UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Apr 5, 2011

rindu. sedih.

Salam.

Ya. Saat ini aku berasa rindu dan sedih. Tolak mood untuk final next week. pfftt!!! Tak ada kaitan ok?

Setuju tak kalau aku kata siapa yg ada bela pets di rumah adalah manusia yg berjiwa penyayang?? Memang setuju lah kan? Even pakar psikologi pun cakap macam tu. Prof. Dr. Fazilah Kamsah pun sokong kenyataan aku ni. Nak bet?

ok.

Fokus pets di sini ialah kucing. meoww

Aku bukan nak komen kucing aku lawa dari kau orang ke, kucing aku lagi mahal ke, kucing aku dari baka-baka yg terbaik ke tapi aku nak bercakap mengenai kegembiraan bila menjemput 'keluarga baru' dan kesedihan bila pemergiaan 'keluarga lama'. Untuk makluman, kucing-kucing yg ada kat rumah aku tu semua nya kucing yg terbiar dan dijaga dengan penuh rasa sayang dan ihsan oleh keluarga aku terutamanya mak.

Bila jauh dari rumah ni, macam-macam perkembangan kat rumah aku tak tahu. huhu.. Dah beranak ke kucing-kucing tu? Berapa ekor anak dia? hukhuk.

Paling gembira bila balik rumah, tengok-tengok ada kittens! Ya Allah... Memang sangat comel. Hari-hari mahu cium n pegang diorang. Siap fikir-fikir dah nak bagi nama apa. Kat rumah aku tu banyak kucing warna putih. Asal beranak je warna putih. Kalau ada kaler lain pun, tak banyak. Setompok or sejalur je. Kalau lahir kaler lain, memang bertuah ler. Tapi asal ada kitten yg kaler hitam jer, mesti tak hidup lama. Kecik-kecik dah mati. Sedih. Tak tahu nape. Kata mak aku, kaler hitam tak 'rasi' dengan kita.

Nama komersial yg selalu bagi kat kucing tu pun, 'putih', 'putih cik' 'gebu' 'comel' 'belang' 'comot' 'kenit'. Haaa. Nama artis kan? Kah kah. Tak ada maknanya nak bagi nama "beyonce' ke 'john' ke.. 'Apple' ke. heee. Tak minat aku. Pernah satu generasi kucing kat rumah aku dulu dapat nama 'lily' 'ron' dan lain-lain yg nampak artis sikit. Tapi sayang tinggal sayang..

Sedih mula menyelubungi diri..

Antara semua kucing kat rumah aku tu, ada seekor kucing yg paling tua. Dari segi umur dan tempoh masa dia berada kat rumah aku. Namanya Putih dan ianya betina. Keseluruhan kaler putih tapi ada tompok oren n hitam sikit. Mata kaler hijau. Serius cakap, Putih sangat cun coz jantan selalu bertenggek kat depan rumah aku semata-mata nak mengorat Putih ni. Kalau korang tengok Putih ni pun, korang akan cakap Putih comel dan cantik. Manja pulak tu. Tapi Putih sangat garang. Anjing pun takut nak lalu depan rumah aku coz putih ni mesti kejar anjing tu. Haa.. Berani tak berani? Tengok tuan yg jaga lah. Lalala~ So, mana-mana jantan yg bertuah je dapat bermesra dengan Putih. haih. Demand. Hasil pemerhatian aku, ada seekor jantan ni je yg selalu melekat kat Putih even dah banyak kali kena gusti dengan Putih. Jantan tu pun kaler putih gak. Bezanya, dia ada 2 kaler mata yg berbeza. Sebelah oren, sebelah biru. So, anak-anak yg terlahir, semua nya putih bersih lagi suci dan unik nya, kaler mata mereka. Banyak kali dapat kitty yg ada 2 kaler mata berbeza.

Putih ni paling manja dengan mak aku. Asal mak panggil je, mesti dia menyahut. Kalau aku adik-beradik panggil, pehh. Buat donno je kot! Hee.. Melainkan kalau panggil untuk bagi makan. Haa.. Baru terhegeh-hegeh dia datang. Antara keistimewaan Putih lagi:

  1. Mesti dia akan sambut kepulangan kami sekeluarga kalau kami baru pulang dari keluar ke mana-mana. Putih yg pertama sekali akan tunggu depan pagar rumah, n masuk rumah bila mak masuk rumah.
  2. Sangat manja dan sangat suka dibelai-belai
  3. Sangat penyayang coz kalau ada anak kucing lain yg nak menumpang nyusu, dia bagi je. Siap jilat-jilat badan lagi tu.
  4. Suka bagi feedback bila orang bersembang dengan dia. Seolah-olah dia faham dengan apa yg kita kata.
  5. Pandai menyahut kalau orang panggil dia.
  6. Pandai marah balik bila orang marah kat dia.  
  7. Tahu hormat orang. Bila ada tetamu datang rumah, dia takkan masuk rumah. Berlegar-legar kat luar kecuali mak panggil masuk.
  8. Takkan menghilangkan diri lama-lama coz biasanya lepas 3 hari keluar rumah, mesti Putih akan balik.
  9. Anak-anak yg dilahirkan mesti unik dan sangat-sangat comel.
  10. Sebab Putih dan anak-anak nya yg comel, abah mula start sayang@suka kat kucing. (*dulu bukan tak suka, tapi entah. biasa-biasa je.)
Putih sangat sinonim dengan mak. Putih tak pernah terasa hati even ada kucing yg comel dan baru datang rumah coz Putih tahu mak sangat manjakan dia.

Tapi... Andai kata korang nak jumpa Putih lepas ni, aku minta maaf.. Putih dah tak ada.. 

Aku sangat tak boleh terima kenyataan kalau mana-mana kucing aku mati depan mata aku. Sangat. sangat. tak boleh terima... Aku rasa sangat depressed dan sedih. Aku lebih rela kalau diorang menghilangkan diri tiba-tiba daripada mati kat depan aku.

Dan apa yg Putih buat, ialah menghilangkan diri tanpa khabar berita. Yg tinggal hanyalah anak-anaknya yg masih menyusu.

Sangat sedih..

Aku dapat tahu pun masa aku balik rumah baru-baru ni. Mak cerita kat aku Putih dah beberapa hari hilangkan diri. Abah pun cerita, adik-adik yg lain pun cerita. Mak macam risau sangat putih hilang. Mula-mula aku ingat mak aku emo bila Putih hilang. Tapi bila mak cerita yg mak dah suruh adik-adik pusing kawasan perumahan kot-kot terjumpa Putih nanti. Cari kat celah-celah semak n longkang kot-kot Putih menyorok situ. Try jugak cari bangkai nya andai kalau Putih dah mati. But still tak jumpa. Aku mula percaya.

Tiba-tiba aku teringat apa yg pernah aku cakap kat Putih dulu. 

"Putih kalau sakit dan andai kata ajal Putih nak sampai, Putih pergi jauh-jauh ye? Nanti kitorang sedih n nangis. Mak lagi sedih. Putih kena tahu, Putih lah kesayangan kitorang".

Serius. Aku mengalir air mata masa aku cakap kat Putih cam tu sambil tangan aku dok belai-belai dia. Macam biasa, Putih bagi feedback. Dia pandang aku lama then pandang tempat lain. Senyap je dia. Tak ada cakap meoww pun macam selalu. Aku tunduk n cium kepala dia. Aku emo time tu coz aku tengok Putih cam dah uzur sangat. Sebelah mata dia cam dah kabur coz dia sakit mata. Dia pun selalu je sakit-sakit. Aku tahu dia tak dapat tahan lama.. 

Saat ni aku rasa sangat bersalah..

Tapi aku tahu tindakan aku betul. Kalau dia mati depan aku, depan mak n family yg lain, mesti akan jadi memori yg pahit sekali.. Takkan sekali pernah dilupakan..

Ada orang cakap, 

"kucing yg paling kita sayang ni, akan pergi jauh-jauh kalau dia rasa ajal dia dah sampai. Dia tak mati depan tuan yg dia sayang."

Dan tindakan yg Putih buat, betul-betul menyayat hati..

Saat ini aku berasa terlalu rindu dengan Putih dan sangat sedih bila fikirkan yg Putih dah mati..






p/s: kalau bab-bab haiwan ni, memang aku emo. n sori.. dlm lappy aku tak de gambar Putih. so, tak leh nak tunjuk kat korang.

6 comments:

cleo said...

niza.......... T_T
sedey....tmbh ngan emosi x stabil skrg ni.....sgt sedey......teringat totoro yg dh pegi gak...... =(

hana_aniz said...

aku pun sedih sangat. emosi exam yg tak stabil. semua mende nak fikir.. :(

airmien said...

niza..nak sekor..huhu

hana_aniz said...

hukhuk.. sy syg kucing sy. x leh! hahaa

cleo said...

ahaha..ayt x bley blah..ironik..haha

Hans (asaktor) said...

serius touching...
huhu...rse nk blk rumah tgk kucing aku...haha..

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik