UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Apr 18, 2011

lemah. berserah hanya padaMU

Salam.

ok. Entri kali ni memang bunyinya sangat cengeng dan lemah. Siapa rasa tak boleh nak tahan baca bab-bab emosi, jangan baca.


Serius. Aku rasa sangat lemah hari ni bila memikirkan paper amali biokimia tengah hari esok. Hampir aku nak putus asa. Study dan baca notes, tapi macam satu apa input aku tak tahu. Just dapat hafal beberapa isi yg aku agak tak beberapa nak penting.

Petang tadi telefon abah. Konon nak meluahkan rasa. Tapi aku anak yg pemalu. Just telefon, tanya khabar dan beritahu yg aku ada exam esok. Macam biasa, abah bagi kata-kata semangat untuk aku. Tapi bila start je abah bagi kata-kata semangat tu, aku dah nangis. Serius tak boleh nak bendung tangisan tu. Aku rasa macam hopeless giler!

Tak tahu abah perasan ke tak. Tapi sepanjang tempoh abah bercakap tu, aku hanya cakap "haa." "ye" "emm". Tak mampu nak cakap apa-apa dan takut juga kalau-kalau abah perasan aku nangis. huhu..

Stress la stress!

Lepas letak telefon, aku menangis sorang-sorang dan lama-lama. ok. Aku memang cengeng bila aku tak ada konfiden dengan diri aku sendiri. Lama gak aku nangis. Nasib baik time tu tak ada siapa kat surau dan nasib baik gak member aku dah terlena. Penat sangat kot. (aku lepak surau PTSL sambil tunggu maghrib dengan membe aku). Nangis punya nangis, ingat balik kata-kata abah. Usaha sehabis baik. Itu pentingnya doa. Allah maha mengasihani. DIA dengar setiap rayuan hamba-hambaNYa. Kita je yg nak tak nak berdoa. InsyaAllah, Tuhan pasti akan bantu.

Ya. Aku semakin kuat menangis. Sampai aku rasa kat surau tu boleh dengar esakan dan sedu-sedan aku. Tak tahu belah lelaki dengar ke tidak. Tengah dok sedap cengeng-cengeng, ada 2 orang muslimah masuk. Aku cepat-cepat cover. Sampai aku rasa dah tahap aku tak boleh nak tahan, aku pergi ambil wuduk dan terus duduk baca surah al-Waqiah. Alhamdulillah, ketenangan berjaya dicari. Dan berjaya juga, join solat maghrib berjemaah. 2 kali ganda rasa tenang.

Tapi, bila semula ke ptsl, buka balik nota dan soalan past years, aku start rasa cengeng semula. Tapi aku try kuatkan semangat. Tengok member-member yg lain bersungguh, aku pun terikut. Agi idup agi ngelaban!!

So, cara termudah dan terpantas untuk aku study subjek ni ialah dengan buat soalan past years. Thanks pada mereka yg bantu aku.

Ya Allah.. akan aku usahakan habis-habisan, setelah itu aku berserah padaMU. Moga dipermudahkan semasa menjawab nanti. Kurniakanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada aku dan sahabat-sahabatku. Amiinn..



p/s: kepada cosmate dan lecturemate, aku tahu korang pun tension kan? Tak apalah, marilah berusaha lagi.

3 comments:

cleo said...

=)

lilix said...

bgus2..btul ckp ayah ko.kita kene usaha sehabis baik! yg penting kita usaha..soal markah elok x elok tu rezeki sume...
ganbatte niza! ganbatte!
ak tgk ko smgt, ak pon akan smgt nnti..huhu :) gud luck exam esk plak

NuRuL ADiBaH said...

niza..
sronok studi dgn korang..
thanks jgak bincang2 past yr bersama.
=)

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik