UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Jan 31, 2011

forget.

Should I?
Should I not?
Should I?
Should I not?
Should I?
Should I not?
Should I?

I should not!
*ok. tu jawapan hati aku.

Sepatutnya..

Yes, you should!
*haa.. ni sepatutnya jawapan yg betul.

Anggaplah aku tengah carik-carik kelopak bunga mawar. Nampak dramatik sikit. Ye tak?

Fikiran aku sekarang terganggu nak buat keputusan mana satu. waaaaa...
Ini parahnya jadi Nurhaniza Nordin.

Jom buat istikharah. Lagi baik.

Jap!

Not yet. Ini bukan masanya..

haih. =.=

Jan 28, 2011

bad teeth day 2.

Salam.

sakit. isk isk.
Entri kali ini nak cerita pasal gigi yg sama. lalala~

Alhamdulillah.. Berkat keberanian dan sokongan kawan-kawan terutamanya Azizah Najib yg sanggup menemani aku mendapatkan teeth treatment di Ampang. Tempat praktikal student dentist USIM. Thanks juga pada Cik Ayu (kawan Jijah) yg promote tempat tu, dan Cik Munirah (kawan Jijah juga) yg memberi treatment dan layanan yg sangat baik dan selesa. =)

huuu~~

Cuak masa nak pergi tu. Sangat cuak. Dah sampai sana lagilah cuak. Sejak gigi aku sakit minggu lepas, yg aku fikir gigi ni kena cabut. Yelah dah teruk sangat berlubang. =(

Tapi, cik Muni kata gigi ni boleh selamatkan lagi. Alhamdulillah.. Pehh.. Lega giler time aku dengar tu. Tapi too bad, saraf untuk gigi aku yg sakit ni, harus dibuang. waaaaa... Means, sedikit operation perlu dibuat. hukhuk. Lama gak la. Dari 2.45 petang - 5.00 petang. Itu pun still treatment tak habis lagi. Sempat ambil x-ray sampai 3-4 kali, bius dengan picagari besi yg besar *banyak kali kena inject coz tak jumpa port sesuai, gerudi gigi untuk buang kaviti, potong dan buang gusi guna scarpel *sedikit bleeding, inject ubat guna picagari yg ada jarum panjanggggg *inject sampai terasa ke rahang bawah dan akhirnya tampal untuk sementara.

wuuu~~

Sangat takut. Tapi alhamdulillah berjalan lancar. Thanks to cik-cik Dentist yg comel-comel belaka. =)

Aku tak nanges pun weh!! hahaha.. Sebab ada bius tu. lalala~~

Pipi aku belah kanan rasa numb. Bibir dan lidah sekali. Pehhh.. Kuat betul penangan bius tu.

After raya cina, kena pergi treatment lagi sekali untuk x-ray dan buang saraf yg dimatikan dan tampal gigi secara permanent. Gigi yg sakit ni, sudah tidak dapat rasa apa-apa coz saraf dah tiada. Tak apa, janji jangan tak ada gigi sudah. wuu~

Selesai treatment, aku dan Jijah berangkat pulang. Masa kesan bius semakin hilang, the whole gigi belah kanan rasa sangat sakit terutamanya gigi yg di operate. Memang dah bergenang mata aku time tu. Kalau kat bilik dah masa tu, serius.. Aku meraung wehh!! Memang. Sakit. Sangat! Memikirkan di public, dan malu pada Jijah, aku tahan nangis. Takat hentak-hentak kaki sikit dan cuba bersembang dengan Jijah untuk ignore kan rasa sakit. Dah tu pulak, badan rasa lenguh-lenguh. Macam nak demam pun ada.

gosok gigi mesti tidak kurang dari 2 kali
sehari ye kawan-kawan.
Alhamdulillah lagi sekali, semua berjalan lancar. Hope gigi ni dah tak ada masalah lagi lepas ini. Pengajaran untuk aku yg sangat memandang enteng tentang kebersihan gigi. Janji tak nak buat dah. huhu~

Paling gembira, ais tiada masalah pada gigi yg sakit! Yeeehaaaaa!! Dentist yg cakap ok. Aku tak tipu. Ngee~~





Thanks a lot pada anda yg menemani rasa gedik sakit saya tiap kali waktu malam dan tiap kali gigi ini merasa sakit. huuu~

Jan 24, 2011

bad teeth day.

Salam.

Kawan-kawan cakap, aku kuat. Means aku jenis tak layan sakit sangat. Even kadang-kadang aku menggedik gak teriak sakit sakit.

Tapi...

Kalau bab gigi, aku memang lemah!!http://www.emocutez.com  Mesti bergenang je mata aku memikirkan gigi kena tampal or cabut. Kalau tampal or cabut betul-betul, bukan bergenang je.. Meleleh dah pun! http://www.emocutez.com

Emo dan trauma dengan doktor gigi. Mana tak nye.. Dari aku tadika lagi. Asal time pemeriksaan gigi, mesti nama aku tak terkecuali. haaa.. Bahananya, habis gigi aku dicabut-cabut, ditampal-tampal. Kejam kejam. *ek eleh.. diri sendiri penyebab nya. Padan muka Haniza yg suka makan coklat banyak-banyak. Lepas tu, malas gosok gigi pulak tu. wekkk!!

http://www.emocutez.com

Kalau tak memikirkan gigi aku yg sakit tahap memang aku sendiri tak boleh tahan ni dah berdarah kadang-kadang, memang aku tak nak jumpa doktor gigi! huh!

huhuhu..

Malam-malam selalu sakit gigi. Start minggu lepas. Sekarang ni dah kerap sangat sakitnya. Tak kira masa. Macam time lab tadi. Tahan je sakit gigi dari awal lab sampai saat aku tulis entri ni. Time tidur malam, boleh terjaga sebab gigi sakit sangat. Berdenyut-denyut..

Sekarang sedang mengumpul keberanian berjumpa doktor gigi...

Nak nanges boleh???

gigi yg berlubang teruk dan harus dicabut : first molar

geram. nak cium-cium boleh?

Salam

Jom aku kasi korang geram sekali dengan aku.


waa... comelnye!!!


cak! cute giler! arghhhh



Ok.. 2 gambar ni cukup buat aku rasa geram giler. 

Nak cium-cium.
Nak peluk-peluk.
Nak picit-picit.
Geram geram!

Terasa ceria hidup aku pagi-pagi buta ni. muahahaha..

Hari ini aku berjaya selamatkan nyawa satu makhluk. Alhamdulillah.
Tadi jumpa kumbang coklat saiz sederhana kat bilik air tengah berusaha memusingkan diri. *kaki atas cangkerang kat lantai. 

Kesian kumbang tu. Rasanya dia dah penat sangat berusaha nak pusingkan badan dia. Mesti penat. huhu.. Aku tak sampai hati. Kalau orang lain tak perasan, mahu terpijak. Tak pun mati lemas dalam air..

Pusing kan cik kumbang tu, terus terkedek-kedek dia panjat dinding tandas. haha.. Great! Cik kumbang sudah cergas. weee~~ =)




p/s: ek eleh niza.. pasal cik kumbang pun nak cerita ke? wekk! hahaha

senyum sorang-sorang.

Salam.

I just can't stop smiling whenever I see your smile. Sweet and totally make my heart blossom!

Even it just a picture of you kat facebook. MySpace




Kenapa aku suka sangat expose apa yg aku rasa?? heeee...






p/s: percaya tak kalau aku kata yg apa aku tulis kat atas adalah diri aku sendiri. waa... wakena beb!! haha

Jan 23, 2011

Blog rakan dakwah.

Salam.

Banyak yg entri aku dalam minggu lepas semuanya emo belaka. Mesti korang yg membaca tak senang kan? Maaf maaf dan maaf. Aku hanya manusia biasa yg lemah apabila dikuasai marah dan emosi negatif. Aku sendiri tidak berjaya lari dari nafsu amarah. Maaf sekali lagi pada sesiapa yg merasa aku menjengkelkan.

Entri kali ni aku terpanggil untuk tulis disaat aku berasa malu dan rendah diri sejurus membaca blog-blog rakan yg berkonsepkan dakwah. Antaranya, blog Tidak Best dan Bayyinat.

Dua bloggers ini lain cara penyampaian dakwahnya. Blog Tidak Best lebih kepada pengisian dan penyampaian yg santai. Cara penulisan yg sempoi, simple tapi bermakna. Manakala blog Bayyinat lebih kepada pengisian dan penyampaian yg menyeluruh tetapi ringan. Maksudnya kita tidak rasa berat dan bosan untuk membaca.

ececeh.. Aku promote blog orang pula. Tapi tak apa lah. Semua orang boleh singgah. Bukankah ilmu itu perlu ada perkongsian? =)

Serius, bila aku rasa hati aku tak senang, blog-blog rakan dakwah yg aku pergi terjah. Demi mendamaikan sekeping hati yg 'bergelora'.

Alhamdulillah.. Cara tu buat aku tenang. haa... Ini tips untuk korang yg suka marah-marah macam aku. hahaha..

Banyak lagi blog rakan dakwah yg lain. Kalau susah nak cari, rujuk je ILuvIslam. Situ pun dah sangat complete. =)

Itu je yg aku nak tulis. Actually banyak je. Tapi kalau dah panjang sangat, aku suka melalut. So, lebih baik ringkas tapi tak meleret. Ngee~~


alololoh.. haha..

Jan 21, 2011

paksa-paksa

Salam.

Aku tak pernah paksa sesiapa follow blog aku dan komen apa yg aku taip coz aku pun tak suka orang paksa-paksa aku. Kalau tak suka baca apa yg aku tulis, janganlah baca. Masing-masing tak sakit hati kan??

Aku menulis adalah utk diri aku sendiri. So, kalau nak komen tu, biarlah berhemah.

First time aku rasa bengang pada 'tukang komen'. Maaf kawan-kawan lain yg komen.. Aku tak tuju pada semua. Ada seorang individu ni, yg tiba-tiba buat aku rasa tak senang.

Jangan guna anynomous. Perkenalkan la diri. =)

Kalau tegur secara menyakitkan hati tapi guna gelaran anynomous, tak rasa diri kau tu pengecut ke??

Masing-masing ada hak sendiri. Aku rasa nak marah-marah, aku luah kat blog aku. Bukan blog orang lain. Kalau aku marah-marah, tapi mengamuk-ngamuk dekat orang lain, lagi teruk kan?? Lagipun, kalau aku rasa tak suka pada blog orang yg buat entri macam aku, aku takkan simbah minyak ke api. Itu hak dia. Tapi kenapa masih ada golongan yg macam tu??

Ini cara aku. Aku luah perasaan aku di blog. Rasa marah, suka, gembira, sedih.. Semua aku luahkan. Tapi kalau ada kawan-kawan aku (followers) yg tak suka, aku tak boleh kata apa. Terpulang. Nasihat aku, jangan baca kalau tak suka ok? Masing-masing boleh hidup gembira.


hmmm...


Kalau lepas ni berkurang followers blog aku, aku terima. Ini hak anda-anda semua. Pada sesiapa yg rajin mengikuti blog aku. Support aku even hanya silence reader je.. Aku sangat sangat menghargainya. Terima kasih banyak. =)

sakit hati ditambah dengan sakit gigi. huh!

Salam.

Malam ni betul-betul buat aku rasa bengang dengan beberapa individu. huh. Dah la tengah dok menahan sakit gigi ni. Ditambah pulak dengan perangai beberapa orang yg menyakitkan hati.

hee...

Stress!

Daripada aku rasa gembira nak buat proposal utk percutian, siap take over orang lain punya kerja, tup tup aku terus rasa menyampah nak buat. Sebab apa? Malas aku nak cerita. Salah aku jugak coz baik hati pergi offer diri buat kerja tu. pfftt!

2nd perkara yg buat aku sakit hati. Berbalik pada mende yg sama je. Proposal tu. Aku punya la dok pening kepala nak cari destinasi yg murah dan menyeronokan. Yelah. Kalau boleh, aku nak percutian kali ni, semua orang pergi. Tak nak ada yg tertinggal-tinggal dah. Punya la pening sampai aku susah nak buat decision antara 2 tempat ni. Siap minta pandangan semua orang.

Nak dijadikan cerita, ada sorang minah ni dia bagi cadangan. At 1st, aku gembira gila! Dah ada orang menyenangkan kerja aku. Minah ni cadangkan satu tempat. So, aku tanya balik rate nye macam mana? Pernah pergi ke? Nak tahu apa dia jawab??

" baru search internet td.. nt jap. "

Pehhh!!

Menyirap.. Menyirap aku weh! Dah la tengah geram geram ni. Ditambah pulak apa yg minah tu cakap. Nak je aku cepuk cepuk kepala dia. heee..

That time, aku cuba fikir rasional. Mungkin dia cadangkan tempat yg jauh lebih murah dari yg aku jumpa tu. Aku pun pergi surf. Konon nak survey. Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Dia tunjuk kawasan hotel!! Yg memang esklusif nye tempat. Siap ada spa bagai. Kepale hotak ko!! haaa. Hambik!! Otak letak kat mana?? Kau nak bercuti dengan kawan-kawan dekat situ? Pergi dengan family je la wehh!! Tak pun pergi dengan bakal suami ko yg kaya tu g honeymoon sana!


Kasi aku kepala hot je. Pehh.. Kalau cek tekanan darah ni, mahu nya doktor admitted aku ke wad.


huh!!

Jan 19, 2011

memendam rasa

Salam..

Pernah memendam rasa? Tak kisahlah kat apa-apa perkara sekali pun. Mesti pernahkan?

Aku paling suka memendam rasa. Tapi, ramai yg nampak aku ni macam senang nak bercerita. emh. emh. http://www.emocutez.com  Silap. Aku paling suka memendam rasa pada sesuatu perkara yg aku rasa sangat-sangat tak boleh beritahu orang. Sampai aku dah yakin apa yg aku rasa tu tak berbaloi, aku akan cerita dekat orang. Tapi bukan straight to the point.

Alaa.. Macam semua entries yg aku taip kat sini.

hoho

mmm..

Rasa sakit tak memendam rasa lama-lama?
Sakitkan?
Aku rasa sakit weh. hahaha.
Ini hati banyak lemah!! MySpace

Sampaikan bila tiap kali aku rasa sakit tu, aku tepuk-tepuk dada aku. Konon macam boleh hilang sakit lah. hahaha. Merapu giler.



haih. http://www.emocutez.com





p/s: sori la terlayan mood gedik+menyampah aku untuk beberapa hari ni. lalala~

Jangan layan kalau tak suka.

Jan 17, 2011

petang yg bengang

Salam.


Bajet 1st entri yg aku nak update selama lebih seminggu aku tak post adalah pasal game silat aku. Tapi nampaknya terpaksa hold atas beberapa sebab tertentu. Sebab apa? haaa.. Pergi tengok tajuk atas tu. huh.

Salahkah aku menyapa-nyapa?
Salahkah aku melambai-lambai?
Salahkah aku mengukir senyuman??
Salahkah?

Dahlah rasa bengang kat lab biokimia petang tadi tak habis lagi. Ditambah pula rasa kecik hati.

Hati yg ikhlas ingin menegur.
Hati yg gembira mahu memanggil.
Hati yg ceria ingin tersenyum.
Hati itu sebal.

Bajet nak pergi makan dengan kawan aku tadi demi mengisi perut yg kosong sejak bangun tidur subuh tadi, terus tak jadi. Sabar ye perut? Tunggu hati baik sikit, baru kita pergi makan ok? Bertahan please.. haih.

Nasib engkau la Haniza. Siapa suruh terhegeh-hegeh?? Padan muka!! Dari dulu sampai sekarang, tak pernah nak berubah kan? Sendiri rasa sakit. Salah timing ke apa?


mmmm...








p/s: aku dah agak entri flow ni cam lembik sikit. Ingat nak marah-marah, tapi langsung tak jadi. huh! Lemah!

Jan 9, 2011

sangat risau

Salam.

Tinggal lagi 24 jam sahaja lagi before game silat seni aku start. Dan seriously aku cakap.. Aku sangat risau.
Sangat risau sebab persediaan aku bersama 2 partners aku tu, sangatlah kurang. Dari segi fitness, kemantapan, keserasian dan kekerasan. Buat aku risau lagi, penyertaan kali ni sangatlah ramai dimana persaingannya lagi sengit berbanding Taming Sari  yg lepas. huu~

Sangat sangat sangat risau.

InsyaAllah ada rezeki kami ke final, atau lebih baik lagi dapat medal emas untuk regu puteri.. Aku sangatlah bersyukur dan sesungguhnya itulah aku, 2 partners aku dan pasukan aku harapkan. Sangat sangat sangat berharap.

Nak mengekalkan kejuaraan bukan sesenang menggapai kejuaraan. Serius.

Ya Allah.. Ya Rabbi.. Satukanlah hati kami (aku, Atiqah dan Nadrah), serasikanlah hati kami dan ikhlaskanlah hati kami. Sesungguhnya kami berusaha untuk memperolehi kemenangan dan hanya Engkau berkuasa menentukannya. Bantulah kami, kasihanilah kami. Ikhlaskan lah hati kami dengan ketetapanMU. Berikanlah kami permainan yg baik yg mampu memberi saingan yg kuat dan sihat untuk pasukan-pasukan yg lain. Kurniakanlah kami keberanian dan semangat yg tinggi dalam menghadapi kejohanan ini. Permudahkanlah segala urusan kejohanan sepertimana hendaknya. Cekalkan hati kami. Tabahkanlah hati kami. Hanya kepadaMU aku mohon pertolongan. Amiinn.. Amiiinn.. Amin ya Rabbal 'alamin..

Good luck untuk semua pasukan yg bertanding amnya, dan best of luck untuk pasukan UKM A, UKM B, dan UKM C khususnya. Semoga kejohanan ini dapat mencungkil bakat-bakat baru dan merapatkan ukhuwah sesama pasukan. Biarlah kejohanan Taming Sari 3 ini menjadi kejohanan contoh untuk kejohanan yg lain-lain.




'Mengilham Harapan, Mencipta Masa Hadapan'

Jan 7, 2011

belasah@potong tangan??

Salam.

Siapa baca akhbar Metro hari ni??
Ada baca pasal remaja curi kabel kena belasah tu tak?
Apa pandangan korang??

Ayat pertama yg aku cakap masa tengok gambar tu, kesian.

Then, selang beberapa minit selepas berdiskusi dengan kawan-kawan aku, aku cakap padan muka!

Umur 16-18 sudah pandai mencuri kabel. Kalau curi buah mangga kampung sebelah tu boleh tahan lagi. Ini kabel. Beratnya tak payah cakap la kan. Belum nak angkut dan potong kabel tu segala. Expert expert. haih.

Mula-mula aku kesian bila aku tengok berdarah-darah budak-budak tu dikerjakan penduduk kampung. Kepala berdarah. Badan berdarah. Luka-luka. Memang kasihan gila. Sampai terbaring-baring coz dah tak larat nak bangun kena belasah teruk.

Tapi, bila fikir-fikir balik, memang tersangat amatlah padan muka. Kira penduduk kampung tu masih berhati baik lah pergi belasah je. Kalau mereka tegas seperti mana hukum hudud.. pehhh. Memang cacat la korang tak ada tangan. Memang patut tak ada tangan pun! Kecik-kecik dah mencuri! Kalau takat mencuri duit RM1 kat poket abah, boleh tahan lagi! heeee... *erk. curi RM1. huhu

Di Arab. Lagi gambar tengok [sini]

Mmm.. Salah siapakah bila anak-anak remaja ini melakukan jenayah??

Masyarakatkah?? Sebab terlalu tidak kisahkan orang lain?
Ibu bapakah?? Sebab terlalu memanjakan@membiarkan anak-anak?
Kawan-kawankah?? Sebab terlalu suka mempengaruhi?
Diri sendirikah?? Sebab terlalu mengikut nafsu?

Mmm..
Tepuk dada, tanya iman.
Tepuk kepala, tanya otak.
Tampor pipi, sedorkan diri!!

huh.

cemburu@jealous

Salam.

Bila aku check sekali imbas semua entries yg aku post, entry kali ni boleh dikatakan untuk part 3. hahaha. Macam tak ada tajuk lain je aku nak taip. heee

Hari ini aku rasa sangat jeles lagi. Tapi bukan jeles pada benda yg sama. Jeles kat sesuatu yg lain pulak. haih.

Atenyee yong.. Apa pasai mike asyik nak jeles jeles ni? Gedik eh??

heee. Enough already. pffftt!!

Jan 4, 2011

berubah

Salam.

ok. 2nd entri untuk awal tahun 2011. Malas nak update. Tapi, tak mo tidur lagi. Perut tak habis hadam prosperity burger lagi. hikhik~ MySpace
Tiada apa yg best pun untuk aku update kan. Cuma hanya sedikit perkara yg bermain di fikiran aku. MySpace

Kalau ramai orang cakap yg perasaan senang berubah. Apatah lagi kalau attitude. Personaliti. Imej. kan? kan??

mmm.. Bagi aku. Perasaan dan personaliti susah untuk berubah. Bagi aku la. Korang nye aku mana la tahu. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Tapi kalau bab imej dan attitude, ya. Aku kata senang berubah. Contoh ada depan mata kita sendiri. Dan detik ini juga, aku nampak contohnya. hui~

Perubahan yg bagus dan ada yg tidak. MySpace


ok. Tak mo cakap pasal ini. Proceed dengan yg lain.


ehem ehem.



Daniel Henney


Hugh Jackman


Zac Efron


Dennis Oh


Jae Joong

Lee Minho ^^




Jared Padalecki



Terasa hidung berdarah!! MySpace oh man!! MySpace huu~~ MySpace
Tiba-tiba aku rasa ada aura menyampah dari korang. MySpaceLagi-lagi.. Dari Paan.  MySpace

Nehh.. Saja je nak menggedik.   MySpace
Realitinya tidak.    MySpace



Lalalala~~ MySpace

Jan 1, 2011

peristiwa berdarah 2

Salam.

Ok. Hari ini berlaku lagi peristiwa berdarah. Kali ini juga, memang totally salah aku. Hilang tumpuan.

Minor injury - sedikit hujung ibu jari tangan kiri terpotong.

Insiden berlaku sewaktu seronok menyembang dengan Kak Ira dan Jijah di kafe kolej sambil tangan memotong tag-tag nama. Korang tau kan paper cutter tu? Selalu ada kat kedai buku or fotostat. haa.. pergi tengok kalau tak tau yg mana satu. hee.. Mesti tak boleh nak agak yg mana. Meh la aku tunjuk contoh.

haa. kenal dah? kalau tak kenal, tak tahu lah aku nak kata apa.

Ok. Entah macam mana aku terlebih semangat nak potong kertas tu dalam kadar yg pantas dan kuat tanpa menyedari sedikit hujung ibu jari kiri aku ada betul-betul kat bahagian pemotong tu.

Sappppp!!

Arghhhh!!

Aku terkejut. Kak Ira terkejut. Jijah pun terkejut. Aku menjerit kuat? Tak. Aku menjerit sikit je. Menjerit sakit biasa + terkejut.

Sumpah sakit. Tipulah tak sakit. Dengan pantas, pergi sinki, cuci darah yg mengalir. Dengan pantas juga, pergi kat mak cik cashier minta tisu. Tekup ibu jari. erghh.. Sakit. Kasi pressure sikit supaya darah tak membuak-buak keluar.

Aku telek-telek ibu jari aku. Dari cantik bentuknya, terus dah tak cantik. Kuku bahagian hujung terpotong sekali dengan sedikit daging. Flat je jadinya. Tak nampak dah lengkungan.Tak apa. Sikit je tu. Nanti regenerate balik sel-sel nya.

Dengan relaksnya, sambung buat kerja coz tak rasa sakit sangat. Just sedikit pedih dan berdenyut-denyut. Kak Ira dan Jijah dah tunjuk muka risau. Nehhh.. Tak ada apa yg perlu risau.

Mak.. =(

Ok. Rasa sakit itu mula menonjol-nonjol diri dengan gediknya start beberapa jam kemudian. Bahagian yg sakit ni, kalau tersentuh dengan apa-apa mesti sakit gila! So, nak tak nak aku terpaksa pakai plaster. Nak kurangkan contact secara terus dengan apa-apa permukaan. huu~

Paling sakit, bila kena air!!!!! ahhhhhhhhhh.

Segala perbuatan aku yg melibatkan ibu jari aku ni terbatas. Lebih-lebih lagi aku kidal. Jari-jari tangan kiri aku sudah kurang efektif.

Nak taip sms susah.
Nak gosok gigi susah.
Nak pakai baju susah.
Segala susah. huu~

So, kena belajar buat kerja pakai tangan kanan. Sumpah. Sukar aku nak buat. Segala pergerakan jadi lambat.

Sabar. Sabar. Sabar.

Moga cepat baik wahai jari. InsyaAllah aku jaga kau baik-baik. Sapu minyak gamat setiap masa. huhu

Popular Posts

Yang menarik