UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Mar 27, 2011

a room for me.

Salam.

Waktu aku kecik, aku ada satu impian. Impian ke? Bukan. Bukan. mmm. Impian yg tak tercapai. Or should I say.. Keinginan yg tak tercapai. hah! Keinginan, teringin dan menginginkan.

A room for me.

Yup. A room for a sweet little girl. haha..

Aku tak pernah ada bilik yg aku punya sorang. Even ada 3 bilik kat rumah aku tu, tapi tetap kena kongsi dengan along n adik aku.Yelah.. bilik utama mak abah nye, satu bilik lagi, dah jadi stor abah simpan cd-cd nye yg menggunung tinggi (sekarang cd tak ada, tapi baju n buku yg berlambak-lambak.) So, tinggal satu bilik lagi untuk aku kongsi bersama along.

Time kecik-kecik, kalau pergi sleepover or lepak-lepak kat rumah kawan, aku mesti rasa jeles. Majoriti kawan-kawan aku ada bilik sendiri, katil sendiri, wardrobe sendiri, meja study sendiri.. huuu.. Sangat jeles ok?!

tuka tema kaler pink tu, jd kaler oren.
waaa.. ceria kan? 

Aku rasa, sampai sekarang aku rasa jeles dengan kawan-kawan yg ada bilik sendiri. huhu.. Jeles tengok deme hias bilik deme cantik-cantik. Kira macam, ada privacy bila ada bilik sendiri.

Tapi, biasanya budak perempuan yg ada bilik sendri ni, anak orang yg berada ke, rumah besar ke, banyak bilik ke. Tak pun, adik-beradik nye sikit. Tak payah nak kongsi-kongsi bilik. Betul kan? mm. hee. Jeles. Jeles.

Tapi, gembira juga kalau berkongsi. Sharing is caring and of coz, sharing is loving. =)

So sekarang, aku dah tak kisah sangat dah. wee~

Mar 23, 2011

alam itu anugerah Allah

Salam.

Entri kali ni aku nak promote satu tempat untuk korang. Memang sangat sesuai dijadikan tempat honeymoon pada pasangan yg nature-lovers ni. Serius, korang memang akan kagum.

Itulah dia Tasik Plitvice iaitu National Park yang terletak di kawasan-kawasan pergunungan Lika di Croatia. Pernah dengar?? Plitvice Lakes ni tersenarai antara 20 Best Trips of 2011 dalam web National Geographic. Serius.. Manyak cantik wooo~~ SubhanaAllah!!

Tahu Croatia kat mana? Bunyi macam selalu dengar kan? Aku pun tak tahu kat mana. Ikut wikipedia, Croatia terletak di Eropah Selatan-timur antara Bosnia dan Herzegovina Slovenia, dan bersempadan dengan Laut Adriatik. Pehhh. hahaha.

Apa yang paling menarik tentang tasik ni, tasik ni terkenal dengan warna khas mereka, bermula dari warna biru langit menjadi hijau, kelabu atau biru. Warna-warna berubah terus bergantung pada jumlah mineral atau organisma dalam air dan sudut sinar matahari. Siapa yg minat dengan microbiology, kat Plitvice Lakes adalah tempat yg terbaik untuk korang isolate bakteria yg berbagai-bagai warna ni. Stunning gila kan? woohoooo!!

Kepada budak-budak zoology, Plitvice Lakes ini juga tidak mensia-siakan bidang kita. hoho.. Tahu sebab apa? Daerah ini juga boleh dikatakan sebagai rumah (habitat) bagi pelbagai jenis binatang dan burung. Rare fauna seperti beruang coklat Eropah, serigala, helang, burung hantu, lynx, kucing liar,dan capercaillie boleh kita jumpa di sana dan spesies yang lebih umum. Setidaknya 126 spesies burung telah direkod di sana, di mana 70 telah dicatat sebagai pemulaan pembiakan di sana.
Korang boleh jenguk [wikipedia] untuk tahu apa yang menarik sangat tentang Plitvice Lakes ni. Tengok kat [sini] juga huraiannya.

Sekarang.. Mari kita saksikan..!!

kemudahan laluan pengunjung untuk menikmati keindahan


waaa... 


banyak sangat air terjun, so banyak lah pelangi yg terbentuk


tengok.. jernihnya!! snorkeling dan scuba, puas nih!

ni dah edit tambah watermark. even dah di edit, kecantikan still tak boleh dipertikai!

Ok.. Ini gambar time winter pula.






















Ya Allah.. SubhanAllah.. Hilang dah angan-angan aku nak pergi honeymoon kat Turki segala. Aku nak pergi Plitvice Lakes! Tak perlu risau akan keindahan nya yg mungkin pupus.. coz Plitvice Lakes kan National Park. Pasti terjaga segala khazanah flora dan fauna nya. waaa...

Siapa nak join aku pergi trip ke sana??


A passion of cupcakes!

Salam.

Nyummyy... Lazatnya!!

Aku seorang yang gila cupcakes! Harap maklum. Bagilah berapa banyak pun, belum tentu aku puas. huu~~ Takkan jemu la wa cakap lu! Tak caye, tanya cik yanami!

Aku nak belajar buat cupcakes coklat moist nih. huhu.. Resipi? Berlambak kat internet. Nak tanya pakar-pakar buat kek or cuppies, mesti takkan dapat punya. Yelah, resipi keluarga. Tak apa. Tak apa.

Huuu.. InsyaAllah.. Cuti panjang ni, aku akan belajar buat kek dan cupcakes coklat! Boleh makan bersama family tercinta. Huuu... Buat aku kempunan je ni. Dah lama sangat bertangguh-tangguh buat nya. Bila bantu kak Linda buat cupcakes dan tengok Syeeda buat cupcakes untuk kawan-kawan dia, keinginan untuk aku nak buat sendiri semakin membuak-buak.

Kalau nak beli or tempah cupcakes coklat, mahal wooo~~ Tak termampu aku nak beli semata-mata beberapa biji cuppies yang berharga mencecah puluhan ringgit. *ini cupcakes yg sangat sedap. tu sebab mahal. Serius mahal. Kalau ada event tu, berbaloi la kot. Macam wedding ke, birthday ke.. Tapi, kalau semata-mata nak puaskan perut sendiri, alahai.. Kempunan sentiasa la aku.

wuu~

Cupcakes! Cupcakes! Cupcakes!!


coklat yg meleleh tu sama je cam air liur aku yg meleleh nakkan cuppy tu!


oh my! oh my!


choc ganache.. full of chocolates!! waaa. sedapnya!


perut aku memang sumpah dah start menggedik!


nak nak nak!!!!!!


Ya Allah... sedapnya!!

p/s: sengaja aku buat korang terliur sekali. lalalala~~~

Mar 20, 2011

perlu saving kalau mahu rasa bahagia.

Salam.

haih... *sigh

Awal-awal entri, mengeluh cik Haniza?

Sekarang ramai dah masuk mood final exam? Aku? Terkapai-kapai lagi haa. Mood ada. Attitude tiada. Know what I mean kan?

Ahh.. Kena paksa!! Serius mahu lebih serius kali ni. Study awal sikit daripada sem-sem sebelumnya. Awal la sangat kalau 3 minggu lagi je final kan? Bongek ke??

huhu...

InsyaAllah..

eh. Tajuk entri dah lari dari isi nya.

Saving.

Adehh.. Banyak benda dalam kepala otak aku ni. Nak beli banyak ni. Beli barang-barang kehendak dan keperluan. Tapi, ada 1,2 benda yg paling penting.

Kehendak:

Model Yendo kaler oren wehhh!!
excited terus aku nak beli fon baru.


nokia 1200 yg banyak berjasa even dah banyak kali
jatuh berkecai.


Bukan niat nak mengganti yg lama. waaa.. No no. Banyak jasa fon tu kat aku. Still 'hidup segan mati tak mahu'. Juz nak tambah koleksi dan untuk bergaya je. <--- ok. alasan ni serius tak boleh terima pakai.

Ini pula..

Keperluan:


Ini memang penting!
elegan dan stylo


Ini memang wajib beli. I mean jam tangan tu yang penting. Tapi, kaler oren pun penting jugak. Ngeh~ Tak kisah apa-apa brand. Tapi lebih baik swatch ke, adidas ke, nike ke.. Paling koman pun, bum. Muahahahaha..

Ok.

Aku nak bagi korang peluang.




Peluang untuk berjasa pada aku. Bila lagi nak hadiahkan??? Please.... *gaya gedik dan manja. Serius. Aku takkan buat gaya macam tu kecuali korang serius nak berjasa. muahahahaha.




haih. 

Mar 18, 2011

one-sided crush. I'll forgive you.

You forgive me for liking you too much,
And I'll forgive you for not liking me enough.

You forgive me for missing you so,
And I'll forgive you for being so cold.

You forgive me for the loud racing of my heart,
And I'll forgive you for not hearing it.

You forgive me for playing your games,
And I'll forgive you for toying with my emotions.

You forgive me for finding you so attractive,
And I'll forgive you for not noticing.

You forgive me for raising you up so high,
And I'll forgive you for bringing me down so low.

You forgive me for wanting to be with you,
And I'll forgive you for avoiding me.

You forgive me for being so pathetic,
And I'll forgive you for taking advantage of it.

You forgive me for not being able to let go,
And I'll forgive you for never having latched on.

You forgive me for having hopes and dreams,
And I'll forgive you for crushing them.

Forgiveness brings inner peace.
Do we have a deal?





p/s: copy n paste je nih.

Mar 10, 2011

bad teeth day 4 + paranoid

Salam.

Terkejut? Ya. Ini appointment aku yg ke-3 dengan cik dentist. huii~

Aku nak cerita pengalaman aku pergi appointment ni. Pasal gigi, skrol down banyak-banyak baru leh jumpa. Entri ni sangat panjang. Kalau ada kesungguhan dan komitmen, sila baca. Apa-apa pun, terpulanglah.

Kali ni, aku gerak hanya keseorangan kerana memikirkan tak mahu lagi menyusahkan orang lain. Lagi pun, Haniza dah besar. Tak payah nak berteman-teman lagi dah. haipp!!

Bila gerak sorang-sorang ni, aku bukan berani sangat sebenarnya. Muka je nampak macam kental giler. Tapi, hati kecut! Teyy..

Seawal pukul 12.15 noon aku dah naik bus pergi ktm. Kebetulan kuliah Biokimia aku dibatalkan. Naik bus ke ktm UKM, amik tren pergi Bandar Tasik Selatan then tuka naik rel ke Chempaka. Sebelum tu tuka tren di Chan Sow Lin untuk menuju ke arah Ampang. Tak faham? Pergi tengok kat stesen sana nun.

Sampai ke stesen Chempaka, dalam pukul 1.15 pm. Bajet nak naik rapid pergi MPAJ, yelah.. Jimat sikit duit aku. Tapi aku rasa macam lambat sangat nak tunggu, terpaksa la naik teksi. Terbang dah duit RM3.50. haihh.. Kalau beli coolblog pun lepas.

Memandangkan terlalu awal aku sampai coz appointment aku pukul 2.00, siap kena halau dengan akak guard bangunan USIM tu coz datang awal sangat.. Aku pergi jalan-jalan dulu ke pusat membeli-belah Pandan Kapital. Sebelah je dengan MPAJ tu. Masuk-masuk je, aku terus mengutuk bangunan tu. Tak serupa pusat membeli-belah. Suram dan seram. Jual apa je lah dalam tu. Farmasi pun tak ada. Yg banyak nye, jual fon n makanan. Semua orang kat dalam tu, I mean pelanggan yg datang pun semua orang yg dah kerja.. Bosan betul! Tapi yg impress kan aku gila-gila.. Ada ayam uncle Bob weh!! hahaha.. Faveret kot. Selalu jumpa kat pasar malam je.

Pusing banyak kali dah aku kat dalam tu. Motif nak cari tandas dan surau. Ya.. Tandas pertama aku nak pergi, ada belakang food court floor 2. Tapi aku tak berani lalu situ coz ramai orang tengah makan. Aku jenguk kepala kat situ je, majoriti yg ada kat food court tu berhenti makan pandang aku. Pehh. Tak tahu lah aku paranoid sangat ke apa. Tapi memang buat aku tak tenteram. Cepat-cepat aku patah balik. Then, dekat 2,3 kali aku tawaf bangunan tu, jumpa la tandas celah-celah bangunan tu. Area floor 1. haih.

Tanya pulak acik cleaner tu kat mana surau. Dia cakap ada kat parking basement. haih. Kecuakan aku bertambah. Yelah. jalan nak ke basement tu kena lalu tempat gelap. Risau risau. Ada satu group pakcik-pakcik ngah dok bersembang kat satu gerai yg agak terlindung. Aku lalu, satu group tu pandang. Siap ada sengih-sengih. Aiyooo. Apa lagi. Cuak aku. Ahh.. Tak jadi. Patah balik. Aku sanggup tunggu bangunan USIM tu bukak dari solat kat tempat yg aku rasa tak tenteram. haih.

Pukul 2.00! Ahhh.. Lega berjaya masuk ke fakulti pergigian USIM. Selamat! Solat dulu, then pergi daftar. Next, masuk jumpa cik dentist, terus je rawat gigi.

Appointment kali agak extreme sikit. waaaa... Tiada ubat bius pakai picagari besar lagi tu dah!! Cuak aku weh. Nak menangis pun ada. huuu.. Cik dentist tu sendiri cakap, kali ni memang tak pakai ubat bius dah. Aku tanya, tapi jawapan yg diberi, aku tak faham. Yelah.. Doktor yg cakap, pesakit bukan faham bahasanya. Time nak letak clamp gigi kat gigi geraham belakang, waaa.. Memang sakit! Cengkaman besi clamp tu memang kuat. Dapat pula, terclamp sekali gusi. Nak bercakap tak boleh, just dapat sebut 'ah!' 'ah!' je tanda aku sakit. Cik dentist memang baik.huhu. Sehabis daya bagi aku tak rasa sakit. Tukar jenis clamp banyak kali coz nak sesuai kan dengan gigi aku. But still aku rasa sakit. Sori doktor, saya memang tak tahan sakit kalau bab-bab gigi ni. =(

Then, baik hati Cik dentist bagi aku ubat kebas. Ubat kebas perasa strawberi! hahahaha. First time weh.. hikhik. Memang la tak sedap sebab rasa pahit. Tapi, boleh terima sebab ada rasa, bau dan kaler strawberi. Dalam hati aku,
"doktor bagi ubat kebas kanak-kanak nih." 

hahaha. Ubat kebas ni hanya disapu pada keliling gigi yg nak di'isolate'kan. Still, tak membantu pun. Memang kebas. Tapi, masih boleh rasa sakit. Cik dentist panggil doktor yg bertugas. haih. Minta kebenaran cucuk juga bius kat gigi aku. Tapi dos yg sikit dan hanya bius pada gigi yg nak diclamp tu. Kalau before ni, dia bius untuk keseluruhan gigi bawah kanan. Alhamdulillah.. Kurang sakit dah doktor! =)

Perawatan gigi berjalan seperti yg sebelum nya. Buang yg tampalan sementara. Then, kali ni aku nampak cik dentist cucuk gigi aku dengan jarum yg bermacam-macam saiz. Cuakkk.. Tapi, tak sakit sangat pun. Memang terasa la bila cik dentist cucuk kat gusi. Banyak kali dicucuk. Cik dentist cakap,

"ini untuk saya bentuk semula akar gigi awak"

haa.. Nak bentuk balik akar coz 2 saraf dah dibuang. So, next appointment baru tampal dengan tampalan yg permanent. Next appointment??! Ya.. ada lagi 1 appointment. adehhhh.. Aku berserah je. Asalkan gigi aku baik. wuuu..

Alhamdulillah.. Rawatan gigi kali ni pun berjalan lancar. Aku balik dengan hati yg senang. On the way nak tunggu bus, aku diganggu. =(

First gangguan, aku diganggu oleh sebuat kereta perdana yg tiba-tiba hon aku time tengah menunggu bus keseorang di bus stop yg agak kecil. Lelaki yg drive perdana tu berkepala botak dan macam gempal sikit. Tak tahu la melayu ke apa. Dia hon and tunjuk kat kereta konon nak bagi aku tumpang. Aku memang dah start cuak masa dia hon tu. Lagi cuak bila perdana tu bagi signal ke kiri n  berhenti 10 meter dari bus stop tu. Pehhh pehhh. Aku memang tak dapat dok diam time tu. Takut wehh. Aku sorang pulak tu. Dari duduk, aku terus diri. Konon-konon nak lari kalau dia datang. Lari pergi restoran mamak ke belakang bus stop tu. Or tak pun lari tengah-tengah jalan besar tu. Aku peduli apa! Standby.. Maintan.. Tarik nafas.. Dekat 10 minit dia berhenti. Nasib baik driver tu tak keluar. Lama-lama tu dia blah. Phewwww.. Terhenti-henti jantung aku cuak punya pasal.

Kenderaan yg lalu-lalang kat jalan tu biasa la suka phewit2 kat perempuan kan. So, tu aku memang tak kisah langsung. Ada la dalam 15 min pas tu pulak, 2nd gangguan yg buat aku takut lagi. Kebetulan ada orang lalu-lalang kat bus stop tu. Ada pak cik mana entah tiba-tiba berhenti depan aku. Wehhh!! Muka miang tu memang tak yah aku cakap la kan. Sangat geli dan rasa menyampah! Time tu aku dengan dia je kat bus stop tu. Nak berkurang ajar, aku takut pak cik ni makin agresif. 

"Hai adik. Sorang je ke?" aku diam. Still maintain kat situ. Dalam kepala, macam-macam dah aku fikir nak buat apa kalau-kalau pak cik ni serang aku.

"Adik nak pergi mana?" maintain Haniza.. Aku time tu memang sangat cuak dah. Muka cuba tunjuk sehabis tenang.

Lega sikit bila aku tengok pak cik tu nak pergi. Dia perasan aku tak layan dia. Muka dia pun aku tak pandang. Buat-buat tak nampak ada manusia depan aku.

Elok dia jalan, tiba-tiba dia berhenti! Jantung aku pun terhenti jap! Ahhh.. Bangang ke pak cik ni!!

"Assalamualaikum.." eh eh. Baru kau reti nak bagi salam? Nada salam dia bukan nada 'bye2' tapi lebih kepada nada 'hai2'.

"Adik sekolah lagi ye?" pak cik tu gerak sikit ke arah aku. wehhh.. Ni memang aku keluar silat gak kang. Cuak-cuak aku pun, tak rela aku kena kacau banyak gitu.

nipu benor le muka aku macam budak sekolah!
Memang masa dia nak dekat tu, aku buat muka terus!! Tak jadi nak bertenang dah. Muka memang ketat habis aku tunjuk.

Selamat.. Dia tetiba blah. Tak tahu sebab aku tunjuk muka ketat or ada orang lain menuju ke arah bus stop tu. Tapi pape pun. Setinggi syukur aku panjatkan. Ya Allah.. 

Kan aku dah cakap yg aku ni penakut??!!

Rasa takut dan cuak aku beransur kurang bila dah dapat naik tren dan jumpa dengan sorang adik kecik ni. Perempuan. Umur lebih kurang 3 tahun. Muka ketat aku sepanjang dari bus stop ke stesen Chan Sow Lin terus hilang bila tengok keletah budak tu. Senyum terus. Pengubat keresahan. huhu.. Keletah dia mencuit hati aku. Mula-mula jumpa kat stesen rel cempaka. Tapi nampak macam pasif. So, aku tengok gitu-gitu je. Kebetulan jumpa kat Chan Sow Lin, tengok dia bye-bye tiap kali tren yg datang dan pergi. hahaha. Serius comel. Alhamdulillah, sangat lapang dada aku time tu. 

Balik ke ukm dengan hati yg secure. =)





p/s: sumpah tak nak pakai beg sekolah pergi jalan sorang-sorang lagi dah. Taubat!

serabut.

Salam.

Hari ni merupakan Hari Serabut Sedunia bagi aku. Dari pagi, sampai lah saat ini. Sangat serabut dan memenatkan. Sakit kepala tiap kali aku fikir pasal benda ni. Berdenyut-denyut.

Macam-macam benda yg berlaku. Paling buat aku serabut, pasal satu program yg boleh dikatakan aku salah seorang yg tolong uruskan. Termasuk juga isu ketidak-adilan kolej aku. Geram dan sakit hati. Entahlah..

Bila da serabut sangat ni, aku rasa macam hopeless dan useless. Aku tak berdaya lagi nak buat apa-apa. Nak memaksa, aku sendiri tak sampai hati. Alih-alih, aku hanya ekspress kan dari reaksi muka. Ketat dan kerut. Memang sangat hodoh. Sekarang ini pun dahi aku berkerut. Spontan.  Entah. Kalau tersenyum, gelak ketawa dengan kawan-kawan pun, sekejap je. Pas tu, tarik muka balik. huii~~ *sigh.

Aku harap sangat segala perkara ini dapat diselesaikan esok khususnya program tu. Harap masih ada lagi insan-insan yg boleh buat aku senyum kelegaan. Sangat berharap dan berdoa!!

Tuhan, moga segala urusanku dipermudahkan.. Amiinn..

Sabar. Sabar. Sabar.

Aal izz well...

Mar 7, 2011

beastly

Salam.

waaa... Can't wait tengok movies baru 2011 ni. Pehh.. Banyak movie best wehh!

Antaranya movie yg menarik minat aku :



 Weeewiittt!! Aku dah tengok trailer nye! Vanessa yg comel dan Alex yg .... er.. kacak? 6 pecs!! HAHA. Gatal kau Haniza! Movie ni sangat best ok. Siap ada curse-curse segala. Oh.. Tak sabar. Aku mahu download!!




Alex lagi la kawan-kawan!! muaHAHA. Movie ni banyak magic magic. Fiksyen! Serius. Memang faveret aku.




Aku tak tengok trailer lagi. Tapi aku tahu movie ni best berdasarkan poster dan buah mulut kawan-kawan aku yg dah tengok. Haish.. Mahu tengok. huhu..








p/s: Sesiapa yg dah download movie-movie ni.. Quality serupa blu-ray, janganlah kedekut bagi aku copy eh? hohoho.

unspoken love.

Salam.

Saje mengisi kekosongan entri. Layan je.




10th grade
As I sat there in English class, I stared at the girl next to me. She was my so called "best friend". I stared at her long, silky hair, and wished she was mine. But she didn't notice me like that, and I knew it. After class, she walked up to me and asked me for the notes she had missed the day before and handed them to her. She said "thanks" and gave me a kiss on the cheek. I wanted to tell her, I want her to know that I don't want to be just friends, I love her but I'm just too shy, and I don't know why.

11th grade
The phone rang. On the other end, it was her. She was in tears, mumbling on and on about how her love had broke her heart. She asked me to come over because she didn't want to be alone, so I did. As I sat next to her on the sofa, I stared at her soft eyes, wishing she was mine. After 2 hours, one Drew Barrymore movie, and three bags of chips, she decided to go to sleep. She looked at me, said "thanks" and gave me a kiss on the cheek. I want to tell her, I want her to know that I don't want to be just friends, I love her but I'm just too shy, and I don't know why.

Senior year
The day before prom she walked to my locker. My date is sick" she said; he's not going to go well, I didn't have a date, and in 7th grade, we made a promise that if neither of us had dates, we would go together just as "best friends". So we did. Prom night, after everything was over, I was standing at her front door step. I stared at her as she smiled at me and stared at me with her crystal eyes. I want her to be mine, but she isn't think of me like that, and I know it. Then she said "I had the best time, thanks!" and gave me a kiss on the cheek. I want to tell her, I want her to know that I don't want to be just friends, I love her but I'm just too shy, and I don't know why.

Graduation Day
A day passed, then a week, then a month. Before I could blink, it was graduation day. I watched as her perfect body floated like an angel up on stage to get her diploma. I wanted her to be mine, but she didn't notice me like that, and I knew it. Before everyone went home, she came to me in her smock and hat, and cried as I hugged her. Then she lifted her head from my shoulder and said, "you're my best friend, thanks" and gave me a kiss on the cheek. I want to tell her, I want her to know that I don't want to be just friends, I love her but I'm just too shy, and I don't know why.

A Few Years Later
Now I sit in the pews of the church. That girl is getting married now. I watched her say "I do" and drive off to her new life, married to another man. I wanted her to be mine, but she didn't see me like that, and I knew it. But before she drove away, she came to me and said "you came!". She said "thanks" and kissed me on the cheek. I want to tell her, I want her to know that I don't want to be just friends, I love her but I'm just too shy, and I don't know why.

Funeral
Years passed, I looked down at the coffin of a girl who used to be my "best friend". At the service, they read a diary entry she had wrote in her high school years. This is what it read: I stare at him wishing he was mine, but he doesn't notice me like that, and I know it. I want to tell him, I want him to know that I don't want to be just friends, I love him but I'm just too shy, and I don't know why. I wish he would tell me he loved me! `I wish I did too...` I thought to my self, and I cried.







p/s: waaa~~~  ishh..

Source: Board of Wisdom

Mar 1, 2011

hasad dan dengki

Salam.

Hasad.
Dengki.

Dua perkataan tu dah cukup menggambarkan maksud yg sebenar. Sangat hitam, kotor dan keji.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Kalau sesiapa yg rajin berblogging dan berfollow-follow dengan blog yg femes2, mesti ada baca banyak entri yg negatif berkaitan dengan menghentam blogger sesama blogger kan??

Nonsense.
Ridiculous.
Childish.

Apa kau dapat dengan hentam orang lain? Cakap pasal benda buruk, aib kan orang lain. Padahal, tak pernah sua muka dalam dunia realiti pun. Kau dengki dia ramai follower? Dengki dia cantik@hensem? Dengki dengan penulisan dia yg ramai orang suka? Or kau saje nak hit traffic?? Come on man..

hahaha. opss! Aku pulak terasa coz
 aku pun pernah berdengki dengan orang. Teyy!!
Source: [sini]


Aku tak follow langsung blog femes2. Aku pun tak kenal siapa la yg femes dalam dunia blogging ni. Kalau aku tahu pun, sejak baru-baru ni je coz aku ada terbaca kat blog yg aku follow cakap pasal blog hentam sama hentam. Kalau tak, memang aku tak tahu langsung. Tak nak ambil tahu pun. Sebab apa? Entah. Aku tak minat. Riwayat-riwayat hidup nabi pun aku ingat lupa-ingat lupa. Inikan nak ingat dan follow perkembangan blog orang yg femes2 yg tak ada benefit dari segi ilmu. Kalau blog dakwah, seronok gak baca.

Senang cerita, kalau tak suka owner blog or tulisan dia, janganlah baca entri nya. Tak ada la nak sakit hati bagai. Chill. Memang la hak diri sendiri nak hentam sama hentam. Tapi fikir balik, hentam nak memuaskan hati sendiri ke, or hentam sebab nak ambil pengajaran bersama-sama. Mmm..

Entah. Tak faham aku. Tanya balik diri sendiri, apa tujuan sebenar buat blog??

Tapi apa-apa pun hak sendiri kan? Adehh..

Cuma.. Beringat-ingatlah. Islam menuntut umatnya agar menyembunyikan keaiban orang lain walaupun kita mengetahuinya kerana Allah akan menyembunyikan keaiban kita daripada terhebah kepada orang lain.

Kepada owner blog yg kena hentam tu, ambil pengajaran. Takkan bergoyang pokok kalau angin tak tiup. Mesti ada perkara-perkara tertentu yg kau buat sampai orang nak berhasad dengki. Kaji balik dan betulkan.



Love peace, no war.

p/s: Baik buat entri yg gembira-gembira bagi hati gembira. Yg membaca pun tak ada lah rasa benci kan?? Tapi ada gak entri yg tak best. Biasalah.. Emo.. hahaha



Popular Posts

Yang menarik