UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

May 29, 2011

gemuk atau kurus? kecik atau besar? sihat atau sakit??

Salam.

Naaa.. Ini isu yg paling 'hot' di kalangan perempuan. Selain isu kecantikan. Well.. Minoriti, lelaki juga. *lelaki yg kisah

Mana yg menjadi pilihan?

Gemuk atau kurus?
Kecik atau besar?
Sihat atau sakit??

Mostly, jawapan yg diberi ialah

Kurus.
Kecik.
Sihat.

Gred A solid diberikan. Fullstop.

Ok. Mungkin ada akan cakap

Gemuk.
Besar.
Sihat.

Yup. Jawapan yg boleh diterima. As long as perkataan sihat itu ada. Itu skema jawapan yg sebenarnya. Aku ulang, besarkan dan aku bold, sihat.

So, girls.. Jom praktis healthy lifestyle. Apa yg penting kita sihat.

Kalau gemuk, jalan pun macam orang tak larat. Tak boleh. Lagi-lagi masa kita muda dan bertenaga ni. Dah tua nanti lagi lah kan??
Kalau kurus tapi naik tangga dua tingkat pun mengah-mengah dan tersemput-semput, macam mana tu?? *lain lah orang yg ada penyakit semput

So, cara terbaik nak elakkan perkara macam tu terjadi, mudah je! Lebih-lebih lagi masa kat kampus nih.

  1. Jangan malas turun naik tangga or berjalan kaki (gunakan alternatif ni untuk kawasan yg berdekatan)
  2. Elakkan beli makanan bungkus. (makan kat situ juga. So, on the way nak balik bilik tu, sempat la hadam makanan sikit)
  3. Makan dalam kuantiti sederhana. (makan sikit, tapi banyak kali. ok je tuh)
  4. Elakkan starving di siang hari. (supaya korang tak terhegeh-hegeh cari makanan malam-malam buta) *ini yg selalu dilakukan oleh kaum perempuan.
  5. Minum air putih banyak-banyak. *terbukti berkesan untuk jadi kurus dan sihat!!
  6. Mesti mahu bermotivasi dan disiplin!! 

ok. Pfftt!!

Fine. Sebenarnya aku dah gemuk sekarang nih. Memang ramai kata aku tak gemuk dan tak pernah juga kata aku kurus. T_T

Tapi aku tak puas lagi. I need a good figure and nice body line supaya aku yakin dengan diri sendiri. Bukan tujuan nak melawa. haipp!! *sort of sebenarnya.. ngee~

ahhhh!

Apa yg penting, aku sihat dan aku aktif!! Lalala~ 


p/s: peringatan untuk diri sendiri, jangan nak mengutuk-ngutuk orang, nanti kena dekat diri sendiri. Padan muka!! Haniza la tu. heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee


Suka dengan entri ini? Sila klik di bawah

May 28, 2011

lens kaler brown

Salam.

Tu tajuk entri aku tu, mesti korang dah dapat agak kan??

Yup. Lens aku minta Mek Ty order selamat sampai tengah hari semalam. Thanks Mek Ty.

Aku order lens kaler brown. Saja nak berkaler-kaler ni. Kalau pakai lens kaler hijau or biru, nampak pelik giler. Aku dah la kulit kaler gelap. haaa.. Rupa hantu la jawabnya nanti. Tapi, kaler brown ok la kot even kadang-kadang aku rasa macam zombie je bila pakai lens tu.


Ni lah lens yg aku beli tu.  Kredit utk model tu  coz ganti tempat aku.
hahahaha


Apa best dengan lens?? Serius aku cakap, tak best! Bukan sebab aku anti-lens. Tapi memang aku tak sesuai pakai lens dan sangatlah tidak selesa pakai lens. Power mata aku ni yg berbeza buat aku lagi payah nak pakai lens.

Power mata kanan : 000
Silau mata kanan : 125
Power mata kiri : 475
Silau mata kiri : 000

Nampak perbezaannya yg sangat ketara?? haaa. adehhh. Sakit. sakit. Jangan tanya aku kenapa power mata aku berbeza gila. Aku pun tak tahu sebabnya.

Pakai lens buat aku pening coz power mata yg berbeza tu la. Even pakai spek. Bila dah turun kan power, baru macam ok sikit. Dulu power spek aku 025 dengan 325. Aku tak nak pakai sampai 400. Gila. Aku jalan pun huyung-hayang.

adehhh.. *sigh

Moga cepatlah ada duit, supaya aku dapat beli dan pakai spek old skool macam biasa. Lagi gembira. Tak payah nak leceh-leceh bukak pakai lens. Nak kena cuci-cuci lagi lah. Buang masa! Aku ni dah la penakut pakai lens. So, perlukan lebih kurang 15 minit untuk aku terkial-kial pakai lens masuk kat mata. Asal nak letak lens je, mata terkelip-kelip. Lain lah Mek Ty. 5 saat untuk sebiji mata. Hebat ah!

So kawan-kawan, doakan aku dapat banyak duit supaya boleh beli spek baru ye? Nak spek kaler oren! Macam yg lama tu. Jenama Polo Smith. *ok. aku memang sengaja nak menunjuk-nunjuk. Sorry.


rindunya kat spek oren tu.. ;-(


Haniza, bertabahlah!!

May 25, 2011

spek oren dah patah.

Salam.

Kecewa!

Pengumuman:
Spek mata oren kesayangan yg sudah hampir tiga tahun bersama telah berhenti memberi khidmatnya atas sebab tuan empunya sedikit ganas hingga menyebabkan bingkainya patah. Tiada tanda-tanda menunjukkan spek tersebut boleh dibaiki melainkan diganti baru.



pic keseluruhan spek

yg patah..


Sekarang ni mata ni terkebil-kebil je haa. Adehh..

Mana nak cekau duit nih?? Tunggu gaji je la. hukhuk.. Lari bajet dah. In the meantime, kena pakai lens. Tak suka pakai lens! Menyusahkan.

Mencik! *sambil hentak-hentak kaki

May 22, 2011

what is a Dad?

Salam.

A dad is someone who
wants to catch you before you fall
but instead picks you up,
brushes you off,
and lets you try again. 

A dad is someone who
wants to keep you from making mistakes
but instead lets you find your own way,
even though his heart breaks in silence
when you get hurt. 

A dad is someone who
holds you when you cry,
scolds you when you break the rules,
shines with pride when you succeed,
and has faith in you even when you fail...


credit pada someone yg tulis cam tu. aku tak ingat siapa. tapi, aku nak share dan aku tuju ini to my protective abah. 

May 21, 2011

rosak mood aku!

Salam.

Aku moody gara-gara tak dapat beli beg tangan yg aku nak kat pasar malam tadi. erghh...

Bajet nak cerita perkara yg best berlaku pada aku sepanjang satu hari ni. Tapi tak ada mood dah. Rosak terus!!

Aku kalau berkehendakkan sesuatu, contoh macam aku kata aku nak beli sandal. Banyak kali ulangnyeee lah nak beli sandal. Tapi aku tak beli pun lagi even berpeluang dan ada duit. Means aku ada unsur hesitate di situ dan tidak bersungguh-sungguh.

Tapi bila aku tak cakap, dan kebetulan aku nampak barang yg aku nak ada di depan mata.. Even duit tak ada.. Aku usahakan cari duit untuk beli. Naaa. Itu tanda aku memang bersungguh dan mahu!

Same thing happen tadi. Aku nampak beg tangan tu. Terus berkenan. Tanya harga kat mak cik tu dan aku cakap,

"ok, nanti saya datang balik."

Dengan segeranyeee lah aku pergi atm, cucuk duit. Too bad.. Aku lewat beberapa saat, aku nampak beg tu dah di beli orang lain. peghhhhh. Tak payah cakap lah kecewa nya macam mana kan. Terasa nak menjerit kat situ je tadi.

Daripada semangat aku nak beli makanan banyak-banyak, terus tak jadi. Takat cendol dan tau fu fah jek. Gila ah.

Geramnyeeeeeee...........!!

Fine. Aku dah moody sangat nih.

May 20, 2011

can't get my eyes off you, mystery guy!!

Salam.

Ok. Hari ni aku jumpa seorang lelaki yg sangat hensem dan bertubuh model. waaaaaaaaaaaaaaa.

Mula-mula jumpa, masa bas rapid berhenti dekat bus stand kat PK (pusat kesihatan UKM) untuk ambil penumpang. Ada tiga orang. 2 perempuan (minah omputih dan amoi) dan seorang lelaki. Abaikan perempuan-perempuan tu. Kita fokus on that handsome guy. ngiahaha. http://www.emocutez.com

Aku tengok je dari tingkap. Mula-mula aku macam ignore je. Then bila nampak dari sisi muka laki tu, I knew it! That guy memang hensem! huuu~~

Aku siap singgung-singgung Mek Ty kat sebelah. Mek Ty pun perasan yg that guy hensem!

Naik-naik je dia atas bus..  Naaaaaa.. Muka chinese look mix omputih. Memang hensem giler ah kan? Berkaca mata hitam yg retro, berkemeja kotak-kotak hitam kelabu dan berseluar jeans hitam. Memang elok-elok je fit badan dia yg berdada bidang dan berkaki panjang tu. Maskulin.

pehhh. Lemah weh lemah! *hidung berdarah

Dia duduk kat seat yg berhadapan aku tapi bukan la betul-betul depan aku. Dekat jugak dengan aku la tapi.

Yaaaa.. Aku pun apa lagi. Allah dah cipta manusia ni sempurna. Kita haruslah bersyukur dan menikmatinya kan? hahaha. ok. Haniza gatal. Aku dok je ushar tak ushar dia lah. Tak mo nanti dia perasan yg aku ni stalker dia. Takat

'menjeling-menjeling ku bertentang.. mata kita sama memandang..'

haa. Kan da terkeluar lagu  Tan Sri S.M Salim. haish.

Disebabkan tiba-tiba aku perasan yg aku ni tak tahu malu dan tak bercover-cover menjeling ke arahnya, aku cuba untuk tidur. huuuu. Tahan nafsu tu!!

Kitorang sama-sama turun kat perhentian ktm ukm. Segerombolan pendatang asing pun turun sekali. Gerak sama sekali. Mek Ty dah gelak-gelak. Aku pun tak tahu kenapa. Tanya dia. Dia cakap,

"hahahaha.. Aku rasa macam kita ni pun pendatang asing gak. Turun sekali dan berjalan serentak."

Bongek Mek Ty!! hahaha. Jatuh standard dah di situ. Tak apa. Mystery guy aku tu pun jalan sama dengan kitorang sekali. Lalala~~

Kebetulan time tu gak, terdengar that guy ketawa. Macho dan cool dowh! Trauma aku jap.

Sepanjang-panjang perjalanan ke ktm dan sehinggalah dok tunggu train datang, mata aku tak lepas-lepaslah dok tengok dia, jeling-jeling dia. Dia tak perasan pun. Aku pandai cover coz dia jauh dari aku. Lagipun ramai orang kat ktm tu. Dia memang tak perasan punya. hehehe

Then, train datang.. Berakhirlah episod cinta monyet aku tu. huuu.. http://www.emocutez.com

Tapi..!!

Haaa.. Jodoh kami memang kuat. Aku terjumpa dia lagi sekali kat bus stand ktm tengah tunggu bus sama-sama nak balik ukm. Naik bus pun sama-sama, kami. Dapat pulak dia duduk seat depan aku. walawehhh. Lemah aku rasa, lemah!!

Masa sampai ke destinasi aku, aku kena lalu sebelah dia sebab nak turun ikut pintu bus yg depan. pehh. Control habis masa lalu sebelah dia. Konon macam dia perasan je kewujudan aku kat situ. wuuu~~http://www.emocutez.com 

Tak apalah kalau dia tak perasan aku pun. Cukup bagi aku untuk hiburkan hati aku dan cuci mata hari ni. At least, aku menikmati sehari lagi di bumi Allah ni, dengan hati yg gembira dan bersyukur. ngee~~

credit to Mek Ty even dapat snap curi-curi dari belakang je.
wuuu~~




Terpanjang pulak entri ni. Bajet nak buat pendek je. haih. Korang habis baca dah pun kan? hahaha. Thanks!



p/s: mood baik yg terbawa-bawa sepanjang petang sampaikan ada orang terpijak kuat kaki aku dan aku pulak boleh tersenyum mesra dan berkata, "tak apa. tak apa." 

Entri ni bukan serius pun. Hanya salah satu hari-hari aku yg best je. 



time kecik-kecik aku memang comel.

Salam.

Hello everyone!

Entri kali ni aku nak bajet comel ok. So, siapa rasa menyampah tu, cepat-cepatlah tutup window blog aku ni ok? Tidak akan berlaku sebarang masalah 'no offense' nanti.

Time kecik-kecik aku memang comel. Fine. Aku memang suka angkat bakul sendiri. *dok bayang aku ngah pegang bakul then julang tinggi-tinggi. pfft!

Sorry. Aku meraban jap.

Ok. Ini entri versi limited edition punya. Bukan senang kome nak tengok. Aku pun jarang-jarang lah nak pergi geledah gambo tu.

Kredit pada adik aku, Namira yg pergi geledah almari buruk kat rumah tu, dan scan gambo nih. hikhik.


time kecik putih jek. time beso nih itam! da jadi budak nakal, tu la sebabnye. haish.


well.. muka budak baik kan. hakhakhak


Taaaddaaaaa!!! hahahaha


Again. Aku memang comel kan? ngaa~

May 17, 2011

kasut 'pig skin lining'

Salam.

Ok. Entri kali ini akan banyak sedikit mencarut-carut. So, banyak-banyak kan lah istighfar ok?

Hari ini hari yg paling aku sakit hati. Err.. Sepatutnya aku sebut hari paling celaka? whoaa. Serius sangat harsh perkataan celaka tu. Tak boleh. Tak boleh. Anggaplah hari ini hari yg paling bodoh buat aku. mmm

Tengah hari tadi aku keluar dengan Mek Ty dan Eka pergi mid valley. Tujuannya, aku nak cari sandal untuk ganti sandal cabuk aku tu.

Pas pekena spagetti kat Spagetti Farm, aku dengan diorang pergi jalan-jalan jap sementara tunggu masuk waktu zohor. Jalan-jalan tu, kitorang jumpa butik Topshop (jual barangan branded - semua aksesori perempuan). Saje je masuk nak tengok blouse-blouse yg butik tu jual. Mek Ty seronok pergi tengok blouse2 yg ada dekat situ sementara aku dan Eka tercongok-congok tengok butik tu.

Then, aku nampak satu rak kasut. Lawa kasut-kasut nya. High heels la semuanya. Biasalah aku ni. Suka nyeee lah sentuh-sentuh barang. Yelah. Mana nak expect kan. Tak pernah nak terpikir akan terjadi perkara lain pun. Masa aku sentuh satu high heels ni, aku rasa kulit dia lain macam dan aku tengok kasut tu serius besar saiznya. Aku jalan rapat sikit ke arah rak tu, suddenly ternampak sticker 'Pig Skin Lining' ada ditampal dalam kasut tu. Bloody shit!!!

Terus terlepas jari aku dari kasut tu. Nasib baik aku sentuh guna jari je. Dok nye aku amik kasut tu guna dua-dua belah tangan, siap sarung kat kaki. pehhh!! Tak tahu apa lagi yg aku akan mencarut kat situ. Masa perasan tulisan pig skin lining tu pun, hati aku dah mencarut dan menyumpah banyak dah. ergghh. Serius aku nak je tendang salesgirl yg ada tepi tu. Bukan takat nak tendang, siap rasa nak tumbuk-tumbuk je.

Harsh sangat kan ayat aku?

Then, suddenly aku faham dan aku sedar. Ini semua salah aku yg tidak hati-hati dan peka. heee

Aku cam hilang arah jap dok pikir macam mana la nak samak tu. Mek Ty kata kalau kering tak apa. Tapi aku tak yakin sangat coz biasanya itu kalau melibatkan anjing. Ini terang-terangan kulit babi. Sebabkan was-was, aku tanya Jijah. Jijah kata najis anjing yang kering sahaja tidak perlu disamak, kerana najis anjing itu tidak berat sepertimana najis babi. Kalau najis anjing itu basah atau lembab, maka wajib di samak. Najis babi atau barang yang diperbuat dari kulit babi wajib di samak sebab najis tu najis yang paling berat. Kenyataan Jijah disokong oleh Piee bila aku dapat input yg berbeza daripada orang lain.

Adehh. Payah payah. Pusing-pusing pergi cari sabun untuk samak tu. Alaa.. Sabun yg biasa doktor haiwan muslim guna. Tak jumpa. Alih-alih, aku cakap kat diorang aku nak balik. Takut tersentuh-sentuh pulak. Nanti semua kena samak.

Balik tu, minta tolong Tiqah carikan sabun samak tu. Sabun Taharah namanya. Dapat je sabun tu, Haaa. Aku samak segala perkara yg aku rasa tersentuh. Baik tangan aku, muka aku, baju dan tudung yg aku pakai. huhu.. Sekali basuhan dengan sabun samak tu, diiringi 6 kali basuhan air mutlak.

Thanks to Jijah dan Piee yg membantu aku. Adehh. Itu pentingnya ada kawan-kawan yg arif bab-bab agama ni. Senang nak dirujuk bila ada kemusykilan. Nak harap diri sendiri, tak payahlah.

Tipu aku cakap kalau masa aku samak tu, aku yakin bersih. Was-was banyak sungguh. Bongok lah setan!! 2,3 kali gak lah aku ulang samak tu sampaikan kali ke-3 tu, aku niat betul-betul dan yakin! huu.. Lapang terus dada lepas tu.

Nasihat aku pada korang-korang yg jenis suka shopping barangan branded nih, hati-hatilah ye? Jangan sesedap rasa je nak menyentuh. Konon nak branded sangat, sampaikan butakan mata pada yg haram. Aku tak suka barang branded. Takat Tomsgirl, Cheetah, Diesel dan Nike je lah. lalala~ Zara? Mango? Topshop? Tak pernah terhingin pun aku. Masuk kedai tadi tu pun, sekadar nak cuci mata je. *fine. fine. aku masuk lah jugak kan? Tipulah tak tertarik.

huhu.. Apa-apa pun, sila consult lagi pada ustaz dan ustazah korang bab-bab samak-menyamak ni. Penting tau!!

ok. babai. Aku nak buat supernatural marathon nih.

Daa~

May 15, 2011

movie review: A Little Thing Called Love

Salam.

Credit to asaktor yg download dan perkenalkan pada aku movie nih.


Crazy little thing called love (thailand movie)


Upset sebab Thailand movie? Naaa. Try tengok dulu, then baru korang komen ok? Cerita ni serius kelakar, heartbreaking dan sweet! hikhik. Lagi pulak, aktor dia hensem dan aktress nye comel!!


Sweet kan? wuu~~!!!


Tajuk cerita ni aku tak sure sangat. Ada kata 'a little thing called love' dan ada yg kata 'crazy little thing called love'. Alaaa.. Mana-mana pun boleh asalkan movie nye sama je.

Cerita ni berkisar pasal perempuan ni, nama nya Nam. Dia ada one-sided crush kat Shone ni. Lama kot. 2,3 tahun juga lah. huhu.. Nam ni sumpah tak cantik langsung. Dah la hitam. Pakai spek orang tua. Hairstyle dia serius sangat nerd! Shone pulak, budak lelaki yg popular kat sekolah. Dah la hensem, pandai main bola pulak tu. Kira macam jadi kegilaan ramai lah.

Ok. Aku tak mahu cerita banyak-banyak. hehe. Nanti hilang lah feel movie ni pada siapa yg tak tengok lagi tu. Jadi, sila pergi download dan tengok. Nak download kat mana? huu.. Aku pun tak tahu. Aku tahu meng'copy' je. Ngaaa~~

nuffnang.

Salam.

Ramai dah tahu pasal nuffnang kan? Especially, bloggers semua.

haaa.

Apa kata.. Baik hati kan? Tolong lah klik-klik. Saja-saja klik je. Korang tak rugi apa-apa. Those blogger yg ada nuffnang, korang klik aku nyer, then aku tolong untuk korang nye. Amacam? hehe. Ada macam sistem barter tak? Yg tak ada blog, tak apa. Korang klik je gak. Tak payah isi form merepek apa-apa pun. Just klik kat iklan nuffnang kat side bar atas sekali tu. huhu

Tapi bila dah klik tu, kasi tahu aku ok? Leave your message kat cbox tu. Tahu la aku yg korang dah jalankan tanggungjawab korang. Aku pula akan balas nanti. Ok tak?

Naaa. Aku tak kisah sangat sebenarnya. Tapi kalau ada advantage nye.. Apa salah kita cuba. Ya dak??

Siapa-siapa yg pernah klik tu, terima kasih daun keladi, lain hari klik lagi. hehehe..

May 14, 2011

menanti hampir satu hari penuh.

Salam.

Waaa... Rasa cam nak mati je tak dapat online blog satu hari ni. *ok. ayat hiperbola giler. Jangan percaya.

Actually, sangat tertekan bila tak dapat online blog pagi tadi. Cuba tengah hari, still tak boleh. Petang? Pun tak boleh. Malam? Masih juga tak boleh. demmm!!

Nasib baik dah boleh. erghh..

Kebosanan aku satu hari ni. haih. Bosan yg sangat malas. Faham maksud aku? Aku rasa bosan, tapi aku sangat malas nak buat apa-apa untuk hilangkan kebosanan. Whatever.

Pagi-pagi lagi je aku dah rasa sedih sangat. Sempat la menitik dua tiga titik air mata aku ni. =(
Tahu sebab apa? Ada kucing betina mati betul-betul sebelah bilik aku. Yg paling menyedihkan, itu mama kucing. Perut dia ada kitties.. *great! sekarang aku dah start rasa sedih semula.

Aku tak tahu punca kematian dia. Cuba juga memikirkan kemungkinannya. Tengok dari kecederaan. Mama kucing tu tak adalah keluar banyak darah. Hanya sekitar tengkuk dan mulut dia, penuh dengan darah. Ada air juga yg meleleh. Sedih sangat. Mak cik cleaner kat floor aku ni kata mati sebab keracunan. huh! Ni semua salah mereka! Sian sangat mama kucing tu.. Keras badan dia sekali perutnya yg besar tunggu masa nak deliver kitties je..

Fullstop untuk kisah itu. Nanti aku jadi budak cengeng. sobb sob.

Those pada kawan-kawan aku yg pergi Tawau esok, all the best aku ucapkan! Mainlah sebaik mungkin. All out. Bukan senang nak dapat peluang main jauh-jauh macam ni. Naik plane pulak tu. Dah la select 5 orang je. Semua budak olahraga. haih. Nasiblah jadi budak seni.. Dengki memang dengki. Tapi sebab kawan dan aku tahu korang semua hebat-hebat.. Aku doakan kejayaan dan yg terbaik untuk korang. InsyaAllah. Semoga kejayaan milik korang. Yg penting, main sungguh-sungguh. Btw, jangan lupa souvenir untuk aku. Wajib ok? Tak kira!!


Done.

Itu je yg aku nak coretkan pada malam yg sangat bosan ini tanpa Mek Ty yg menemani. hukhuk. Hari-hari ku yg berlalu sepi tanpa kamu. wuu~~





Daa~~

May 12, 2011

tounge twister 1

Salam.


Jom kita tergeliat lidah jap.


How much wood could Chuck Woods' woodchuck chuck, if Chuck Woods' woodchuck could and would chuck wood? If Chuck Woods' woodchuck could and would chuck wood, how much wood could and would Chuck Woods' woodchuck chuck? Chuck Woods' woodchuck would chuck, he would, as much as he could, and chuck as much wood as any woodchuck would, if a woodchuck could and would chuck wood.



Aku dengar bunyi wud cak wud cak wud cak cak je?? eh. Cam lagu la plak.


kah kah kah!!

May 9, 2011

Max 247

Salam

Baru je habis training silat nih, aku terus update blog. *sementara nak keringkan peluh dan mandi Gigih tak aku?? Tepuk tangan sikit. hoho


Nike Air Max 247

pehhhhhhhhhhhhhh.

pehhhhhhhhhhhhhhhhh..

ppeeehhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Ok. Pening kejap. Kasut idaman. walawehh.. Cun beb!! 
*even itu design untuk laki, ahh! aku tak kira!!

Mampukah aku beli tahun 2012 nanti? Atau akan ada brand baru yg lebih hebat?? erghhh.. $_$

Tak apa. Tak apa. Mari kita saving!!




Tapi kan..

Nak dijadikan cerita, ada Max247 yg baru gak. Lebih hebat dari kasut nike tu? oh oh. Tidak! Meh aku perkenalkan.



Super Junior.
oh my heroes...!!

 erkk.. Sorry. Silap letak gambar.



Tengok yg bawah nih.


Kpop tiruan?
pehh. Tak serupa langsung!! 

Aku ada buat entri pasal group bajet Kpop nih. Tak sedo diri tu orang Malaysia, tapi nak jadi orang Korea. haih. Boleh tengok entri tu di [sini]

Tengok pulak pengumuman yg diorang buat..


perlu ke pegang gitar dengan botol gas tu?
Kiter bakor je!


Yaaaa!! Itu dia.. Max247! HAHAHA

Macam tak ada nama lain je kan? Siapa tiru siapa?? Brand kasut nike Air Max 247 tu dah lama ada. Tak silap aku, since 2009 kot. 

Adehh.. Aku kesian pula dengan boy band yg berlagak Kpop nih. eh. Silap la. Dah jadi Mpop.

Naa.. Aku tak mahu komen apa-apa lagi. Karang bukan jadi sesi komen, jadi sesi kutuk pulak! haih. Parah parah.

Kita tunggu je first debut album mereka nanti. Kompremm hit traffic giler. For sure. Sebab hit traffic? haha. Korang sendiri dah ada jawapannya. tettt!!






May 8, 2011

habit.

Salam.



Gosok gigi adalah perkara yg paling tidak disukai oleh budak-budak. err.. Majoriti nye lah. Ada je budak-budak suka gosok gigi. Tapi, most of all yg aku nampak, memang tak suka langsung. Itu termasuk aku. Time kecik-kecik dulu lah ye. Dah besar-besar ni, jadi pemalas. Itu yg gigi banyak rosak tu. adehh http://www.emocutez.com

Tapi, aku dah amik pengajaran. wuhuu~~ Ingat pasal entri 'bad teeth day'?? Boleh search kat kolum cari gali atas tu kalau kalau nak baca. Pehh. 5 visit dengan cik dentist betul-betul buat aku insaf.

Serius, aku akan pastikan setiap pagi dan sebelum tidur waktu malam, aku gosok gigi. Even mengantuk or penat macam mana sekali pun. waa.. Tobat weh tobat!!

haa..

Nak cerita pasal habit nih, kalau orang lain gosok gigi tu, dia akan picit ubat gigi kasi bentuk cantik-cantik je atas berus gigi tu kan?

Korang buat macam ni kan?

Aku pun buat macam tu. Tapi nye.. Sebelum aku masukkan dalam mulut dan berus gigi, aku akan ratakan dulu ubat gigi tu. Kira nanti ubat gigi tu termendap antara celah-celah berus tu lah. hoho. Dah terbiasa dari kecik. Yelah, dulu benci giler tengok ubat gigi tu. Tak sedap rasanya! yikes! So, abah aku ratakan atas berus supaya aku mahu gosok gigi tanpa rasa ubat gigi yg banyak. huhu

So, benda tu dah jadi habit. Try jugak buat macam orang selalu buat, erk. Lidah aku tak boleh nak terima langsung. Mesti aku luahkan balik, then buat cara biasa yg selalu aku buat.

Well.. itulah aku.

errr...

Perlu ke update entri pasal habit gosok gigi haniza?


Fine!! Aku tahu nak update entri blog pasal apa. Tu yg merapu nih. pfftt!!



Bla bla bla bla.

May 6, 2011

Mitos dan Fakta tentang Coklat.

Salam.


Dah lama aku nak beritahu korang pasal ni. Mungkin ada yg dah tahu, dan mungkin ada yg tahu. Tak apa. Mana yg tahu, kita refresh semula memori. Mana yg tak tahu, ini info yg sangat berguna untuk anda.

Ramai juga pendapat yg coklat ini boleh menggemukkan. Memang lah boleh gemuk kalau kau makan coklat pagi, petang, malam. haih.



MITOS
Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.
FAKTA
Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Kalcium - 9%; Riboflavin - 9%; Protein - 6%; Zat Besi - 3%; Vitamin A - 2.4%; Thiamine - 2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Coklat sungguh berkhasiat.




MITOS
Coklat adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak.
FAKTA
Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurang MYTH daripada 3 peratus daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperolehi dari coklat dan lain-lain konfeksyen.




MITOS
Coklat mengandungi sodium yang tinggi.
FAKTA
Satu bar 1.5 auns. coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium; satu bar coklat susu - 40 mg. Cuba bangdingkan dengan: 1 cawan susu - 122 mg; 1 keping roti gandum - 132 mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440mg sodium.




MITOS
Coklat menyebabkan kerosakan gigi.
FAKTA
Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Oleh itu coklat bukanlah penyebab jerawat. Sebenarnya, faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.




MITOS
Kafein dalam coklat menyebabkan kanak-kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif.
FAKTA
Satu auns coklat adalah 5 milligrams. Satu cawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 milligrams dan bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat, mengandungi antara 28 dan 44 milligram kafein secawan. Ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32-65 milligrams bagi satu tin seberat 12 auns.
Anda terpaksa memakan banyak bar coklat (lebih kurang 50 - 1.5 auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur.




MITOS
Memakan coklat dan lain-lain konfeksyen adalah penyebab utama kegemukan kanak-kanak.
FAKTA
Kajian menunjukkan kanak-kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein.




Baca yg ini pulak:


Coklat selama ini dianggap sebagai makanan ringan yang tidak mempunyai nilai pemakanan malah boleh memudaratkan kesihatan badan. Oleh yang demikian, kajian-kajian telah dijalankan bagi mendapatkan fakta sebenar. Hasil daripada kajian-kajian tersebut telah membukitkan beberapa kenyataan berkaitan kebaikan dan khasiat coklat.

Coklat makanan berkhasiat
Coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut :-

* Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
* Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga
* Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga

Maka coklat boleh menyumbangkan :-
* 15% Lemak
* 6% Protein
* 17% Karbohidrat
* 15% Tenaga
* ++ Vitamin dan Mineral yang diperlukan

Lemak koko dalam coklat merendahkan paras kolesterol
Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.

Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.

Bahan Anti-Kerosakan gigi dalam coklat
Melalui kajian yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.

Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.

Kasein di dalam coklat sus pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.

Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi.

Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.

Coklat mudah cair dalam mulut
Lemak koko yang merupakan bahan asas di dalam coklat mempunyai ciri-ciri kecairan yang membolehkan ia mudah cair di dalam mulut. Pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut.




Coklat mengurangkan risiko sakit jantung
Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindank dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.

Coklat makanan penuh tenaga
Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.

Perbandingan koko
Sejumlah besar koko yang dinikmati dalam bentuk coklat, lazat rasanya dan mengandungi kebaikan semula jadi. Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama. Kajian telah membukitkan bahawa coklat mengandungi khasiat makanan yang seimbang.

Siapa baik hati nak belanja aku ferrero rocher ni??


Sumber: 
   




















May 5, 2011

training masum day 1

Salam.

Patutnya aku update pasal entri semalam. Tapi penat sangat lah. Habis training semalam, lepak mapley jap, balik kolej, mandi, solat then tidur. adehhh

First day training masum memang 'best'. Kitorang start training petang, jog sama-sama dan buat latihan bebanan sedikit yg diketuai oleh Paan. Petang tu tak penat sangat pun. Just panas kan badan. Tapi, mana-mana team-mates lain yg tak prepare, nampaklah tercungap-cungapnya.

Malam.

Pehhh.

Training yg diketuai abg Man (coach), memang hard! Semua tercungap-cungap!! Aku lagilah kan. Masa awal-awal tu, ada budak lelaki je, aku sorang je perempuan. Haa.. Kami jog pusing stadium tu entah sampai berapa pusingan. Mungkin 6 kot. Macam biasa.

Lepas tu, abg Man suruh buat satu line sambil jog perlahan-lahan. Yg terkejutnya, abg Man tiba-tiba pecut dari belakang, pergi dekat orang yg first kat depan. Then proceed aku pulak speed pergi ke depan dan orang seterusnya.  Dah stretching badan segala, main tangga (20x turun naik tangga speed). Best even penat! huhu

Malas aku nak cerita training yg lain lagi. Apa yg aku nak ingatkan diri aku, kena cari fitness. Coach dah pesan awal-awal yg training dia hard. Dah siap ada jadual pulak tu. Ramai yg cramp kaki masa training semalam. Waa.. Risau aku. Training terpaksa berhenti awal dari tempoh training yg sepatutnya. Nasib baik aku da prepare sikit-sikit, jog masa minggu exam dulu. Kalau tak, mahu gak aku join sekali cramp kaki. adehh!

To team-mates yg tak datang lagi training, habislah korang pas ni. Serius. Aku dah pesan awal-awal dulu, turun jogging petang kat stadium sama-sama. Tapi siapa je dengar? Ada 1,2 orang je yg turun. mmm..

Tak apalah, apa-apa pun.. Mari kita berusaha!

MASUM 2010
mampukah lagi kita mengukir kejayaan??


p/s: aku rasa entri yg aku tulis, makin lama makin bosan dan semakin 'sopan' *ayat baik n postif je kan?? huh!!

May 3, 2011

am I haunted?

Salam.

Mood: Supernatural season 4 episode 6: Yellow Fever.


Naaa. Minat cerita supernatural? HAHA! Aku minat giler wehh! hehe.. Adik-beradik Winchester. Aku tahu ramai suka Sammy. Tapi aku paling suka Dean!!

Dari minggu exam hari tu aku dok ulang-ulang supernatural dari season 3 sampai la 5. Tak bosan. Seronok kot. Serius. Antara semua episod, aku paling suka episod 6 season 4. Episod ni memang banyak kali giler aku ulang dan tiap kali tu la, aku akan ketawa besar-besar. HAHA.

Siapa dah tengok, mesti tahu sebab apa kan?? Pada yg belum tengok, aku bagi klue sikit.


"Run! It'll kill you!"
Bongok giler. HAHA. Anjing kecik yg siap ada reben atas kepala tu dia takut. Bajet puppy tu hellhounds ke? *dalam kepercayaan Greek, hellhounds tu digambarkan sebagai anjing neraka.




"I'll man the flashlight." kata Dean bangga.

Selama ni senapang dan pistol member terbaik. Flashlight?? Come on Dean.. Pick up something yg more rational dan extreme la. heee. HAHA




"Aaaaaarrrgghhhhhh...!!!" Dean jerit terkejut sangat.




 Serius, time ni Dean screamed like a girl. HAHAHA!! Sumpah, part ni yg paling aku suka!  Kelakar giler nak mati!



"I'm out. I'm done. I quit"
Dah mula pertikai kerja dia yg dok haunting monsters. Siap kata,
"Who does that? Crazy people!!" Dean merujuk kat diri dia dan Sammy.

 

"........ with the eye of the tiger"

Oh. HAHA. Part ni tak ada dalam cerita. Tapi dia tunjuk waktu last. Semua krew produksi gelak-gelak kan Dean. Serius, Jensen Ackles sangat cool!! hahahaha



Selalu dalam episod-episod Supernatural ni, tak kira la season berapa pun, Dean selalu jadi cool, muka serius, buat lawak bodoh dan mimik muka yg macam-macam. Tapi, episod ni, watak dia memang opposite giler dengan watak-watak dia yg lain. Dia jadi penakut yg teramat sangat! Aku tak habis-habis gelak lagi bila tengok part yg Dean menjerit tu. *still tengah tergelak-gelak lagi nih.



Tu klip video Dean menjerit terkejut. hahaha..

Kompilasi untuk funny clips dalam episod ni, boleh tengok [sini]




kahkahkahkah!!





May 2, 2011

semalam sesi usrah. hari ini sesi 'darah'.

Salam.

Maaf. Aku tak ada idea nak bagi tajuk entri kemas-kemas, lawa-lawa. Aku tengah dan sangat menyampah. huh!!

Aku nak tunjuk gambar kasi hidung korang semua berdarah kejap.


betis ko tutup cantik, paha ko bukak luas??!
 


bajet mpop la sangat? aku rasa cam nak sparing je diorang ni!!


selak lagi selak!!


sakai yg macam bangang.


1st ever kpop group?? yg tengah-tengah tu buncit!!






erghhh.. sumpah aku geli dengan diorang ni!!


what the heck??


serius aku rasa nak puke. erghh.


Berdarah hidung? *vomit

Erghh..

24:7 first ever Kpop group in Malaysia?? Gula-gula?? *kejadah aku benci gula-gula

Group lelaki semua tu? Sumpah macam gay. Patut bukan Mpop, tapi Gpop (Gedik dan Gay). Bajet tunjuk abs, tapi apa je yg ada? Flat dan ada pulak tu macam buncit!! Bajet cute bila gigit jari. Tapi aku nampak macam lelaki miang!

Ya Allah.. Sumpah aku malu bagi pihak kumpulan perempuan tu. Sedih, menyampah dan tersangat benci bila aku tengok group tu. Jadi bahan fitnah manusia je. *mood sangat swing giler sekarang. Mana pergi sensitiviti pihak media kat Malaysia nih? Dah lupa ke negera kita negara ISLAM? Macam mana boleh group-group yg macam nih dishow off kan?? Pakai skirt macam pakai shortpants!! Atau lebih baik aku kata macam pakai 'sepander' je? Belum lagi tubes dan singlet yg diorang pakai tu!


Perlu ke tiru imej orang lain nak kasi nama naik?
Perlu ke dedahkan apa yg HARAM didedahkan??
Perlu ke bajet comel sedangkan korang totally not-so-very-ever masculine??!! *grammar english dah terabur. Tak apa, asalkan korang faham.


Mana pergi barisan kepimpinan Malaysia?? Sedar ke tidak, dalam semangat tak kena tempat konon nak majukan negara dan bangsa, tapi sebenarnya korang jual anak bangsa sendiri?? Gila seronok ah bangsa lain tengok bangsa Melayu kita ni. Lagi-lagi yg memang nak tengok bangsa Melayu jatuh dengan kebodohan dan nafsu sendiri.

Serius. Ini semakin serius. Parah dah ni. Akidah dipersendakan. Seruan al-Quran diendahkan. Moral orang Islam dah memang di paras merah. Tunggu masa je..

Aku malu.
Aku sedih.




p/s: @#$%!! mari istighfar banyak-banyak coz aku tahu korang pun tengah bengang dan ada yg mencarut gak tu.


Aku berlindung pada pada kalimat Allah yg sempurna, dari kejahatan apa-apa yg diciptakan.

Aku memohon ampun kepada Allah yg tidak ada Tuhan selain Dia, yg hidup dan selalu jaga; dan aku bertaubat padaMu

apa erti doa jika hubungan denganNya tidak dijagai??

Salam.

Aku bukan nak buat sesi usrah or ceramah ke apa. Tak layak pun aku ni. Tapi ini just peringatan buat diri aku yg sentiasa lalai dan leka.

Doa itu senjata mukmin. Ya. Semua muslim pun tahu. Even yg bukan muslim, mereka pun berdoa. Tapi ini aku fokuskan pada diri kita sebagai seorang muslim. Sungguh-sungguh aku mahu ambil iktibar..

Kita sering berdoa. Itu yg disarankan pada kita. Mintalah banyak mana padaNya. Nescaya akan diperkenankan. Jangan jadi orang yg sombong.

Dan berkata Rabb kalian: Berdoalan kepada Aku, nescaya akanKu perkenankan…” 
Surah Al-Ghafir ayat 60.

Hakikatnya, kita berdoa. Tapi janji kita padaNya kita tak tunaikan. Doa nak cemerlang dunia akhirat. Memang usaha kita ada, tapi takat mana? Before exam pulun belajar sungguh-sungguh (usaha nak cemerlang), ada yg buat solah hajat dan puasa sunat (moga usaha lebih barakah). Tapi.. Lepas exam? 

Konon tawakal. Define tawakal yg kita katakan. Tawakal tu ada kredit untuk kita jadi lalai ke?

Waktu solat yg sering dilambat-lambatkan.. Belum cakap pasal waktu subuh lagi. Nak dekat habis syuruk, baru nak solat. Ada pula yg dah tahu lambat, lagi sengaja lambat-lambatkan. Yg paling teruk, dia tengok langit, tengok jam, "oh, dah pukul 7.00. lambat sangat dah nak solat". Langsung solat tak dihiraukan. Tidur membuta sampai matahari mencanak atas kepala.

Aku rasa lebih baik bangun waktu solat subuh, solat yg tak sampai 5 minit pun, then kalau mengantuk sangat, tidur. Berbanding solat di akhir waktu (yg sengaja-sengaja dilambatkan kerana layan mata yg mengantuk.) *fine. Memang tak elok tidur lepas subuh. huhu.. 

Kita janji nak berusaha sungguh-sunguh. Namun, tanpa kita sedari, kita mungkiri. Mana hamblum minAllah kita??

No offense ok bagi mereka yg tersinggung? Serius. Aku tak ada nak tuju pada ssesiapa. Aku ambil pengajaran dari persekitaran aku sendiri. Aku pun terasa sebab kadang-kadang solat subuh aku pun hampir terbabas..

Tapi realitinya kita kena tahu. Tak sedih ke kita doa banyak-banyak, usaha pun insyaAllah ada.. Tapi hubungan kita dengan Allah, kita tak jaga. Perkara simple je. Solat 5 waktu. Anak-anak kecil yg baru umur 4 tahun pun tahu. Apatah lagi kita yg dewasa.

Bagi aku, semua terletak pada solat kita. Hajat di hati nak berubah kepada yg lebih baik. Tudung berlitup cantik, tutup aurat. Tapi, ibadah solat pun kurang terjaga. Macam mana tu?

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: 

"Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya."

Entri ini lebih aku tujukan buat diri aku yg sering terhanyut, lalai dan leka... *sedih http://www.emocutez.com

Tiba-tiba teringat lagu kumpulan Raihan, Peristiwa Subuh. huhu..

Jazakallahu khairan.

Popular Posts

Yang menarik