa jawab exam tadi. huh.

Orang yg beriman: Alhamdulillah.. At least dapatlah jawab sikit walaupun tak dapat jawab semua. huhu..


Paper STAB3013 Biologi Pemuliharan dan statusnya adalah Luar Pusat (LP). Bukan major ye.

Rasa macam dah yakin sikit before nak jawab exam. Tapi bila buka kertas soalan.. rasa nak hentak kepala kat dinding!!!  http://www.emocutez.com

First paper dan first time untuk sem ni *oh.. before ni pun pernah buat lah ye? aku jawab dengan penuh tak konfiden nye sambil hati aku menjerit meronta-ronta,

"tolonglah lulus.. tolonglah lulus.."

Soalan pertama je, dah bulat-bulat 25 markah. Ketuk-ketuk kepala aku nak jawab apa. Soalan 2 pun sama je!!

Tengok soalan kt bahagian B pulak, demm. Lagi rasa nak pecah kepala.

Subjek yg sepatutnya dapat membantu kenaikan pointer, akhirnya hanya tinggal mimpi..

Sedihnyaa.. http://www.emocutez.com     http://www.emocutez.com

mayat

Salam.


Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis (Dean Winchester menyamar jadi polis) : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…

"tunjuk peace macam ni?" soal Dean

Then, Dean ketawa dengan comelnyaaa

hahahahaha!


you and I

Salam.

Sedang stress study? Mengantuk?? *aku la tu

Jom layan gambar-gambar ni. 






sweet!



kau putih, aku brown


lembut aje~~ 


ada orang ushar la!! erkk



abang, jom la g dating!! 


aku makan kau!



ibu kau lah ratu hatiku. wuu~



mennn. ada orang snap gambar!


kakiku pendek.


=)



Aku suka gambo haiwan yg berdua-ekor or beramai-ekor. Gambo sorang-sorang, tak best! hahaha

Jan 10, 2012

difficult times part 2.

Salam.

eh eh. Ada pula part 2. hahaha. Tak tahu nak buat tajuk apa, tapi isi entri masih berkisar tentang perkara yg sama. So, mudahnya ambil tajuk tu je lah.

As I expected, perkara begini pasti akan terjadi. Bagai ulang tayang pulak. Bezanya dulu ada muhasabah diri. Tapi kali ni, pendekatan nya berbeza. Mereka guna golongan yg aku hormati. Alhamdulillah. Apa-apa pun terima kasih.

Cumanya, aku lagi prefer muhasabah diri. Yelah, boleh straight dari someone tu daripada ber'pas-pas' pada orang lain. Nampaklah ada keikhlasan dan kesungguhan kat situ nak menjernihkan keadaan kan? Terkilan sungguh.

The moments aku terima responsibility ni, dalam otak memori aku seolah-olah ada flash card pulak. Macam dejavu. Kita boleh agak-agak apa yg akan terjadi pada masa akan datang.

Now, it is really happened. Kalau dulu ego nak minta maaf tu, melangit tinggi. Even salah aku, aku tetap berkeras untuk tidak berkata maaf. Bila saat ni belajar tundukkan ego, mohon maaf atas segala kesilapan, orang buat tak endah pulak. Sakit hati? Ya! Tapi kena terima semua tu sebab memang salah sendiri. Bak kata orang, padan muka Haniza! What goes around, comes around. Hukum karma.

Dari form 3 dok tahan, sampai la saat ni. Great. Gunung api dah meletus. Lama sangat terpendam.

I am a bad girl.
I am emotionally unstable.
I have a really bad temper.

Itulah serba sedikit yg berkaitan dengan situasi yg aku alami sekarang. Siapa yg kenal aku since sekolah, mesti tahu kan??

Tapi masa sekolah, 3 sifat negatif tu sentiasa ada. Orang nak dekat pun takut. Masuk matriks, dan campus life, aku ingat dah terubat penyakitnya. Alamak.. Elok pulak tahun akhir ni, still ada lagi. Siapa pencetus? Entah.

Biasanya perkara yg boleh buat kita terusik hati macam ni adalah kawan-kawan sendiri. Sahabat yg kita sayang. Apa guna sahabat kalau tak boleh saling menegur?

Life must go on. Wadehel kena tegur terus rasa nak mati?? hahaha. Kecewa dan berasap je kepala ni bila mereka mengadu-ngadu sedangkan diorang boleh face to face. Tapi biasalah kan?

Trying to be strong dengan gelak ketawa dan playing around. Cuma ingatkan dalam kepala ni, ignore things in the past. Let it go. Face what comes tomorrow. Perkara ini terjadi sebab salah sendiri. So, there is no one else to blame. It's my fault. I'm the one to blame and I'm sorry.

Tapi aku rasa ada satu benda yg di isu kan, bukan salah aku sebenarnya. Entahlah. Mungkin nak menambah point bagi aku sedar dengan teguran tu kot. Terima je.

Doanya, aku dapat jawab exam esok dengan hati yg tenang walaupun tak setenang mana coz study pun belum habis lagi. *yelah bila masa nak study kalau ke sana ke mari je??





waaaaaH!



"kata nak study??" Dean perli.


erkk. Oritee. Ok2.



I need strength. I need support. I need you, mak! :'(

Jan 9, 2012

difficult times.

Salam.

Bukan nak mengeluh, bukan nak mengadu. Tapi nak meluah.
Bukan nak paksa, bukan nak halang. Tapi terpulang pada korang jika nak baca.

Seharian dari pagi sampai petang, menghabiskan masa menyiapkan projek penyelidikan. Dari rumah haiwan, ke makmal di fakulti. Bukan hari ni je. Sepanjang tahun akhir ni. *bila nak study?

Motor dah hilang, so mengemis sana sini pinjam motor. Demi segulung ijazah. *tapi bila nak study??

Balik bilik lepas tu, telefon sana, telefon sini (taming sari). Sempat terlelap beberapa minit selepas asar sebab keletihan. *dengan keadaan bertelekung terlelap. biasa dah tu. tapi sempat je lepas tu lari ke econsave demi coolblog semata

Semalaman pulak, menyiapkan list nama dan sewaktu dengannya (taming sari). Yelah, hajat hati nak siapkan lepas exam rabu. Tapi dah kena sound pulak buat kerja lembab. So, siapkan lah even aku tahu, isu ni tak akan selesai selagi aku tak letak jawatan. *bila nak study ni?

Sempat juga menggoreskan hati seorang sahabat. Tapi alhamdulillah, kemaafan telah dihulurkan dengan hati yg ikhlas dan penuh penyesalan. *tak perlu nak ulas lanjut pasal ni, coz huluran kemaafan aku seolah tak diterima. rasa terkilan. tak apa. ignore.  

Rakan sekuliah bertapak-tapak maju ke hadapan (study). Aku pulak masih terkial-kial di belakang. *bila nak study ni??

Rasa macam nak buat bodoh je. Masuk exam sesuka hati, keluar exam pun sesuka hati. Dapat result, lagilah sesuka hati. Tapi nak jawab dengan mak abah, sesuka hati gak ke??

Pergi ke niat utama masuk universiti. Sebab nak belajar kan? So, stop making excuses Haniza!!

Lepas habis exam ni, buzy dengan 3 perkara.

  1. Taming Sari *sebagai atlet dan urusetia
  2. Program anak angkat
  3. Pre-viva
oh great. Taming Sari dan pre-viva berlaku serentak. Sila kerat badan jadi dua. eerrkk.

Mak abah dah bising. Bila nak balik rumah? Since masuk sem hari tu sampai la sekarang ni, aku balik rumah 2 kali je. Satu cuti raya haji, then hari tu balik kejap.
And too bad, aku terpaksa spend the whole month kt UKM ni.
I'm sorry mak, abah. :(

Sebab apa tak balik rumah? Since dari 1st year lagi jarang balik rumah kot. oh ya. Sebabnya satu je. Buzy dengan pencak. 

Haniza the Bionic Woman.


walawehhhhhhhhhhhhhhhhhh.


erkk. ok. sori tersalah letak.
buat pengubat rindu.

hahaha


p/s: dah. pergi study haniza!

Jan 7, 2012

you are what you eat

Salam.

Dok godeh-godeh gambar chocolate cake yg buat aku terliur.. then terjumpa

Cake Personality Test


wahhh. Jom try. Mari kita mengenali kek kegemaran yg menggambarkan sedikit-sebanyak personaliti sebenar kita.

Bak kata pepatah omputeh, You are what you eat.



Pick your cake, and then look to see.

If you were buying a cake and you had your choice of the following, which would you choose?




Angel food cake
*kek plain biasa

Brownies

Lemon Meringue

Vanilla with Chocolate Icing

Strawberry Cheese Cake

Chocolate on Chocolate

Ice Cream

Carrot Cake 




OK - Now that you've made your choice, this is what research says about you! NO... . you can't change your mind once you scroll down! So think carefully, what your choice will be!!!







No peeking until you choose!!!




Scroll down . . . . . . . .. . . . . . . ... ... .. . . . .




Angel food ...
 Sweet, loving, cuddly. You love all warm and fuzzy items. A little nutty at times. Sometimes you need an ice cream cone at the end of the day. Others perceive you as being child-like and immature at times.


Brownies ... 
You are adventurous, love new ideas, are a champion of Underdogs and a slayer of dragons. When tempers flare up, you whip out your sabre. You are always the oddball with a unique sense of humor and direction. You tend to be very loyal.

Lemon Meringue ... 
Smooth, sexy, & articulate with your hands, you are an excellent after-dinner speaker and a good teacher. But don't try to walk and chew gum at the same time. A bit of a diva at times, but you have many friends.

Vanilla with Chocolate Icing ... 
Fun-loving, sassy, humorous. Not very grounded in life, very indecisive and lack motivation. Everyone enjoys being around you, but you are a practical joker. Others should be cautious in making you mad, however, you are a friend for life.

Strawberry Cheese Cake... 
Romantic, warm, loving. You care about other people and can be counted on in a pinch. You tend to melt. You can be overly emotional and annoying at times.

Chocolate on Chocolate ... 
Sexy, always ready to give and receive. Very creative, adventurous, ambitious, and passionate. You have a cold exterior but are warm on the inside. Not afraid to take chances. Will not settle for anything average in life. Love to laugh.

Ice Cream... 
You like sports, whether it is baseball, football, basketball, or soccer. If you could, you would like to participate, but you enjoy watching sports. You don't like to give up the remote control. You tend to be self-centered and high maintenance.

Carrot Cake ... 
You are a very fun loving person, who likes to laugh. You are fun to be with. People like to hang out with you. You are a very warm-hearted person and a little quirky at times. You have many loyal friends.



Semangat aku googel pics cake tu. 

So macam mana? hahaha. Aku nyer faveret kek, chocolate on chocolate. hohoho..

Selamat beramal!




Jan 6, 2012

miner boots

Salam.

Study tak habis lagi, tapi dah gatal tangan dok update entri.

Tak apa. Hilangkan kebosanan dan ke-mengantukkan sekejap.

As we know, my birthday is just around the corner. *tipu la kan semua orang tahu? Even sebenarnya ada sebulan dan 1 hari lagi until my birthday. *ngee~~

So, siapa yg baik hati nak bagi hadiah? Aku tak mintak banyak. Satu je. Percayalah. Satu aje yg aku mintak.


Tadaaa~~!!!


Rachel Comey miner boots.

Sporty but still feminin.

Lawa kan? Lawa kan??

Nak nak nak!!

Berapa harga?? err..  $215.00

Rasa tercekik? erkk. Aku pun tercekik tengok harga tuh. Tapi, tu kat UK sana nun. Malaysia murah je. Apa kata? Apa kata?? http://www.emocutez.com

hahahah.

Merepeklah aku ni.

I don't need that actually. Because it is not present I seek, but it is your dua'. Make dua’ in your prayers or sujud, whenever you thinking or missing me.. Not only me but for all the muslims. Would ya??





p/s: giler awal aku request something from korang. hahaha. Just kidding la?

Jan 5, 2012

hohoho.

Salam.




A picture is worth a thousand words. hahaha



tak menarik langsung. tapi, kisah hape? huuhuu





Good luck kawan-kawan!! http://www.emocutez.com




p/s: klik kt gambar utk pembesaran.

Jan 3, 2012

review: lirik ost ombak rindu.

Salam.

Ingat lagi post aku pasal ke'excited'an aku pasal movie ombak rindu??


Guess what, excited macam mana pun, jujur aku cakap, aku tak tengok lagi movie nya. Entahlah.

Ini pun, baru je godeh-godeh video klip lagu ost nya. hailohhh..

First time dengar lagu ost ni, aku suka giler. Music sentimental betul. Nak nak, lirik nya best cam nasyid gitu..


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Tapi, too bad.. Klip video yg ada Hafiz dan Adira (penyanyi lagu ost ni) tu serius spoil sungguh! Adehhh..

Sumpah mtv tu tak kena dengan cerita. Hafiz dengan rambut rupa sarang tebuan nyee. *rambut Alleycats lagi lawa ok.. Dapat pulak si Adira nyanyi sambil golek-golek dalam air kt tepi pantai tu. Adehhh.. Spoil!!

Geli. Geli.

Aku bagi 1 star je untuk klip video tu. Itu pun sebab dia ada selitkan sekali beberapa scene dari ombak rindu.

MTV yang best, Nur Kasih the movie. haaa.. Yg itu aku puji. Even Tiz Zaqyah bukanlah muslimah dalam erti kata yg sebenar, at least masa mtv tu, pengarah nye idea ketengahkan pasal props dan pakaian untuk watak Nur pada Tiz Zaqyah memang bagus.

Nampak sweet and suci je.

erkk..

Esok exam la!!

ok ok. Sambung study sikit lagi before tidur.

Good luck kawan-kawan. :)


Popular Posts

Yang menarik