UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Dec 31, 2012

senyum ketawa yg sendu.


Assalamualaikum.

Less than 24 hours je lagi nak masuk tahun baru. Tahun 2013 kalendar masihi.

Umur pun semakin berganjak naik. aigoo aigoo. #tepokdahi  http://www.emocutez.com

Kalau tengok jumlah entri aku untuk tahun 2012 ni, ter-sangat-lah tidak produktif dan proaktif. haish. Beza sungguh dengan tahun 2011.

Hilang sekejap rentak nak ber-blogging. hewhew. http://www.emocutez.com

Kini, cuba cari balik momentum ber-blogger. Itu pun sebab ber-tumblr da kurang. hewhew sekali lagi. http://www.emocutez.com

ok. Abaikan.


Tonight~~!!

Aku banyak senyum dan ketawa. Senyum ketawa yg sendu kata orang.

Dok menggamit semula kenangan-kenangan lepas. Kenangan yg menjadikan diri aku hari ini.
#ayat sangat nice kan? hakhak http://www.emocutez.com

I just can't stop smiling and laughing. Lagi-lagi dok tengok gambar-gambar lama tu. Hati jadi rinduuuu.

Moga masih ada lagi peluang seperti itu. inshaAllah. #positif http://www.emocutez.com







p/s: again, entri lari dari niat entri yg asal. patut cerita pasal kenduri kahwin. haish.



Dec 30, 2012

jendela 2012


Assalamualaikum.

ok. Fine.

Aku curi tajuk rancangan kt TV3 buat jadi tajuk entry aku ni. muahahaha. #tetibe

Ngehh. http://www.emocutez.com

Serius memang buang tebiat dok menaip pagi-pagi buta ni update entry. Baik tidur then bangun buat qiamullail ye dop? #gulp

*niat dah ada tu. haaa

ok. Mari tidur. Mana lah tahu boleh terjaga buat solat tahajud.  http://www.emocutez.com

Kalau tak dapat tahajud pun, asalkan jangan terbabas solat subuh. #peacenowar


Ciao!




p/s: dah lama tak update entri simple cenggini. rinduuu

Dec 24, 2012

another dreams come true.

Assalamualaikum.



Impian jadi kenyataan.

Alhamdulillah. so glad!

Semua pun rezeki Allah. =)

Tak expect untuk menang, cuma nak buat yg terbaik. Tapi, tu lah.. Man jadda wajada. Allah dah berkehendakkan sesuatu, maka jadi lah ia. SubhanaAllah! Allahuakbar!

Moga kemenangan ini jadikan aku hamba yg sentiasa bersyukur. ^_^




kami lima serikandi

Those feelings.. wohoo~!

santiphap. mittaphap.

Maskot rasmi kejohanan. hikhik. comel!


sayu bila dengar lagu kebangsaan Indonesia yg berkumandang. alangkah baiknya kalau lagu Negaraku.

Bangga!!


pahit manis. susah senang.


Alhamdulillah terbayar.




Tak mampu nak kata pape dah melainkan sengihan yg panjang. ^__________________^


16th Asean University Games 
Vientiane Laos 2012
12-20 Disember 2012



p/s: salah satu impian sy dah tercapai. anda bagaimana? ^_~

Btw, terima kasih yg tak terhingga buat seorang sahabat. Susah senang juga bersama dia. Bantu kami sampai ke tahap ini. :)

Nov 14, 2012

words unspoken?





 Salam


Don't be a selfish or you will lose a friend. Your worst enemies are made when you ignore and take people for granted. Especially people called FRIENDS.



Frustrated.
Betrayed.
Hatred.

Those feelings were created by YOU, my dearly-selfish girlfriend.


My biggest foolish-action-weakness - do not trigger my temper unless YOU need it.



p/s: Selamat tahun baru (Muharam) to all my muslim friends. Sorry for everything I did, I acted and I said.. Apologizing also include for these entry. I am humbly saying this word.. I am sorry.. :'(

Oct 3, 2012

entah hape-hape yg di edit nyee~~

Salam.

Maaf kawan-kawan, blog is still under maintenance.

erkk. huhu.

ohsemm yg tak ohsemm lagi. wuuu~~~

Sep 3, 2012

yg hidup pasti akan mati..

Salam.


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
"DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali.."

Baru tadi aku dikejutkan dengan khabar berita kematian kawan aku merangkap ex-roomate masa MRSM Pasir Salak dulu.. Hanisah Muhd Shah.

Seorang gadis yang lemah-lembut tutur bicara dan perilakunya.. Baik hati.. Pandai juga berhumor..

Allah.. Allah.. terkejut! Dapat pulak masuk berita TV3 tadi. Serius terkejut..

Moga roh Allahyarhamah dan rakan-rakannya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..

Sedih.. Sangat sedih..
Kehilangan seorang sahabat yg baik walaupun jarang berhubung..

Berita ada [sini]



Al-fatihah...

Aug 5, 2012

akur.

Salam.

Akur dengan keputusan. Memang tu adat permainan. http://www.emocutez.com

Apa-apa pun, tersangatlah berbangga dengan semangat juang dan kesungguhan Datuk Lee Chong Wei menentang Lin Dan habis-habisan. Serius sangat berbangga. Boleh nampak Datung Lee Chong Wei bersungguh-sungguh lawan.



Cuma tuah bukan milik dia...




Anda adalah kebanggaan Malaysia.
salute!!


Kepada atlet-atlet muda yg bakal menjulang nama Malaysia, harapan tergalas di bahu anda. Next 4 years, nama Malaysia pasti kembali gah! InshaAllah. Atlet yg muslim, training tetap training. Solat dan doa tolonglah jangan tinggal.. hmm..

berdebor-debor!!

Salam.

Just a short post.. go MALAYSIA go!!

Hati sangat berdebar-debar sekarang ni. haihh.
Semua orang pun berdebar-debar kan?



Bayang-bayang eskrem baskin robbins dah nampak ni. huhu
Mahu! Mahu!



Datuk Lee Chong Wei
atlet harapan emas Malaysia


Jom solat isyak dan terawikh. Witir pun jangan lupa ok. Doa banyak-banyak moga kemenangan milik Malaysia, milik Datuk Lee Chong Wei. aamiinn!!

Jul 7, 2012

self-respect??

Salam

Taip je backspace..
Asal taip je backspace..
Kau apa hal haniza?!

Nak luah. Tapi sekarang dah tak nak luah sebarangan dah. Payah. Nama lagi manusia, ada je yg tak puas hati.
Tapi nak cakap lebih pun, diri sendiri pun sama gak. #stabbedbyown


Kau menyampah dengan orang yg degil, keras kepala.. Tapi diri sendiri, kau tak tengok ke Haniza?? Sama je. Tak ada pun yg beza. 


So duduk diam kat tepi-tepi penjuru nun dan perhatikan apa yg berlaku. Jadilah diri sendiri sebab nak jadi diri orang lain pun, tetap tak di suka orang dan tetap akan dilabel-label.


pffft! *menyampah dengan diri sendiri










p/s: bajet nak buat entri pasal perkara lain, tapi alih-alih kata diri sendiri. lack of self-respect ke Haniza?

Lebih baik tangan yg menulis dari mulut yg berkata-kata sebab bila dah terluah melalui kata-kata, payah nak tarik balik.

Saat kita sakit, memang kita cuba juga sakitkan orang sekeliling kita. Tapi sedar tak sedar, saat yg sekejap tu boleh jadi moment yg forever.

Kita mungkin sakit sekejap dan boleh lupakan, tapi orang sekeliling yg terefek dengan kesakitan yg sengaja kita buat pada mereka tu, boleh jadi sakit yg lama.

Sebab apa? Sebab hati.






Berusahalah jadi muslimah yg baik Haniza. Tak malu ke dengan kawan-kawan yg lain tu? 




Done for today!

Jul 5, 2012

jauh dan jauh. bila nak dekat?

Salam.

It's all about friendship.

Aku dan mereka-mereka semakin jauh. 
Kenapa perlu ada 'gap' antara kita-kita?

Serius rindu.
Rindu dengan kekecohan kita-kita dulu
Gurau senda, manis ketawa, penat tapi puas..
Masa-masa bersama sering terasa gembira..

Waktu semakin berakhir..
Moga tempoh yg singkat ini dapat menyatukan hati-hati ini kembali..
Sangat sangatlah berharap..
:(

Jauh dan jauh.. bila nak dekat??




p/s: deep down.. i'm hoping they'll know i'm writing about 'them'.. #sambil lihat gambar itu..

seriously, i care about them damn much!

Jun 21, 2012

the A-Z of friendship (girlfriends)


A Friend …

Accepts you as you are.
Believes in you.
Calls you just to say “hi.”
Doesn’t give up on you.
Envisions the whole of you (even the unfinished parts).
Forgives your mistakes.
Gives unconditionally.
Helps you.
Invites you over.
Just likes being with you.
Keeps you close at heart.
Loves you for who you are.
Makes a difference in your life.
Never judges you.
Offers support.
Picks you up.
Quiets your fears.
Raises your spirits.
Says nice things about you.
Tells you the truth when you need to hear it.
Understands you.
Values you.
Walks beside you.
X-plains things you don’t understand.
Yells when you won’t listen.
Zaps you back to reality.



sorrority sisters. ngeh~
inshaAllah.. sahabat dunia akhirat. =)
*tiada dalam gambar - maziah, wan nur liyana, fatin liyana, adibah dan siti nabihah.  huhu


the best seniors ever!
you guys rock! haha


paling rindu dengan korang!
hewhew~~
*bee honey tak ada dlm gambar..


geng budak hewhew~~. =P



budak-budak sememeh yg dirindui :)



even tak banyak spend masa dengan korang, tapi jujur cakap..
korang adalah kosmet yg tersangat happening dan caring.
^___^
*tiada dalam gambar - radhiah, christine, mira dan awa



member kolej yg sangat baik dan sentiasa di ingati.
susah senang bersama
thanks girls.
*also credit to - mekty, kak faz


geng pecah perut. muahaha!
rindu korang wehh!

paling tak boleh lupa..
batch paling sempoi dan otai! hahaha





Special thanks to you guys.. hampir 9 tahun (mrsm, matriks, ukm) yg sungguh ceria dengan memori kita semua. Sedih menangis, tawa gembira dikongsi bersama. SubhanAllah. Memang indah. Terima kasih banyak teramat sangat!! Moga ukhuwah ini terjalin selama-lamanya. aamiin! #sebaktetibapulak~~

Pada siapa yg tiada dalam gambar, maaf. Korang pun tetap kawan aku. Sampai bila-bila. inshaAllah. ^___^




p/s: giloo. update entri ni je dah sampai nak dekat 2 jam coz godeh-godeh balik gambar-gambar tu. huhu. but worth it all. =)

Jun 20, 2012

movie preview: hatiku di kinabalu.


Salam.

Setelah lama dan jarangg giiilleerrr update blog, aku terus post entri pasal movie preview. haha. Sorry guys. Mood nak menaip dan mengomel masih tercari-cari.

Movie ni aku rasa tak ramai yg dah tengok. Maybe kalau tengok pun siapa yg duduk rumah, ada tv dan astro segala. Aku dapat tengok ni pun sebab roomate yg promote. Dia download la kot.

To be honest, ini cerita melayu pertama bergenre cinta yg aku menangis. Gilerrr laahhh. Haniza menangis! pffft! Bajet nak tahan. Tapi meleleh jugak. Memang-tersangat-tak-boleh-blahh!!

Aku takkan cerita sipnosis, sebab tak surprise lah nanti kan? So pada siapa yg dah rasa tertarik, silalah tonton. Wa cakap lu, memang sedih! Tapi tapi tapi... Cerita ni jugak tersangatlah suuuwwweetttt masa awal-awal. So very nice! Aku gelak dan sengih-sengih kottt. haha!

Moral lessons yg terwujud (dimana aku berspekulasi sendiri) dalam cerita ni, ngehh~~
  1. Lelaki memang susah nak setia kot even mulut dan hatinya konon kata isteri dia tu cinta pertama dan cinta terakhir dia. demmm. (berdasarkan cerita ni, err.. tak boleh salahkan sangat lelaki tu kahwin lain.. wuuu~ entahlah. tak ada experienced nak komen lebih-lebih)
  2. Rasa sayang, cinta pada ibu perlulah sentiasa diterapkan dan diingatkan pada anak supaya kemudian hari, anak takkan bertanya kenapa situasi sebegitu terjadi. (aku tak reti nak buat ayat bagi korang paham. haihh)
  3. Janji yg dilafaz haruslah ditepati.
  4. Dalam sekelip mata, terlerai semua ketentuan masa. (tiru ayat movie semula)
err.. Banyak lagi sebenarnya. Tapi 4 tu la kot yg paling penting. Sipnosis cerita dah terbayang-bayang sikit kan? So, jangan terlalu cepat menghakimi, Tonton dulu.

Ending memang sangat tak best. Tapi aku sokong dia buat ending cenggituuuu. Kenapa? hukhuk.. Tengok sendiri kalau nak tahu kenapa. 


cover movie.
tengok gambar, dah tahu siapa pelakon kan?



budak-budak nakal ngorat awek

bunga-bunga cinta berputik.
tinggi-tinggi gunung kinabalu,
 tinggi lagi sayang sama kamu,
biru-biru hujung kinabalu,
tengok dari jauh hati saya rindu~~
anuar (lakonan zul) belajar nyanyi lagu kebudayaan sabah dari qistina (lakonan yana)
*lakonan yg santai tapi sangat cuuttteee.


selepas scene diorang ketawa2,
anuar: I love you.. (hela nafas panjang selepas ucap. nebes woo~)
qistina: apa kau cakap tadi? (cakap dalam slang sabah sambil tunjuk berkerut sebab tak dengar anuar cakap apa)
zul: tak.. tak. saya cakap nice view. #controlmacho
qistina: ohh.. nice view. #ignored sebab memang tak dengar
hahaha!
*scene paling sweet kot bagi aku. 


dah start bercinta.
*untungalaa budak2 GMI tengok diorang berlakon depan mata.


kahwin dah dan ada anak sorang nama Maya.
lagu yg diorang nyanyi masa bercinta, Qis selalu nyayi untuk dodoikan anak dia tidur.


accident dan koma.
anuar kahwin lagi satu.
*dah start sedih-sedih ni.

Qis start sedar dari koma bila dengar maya nyanyi lagu sabah tu.
huhu..


part ni dah start meleleh sikit bila lepas Qis dapat tahu pasal Lara (lakonan  irma).

"mama tak pernah mintak kasih sayang suami dan anak mama berpindah pada orang lain..."
jammed.
aku menangis sedikit teresak-esak masa part Qis buat luahan kat anak dia, Maya.


"lepaskan Qis ya.."
*geram dengan anuar yg tak nak fight!
btw, lemah lah tengok lelaki menangis. T_T



Gila ahh emo pagi-pagi buta cam ni. hakhak!
Tabik kat watak anuar. Bestt!



sumber gambar: fanpage HDK

Jun 3, 2012

munakahat - it takes two to tango

Salam.

Bila sebut soal kahwin, mesti semua orang pun excited je. Lebih-lebih pada individu yg rasa diri dia dah mempunyai harta, mampu untuk berkeluarga, dan nak ada pasangan yg boleh kongsi susah senang bersama.

Bila sentuh bab kahwin je, mesti teringat kat dia. Bukan sebab aku nak kahwin dengan dia. MasyaAllah. Tak. Tapi aku teringat kat dia sebab keinginan dia, strong desire of him yg nak bernikah awal. Baguslah tu kan? Nak bina masjid. Kata orang la.

Tapi bila tahu tujuan dia yg nak berkahwin awal, aku terdiam, terfikir sejenak. Orang lelaki memang macam tu eh?

Mungkin dah jodoh dia dengan dia.. yg meninggalkan lagi seorang dia terkapai-kapai tertanya-tanya.

Berbahagialah anda. Saya doakan yg terbaik buat kalian. InshaAllah, bercinta hingga ke Jannah. Aamiin. :)

Dan kepada dia yg terkapai-kapai dan tertanya-tanya itu, sesungguhnya Allah perancang terhebat. Ada jauh lebih baik yg memahami jihad belajar kamu, jihad hati kamu dan tanggungjawab keluarga yg kamu galas. Have faith in Allah.


“Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan ALLAH sebaik-baik Perancang”
surah al-Imran ayat 54



Expertise, readiness, and knowledge are also needed in marriage. A young man must possess enough information about his wife's principles of values and internal desires. He must also be aware of marital problems and ways of solving them. He should not regard marriage as merely buying goods, or hiring a maid, but to acknowledge it as a treaty of friendship, honesty, kindness, partnership and cooperation in a joint family life. (Ibrahim Amini 2002)








Rujukan:
1. Google
2. Cited from versus novel - (Principle of Marriage and Family Ethics)



p/s: entri ini telah banyak di edit, demi tidak menimbulkan kontroversi.

May 20, 2012

menanti kemunculan Rejab, Syaaban then Ramadhan. inshaAllah! =)

Assalamualaikum..

SubhanAllah.. Memang cepat masa berlalu. Waktu time kecik-kecik dulu, beriya nak cepat besar, masuk universiti lah, kerja lah... Tapi bila dah besar ni, berdoa sangat kalau masa tu bergerak perlahan dan kalau boleh nak berhenti kan je? huhu

Tapi, itu semua mustahil. We have to follow the flow yg Allah dah tetapkan. Betapa Allah s.w.t mengingatkan kita mengenai kepentingan masa sebagaimana dalam surah al-'Asr, maksudnya


"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" 

selama datang Rejab!
Rejab bulan Allah s.w.t

Yup yup! I am SO welcoming the month of Rejab! Bila tu? InshaAllah esok. Terima kasih banyak-banyak kak Nadiah tentang pesanan dia. Honestly, aku tak terperasan pun (*tak tertengok pun kalendar hijrah), tarikh-tarikh yg ada. =(

Jadi, eloklah aku memanjangkan pesanan beliau buat ingatan kita semua. 



Pesanan utk sahabat :

Hari Selasa bermula 1 Rejab, jadi esok malam (Isnin) adalah malam 1 Rejab.. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab..

Jadi, esok malam, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT.. Yang paling bagus sekali Istighfar adalah "Sayyidul Istighfar" bermula dari esok malam.. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar.. Perbanyakkanlah amalan sunat dan tinggalkan amalan yg lagha dan sia2... Moga2 Allah panjangkan umur sehingga bertemu Ramadan pada tahun ini...


"Allahumma barik lana fi rajab wa sya'ban wa ballighna ila ramadhan."
Ya Allah, ya tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya'ban, dan sampaikanlah umur kami pada bulan Ramadhan."...Ameen...

Wallahu a'lam.. (Nadiah, 2012)


Selamat beramal~~ http://www.emocutez.com

May 8, 2012

the most precious somebody someone: mother


Salam.

Remember this song, guys?

Lagu faveret aku! ^_^



Your Mother by Yusuf Islam

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.



"It takes some one really brave to be a mother, someone strong to raise a child and someone special to love someone more than herself."


photo taken: year 2008


p/s: I love you, Pn Mariah! (^_~)

May 6, 2012

Spesifikasi calon suami yang 'bolehlah' dibuat suami.

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM2000 (zaman dah semakin canggih, barang2 mahal) dan ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh hantar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: motor kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Takdelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwa gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm.. ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat DEGREE je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam takdelah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun takdelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)

17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nak wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”

21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.


sumber: facebook. 



suka wedding dress Bella.
hewhew~






p/s: Don't look for the perfection, look for the heart that loves you for the way you are. Be perfect together. Saling melengkapi dan membimbing. inshaAllah. :)

marshmallow

Assalamualaikum..

Jarang giler aku update blog sekarang ni kan?? So so sorry.. Seriously, kurang ada mood nak menaip dan fokus aku teralih sikit kepada tumblr. hehe..

my own tumblr

hoho. Sorry tak dapat nak tunjuk link. It's kinda my personal things. hehe. Memang nampak sangat lame, dull dan bosan. Tak menarik macam blog kan? Tak apa. Tumblr ni aku buat lebih kepada yg peribadi sikit. Tak banyak tulis macam blog, hanya pictures dan quotes yg menarik dan ada kaitan dengan aku. hewhewhew~~ #gedik


erkk. Bukan pasal tumblr aku nak cerita sebenarnya ni. haih. Terpesong dah. Nak cerita mengenai..




mar-sha-mal-lowww!!

eh.. marshmallow la!!

hahaha. Honestly, time kecik dulu, aku tak boleh telan benda alah ni. Rasa pelik kenyal-kenyal nak kata manis sangat pun tak. Rasa macam makan plastik pun ada. Tapi bila dah besar ni, pantang nampak.. Terus beli!! 

Tapi hati-hati, banyak marshmallow yg tak halal. So packaging yg ada jual kt market even tulis halal *bukan logo keluaran Malaysia, tolong jangan percaya sangat. Sebab apa? Antara ingredient nya adalah gelatin haiwan. Maybe lembu or bab1. Even gelatin lembu, cara dia sembelih lembu tu pun kita tak tahu kan? Tu yg kena hati-hati.

Tapi sekarang dah ada marshmallow halal. Orang islam malaysia sendiri yg produk kan. Cumanya, agak mahal dan susah nak cari kat kedai. huhu..

Kebetulan, ada member sepupu aku jual marshmallow halal. pehh~~ Tak fikir apa, terus order untuk 1kg punya!! HAHAHA

Gila pelahap kan? Bukan pelahap.. Tapi mengidam.. hukhuk..

Marshmallow oh marshmallow.. Tunggu daku~~~



chocolate marshmallow cupcakes
sila telan air liur banyak2 k! 







p/s: ada junior aku kata, "kak niza bajet cute makan marshmallow." errr. apa sinonimnya??

Apr 29, 2012

demi kejayaan dan kesatuan hati bersama.

Salam.

These very-coming-soon pencak silat masum 2012..

Mungkin ada yg tak senang dengan tindakan aku yg macam berlagak ketua dan pandai-pandai buat keputusan sendiri memandangkan siapalah aku dalam pasukan ini.

Firstly, i am sorry. Tapi terpaksa jugak buat selagi tiada yg nak ke hadapan untuk 'guide' rakan-rakan sepasukan yg lain.

Demi kejayaan dan kesatuan hati-hati ini, aku akan

pekakkan telinga pada tujahan bicara yg berbaur amarah, benci..
butakan mata pada perilaku yg mencarik, melukakan hati..

tambahan lagi,

aku akan tegas di setiap butir bicara, perilaku selagi masih ada yg menyokong dan bersatu dengan empunya hati demi menuntut sebuah kemenangan yg dicari dan didamba-damba selama ini.

UKM~!!! hooohhhh!!



pfft. Menyampah pulak aku dengan ayat sastera-tak-jadi aku tu. buahahahahaha

Tapi aku memang serius kali ni, damn serious. Pada rakan sepasukan yg bersama berdiri dengan aku, mari berusaha meraih kemenangan.!

Tapi pada yg masih nak cipta beribu helah dan alasan, aku tetap juga akan berkeras. Take it or leave it.

Pada rakan sepasukan yg sudah pun di tahun akhir, sibuk denga kerja tesis yg menguji mental dan fizikal, tapi masih mahu berjuang bersama, ayohh! Kitalah mahasiswa, kitalah atlet harapan universiti.

erkk. eceh eceh. Ayat aku tu macam hiperbola sangat kan?? hahaha. Tapi memang itu pun yg aku maksudkan.




Masum 2012.

Gonna be my last moment with friends dan UKM tercinta..

Moga Allah permudahkan segala urusan untuk aku dan sahabat yg lain. aamiinn!

Apr 26, 2012

quotes #3

Salam.


Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: 
“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. 
Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. 
Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat.
 Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. 
(HR. Muslim)













quotes #2

Salam.




You are responsible for how you feel no matter what so one does to you.
Remember, you are always in control of your thoughts so choose to feel confident and adequate rather than angry and insecure.




Apr 10, 2012

sorry derr..

Salam.

aduhh. aduhh.

Rasa sakit mata bila tengok gambar-gambar tu.
ok.. Kata-kata di atas langsung tidak berbaur cemburu.
Sila . jangan . salah . faham .

Pengkid.
Lesbian.
Tomboy.

Naaaa. Kenal golongan-golongan atas tu?

Mereka . adalah . p.e.r.e.m.p.u.a.n.!
*for those yg konpius dengan golongan-golongan ini.

Pity on them.
Shame on them.

Sorry to say ye. *tuju khas pada yg diboldkan.

Kau dress-up la macam mana pun, kau still tak boleh sembunyikan kekuasaan Allah swt. Terang, jelas lagi nyata. Tak payah nak kena suluh-suluh dah.

Rambut dan pakaian semua dah macam lelaki, tapi bila snap gambar.. Muncung itik dan pose macho-gedik jugak yg kau tunjuk.

Bajet la kau hensem, kacak, tampan bergaya macam mana pun, bila bab tandas awam, tandas perempuan jugak yg kau masuk.

Jadi atlet sekolah/kolej/universiti, bangga dengan pencapaian yg cemerlang.. Tapi tengok-tengok, tittle 'olahragawati' yg kau dapat.

Bila update status, ayat nak control-macho-jiwang-sensitif la konon. Sebijik macam perempuan. eh, memang perempuan pun la!

Bila kena tunjuk ic, bajet muka hot.. tapi nama, polan BINTI polan.

Tiap-tiap bulan mood mesti swing sebab kau kena pakai 'pampers' kan??





ok. Fullstop.

Mari kita istighfar banyak-banyak.

Doa jauhi ahklak buruk:

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari akhlak yang tidak baik, begitu juga dari perbuatan dan keinginan yang mungkar.”




p/s: sikit harsh kan?

Apr 5, 2012

wahai hati yang dirundung duka.

Salam.



Antara
kasih seorang ayah..
dan sayang seorang abang..
aku kini berada ditengah-tengahnya..

Tersepit. Teronta-ronta.

Allah.. berat sungguh apa yang aku rasakan kini..

Tersimpan. Terpendam.

Bertabah dan bersabarlah wahai hati-hati yg dilukai.
Kamu (hati) yang aku kasihi dan rindui..

ya Rahman..
Satukan dan eratkan kembali ikatan hati-hati ini.
Penuhilah ia dengan cahaya RabbaniMU yang tidak kunjung malap..

ya Mukmin..
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu..
Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentangMu..

ya Ahad
Perkenankanlah permintaan ini.
kepadaMU ku berserah
dan kepadaMu ku berharapkan pertolongan.





p/s: I love us. 

sekarang, terpulang kepada hati itu untuk menghakimi hati ini.

Mar 30, 2012

movie preview: happy feet 2

Salam

Seriously guys, you have to watch this movie. Awesome~!!




Lame. Aku tahu. Cerita ni dah lama keluar kat cinema, tapi aku pulak baru terkial-kial nak tengok.  but hey..! Akhirnya aku tengok gak kan?? hohoho..



Carmen: Ramon.. I can't believe you did this!
Ramon: How could I not?
Carmen: But down here, we're doomed
Ramon:  A thousand lifetimes up there is nothing to this one exquisite moment by your side.
Carmen: why..??
Ramon: You are my world entire..
Carmen: You're beautiful..
Ramon: only on the outside..
blaa.. blaa.. blaaa..

Hahahahaha.. Tu antara dialog yg kelakar+romantik bagi aku. hikhik. Sumpah lawak!

Aku tak mahu ulas banyak-banyak. Just nak beritahu, jalan ceritanya bagus. Banyak lessons yg boleh diambil. Serious. Semestinya, korang akan having fun sungguh tengok cerita ni. Comel, touching, lawak, sedih, excited.. Semua pun ada! Sumpah paling comel tiap kali scene anak-anak penguin tu. hahaha!

Boadicea. Erik. Atticus


Gloria
Siapa yg suka dance or singing, happy feet 2 ada lagu best untuk korang layann. Lagu faveret aku time mak Erik, Gloria nyanyi satu lagu nak tenteramkan anak dia.. Menarik lagu ni:










Bridge of Light by Pink

Just when you think
Hope is lost
And giving up
Is all you got,
Blue turns black,
Your confidence is cracked,
There seems no turning back from here

Sometimes there isn't an obvious explanation
Why the holiest hearts can feel the strongest palpitations

That's when you can build a bridge of light,
That's what turns the wrongs all right
That's when you can't give up the fight

That's when love turns nighttime into day,
That's when loneliness goes away,
That's why you gotta be strong tonight,
Only love can build us a bridge of light

When your feet are made of stone
You're convinced that you're all alone
Look at the stars instead of the dark
You'll find your heart shines like the sun

Let's not let our anger get us lost
And the need to be right comes at way too high a cost


Quotes for the day:

If you want it, you must will it! 
And if you will it, it will be yours!


Nice huh?? 



p/s: credit to cik Ya yg bagi movie ni kat aku.

Popular Posts

Yang menarik