UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Aug 29, 2011

Salam Aidilfitri

Salam.

Alhamdulillah, selamat sampai rumah dengan lancarnya.

Perasaan??

Well, semua pun boleh tahu apa perasaan orang yg dah lama tak jumpa keluarga tercinta kan?? *sedikit sarkastik disitu

InsyaAllah, lagi sehari kita akan sambut bulan kemenangan, bulan Syawal. hukhuk.. Sekejap je kan. Pejam celik je.

Nak minta maaf selalu payah kan? Seganlah katakan. So, aku gunakan peluang yg ada ni, sebaik-baiknya. Dikesempatan ini.. Aku ingin memohon ampun dan maaf seikhlasnya atas segala perilaku dan ucapkata yg sering buat korang semua terasa. Bicara dan kelakuan aku memang kadang-kadang terkasar sikit, tapi ketahuilah weh.. Hati aku bukan macam tu. wuuu~~

Pada yg dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, aku doakan moga selamat sampai le destinasi. Amin..

Setiap detik yg berlalu, pasti akan ada kenangan dan memori yg tercipta. Hidup ini singkat, marilah kita sama-sama hargai peluang yg ada. Bahagiakanlah orang-orang yg kita cintai dan kasihi..*ayat iklan

hahaha. oh!

Jumaat lepas, hari jadi mak aku. em.. Tak tahu nak bagi hadiah apa. Kalau nak bagi material, mak selalu sangat dah dapat daripada along n mira. emm..

Akhirnya aku berkeputusan nak hadiahkan mak sebuah buku memandangkan mak memang suka membaca. Walaupun tak seberapa hadiahnya, aku harap sangat mak suka dan baca buku tu. huuu

Aku hadiahkan buku bertajuk,

Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia.

Style tak? hikhik..






p/s utk mak: mak bahagia, anis pun bahagia. :)

Aug 19, 2011

entry updated??

Salam.

Sambil tunggu waktu berbuka puasa, molek la aku taip sepatah dua perkataan. Tak ada buang masa. Ye dak??
hehe

Dalam kepala ni, dah bersarang macam-macam hal dan perkara yg aku nak kongsi dan taipkan di sini. Banyak sangat dah ni sampaikan terketar-ketar tangan excited nak menaip. *ayat hiperbola konon 

http://www.emocutez.com

Tapi, bila start je menaip, haaa.. Benda lain pulak yg ditaip. haih. Ponat cenggini!! http://www.emocutez.com

Tak pe lah. Aku kena rangka baik-baik nih. *bajet macam penulis novel je. heh! Memang banyak sangat aku nak cerita. Siapa da selalu baca entries aku, mesti dah boleh agak isi-isi entri yg akan diupdate tak lama lagi macam mana kan??  huhu.

Expected sungguh!! *pekeheinyee perkataan english berterabur??

Dah lah. Nak berbuka dah. K, adios. Amigos. Tata. Bye bye. Daa~~

Assalamualaikum!


http://www.emocutez.com


Aug 18, 2011

sekian lama..

Salam.

Hari ni 18/8/2011. Last update entri, 11/8/2011. Oh. Baru 8 hari.

Kenapa rasa macam dah lama giler aku tak update eh?? http://www.emocutez.com

Well, I buzy.. ececehh.. Tak ada lah buzy mana. Tapi payah nak online. Kerja kan skang.. Dapat pulak bos aku tak kasi guna laptop time bekerja. huh. Bila nak online time malam, tak dapat. Sebab apa? Penat dah. Tak pun, tiba-tiba jaring UKM tergedik buat hal.

Serabutnyaa!! http://www.emocutez.com

Banyak sangat kerja tergendala. Dan sekarang aku dah jadi orang munafik. Astagfirullah.. Janji yg dimungkiri..

Janji apa??

Janji nak jawab email dari pihak luar minggu lepas. Tapi dah 2 minggu tak reply kat diorang lagi. Nak reply malam ni, bahan tak cukup plak. Adehhh. Rasa sangat bersalah sekarang!! Kepada yg berkenaan, silalah bagi kerjasama pada aku untuk menyelesaikan tugas ini. Banyak sangat nih dah tergendala. http://www.emocutez.com

See? Entri aku dah terpesong sangat jauh nih. adehhh.. Aku nak update pasal benda lain. Alih-alih update pasal ketidak-puas-hatian aku je. Sori lah korang. Entri kali ni tak best.

pfft!

ok. Nak basuh baju dan tidur. Tekad, segala perkara yg tergendala tu, perlu diselesaikan esok! By hook or by crook!!


Aug 11, 2011

egokah kita??

Salam.

Ececehh.. Tajuk memang nak kontroversi je kan? kahkahkah.

Entri ni khas aku nak cakap pasal seseorang. huhu.

Tiba-tiba boleh teringat kat dia pula. Tak tahu la kalau dia antara pembaca blog lapok aku nih. Kalau ya, great! Memang aku harap dia baca. http://www.emocutez.com

Perkenalan aku dengan dia sekejap je. Mula kenal masa aku form 3, dia form 4. Ya. Sekolah yg sama. Tapi dia sekejap kat sekolah tu. Setahun je. Naik form 5, dia dah pindah sekolah harian biasa. Dia tak boleh nak bawak kata dia. Asyik nak main je.

Macam mana kitorang kenal? Dia hebat main bola tampar. Dia dan partner dia lagi sorang kira macam ayam tambatan untuk team volleyball sekolah kitorang la. So, kenal dia masa aku nak main bola tampar. Aku dan member aku lagi seorang je perempuan, masuk main dalam team dia.

Segan gak time tu. Tapi buat tak kisah. Kebetulan ada cikgu sukan perempuan main bola keranjang kat court sebelah. http://www.emocutez.com

Bila bab-bab sukan, jangan segan. Main sukan, kena ada komitmen dan enjoy. Pastinya, kena ada batas-batas pergaulan.

Ok, start main bola tampar tu aku kenal dia. Malas nak cerita panjang-panjang bab perkenalan kitorang. Biasa je.

Bila habis form 3, nak masuk form 4 dah. Kira waktu cuti lah. That time, aku tak tahu yg dia dah berhenti sekolah situ. Tahu pun bila dia tiba-tiba mesej aku.

Terkejut. Mana taknya, aku tak pernah bagi no fon aku pada mana-mana senior even senior perempuan.

Start dari situ, selalu mesej-mesej.

Dia ada sesuatu yg buat aku sentiasa teringat kat dia. Kisah dia dan Mekah. Dia tahu apa yg aku maksudkan nih. jeng jeng jeng... http://www.emocutez.com

Sedih aku dah tak keep in touch dengan dia. Bukan sebab perasaan suka aku pada dia. Itu dah lama dah. Dah simpan jauh-jauh dalam hati. Tapi sedih sebab hilang seorang kawan special. Ya. Dia antara yg special.

Aku cerita kisah aku dan dia dengan sorang member aku nih. Dia cakap, kitorang ego. Tak nak contact antara satu sama lain.

Yeke ego? Aku ada wish selamat hari raya kat dia tahun lepas. Aku start dulu mesej setelah lama menyepi. Dia? Keesokkan nya, baru dia reply. Itupun dia taip,

'Selamat hari raya ke-2'

pfftt! Itu je? Tak po lah. Eden paham. hukhuk. http://www.emocutez.com

Macam pernah aku kata, aku ni simple. Nampak sangat dia tak mood nak kawan dengan aku dah. Tak apalah. Simpan je kenangan tu cerita kat bakal cucu-cucu aku. ngiahahaha!




Banyak benor story-mory Haniza nih. well, 20 tahun hidup dah kan. memang berlambak kot! moga Allah panjangkan umur aku untuk kutip lagi memori dan kenangan yg best. ngeh~~

memori yg best best je aku cerita kat korang semua.



p/s: entri ini telah banyak di edit. hoho

Aug 9, 2011

dehidrasi.

Salam.

First time dalam seumur hidup aku mengalami dehidrasi.

Kalau kulit kering tu mungkin dah biasa.

Ini, bibir kering. Tak pernah-pernah lagi weh. Selama 20 tahun aku menjalani ibadah Ramadhan, Tahun ke-21 ni berlaku kelainan. Bibir aku kering.

Bukan takat kering. Dah sampai tahap mengelupas dan luka-luka. Tambah lagi, berdarah.

Pedih tak usah nak cakap lah kan?

Nak menganga untuk makan pun payah. Inikan lagi nak bagi senyuman menawan aku, laaaagilah!

Nak kata aku tak cukup minum air, ehhh.. Standard cam biasa lah aku minum. Mungkin sebab aku duduk dalam air-cond kot. Itu yg jadi macam ni.

Dan tak pernah-pernah nak pakai lip balm, aku dah belajar pakai ni. Tak selesanya, tak usah nak cerita lah. Dok fikir takut bibir jadi hitam sebab parut luka dan mengelupas tu, nak tak nak, kenalah oles kan bibir aku yg menawan ni dengan lip balm. *ecececeh.. menawan la sangat.

Tebal-tebal aku pakai. Nasib baik tak berwarna lip balm tu. Silap-silap kang jadi klon Angelina Jolie haaa. Ngeh~~
syeksyi!!

Apa salahnya ye tak? Seksi sikit kan? Bibir mungil gitu. *hoi haniza! bulan pose nih!!



hakhak!!




p/s: setelah seminggu tak update entri, ni aje yg kau omelkan Haniza?


Aug 2, 2011

salam Ramadhan al-mubarak

Salam.

Even baru 2,3 hari tak update entri, aku dah rasa macam bertahun je tak update. *cakap konon cam tiap hari je update

Tak sempat aku nak buat ucapan salam Ramadhan. Dah masuk hari ke-2 dah kita berpuasa kan? Ke ada yg still yg tak puasa lagi nih?? haaaa..

Amacam sahur?? Aku tak nak cakap pasal berbuka. Itu terpulang family korang macam mana. You are what you eat.

Ada siapa-siapa yg liat bangun sahur tak? Mesti ramai nih. Habis kena dipaksa-paksa, digesa-gesa, digerak-gerak, baru lah nak bangun. Itupun ada yg bertempik balik pada orang yg tolong kejutkan bangun sahur,

"ngantuklah! tak nak sahur!"

tak pun,

"hishh!!"

tak pun,

"malaslah!"

dan apa-apa lagilah yg boleh buat orang kejutkan itu terasa hati.

Dan paling akan terasa hati, mungkin ibu, kakak, ayah, kawan or siapa-siapa yg tolong susah-payah bangun di awal pagi dan dengan seikhlasnya masak sahur untuk anak-anak, adik-adik atau kawan-kawan.

Ada ke kita fikir tu? Mak masak sedap-sedap nasi goreng kat dapur, dengan harapan anak-anaknya yg 6 orang tu duduk semeja makan sahur. Tapi alih-alih, 2,3 orang je yg ada. Yg lain? Tak bangun kerana melayan dek rasa mengantuk dan malas.

Bangunlah bersahur. Kita semua tahu kebaikan dan keberkatannya.

“Bersahurlah, sekalipun dengan seteguk air.” 
(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

“Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” 
(Hadis riwayat At-Tabrani).

Bukan itu je, bila kita duduk semeja bersahur bersama, ukhuwah antara satu sama lain, insyaAllah bertaut semakin erat.

Baiklah. Enough of mengomel.

So, di kesempatan ini aku ingin mengucapkan

salam Ramadhan buat semua pembaca tegar blog lapok ni. huhu. *terharu. wink2~~

Moga, di bulan mulia ini kita jadi seorang individu yg lebih baik daripada bulan-bulan sebelumnya, dan kekal sehingga ke akhir hayat. huhu.. Aku juga ingin meminta maaf andai kata sepanjang perkenalan kita tak kiralah kenal melalui blog ke, member cyber ke (ym, facebook, twitter n etc), sahabat-sahabat realiti ke.. aku ada buat kesalahan dimana ada yg terasa hati, terkecil hati, tersedih hati, termarah hati, eh. ahhh. Apa-apa aje lah yg boleh menimbulkan emosi dan perasaan negatif korang pada aku. I am truly, madly, deeply sorry. Aku sebagai manusia, tak lari melakukan kesalahan. Tak sempurna. Jadi, maafkanlah aku..



ok. Kawan-kawan.. Jom 'gemuk'kan puasa kita!!



rujukan hadis: iluvislam.com

Popular Posts

Yang menarik