UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Dec 31, 2010

keeper Malaysia.

Salam.

Khairul Fahmi. Siapa kenal? Angkat tangan cepat! Tak kenal?? Meh aku tunjukkan muka dia.


eh eh. silap letak gambar pulak.
hehehe


alamak! silap lagi. jangan lah marah dean.
I tak sengaja kot. =p



haa. ni dia khairul fahmi. cam tak?
tak cam lagi? haish.



ok. da cam kan? haaa.. good!



Menipu sangat kalau korang kata tak kenal. heeee. Bongek! haha

Nape nama dia naik dalam entri aku ini? haih. Aku pun tak faham.

Obses dengan dia? erghh... No no no!

Suka dengan dia? heee.. Tak suka dah!

Minat dengan dia? errr.. Dulu je!

Ok. Aku admit yg before ni, aku ada puji-puji dia. Sekarang, aku nak betulkan keadaan balik. Sila buka mata hati bersama saya kawan-kawan. Especially, girls.

Just now, aku pergi melawat awek khairul fahmi punya blog. Heyy. Bukan aku gedik-gedik nak kenal. Dop! Tapi Farid tunjuk kat aku. Aku ingat siapa punya. Rupanya blog awek cik abe kelantan ni. Ok. Bila baca entri entri dia pasal khairul fahmi, aku tiba-tiba menyampah weh!

Entah. Tapi memang sumpah aku menyampah. Suddenly, aku juga sedar. Kita terlalu memuji keeper Malaysia berbanding player yg lain. Kenapa tak nak puji Raja Gopal lebih-lebih. Dia lagi hebat coz dapat bentuk satu pasukan yg kuat. Kalau tak ada pokok, manakan dapat buahnya?? haaa..

Player yg lain pun berusaha untuk menang juga weh. Penat berlari keliling padang kejar bola, control bola, menggelecek dan sepak bola. Belum lagi kena rumble dengan pasukan lawan. haaa.. Penat penat penat! Aku tahu feelingnya macam mana. huu..

Tahniah untuk semua pemain bola sepak Malaysia. Anda semua sudah berusaha dan keputusannya setimpal dengan usaha yg dilakukan. Syabas! Moga dapat perbaiki lagi kelajuan ok? hehe.. Korang lari agak slow la. Kena latih speed selalu. Kasi laju sikit kaki tu kejar bola.

keranamu Malaysia!



"kamilah JUARA!" jerit mereka







p/s: saje gedik letak gambar salah. HAHA.









Dec 30, 2010

Contest Aku dan Kaca Mata

Salam.

Aku dah lama nak join sebenarnya contest ni. hehe..
Dapat pula, tiba-tiba si Asaktor baik hati tag aku. So, dah kira wajib la kan? haih.

Thanks to Mr. Syafiq yg anjurkan contest ini. Hadiah nya lumayan weh!! Cepat join before 12 Januari 2011 ni weh!


Ni je pic aku ber'spek' hitam. huu~


So, nak tag siapa ye? Mmmm... ok!

Syaheeda
Nuraishah

Ngee~~

Dec 28, 2010

sedih. down. runsing

Salam.

Nak tahu apa aku rasa sekarang ni??

Sedih.
Down.
Runsing.

Sedih sebab tak join bffs pergi hang out n ber'photo shooting' bersama. Sangat sedih. Bila la nak dapat jumpa diorang. Rindu sangat nak gelak ketawa. Rindu sangat nak share cerita. Rindu sangat nak tengok semua senyum, gedik gedik, manja manja n gila-gila. huu~ T_T

Down sebab pointer aku sangat teruk berbanding along dan adik aku, Mira. Masing-masing dapat 3.91 dan 3.68. Rasa tak tersangat down aku macam mana??! Diorang dah la amik kos civil engineering. Kos yg sangat susah berbanding aku yg hanya amik kos zoologi. ergh... Sumpah sangat down!! Nak nangis boleh tak?? ok. Dah nangis da pun.

Runsing?? Ini lagi satu. erghhh.. Aku ada game silat seni 11 Januari 2011 ni. Kebetulan, aku ada lab teknologi DNA rekombinan pada hari yang sama. Kalau lab tu hanya amik masa 3 jam je aku tak kesa. Konfem boleh curi-curi masa time game pergi lab jap. Tapi, lab ni start pukul 9 pagi sehingga 5.30 petang!! Dapat tak bayang cam ne?? Kalau kuliah memang boleh excuse. Mintak nota kat kawan. Ini lab! Mana boleh skip. Dapat pulak eksperimen buat secara individu. ergghhh..

Cuba bincang dengan prof., lagi la runsing kan aku. Disuruh buat pilihan. Sama ada datang lab atau tak datang terus. =(



erghhhhhhhhhhhhhh..........

Sedih!
Down!
Runsing!!



Sabar lah Haniza. Bertenang. Pasti ada jalannya. mmmm..

Dec 27, 2010

Photo Contest: My bestfriend forever!!


Ok. Ni photo contest yg aku join. 
Korang nak join join, leh [klik].
Semua syarat-syarat nya ada disitu.



The Extremez Gurlz!!



hohoh.. Nama geng aku tak boleh blah kan? well.. Semuanya extreme, energetic dan active! Of coz. ngeh~ Tapi 3 orang yg tiada dalam gambar ni. huhu... Mereka buzy. So, tak dapat join beraktiviti bersama.

Best buddies aku dari form 1 sampai la sekarang ni. Dan insyaAllah selagi hayat dikandung badan.

ok. Ini soalan yg ditanya oleh Cik Siti Manis:


1. Mula berkawan sejak tahun berapa?

 Since tahun 2003. Form 1 di MRSM Pasir Salak.
        
2. Kenapa anda rasa mereka BFF anda?

Kami ada banyak memori bersama. Bukan setakat gembira, tapi segala macam. Dan kami sangat    memahami antara satu sama lain. Sering bermuhasabah kalau ada berlaku salah faham. Walaupun personaliti kami sangat berbeza tapi kami 'satu kepala'. huhu~ Rindunya kat diorang!!


sebahagian sahaja. ada lagi..



p/s: Nak tahu lebih lanjut pasal geng aku?? klik [sini]. Confirm best.

geli. erghh..

Salam.

Sumpah aku geli! erghh.. MySpace

Sebab aku geli?? Sorry. Aku tak boleh cerita. Tapi yg pasti aku ada cakap pasal seseorang. Dan mungkin seangkatan dengannya. erghh..

Tak lena aku tidur malam ni weh!!

Bajet update status tu saje nak meluahkan rasa. Sekali betul-betul buat 'terasa' daaa. Adehh.. Kantoi!!

Nasib baik aku ni jenis pandai cover. huhu. Sorry. Aku ni kira cam pengecut gak kan? Nak tegur depan-depan tak berani. Tapi pandai sinis-sinis. MySpace

aiyooo..

mmm..

Bagus gak kalau terasa. Agak-agak nak 'posing' cam tu lagi ke??

Beringat sendiri la cik adik oi.

haih.  MySpace


remaja. remaja.







p/s: manusia itu tidak sempurna. tapi tak salah untuk berubah kan? hmm.. *sigh

Dec 26, 2010

kisah cinta mereka. sweet!!

Salam.

Hari ni keluar alamanda dengan geng silat. Ada setengah yg tengok wayang n ada yg tak. Aku tak tengok wayang. Tak jadi. So, window shopping je. Tapi dapat la gak beli sandal ladies buat pakai pergi kuliah.

On the way balik..

Coach aku ada kongsi satu love story dia dengan wifenya. Aku la yg dok semangat suruh coach cerita. Nasib baik sporting. Love story mereka... sweet! Bagi aku sangat sweet. Dan aku rasa major girls akan cakap sweet kalau dengar dia cerita. Boys? I don't know. Rasanya bagi diorang, biasa je kot.

mmm..

Masih ada lagi ke lelaki yg sanggup buat cam tu kat zaman serba canggih ni? Sanggup kejar bus yg dinaiki orang yg dicintai dalam keadaan hujan renyai-renyai demi segamit lambaian?

mmm..

Masih ada lagi ke perempuan yg berani tinggalkan nota cinta dicelah-celah motor kesayangan orang tercintanya demi secebis perhatian??

haih. *sigh



Ridiculous. Aku tak akan jumpa dah situasi cam ni da kot. Zaman sekarang ni, lelaki kurang sensitif. huh.

Oppss!! Sorry guys. Tapi.. memang betul la apa yg aku tulis kan?





Dec 25, 2010

kenapa perlu tipu??

Salam.



Antara tipu dan bohong.. Mana satu lagi menusuk kalbu??

Aku rasa tipu. kan?

Aku cukup benci kalau ada orang tipu aku. Lagi-lagi orang yg aku sayang@rapat@baik dengan aku. Aku cukup pantang ditipu.

Tapi.. Aku pun ada menipu orang juga. hmm.. So, tak boleh nak marah sangat kan?

Arghhhh!!

Damn!!

Dec 22, 2010

Proses pembentukan bayi

Salam.

Ini hanya sekadar perkongsian. Pengetahuan am untuk kita semua.


Semua kromosom Y lari maraton. Siapa cepat dia dapat!

Antara berjuta calon, hanya satu sahaja yg menang. Kalau bernasib baik, mungkin 2 calon.
Akhirnya ayah bertemu ibu.

Minggu ke-1 : Proses pembentukan antara sperma dan telur yang memberikan signal kepada tubuh bahwa telah ada calon bayi dalam rahim.

Nukleus ayah n ibu bercantum. Mula membentuk akhirnya melekat di dinding rahim

Minggu ke-2 : Sel-sel mulai berkembang dan terbagi kira-kira dua kali sehari sehingga pada hari yang ke-12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut pada endometrium (dinding rahim).

Minggu ke-3 : Embrio terbentuk sepanjang 0,08 inci / 2 mm.
Janin mula membahagi dan membentuk
Minggu ke-4 : Janin mulai membentuk struktur manusia. Saat ini telah terjadi pembentukan otak dan tulang belakang serta jantung dan aorta (urat besar yang membawa darah ke jantung).

Minggu ke-5 : Terbentuk 3 lapisan yaitu ectoderm, mesoderm dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas yang akan membentuk system saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Lapisan Mesoderm berada pada lapisan tengah yang akan membentuk organ jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Lapisan Endoderm yaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Janin dah menampakkan rupa.

Minggu ke-6 : Terbentuk kepala dan badan.
Kepala n badan terbentuk

Minggu ke-7 : Bentuk bayi semakin jelas.

Minggu ke-8 : Wajah bayi sudah mulai terbentuk diantaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada dibawah membran kulit yang tipis. Anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun belum sempurna.
Minggu ke-9 : Penyempurnaan telinga dan bayi mulai menggerakkan anggota badan.

Minggu ke-11 : Alat kelamin luar mulai terbentuk tetapi ukurannya masih kecil.

Minggu ke-12 : Mulai proses penyempurnaan seluruh organ tubuh. Bayi membesar beberapa millimeter setiap hari. Jari kaki dan tangan mulai terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata.


Minggu ke-13 : Kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain. Badannya juga semakin membesar untuk seiring pembesaran kepala.

Kepala lebih cepat terbentuk dan membesar berbanding badan

Minggu ke-14 : Detak jantung bayi mulai menguat tetapi kulit bayi belum tebal kerana belum ada lapisan lemak.

Minggu ke-15 : Bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup.
Minggu ke-16 : Bayi telah terbentuk sepenuhnya dan memerlukan nutrisi melalui plasenta. Bayi telah mempunyai tulang yang kuat dan mulai boleh mendengar suara. Dalam proses pembentukan ini sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi.

Minggu ke-17 : Rambut, kening, bulu mata bayi mulai tumbuh dan garis kulit pada ujung jari mulai terbentuk. Sidik jari sudah mulai terbentuk.

Minggu ke-20 : Proses penyempurnaan paru-paru dan system pernafasan. Pigmen kulit mulai terlihat.

Minggu ke-21 : Bayi mulai membesar.

Minggu ke-22 : Struktur gigi bayi mulai berkembang.

Minggu ke-23 : Tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan sempurna, jari juga terbentuk sempurna.
Dah boleh berenang! haha

Nampak macam besar je. Tapi, bila beza ukuran dengan saiz jari kita.
Bayi berkali-kali ganda kecil saiznya. huhu. comel~


Minggu ke-24 : Kulit bayi mulai menebal.

Minggu ke-25 : Tulang bayi semakin mengeras dan bayi menjadi semakin kuat. Saluran darah di paru-paru bayi sudah semakin berkembang. Garis disekitar mulut bayi sudah mulai membentuk dan fungsi menelan sudah semakin membaik. Indra bau bayi sudah semakin membaik kerana di minggu ini bahagian hidung bayi (nostrils) sudah mulai berfungsi.

Minggu ke-26 : Bayi sudah boleh mengedipkan matanya selain itu retina matanya telah mulai terbentuk. Aktiviti otaknya yang berkaitan dengan pendengarannya dan pengelihatannya sudah berfungsi. Ibu dan ayah dah boleh memperdengarkan lagu yang ringan dan mencuba untuk memberi cahaya lebih disekitar perut, mungkin ibu akan merasakan anggukan kepala si kecil.

Minggu ke-27 : Indra rasa mulai terbentuk. Bayi juga sudah pandai mengisap ibu jari dan menelan air ketuban yang mengelilinginya.
Time ni dah leh agak baby ni right-hand writing or left-hand writing.
Minggu ke-28 : Lemak dalam badan mulai bertambah. Walaupun gerakan bayi sudah mulai terbatas kerana beratnya yang semakin bertambah, namun matanya sudah mulai boleh berkedip bila melihat cahaya melalui dinding perut ibunya. Kepalanya sudah mengarah ke bawah. Paru-parunya belum sempurna, namun jika saat ini ia terlahir ke dunia, si kecil kemungkinan besar telah dapat bertahan hidup.

Minggu ke-29 : Sensitiviti dari bayi semakin jelas, bayi sudah boleh mengidentifikasi perubahan suara, cahaya, rasa dan bau. Selain itu otak bayi sudah bisa mengendalikan nafas dan mengatur suhu badan dari bayi. Postur dari bayi sudah semakin sempurna sebagai seorang manusia.

Minggu ke-30 : Mata indah bayi sudah mulai bergerak dari satu sisi ke sisi yang lain dan dia sudah mulai belajar untuk membuka dan menutup matanya. Kini si kecil pun sudah mulai menghasilkan air mata.

Minggu ke-31 : Perkembangan fizikal bayi sudah mulai melambat pada fasa ini, hanya berat badan bayi yang akan bertambah. Selain itu lapisan lemak akan semakin bertambah dibawah jaringan kulitnya. Tulang pada tubuh bayi sudah mulai mengeras, berkembang dan mulai memadat dengan zat-zat penting seperti kalsium, zat besi, fosforus. Berbanding dengan perkembangan fizikalnya, pada fasa ini perkembangan otaklah yang berkembang dengan sangat pesat dengan menghasilkan berjuta sel. Apabila diperdengarkan muzik, bayi akan bergerak memberi respon.

Minggu ke-32 : Kulit bayi semakin merah, kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna. Kuku dari jari mungil tangan dan kaki si kecil sudah lengkap dan sempurna. Rambutnya pun semakin banyak dan semakin panjang. Bayi sudah start boleh bermimpi.

Baby dah boleh bagi respon pada ibu

Minggu ke-33 : Bayi telah memiliki bentuk wajah yang menyerupai ayah dan ibunya. Otak bayi semakin pesat berkembang. Pada saat ini juga otak bayi sudah mulai boleh berkoordinasi antara lain. Walaupun tulang-tulang bayi sudah semakin mengeras tetapi otot-otot bayi belum benar-benar bersatu. Bayi sudah boleh mengambil nafas dalam-dalam walaupun nafasnya masih di dalam air. Apabila bayinya lelaki maka testis bayi sudah mulai turun dari perut menuju skrotum.

Minggu ke-34 : Kedudukan bayi berada di pintu rahim. Bayi sudah dapat membuka dan menutup mata apabila mengantuk dan tidur, bayi juga sudah mulai mengedipkan matanya. Tubuh ibu sedang mengirimkan antibodi melalui darah ibu ke dalam darah bayi yang berfungsi sebagai sistem kekebalan tubuhnya dan proses ini akan tetap terus berlangsung bahkan lebih perinci pada saat ibu mulai menyusui.

Minggu ke-35 : Pendengaran bayi sudah berfungsi secara sempurna. Lemak dari tubuh bayi sudah mulai memadat pada bagian kaki dan tangannya, lapisan lemak ini berfungsi untuk memberikan kehangatan pada tubuhnya. Bayi sudah semakin membesar dan sudah mulai memenuhi rahim bunda. 

Minggu ke-36 : Kulit bayi sudah semakin halus dan sudah menjadi kulit bayi. Lapisan lemak sudah mulai mengisi bagian lengan dan betis dari bayi. Ginjal dari bayi sudah bekerja dengan baik dan livernya pun telah menghasilkan kotoran. Saat ini paru-paru bayi sudah bekerja baik bahkan sudah bersedia bertemu dengan ibu dan ayah. huhu

Minggu ke-37 : Kepala bayi turun ke ruang pelvik. Bentuk bayi semakin membulat dan kulitnya menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah 5cm. Kuku terbentuk dengan sempurna. Bayi sudah boleh melihat adanya cahaya diluar rahim. Bayi pada saat ini sedang belajar untuk mengenal aktiviti harian, selain itu bayi juga sedang belajar untuk melakukan pernafasan walaupun pernafasannya masih dilakukan di dalam air. 



Minggu ke-38 hingga minggu ke-40 : Proses pembentukan telah berakhir dan bayi bersedia untuk dilahirkan. =)


Sempurna prosesnya! =)
SubhanAllah!
Allahuakbar







p/s: excited kan?? wuu~~ 

Dec 21, 2010

slot: hati oh hati

Salam.



Bertemu kita buat pertama kalinya dalam slot 'hati oh hati'. Bersama anda hos yg ceria lagi comel, Nurhaniza Nordin atau nama popular di dunia blog nya, hana_aniz.

Hari ini topik yg akan kita bincangkan sudah pasti akan membuka mata para pembaca serta moga-moga topik pada slot kali ini akan membuat suatu anjakan paradigma dalam kehidupan kita semua.

Pelbagai persoalan yg bakal diajukan nanti sedikit sebanyak, saya percaya akan membuka ruang dan peluang untuk minda para pembaca menelusuri kealpaan anda dalam melewati jawapan pada persoalan yg terwujud.

Para pembaca sekalian,
Topik yg semestinya menghangatkan lagi slot kita pada hari ini tidak lain tidak bukan ialah, 'jantung bukan hati dan hati bukan jantung'.

wah. wah. wah. Apa kaitan jantung dengan hati? Semestinya ada tetapi, hati dan jantung adalah 2 organ yg berbeza malah fungsi juga berbeza. mmm.. Saya sendiri tertanya-tanya akan perbandingan jantung dengan hati. Baiklah. Persoalan pertama saya ingin ajukan pada para pembaca sekalian.

Antara hati dan jantung, yg manakah memegang kuasa perasaan?

Jawapan yg mudah bakal diberikan para pembaca dan sudah tentu saya boleh mengagak jawapan yg akan anda berikan. Mmm.. Jawapannya?

Yakin, hati!

Ya. Itu juga jawapan yg akan saya berikan. Namun, disini ada terwujud kelewatan dan ketelusuran kita mengenai fungsi hati yg sebenar. Justeru mengapa saya mengaitkan jantung pada persoalan ini?

Definisi jantung dan hati iaitu heart and liver menggambarkan seolah-olah heart adalah terjemahan kepada perkataan hati. Sepertimana yg selalu kita sebutkan, "you are always in my heart".

Apa yg kita maksudkan dengan ayat "you are always in my heart'? "Awak sentiasa berada di dalam hati saya"?. Takrifan 'hati' dan 'heart' yg digambarkan sebenarnya salah. Andai dilihat pada skema ayat yang sebanar, "Awak sentiasa berada di dalam jantung saya". Hati dalam bahasa Inggeris dan secara biologinya ialah liver. Ia bukan?? Justikafinya jelas. Akan tetapi, definisinya tidak mampu memberi maksud yg sama

Nampak kepincangan bahasa yg kita gunakan?
Apakah bahasa boleh menggambarkan maksud yg sebenar walaupun ada kepincangannya?
Jika ditanya pada saya, jawapannya ya.

Para pembaca sekalian,
Cumanya, apakah hati memegang kuasa perasaan yg sebenar? Secara sasteranya adalah ya. Namun, secara biologikalnya tidak. Tetapi lihat pula pada jantung. Secara sasteranya adalah tidak manakala secara biologikalnya ya.



Kenapa saya memberi jawapan sebegitu??

Haa.. Itu persoalan yg akan saya tinggalkan disini pada slot kali ini. Nantikan jawapannya pada slot yg akan datang. Sambil itu, sila buat brainstorming ya?? Saya juga mahukan jawapan dan kefahaman dari para pembaca.

Mohon berikan respon untuk slot kali ini. Tinggalkan nama samaran dan jawapan serta pandangan anda pada ruangan 'post a comment' di bawah. *tak paksa. kalau malas, tak payah.





p/s: hahaha. Bongek.  Tetiba je. Jangan layan. Aku merepek meraban kejap. Kalau nak layan pun, aku lagi suka. Ngaa~~

Dec 19, 2010

Cameron Highlands

Salam.

Lama dah tak update. Banyak mende aku nak cerita n kongsi. Tapi.. Asal taip je aku backspace. Asal taip je aku delete. Ateee.. Nak ceghite cam gane tu? Adehh..

Aku rasa ramai ngah dok santai-santai kat rumah. Yelah. Musim cuti sekolah. Kebetulan pulak, majoriti student IPT pun cuti. Ada juga yg pergi holiday.

Haa.. Siapa ada plan nak bercuti ke Cameron Highlands, jangan lupa bawa payung n baju tebal-tebal banyak sikit eh. Serius kat sana sangat sejuk time malam-malam. Kabus time pagi n petang pulak, sangat tebal. Seronok memang seronok. Dapat pulak time sejuk tu pekena ubi madu rebus yg panas. Fuhhh! Syok!

abaikan manusia tu. tak ada kaitan pun.
*gambar dr google

Tapi bila hujan, semua aktiviti agak terbantut. Nak main lompat-lompat atas replika sayur-sayuran yg besar dekat taman permainan di Tanah Rata time petang-petang pun tak kesampaian. Jalan-jalan kat pekan Brinchang pun jadik tak best. haih. *aku baru je pergi 2 hari yg lalu.

Emm.. Sok nak balik Bangi dah. huu~ Rasa cam sangat malas. adehh..

Oh, ya. Tahniah buat Coach Along (coach silat seni UKM) yg bakal melangsungkan perkahwinannya yg pertama di Manjung. ececehh.. Perkahwinan pertama! haha. Macam akan ada perkahwinan yg kedua pula. Eh eh. Aku tak maksudkan begitu. hoish. Moga ALong berbahagia dan pernikahannya diberkati oleh Allah swt. Amin. BarakAllahu lakuma...

Dec 14, 2010

If you love someone..



Old Sayings..... 

If you love someone, set her free... 
If she comes back, she's yours, 
If she doesn't, she never was.... 

The New Versions..... 

Pessimist: 
If you love someone, set her free... 
If she ever comes back, she's yours, 
If she doesn't, as expected, she never was 

Optimist: 
If you love someone, set her free... 
Don't worry, she will come back. 

Suspicious: 
If you love someone, set her free... 
If she ever comes back, ask her why. 

Impatient: 
If you love someone, set her free... 
If she doesn't come back within some time forget her. 

Patient
If you love someone, set her free... 
If she doesn't come back, continue to wait until she comes back... 

Playful: 
If you love someone, set her free... 
*If she comes back, and if you love her still, set her free again, repeat * 

Animal-Rights Activist: 
If you love someone, set her free, 
In fact, all living creatures deserve to be free!! 

Lawyers: 
If you love someone, set her free, 
Clause 1a of Paragraph 13a-1 in the second amendment of the Matrimonial 
Freedom Act clearly states that... 

Bill Gates:
If you love someone, set her free, 
If she comes back, I think we can charge her for re-installation fees and 
but tell her that she's also going to get an upgrade. 

Biologist:
If you love someone, set her free, She'll evolve. 

Statisticians: 
If you love someone, set her free, 
If she loves you, the probability of her coming back is high. 
If she doesn't, your relation was improbable anyway. 

Schwarzenegger's fans:
If you love someone, set her free, SHE'LL BE BACK! 

Over possessive person:
If you love someone don't set her free. 

HR specialist:
If you love someone set her free by offering her VRS and other benefits. 
Then out source her. 

MBA: 
If you love someone set her free instantaneously and look for others simultaneously 

Psychologist: 
If you love someone set her free 
If she comes back her super ego is dominant 
If she doesn’t come back her id is supreme 
If her doesn’t go, she must be crazy. 

Somnambulist:
If you love someone set her free 
If she comes back it's a nightmare 
If she doesn't, you must be dreaming. 

Rhett Butler (Gone With the Wind):
If you love someone set YOURSELF FREE 
If she asks you why say you don't give a damn. 

ERP functional expert:
If you love someone set her free 
If she comes back, map her into your system 
If she doesn’t, carry out a gap-fit analysis 

Finance expert:
If you love someone set her free 
If she comes back it’s time to look fresh loans. 
If she doesn't, write her off as an asset gone badly. 

Marketing Expert:
If you love someone set her free 
If she comes back she has brand loyalty 
If she doesn't, reposition the brand in new markets. 


I LOVE YOU



So, which one are you?

Dec 10, 2010

Despicable Me

Salam.



Baru je habis tengok movie kartun Despicable Me. 5 stars aku bagi untuk cerita ni! Sangat best, kelakar dan cute!!

hahahaha.

SuperBad. SuperDad. yeah!

3 budak perempuan yg kecik tu serius sangat sangat comel. Morga (sulung), Edith (tengah) dan paling paling comel, Agnes (bongsu).





Siapa yg belum tengok cerita ni, silalah tengok. Sangat kelakar. Tengok si Agnes cakap-cakap dah rasa sangat kelakar. Dan dia sangat comel! Apa yg dia buat, cakap, cukup buat aku rasa sangat sangat geli hati. Lagi-lagi part bawah ni.

"Does this count as annoying??"
Sumpah sangat comel bila dia tepuk-tepuk pipi dia! hahaha.





Mr. Gru yg bajet the greatest villain ni, sebenarnya sangat penyayang. Watak dia sangat kelakar. Hati yg keras boleh dicairkan dengan kehadiran 3 orang adik-beradik tu. haha.





"Will you read us a bedtime story?"


SuperDad. yeehaaa!






Highly recommend. Jangan lupa tengok! Sumpah korang tak menyesal tengok cerita ni. *khas pada siapa yg belum pernah tengok.

Dec 8, 2010

Mothers with their babies part 2 - ibu susuan@ibu tiri

Salam.

Da tengok entri pasal Mothers with their babies part 1?? Kalau belum, tengok [sini]. Then, baru leh proceed entri ni. Kalau tak, tak best!

Bila tengok cerita kat tv, mesti dipaparkan watak ibu tiri seorang yg jahat. Contoh cerita Snow White, Cinderella, drama Indonesia dan etc. Anak tiri didera, dihina, dipijak.

Tapi..

Kalau dalam kes ni, macam mana pula??




mami, nganga besar-besar.


"habis madu, sepah dibuang. huhu..". kata little chicken
lenanye puppy tu tidur. sehangat pelukan mama. huu~


cub 1: macam mana kita boleh dapat ibu b@b*?
cub 2: entah. kita salah masuk sangkar kot.
kahkahkah!


"bulumu yg lebat, melenakan tidur malamku, ibu."
hihi


apa jelir-jelir lidah? weekkk kat dia.
haha


ada sama rupa macam mak anjing saya tak?


anak kancil dgn mak dog


baby arnab, puppy n kittens.


anak kancil da beso sket.


errrr.. konfem HARAM disentuh.


peehhh.. baby tupai dgn mak dog.


kalau dekat zoo foreign country, ini perkara biasa.


baby tupai yg tak padan dengan kecik nya, berebut susu.
hahah


ini pun perkara biasa.




Haiwan tidak pernah membezakan anak-anak yg disusukannya. Akan dijaga, ditatang dengan baik sampai besar. Tapi, kenapa ada manusia yg tidak pernah menikmati kasih sayang seperti tu? huu~

Sesungguhnya, rasa kasih dan sayang itu meluas. Thank you Allah.

Hidup rasa indah dengan aturanMU yg menakjubkan. =)

SubhanAllah!

Popular Posts

Yang menarik