UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Dec 31, 2011

Crazy little thing called.. Love

Salam.

Jom recall semula movie faveret aku. Aku dah review dan aku dah quotes bait-bait yang best. 

So ini.. Lirik lagu 'Someday' ost untuk movie ni. Layan je.



I don’t know how much longer
That I have to put up with everything
I've been hiding all the truth inside my heart
Everytime we meet
Everytime you turn face to me
Though I look indifferent
Do you know how much i have to force myself?
Can you hear my heart calling for you, loving you?
But I can’t open my heart for anyone to know
Can you hear it?
My heart keeps waiting there for you
Waiting for you open it
and hope you will realize..
Someday


Though I love you
Though I feel
but deep down inside, I don’t dare to tell you
Everytime we meet
Everytime you turn face to me
Though I look indifferent
Do you know how much i have to force myself?

Can you hear my heart calling for you, loving you?
But I can’t open my heart for anyone to know
Can you hear it?
My heart keeps waiting there for you
Waiting for you open it
And I hope you will realize
That this person loves you
Please I hope you will know
Someday





lalalala~~

Dec 30, 2011

Allah bayar 'cash'.

Salam.

Nak bagi berita gempak untuk korang.

"Motor aku hilang kena curi."

Terkejut? Terkejut kn? Aku pun terkejut. Tapi cool je. *cool la sangatt.

Baru semalam hilang coz kelmarin elok je aku rempit motor kebun abah aku tu.
Dan molek sangatlah.. Masa aku tak perasan lagi yg motor aku dah hilang, aku ada sok-sek sok-sek dengan member-member aku pasal member aku lagi sorang, motor dia kena curi gak.

Motor LC kalau kena curi, memang tak boleh nak cakap apa la kan. Motor 'wanted'.

Aku siap telefon member aku yg hilang motor. Yelah. Menyatakan condolences aku. huhu.. Ingat lagi pesanan dia kat aku,

"Kau jagalah motor baik-baik. Kita tak tahu apa jadi nanti..."

Tak sempat habis dia cakap, aku potong,

"Alaa.. Motor cabuk je. Orang pandang pun tak nak. Tak ada sape nak curi.."

Betapa yakin nya aku cakap macam tu sampaikan bila terfikir balik ni, macam riak pulak bunyinya...

Mana taknya, motor cabuk ayah aku tu dah berapa tahun pakai. Jenis honda ex5 tahun 1999. Siap bawak keluar-masuk ke kebun lagi tuh. Guna tongkat heavy duty lagi tu. (tongkat yg biasa ada pada motor yg angkut angkut gas dapur). Boleh bayang keadaan motor tu cm ne??

Cuma masa nak bawak ke ukm ni, ayah aku touch-up sikit. Tukar seat baru. Tukar ekzos dan enjin baru yang original..

erkk.

Bukan cabuk lagi lah kan? Memang nampak buruk. Tapi enjin tip top.

Allah bayar 'cash' ye kawan-kawan.

Memang sentap betullah. Elok je sembang dengan member aku petang semalam pasal motro dia tu. Tup! Malam tu kena setempek kat muka aku pulak.

Elok je pulak motor aku yg hilang..

Allah....

Tak boleh nak show-off motor tu kt dalam blog ni coz aku tak pernah tergerak hati pulak nak ambil gambar motor tu.

Report polis da dibuat. Petang kang nak pergi report kt wisma aman pulak.

Semalam cool je pasal motor hilang ni. Sekarang, entah macam mana aku runsing sangat. Macam mana aku nak siapkan tesis?? Macam mana nak pergi rumah haiwan tiap-tiap hari selama 2 minggu ni?

Allah..

Rasa macam dah hilang kaki sebelah. Tempang tanpa kehadiran kau.. wahai honda hijo.. :(

Dec 26, 2011

mood final exam

Salam.

Aku tahu sekarang ramai dah masuk mood untuk final exam semester 1. Jadi, disini aku nak berkongsi doa menghadapi peperiksaan.  bittaufiQ wan NajaH . :)




DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda.

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"


Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan:

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)


Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3x

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)


Doa memohon kejayaan cemerlang :
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.


(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh




Rujukan: [sini]

Dec 24, 2011

sweet and sweaty.

Salam.

Rise and shine! erkk.. Tengah hari sudahhh... Macam awal pagi je. Yelah, kat bangi ni, matahari baru nak mencanak. Itu pun, tak panas sangat lagi. Tadi hujan.

hahaha.

This early morning, sepatutnya ada training. Tapi macam mana entah.. Semua orang macam ignore je. Maybe masing-masing nak balik rumah memandangkan study week dah bermula.

So, kami berenam je yg turun. Aku, Bee, Jijah, Ranau (syazwan), Abe (azhar) dan Shawal. Niat bukan untuk jogging, tapi excited nak main futsal!!

Serius rasa puas. Having fun sungguh lah tadi. Mula-mula main futsal, then end up main bola baling guna bola futsal tu. haaa.. Time tu, memang terasa penat sungguh lah. Ketawa je banyak dari main. Sampai track suit aku terkoyak sikit bahagian lutut. Seronok punya pasal, dah habis main baru perasan.

Tiba-tiba rindu zaman sekolah. Masa kat kampus ni, memang jarang-jarang dapat pegang bola. Time game je lah. Geng nak main? Tak ada. Nada. Kalau ada pun, berapa kerat je.


Itu pun dapat main nih, coz member silat semua jenis yg bersukan. haaa. Memang layan lah. Lepas gian pegang n sepak bola.


Kelmarin pun main futsal lagi. Ajak coursemate semua. Itu pun jenuh nak mengajak coz majoritinya tak suka nak main bola. Diorang bukan jenis bersukan. Tapi, alhamdulillah. Ada jugak sambutannya walaupun 5, 6 orang je yg main.


Part kelakar pada si cik Ya. Dari awal lagi dok complaint2 penat. Padahal, main baru 5 min. Tapi bila setiap kali bola dapat kat dia, haaaa.. Mencecet dia lari bawak bola tu. HAHAHA


Sweet and sweaty.


Aku bukan budak skema. Aku suka main dan bersukan. Aku akan having fun and appreciate every moments yg ada dalam life ni. I live my life to the fullest. 


Walau aku jenis yg aktif, tak semestinya pelajaran aku abaikan. Mungkin aku tak sepandai orang lain. Tapi, insyaAllah.. Aku akan usaha takkan ketinggalan dalam pelajaran. 


Ilmu itu harus sentiasa dicari. Sahabat sentiasa dihargai. ;)




Jijah, Bee dan aku


3 orang mamat tu: Ranau, Abe Yo dan Shawal



the best BFF ever and forever!

















p/s: Abe, minta kebenaran share gambar yg kau upload ye??

Dec 23, 2011

blogwalking

Salam.

Blogwalking adalah rutin biasa yg blogger selalu buat kan? Aku pun macam tu.

Seronok blogwalking ni, kalo jumpa teman blogger yg entri nye best, singgah lama-lama sikit. Sama gak kalau jumpa blogger yg kurang aku ber'kenan'.

Nama blogger tersebut dirahsiakan. Umur? Sekarang tengah excited dengan result PMR dia kot. Entah. Idok ler teman tau.

Bagus budak ni. Motivasinya tinggi. Comel pun comel. Ayu je dia bertudung. Tapi yg tak boleh blah.. Time aku godeh-godeh blog dia, aku terbaca wishlist yg dia buat n letak pada sidebar belah bawah.

Nak tahu wishlist dia apa? Sepertimana aku cakap, bagus budak ni. Motivasi dia tinggi. Demand nya pun boleh tahan. :)




Pehhh. Hebatkan wishlist dia? Aku kagum kat semua wishlist dia. Paling kagum wishlist dia no.3. Walawehhhh. 'Bagus' budak ni!! hahaha.

At first aku terbaca, aku cakap dalam hati,

"hamboiii!! kecik-kecik pun dah pandai berboipren-boipren ke?"

Dapat pulak, semua wishlist dia tu, yg no 3 je bertanda. Means, wishlist kira cam terkabul la kan. alahaii.. adikku sayang...

Aku pun teringin lah buat cam tu. Wishlist aku:

  1. Konvo dengan keputusan yg cemerlang
  2. Banglo
  3. Suami
  4. Superbike 
  5. Anak ramai. *anak buah je. eh eh. ;p

Tergeleng-geleng kepala aku.

Beza betul budak-budak zaman sekarang, dengan budak zaman dulu kan? Budak sekarang terlalu open. Tak ada segan-segan dah. 

Niat tu macam terlencong sikit je?? *garu kepala

Then, baca entri. Kebetulan pulak entri dia cerita pasal boipren dia baru dapat tu.

Sekali lagi, bagus budak ni. Kecik-kecik dapat dah jodoh. Alhamdulillah..

Dia kapel dengan boipren dia hanya berkenalan melalui fb. Macam mana boleh kapel. Dia tak kenal budak laki tu, tp dia asyik termimpi-mimpi sepanjang seminggu tu. Then, bila budak laki dalam mimpi dia approach kt fb, add jadi kawan. 

haii..

Tang perkenalan tu, memang bahaya.

Moralnya: ibu bapa harus pantau aktiviti anak-anak semasa menggunakan internet.

Bahaya. Bahaya.




Dec 21, 2011

untunglaa~~

Salam..

Malam-malam, bila tak ada kerja, malas pulak nak tidur awal, haaa... merewang-rewang je la kerjanya. *merempit kt fb

Stalker?
Tak.
Tengok-tengok je.

Jealous teramat!!

Aku ada terjumpa sorang mamat hensem antara pics yg member aku upload. Biasalah.. Bila mata nampak benda indah, jadi macam wink~ wink~. ngeng. haha

Buka page fb dia, tak ada apa aku boleh tengok sangat. Biasalah, orang hot, photo semua mestilah private.
Tengok jumlah friends, mencecah 14++. wah. hebat. wah wah. hebat hebat.

Bila tengok jumlah yg banyak cam tu, aku terfikir. Ramai sebab kawan-kawan or ramai sebab peminat?
Simple answer: ramai peminat!

Mana taknya.. pandai budak tu. Belajar kat Moscow. Aku tak tahu dia ambil jurusan apa. Tapi, aku rasa dia ambil medik. pehh.. Sekali lagi, wah. hebat. wah wah. hebat hebat.

Memang cukup pakejnya. Ada rasa nak jadikan calon?? haa.. Silakan.

Apa yg aku nak kata ungtunggggg.. Bukan pada muka dia yg ada pakej tu. Bukan takat muka je. Fizikal pun  terbaik. Tinggi macam model. Aktif juga sukan. Dia main bola tampar. So, dah boleh bayangkan? haaa.. Kulit putih tak putih sangat. Coklat pun tak coklat sangat.

Dah berapa bintang korang letak?? haish. Mesti full star da nih. hehe..


Untungglaaa~~


Dia budak mrsm sama macam aku. Cuma dia dari mrsm yg dihuni oleh pelajar yg ter-cerdik-pandai.


Untungglaaa~~ 


Aku? Menyesal tak sudah. Elok dah belajar kat mrsm dari form1 sampai lah form 5. Idok pulak nak sedor diri belajo sungguh-sungguh. Tiket baik tu kalau nak belajar luar negara. hmm..


Tapi, tak boleh nak menyesal sangat sebab apa yg aku dapat sekarang, memang dah disusun dari azali lagi. Percaturan Allah tu sangat baik dan sempurna. Mungkin sekarang kita tak merasa, esok bagaimana? Tulat? 3,4 tahun lagi? haaaa


hmm..


Untunglaa~~~


Aku macam mustahil je...

Untunglaa mamat tu dapat main salji~~

Untunglaaa~~~~


untungla dapat tido dalam salji.
untunglaa~~~


p/s: kalau dia terbaca entri ni?? kalau lah dia terbaca.. bangga jek ada orang puji-puji. ungtunglaaa~~~~~

Dec 18, 2011

hero tua Hollywood yg still HOT

Salam.

hoho.. Penat aku dok vote vote siapalah hero-hero tua tu. Banyak hero tua yg jadi pilihan aku. Tapi setelah disenarai pendekkan, ada 8 orang je yg tercalon. Ditapis-tapis lagi, naaaa. Tinggal 4 sahaja hero tua yg terpilih. Itu pun, pehh. Pening-pening aku nak tapiskan 4 orang hero tua tu.

Hero-hero tua aku tapis daripada segi umur (40-an dan ke atas) dan kekerapan muka diorang masuk panggung wayang.

ok. Presenting 4 orang hero tua Hollywood yg still lagi HOT.



Hugh Jackman
Ini aktor, manyakkk tough!!

pehh. Siapa yg tak kenal dengan pak cik hensem ni, memang tipu sangatlah kan?? Dia orang pertama yg masuk kategori hero tua tu. Lahir tahun 1968. Umur 43 tahun sekarang. So, tak ada lah tua sangat sebenarnya. Hugh paling muda yg tercalon dalam kategori hero tua aku ni. Hot kott

Asal je ada movie terbaru yg dia berlakon, memang aku tak akan tertinggallah wa cakap luu. Hero tua yg sentiasa buat hidung aku berdarah. HAHA.

Start aktif sebagai pelakon, tahun 1994. Movie dia paling hot untuk dia termasuk dalam senarai ni, Van Helsing dan Australia. weewittt~~



Robert Downey Jr.

Hero tua ni aku start kenal bila tengok cerita Iron Man dan Sherlock Holmes. Sebelum ni tak kenal pun. Lahir tahun 1965. So umur dia dah 46 tahun la kan? 

Nak kata hensem, dia tak hensem sangat pun. Tapi aku suka style lakonan dia. Macam cool je. haha. Kalau perasan, movie yg dia berlakon, karakter yg dia bawak semuanya macam ikut kepala sendiri. Kira cam ikut instinct la. 

Antara 4 hero tua ni, Robert adalah orang paling awal aktif dalam dunia artis-artis ni. Seawal tahun 1970. Bukan setakat aktor, tapi sebagai producer, penyanyi, penulis lirik dan penulis skrip. pehhh. Hebat kan?? 



Tom Cruise

Aku rasa, antara semua hero yg tercalon ni, dialah paling banyak mendapat hati di kalangan peminat-peminat perempuan. Betul tak? Aku? well.. Mestilah Hugh Jackman! Setia bro!

Hensem? Memang sangat hensem. Dan dia antara aktor yg banyak style rambut yg bergaya dan maintain hensem dari muda sampai ke tua. Muda-muda pun banyak berlakon action movies, tua dah ni pun still berlakon. Movie terbaru dia, Mission Impossible 4 : Ghost Protocol. Siapa yg belum tengok lagi, memang rugi!

Lahir tahun 1942. So umur dah mencecah 49. pehhh. Tua setahun dari mak aku je kot. Untunglaa~~ umur dah tua macam tu pun still boleh buat aksi stunt lagi.



Bruce Willis


Aku tahu, ramai yg tak sangka dia termasuk dalam top 4 hero tua aku ni. well, aku bukan hanya pandang pada segi rupa je ok. Tapi, dia hensem jugak walaupun dah botak. 

Aku suka giler dengan lakonan dia dalam semua koleksi movie Die Hard. Watak dia dalam cerita tu sangatlah aku suka. Very protective doh!! Memang bangga giler ah kalau dapat ayah macam dia. Aku lagi bangga dengan abah la kan. ngee~~

Paling tua antara semua. Lahir tahun 1955. So, umur dah 56 tahun. weee~~ wuu~~ Tahun depan, banyak gak movie yg dia akan berlakon. Caya lahh!!


.............................................

Itulah dia top 4 hero tua aku. Nak tahu siapa top 8 hero tua yg tercalon plak?? *means, 4 orang lagi


Ok. 2 orang calon ni hampir-hampir termasuk dalam top 4 aku. Tapi apakan daya, tak mampu pilih lebih-lebih. *sedangkan mampu je aku nak buat top 6. gedik Haniza nih.


Brendan Fraser

Pak cik Brendan yg sangat humor. hihihi. Start mula suka dia dalam cerita George of the Jungle. Popular sungguh dia dengan cawat dia. HAHA.

Suka suara dia. Tak tahu kenapa. Lahir tahun 1968. Umur dah 43 tahun. Aku paling suka watak dia dalam semua sequel The Mummy.

Kalau perasan, watak dia banyak kepada karakter yg berkaitan dengan sejarah. Tak pun, jenis yg ulat buku. kan kan? Ke aku je yg suka dia berlakon dalam cerita-cerita yg berkaitan dengan buku??



Patrick Dempsey

ohh mann!! Itu dia! haaa. Itu dia! Mr Mcsteamy!! 

Lahir tahun 1966. Umur 45 tahun dah. Percaya atau tak, part time dia adalah sebagai pemandu kereta lumba. Cayalah!! Dan percayalah lagi, dia pengidap disleksia waktu dia kecik lagi. pehhh. Hardly to believe! Bukan senang nak jadi aktor yg memerlukan banyak penghafalan skrip lebih-lebih lagi kalau ada disleksia. 

Faveret aktor untuk setiap movie yg dia berlakon. Kira cam can't take my eyes off you. ngaa~ Watak yg sangat romantik setiap kali dia berlakon. Suka style dia yg romantik dan pandangan mata dia yg redup. Tiap kali dia luah rasa sayang dalam setiap lakonan dia, aku pulak yg rasa cair. auwwww~ *gedikness sungguh!!

Dia banyak berlakon cerita yg melibatkan love story. Memang sangat sesuai. Walaupun Patrick tak setinggi dan se'tough' pak cik Hugh aku, tapi percayalah.. Dia memang ter-sangat-mampu buat aku berdarah hidung!! hahaha

.......

Ini 2 orang hero tua yg paling least-hot.


Brad Pitt

Naaa.. Populariti dia sama macam Tom Cruise. Ramai sangat peminatnya nih. Haih. 
Lahir tahun 1963. Umur dah 48 tahun. Masih kekal hot dari muda sampai la ke tua sekarang nih. 

Kenapa dia tak tercalon dalam top 4?
Dia dah kurang sangat berlakon. Sibuk sangat dengan si Jolie dia haa. Lagipun, setiap lakonan dia, tak mampu buat hidung aku berdarah lagi (metafora je ok.) Haha

Hard to believe? Believe it!




Johnny Depp

Lahir tahun 1963. Umur dah 48 tahun. Tua, tapi masih maintain macho.

Aku suka dengan watak dia yg gila-gila dalam setiap movie dia berlakon. Johnny memang sangat talented la. Tak perlu nak berlakon cerita aksi dan buat aksi stunt segala, dah mampu buat producer tercari-cari dia. Seperti Robert, dia hanya bukan sekadar pelakon, dia juga producer, director, penulis skrip dan musician.

Kenapa bukan top 4? Reason sama macam pak cik Brad.




 Hasil daripada pemerhatian aku, hero-hero Hollywood ni, lagi tua lagi HOT. Kebanyakan filem aksi-aksi dan epik, pelakon 40-an yg berlakon. Pelakon 20-an macam Zac Efron, Robert Pattinson.. Semuanya berlakon cerita love story. Ada juga berlakon cerita aksi, tapi tak banyak.


kan kan??


sekian, thank you!




source: Wikipedia semata.



p/s: entri ini hanya sekadar suka-suka.

Dec 14, 2011

workloaded

Salam.

Bila workloaded, mulalah aku jadi macam orang tak tentu arah.
Tak tentu arah pun, sempat je nak tukar blog background kan?
Biasalah.. cemas! haha

Fine.

Blog tak cantik kan? Tak apa. Nanti tukar lagi.
Adehh..

Banyaknya kerja!
Hari-hari kena masuk lab. bosan.

emm..

Tadi dah buat permohonan tempat latihan industri (LI). Aku mohon 2 tempat *2 tempat je pun yg boleh pilih. pfftt!

1. Bukit Merah Laketown
2. Institut Penyelidikan Haiwan

Both LI adalah di Perak. Tak tahu mana satu yg dapat. Kalau diikutkan senang, pilihan yg ke-2 tu la. Dekat giler dengan rumah. 5 minit rempit, dah boleh sampai. Memang jimat wang, masa dan tenaga sungguhhh.

Tapi, aku macam lagi suka pilihan pertama. Konfem-konfem, banyak kerja outdoor berbanding pilihan ke-2.
Masalahnya, agak jauh dari rumah aku. Bukan agak. Memang jauh punn. 45 minit kot. Praktikal sorang-sorang pulak tu. alahaiii.. tak bestnye!

Apa-apa pun, aku doa moga yg terbaik aku dapat nanti. huhu.

ok lah. Nak sambung buat kerja yg TERsangat banyak tuh.

adiossss.

daa~~~


assalamualaikum.

Dec 12, 2011

sejenak.

Salam.


Seharusnya lelaki tidak harus meletakkan piawaian yang terlalu tinggi untuk calon idaman hatinya. Ini kerana jika IMANnya hebat, maka dia akan dapat memimpin dengan baik, tidak kira siapa pun yang akan menjadi makmumnya kelak....

Yang harus cerewet pastinya adalah Wanita. Ini kerana dia sedang memilih calon IMAMnya. Dan sudah pasti, dia mahukan calon Imam yang mampu membimbingnya dengan baik didunia untuk dibawa bekalan di akhirat kelak...

Ini kerana memilih bakal Imam, lebih penting dari memilih bakal Makmum...

Jika betul IMAMnya, maka betullah MAKMUMnya... Insya-Allah...

By:Iman Muda Nazrul










cited from A'ain Hidayah, 2011

Dec 2, 2011

senyum vs muka ketat.

Salam.

Siapa selalu senyum?

Haniza.
 *senyum mengada-ngada la kot pd orang yg benci kita tu kan


Siapa suka buat muka ketat?

Haniza.


Senyum tak bermaksud kita suka.
Muka ketat tak bermaksud kita tak suka.
Can be both.


Ingat seronok ke marah-marah, benci-benci?
Seriously guys, totally not so fun at all!


Kenapa perlu marah dan benci?
mmm.
Sebab orang buat muka pada aku kot?

emm.

Seriously, sangat tak suka dengan perasaan negatif macam tu.
Tolonglah pergi!


I just need the harmony.
Bila bersua muka, rasa gembira je.
Asal jumpa or terserempak, bukan hanya sekadar lempar senyuman. Tapi boleh chit chat kejap. Have fun together.
Mana hilang semua tu?
Asal nak senyum je, tupp. Muka ketatnya terpampang.
Senyuman nak tergaris tadi, terus terjebik.
Sudahnya, makin bertambah rasa benci di hati masing-masing

Kenapa bila bersua muka, segaris senyuman pun payah nak ukir.
Masing-masing nak ego sendiri.
Nak menangkan diri sendiri.
Rasa diri kita je betul semuanya.
*aku ngaku aku ada buat macam tu
Kau? Ada nak mengaku?

Pelik!


tolonglah faham...


Perempuan.. biasalah tu.

Dec 1, 2011

flirting

Salam.



hikhik.

Comelnyeee~~

entry yg berbaur kemarahan dan emosi.

Salam.

Dah boleh rasa aura kemarahan dan emosi di sini?

Belum? Good.
Tak payah lah rasa.


Kalau dah merasa meluat tengok si tuan punya blog ni asyik marah, do close these window tab.
I don't mind at all coz aku tak tahu pun siapa yg sedang baca entri aku.

Mesti ramai menyampah kan, asal emosi je, mesti nak lepaskan kat blog.
Lepas tu, mesti ada pulak yg bercakap, kenapa tak lepaskan emosi tu pada Allah? Minta keampunan dari Dia supaya dihilangkan rasa amarah.

Already done that.

Kali ni biar lepas kat blog pulak.
Senang. Tak payah merambu kat orang lain. *walaupun tadi dah terlepas sikit

Great. Mood dah swing.

Rasa nak marah, tapi tak boleh nak marah.
Ini yg membuat aku lagi rasa marah.
Terkumpul-kumpul rasa amarah tu.

Bak kata kawan aku masa lepas petang tadi,

"Istighfar. Pergi ambil wuduk dulu"

Nasihat dia memang bagus. Itulah sebaik-baiknya bila berhadapan dengan orang yg sedang marah. Tapi not good enough.

Should be, tanya dulu kenapa rasa marah. Biarkan dia rasa lepas rasa amarah tu supaya lepas ni dia lega sikit. Then bila sudah sesi luahan perasaan, baru lah cakap macam ayat di atas. Kawan yg tengah marah pun rasa insaf. Betul tak?

Ini tak sempat nak lepas rasa dihati, tupp terasa lagi nak marah. Apa guna kita luahkan rasa marah kita pada kawan, nak minta dia dengar luahan kita?

Abaikan yg itu.

My bad.. perkara macam tu pun aku nak emo.

Thanks to someone yg sanggup dengar rasa marah aku tadi. Even dia tak cakap apa-apa. Sekurang-kurangnya dia ada mendengar luahan aku. Itu dah cukup buat aku cool down sikit. :)

Baiklah.

Perkara yg harus tuan punya blog ambil iktibar, 


  • Kalau engkau rasa nak marah Haniza, tak payah marah depan orang. Diorang rasa meluat tengok kau marah. Tengok muka diorang pun tahu.
  • Tapi, kalau diorang suruh luahkan jugak rasa marah, engkau buat bodoh je Haniza. Diorang tak nak ambil tahu pun sebenarnya. Alih-alih, engkau yg bertambah rasa marah.
  • Tak payah ambil kisah orang lain, kalau diorang tu pun tak pernah ambil kisah pasal engkau. Fair and square.
  • Nak luahkan rasa, jangan cari manusia dah. Allah memang pasti ada. Kat blog pun boleh. Walaupun kaku tak bereaksi, sekurang-kurangnya blog bagi peluang ko luah perasaan, dan cool down sendiri.


Dah habis sesi negatif Haniza??

Good.

Jom sejukkan hati dengan gambar yg kiut-miut nih.


hahaha. Peguin ni macam marah. Tapi still lagi comel.
haish. Macam mana nak buat muka marah tapi comel?
lalala~~


kawan yg baik, dia takkan marah kalau kena gigit dengan kawan sendiri.
hakhak.

listening is enough to make someone feel better.

Popular Posts

Yang menarik