UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Nov 27, 2011

tahun baru, azam baru.

Salam.


Happy New Year aku ucapkan kepada semua kaum mulimin dan muslimat yg berada di seluruh dunia.

Harap-harap, sahabat semua tak ketinggalan baca doa akhir tahun dan awal tahun masa sebelum dan selepas maghrib tadi ye. Moga lebih barakah. :)

Bila cakap pasal tahun baru, mesti nak dikaitkan dengan azam baru.
Azam yg lepas dah terlaksana tak?
haha.
Aku tak tahu apa azam aku tahun lepas. Lupa dah.
Teruknyee~~

Tapi, tahun ni aku ada azam baru.
3 azam yg sangat penting aku rasa.
Korang semua macam mana?

Doanya, moga azam ni akan terlaksana dengan baik dan sempurna.
InsyaAllah..

Nov 24, 2011

ambil iktibar.. jangan seronok-seronok je nak bergurau.



Salam.

Apa khabar hari korang semalam?
Harap-harap semua baik aja. :)

Aku?
emm..

Hari semalam banyak menyentuh perasaan.
Rasanya bukan takat semalam, tapi selalu je.
Cuma beza pada perkara-perkara yg buat aku tersentuh.

Hari ni, perkara yg paling buat aku sentap..
Apabila aku bergurau dengan seseorang.
Patut boleh lupakan je pasal kejadian ni.
Tapi, tak boleh.
Terngiang-ngiang ayat yg dia sebut kat aku.
Allah.. :(

Dia baik dan comel.
Silap aku, tak perasan tahap sensitiviti dia.
Padahnya, bila bergurau-gurau..
Perkataan yg tidak manis atau tidak sopan, terluah kepada aku.

Banggg!!

Haaa.. Kena kau sekali Haniza.
Terdiam terus.
Dari ketawa, usik-usik dia..
Suppp.
Pedang menusuk jantung.
Perit. perit.

Aku dah minta maaf kat dia atas keterlanjuran gurauan aku walaupun aku rasa gurauan aku tak lah teruk mana..
Tapi tak apa, lebih baik sedar diri sendiri buat salah daripada tunggu orang lain yg datang tegur kesalahan kita.

Betul tak??

Moga hari esok lebih baik dari semalam.


Dean pun faham perasaan aku.
Thanks Dean! hukhuk

Aku: Dean, senyum la untuk saya. wuu~
Dean Winchester: Nak? ok..

*berdarah hidung

Nov 20, 2011

rindu nak jog kat stadium

Salam.

Langit sangat cerah petang ni selepas hujan yg agak lebat tadi. huhu..

Hati melonjak-lonjak suruh pergi jogging kat stadium. http://www.emocutez.com

Nak joggggggggggg!!

Tapi assignment tak siap lagi dan apa-apa pun tak study lagi untuk presentation esok dan mid sem selasa ni. http://www.emocutez.com

Serius kecewa! huh!

Fine. First time aku bagi alasan tak turun joging sebab assignment dan study.
First time weh!! http://www.emocutez.com

*mode geram! http://www.emocutez.com

Nov 19, 2011

belajar daripada erti kepayahan dan kerendahan hati.

Salam.

Tajuk macam grand je kan? hahaha..

Pagi tadi, lepas breakfast dengan kawan-kawan silat aku, aku terus merempit ke econsave.. Hajat hati nak pergi beli coolblog. Tapi, alang-alang dah sampai sana, aku beli barang keperluan sekali.

Seperti biasa, tiap kali aku datang econsave time tengah hari nak ke petang, mesti aku akan terjumpa sorang budak perempuan kecik umur lebih kurang 4,5 tahun. Comel dan mesra je budak kecik tu.

Mula-mula tegur, macam malu-malu je. Satu, dua pertanyaan.. Baru lah betul-betul dah mesra. Tersusun gigi dia yg putih tu bila senyum.

So, bila da agak kerap jumpa, aku lambai-lambai comel kat dia, dia pun lambai balik dengan tangan dia yang kecik tu. hikhik.

Sengih je aku tengok. Sweet.

Tahu kenapa aku selalu jumpa dia kat econsave tu?

Mestilah sebab aku suka pergi beli coolblog kt sana. hehe.

Tapi itu bukan sebab utama. Aku selalu terjumpa adik tu sebab dia teman mak ayah dia berniaga keropok lekor dan goreng pisang opposite econsave tu.

*terserempak pun sebab aku memang nak beli coolblog kt sana. lalala~~

Bagus aku tengok adik kecik tu. Mungkin sebab dia kecik lagi, so dia tak rasa apa. Tapi itulah pengalaman kehidupan yg dia dapat. Tahniah pada mak ayah dia yg ajar dia erti kesusahan dan kepayahan.

Budak-budak cepat belajar. Sistem perkembangan otak diorang berkali ganda lebih baik daripada orang dewasa. Bila adik kecik tu dah biasa susah, insyaAllah dia lebih tabah personalitinya.

Tak ada nak manja dan gedik-gedik sangat. Apa-apa hal, tak bergantung sangat pada orang lain. Usaha atas diri sendiri.

Kat area bangi dan kajang ramai orang yg agak berada aku perhatikan. Kereta nak besar-besar dan baru-baru je semuanya. Nombor plat pun start dari WV... pehh.

Kebetulan pulak aku jumpa pasangan suami isteri ni. Banyak barang keperluan yg diorang beli. Bila dah beli banyak sangat macam tu sampai senget-senget bahu, aku expect diorang datang naik kereta la. Tapi tak. Naik motor je. habis penuh bakul depan tu. Bertimbun sampai nak tutup muka si suami nak bawak motor. Si si isteri pulak, kendong bakul lagi satu, penuh barang-barang dalam tu. Memang sarat la waa cakap lu.

Pehh. Kagum kagum. Kalau orang tak biasa bersusah-susah macam tu, mesti rasa segan je nak bawak barang banyak-banyak naik motor.

Insaf. Insaf.

Even nak balik kampung, sanggup naik teksi sebab segan naik motor pegang beg besar yg tak besar sangat tu. Kan? kan?


Tahu sangat dah. Lagi-lagi kalau budak yg duduk asrama, mak ayah datang melawat naik motor je. Orang susah. Kereta buruk tak mampu nak drive jauh-jauh. Tengok kawan-kawan yg lain, mak ayahnya datang naik kereta. Kereta lawa-lawa pulak tu. Dia naik segan. Sampai sanggup lagi kalau mak ayahnya tak datang melawat. Konon memalukan dia.

emm.

Aku pernah rasa kepayahan macam tu. Itu yg dok ngomel-ngomel je pasal nih. Segan memang segan. Tapi bila memikirkan kepayahan yg ditanggung oleh ibu bapa kita, memang tak terbanding!! Kalau nak cakap kesusahan dan kepayahan yg di alami aku dulu, actually bukan aku, mak ayah aku.. Aku kecik lagi, tak rasa apa sangat. Bila dah besar ni, baru sedar.. Diorang lagilah rasa berkali-kali ganda.

Ucapan terima kasih dan bagi hadiah mahal-mahal pun, tak akan dapat kita bayar kesusahan dan kepayahan yg mak ayah kita alami. Sikit pun diorang tak mengeluh. Cukuplah dapat menggembirakan hati si anak-anak. *mode sebak

Itu wujudnya peribahasa,

berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian;
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Itu konsep kehidupan yg kita kena genggam dan alami.


Aku tahu ramai juga ada mengalami kesusahan dan kepayahan lebih teruk daripada tu. Apa yg boleh aku cakap, bersabar dan bertabahlah. Ada hikmah di setiap kejadian. Allah taala itu adil dan penyayang. Ini semua rangkuman ketentuan Dia.


Kalau orang yg susah, macam kasi pagi makan  pagi, kais petang makan tu, bila rezeki dia perolehi lebih daripada kadar biasa, tak usah cakaplah macam mana rasa kesyukuran mereka. Memang boleh menangis air mata terharu kot.


Alhamdulillah, ilmu kehidupan itu yg menjadikan diri aku yg sekarang. Nak kata tabah, tak tabah sangatlah kan. Cuma, survival aku lagi ok dari orang lain kot??

tetttt.

Tak tahu. Tak tahu.






p/s: ayat motivasi bukan main panjang Haniza? so, bila nak rajin study nya nih??

credit to google for those pictures.

Nov 14, 2011

gelagat mereka.

Salam.

Entri ini untuk hilangkan gundah di hati aku. Berdebar-debar nak jawab mid sem test malam ni. huuu~~

Layan je.


1 Malaysia
albino, white tiger, n tiger, tiger.
hahahaha



team sarkas
kambing: ketaq lutut aku wehh!
monyet: steady.. steady..



team koir
emmm.. aaaah...ngaaaaaaaaa~~



bluweeekkkk!



rescue.
panda 1: beratnya kau.
panda 2: tolong~ tolong~



cinta antara dua darjat
chipmunk putih: oh kanda.. bila lagi mahu masuk meminang.
chipmunk coklat: oh dinda.. sabarlah.



oh Tuhanku.. kurniakanlah rezeki kepada kami. sesungguhnya
kami hambaMU yang lemah. :)
racoon 1 (kanan): bukak besar-besar sikit tangan tu. rezeki masuk lebih.
racoon 2 (kiri): tak apa. aku dongak lebih je. 



photoshooting.
penguin 1: cepat. cepat. nak amik gambo nih
penguin 2: ok.ok. diri tegak-tegak
penguin 3: alaaa. pose la sikit!




HAHAHA.

Gurauan semata. Chill. ^^

Nov 12, 2011

magic words.

Salam.

abracadabra!!! tukarlah kamu menjadi perempuan cantik!

pusing-pusing macam sailormoon masa transform. siap ada blink-blink dan sound effects segala.

boleh bayang??

dengan kuasa bulan.. akan menghukum mu!

ngehh~~



" hehh??" kata Dean




erkkk. fine. Dean menyampah dengan aku.


hahahaha. ngek betul lah.


Bukan pasal ini yang aku nak mengomel. Tapi mengenai ini: 


magic words yg adik comel ni pegang.


Percaya atau tidak, tak ramai yg peka dengan penggunaan 'bahasa sopan' ini dalam kehidupan seharian kita.


Siapa mengaku dia jarang guna those magic words?


Aku!
Aku!
Aku!
*merujuk kepada diri sendiri




"Tolong"
"Terima kasih" 
"Apa khabar"


bukan sahaja menggambarkan kesopanan bahasa kita, tapi juga menggambarkan personaliti kita yg sebenar.


Contoh ayat:


Dialog A: "Ambilkan aku buku atas meja tu."

ayat itu bukan sahaja bunyinya tidak sopan, malah mungkin akan ada salah faham antara pelaku yg mendengar. Intonasi yg terwujud adalah berbentuk arahan. kan?

*macam cikgu BM la pulak..

Tapi sebaiknya:

Dialog B: "Tolong ambilkan aku buku atas meja tu."

ayat dimulai dengan kesopanan dan diakhiri dengan intonasi meminta pertolongan agar pelaku yg mendengar berasa senang hati untuk membantu.

Nampak kan?

haaaa....


Itu satu hal pulak.

TERIMA KASIH. haaa. aku bold, besarkan dan aku caps lock kan.

Perkataan 'terima kasih' paling crucial.

Kenapa aku cakap macam tu? 

Berbalik pada dialog di atas.

Gunakan perkataan 'terima kasih' pada dialog A dan B yg dah dipertuturkan. Contoh terbaik boleh dilihat pada dialog A lah. Sebab apa? Walaupun intonasinya berbentuk arahan, dan walaupun pelaku yg bantu ambil buku tu dalam hati dia menyumpah-nyumpah si pemberi arahan yg bossy, at the end.. Pelaku rasa senang hati dan terharu bila si pemberi arahan mengucapkan 'terima kasih' kerana bantu dia.

See?? Hubungan, emosi.. yg seakan-akan nak jadi negatif tu, dah postif semula.

Actually, senang je kita nak jaga hati keluarga dan kawan-kawan. Jaga dari segi pertuturan kita. dan bila bercakap mengenai pertuturan, perlu dikaitkan dengan kesabaran.

Isu ucapan 'terima kasih' ni, suka sangat aku nak kaitkan dengan kaum lelaki. No offense ye? Tak semua. Tapi kebanyakan la.. Kaum lelaki memang payah sikit nak ucap terima kasih. Tak tahu kenapa. 

Ego??

 hmmm..















Nov 7, 2011

laziness yg meluap-luap

Salam.

It almost in the middle of november, baru lah ter'update 1 entri. Bagus giler Haniza ni kan?

Dah berhabuk-habuk dan bersawang lagi tuh.

haih. haih. haih.



Sorry guys. I am not in mood to share. Banyak cerita nak kongsi, tapi macam tak terluah lagi coz mood malas menaip, menjadi-jadi.


ergghhh..

Popular Posts

Yang menarik