UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Apr 30, 2011

tak suka packing barang.

Salam.

Ramai dah balik, dan ramai juga kelam-kabut packing barang simpan dalam stor. Yelah, hari ni last simpan barang. Mana tak nya.

cam gini lah rupa aku tiap kali time kena packing
pic, credit to mr google

Aku cukup nyeee lah tak suka packing-packing barang ni. Tak reti nak packing macam mana. Banyak sangat nak packing nye. Selalu macam tu. Akhirannya, aku give up. huh.

Kalau time asrama dengan matriks, mak or along yg tolong packing kan. huhu. Gila malas kan aku nih? Adehh.. Bukan malas lah. Tak reti!! Mak dengan along je yg reti kemas elok-elok, lipat cantik-cantik.

Biasa masa first day masuk asrama tu, tak kira la time sekolah, matriks or kampus, mak dengan along gak yg tolong susun pakaian aku dalam almari, pasang cadar, sapu bilik. Aku tolong sikit-sikit je. Kalau bab-bab kemas pakaian dalam almari, aku minta along buat. Lipat-lipat baju masuk dalam beg, mak yg tolong buat. Iron kan baju kurung aku pun, mak yg tolong buat. huhu..

Rindunya kat mak..

Sekarang aku sedar.. Aku dah dewasa. Umur 21 tahun dah pun. Tak boleh nak mintak-mintak orang lain buatkan. Semua kena buat sendiri. adehh.. Tapi, kadang-kadang, mintak tolong juga. Lagi-lagi kalau along datang kolej aku. Mesti mintak dia kemaskan. hehe..

Bab lipat baju masuk kan dalam beg, err.. Itu aku still lagi mengharapkan mak. Tak tahu nape. Bukan aku sengaja susahkan mak. Tapi, aku rasa kasih sayang mak ada kat situ. Kadang-kadang aku tak mintak pun. Aku just kumpul baju-baju aku dan longgok atas beg je. Konon nak lipat kejap lagi (*rehat-rehat dulu). Tengok-tengok mak dah tolong lipatkan masuk dalam beg. huhu.. Terharu. I love you, mak!!

Memang aku malas sikit bab packing ni, tapi aku memang sengaja minta mak dengan along buatkan. Gembira ada orang tolong dan rasa lagi gembira sebab aku tahu diorang sayang aku. Macam mana ye nak cakap? Perasaan tu kadang-kadang boleh buat aku tersayat hati..

Dah besar ni, aku lebih appreciate dengan apa yg family aku lakukan. Yelah, time kecik dulu kan perasaan dengki tu banyak je. Minta tolong iron kan tudung pun malas. Sekarang, kalau mak, along or adik-adik lain mintak tolong, aku cuba mengikhlaskan diri buatkan. Tapi, keutamaan pada mak, abah la. Never say no to them. Even kadang-kadang tersay no. erkk.

Apr 29, 2011

bosan gila.

Salam.

Adehh. Sangat bosan nye lah sekarang. Nak tengok movie, semua cerita dah tengok. http://www.emocutez.com

Online pun tak best coz ramai kawan-kawan dah balik. http://www.emocutez.com

Nak keluar mana-mana tak ada transport tak ada. Duit pun tak ada.. http://www.emocutez.com

Tidur?? Puas sangatlah tidur satu hari ni. Adeehhh.. http://www.emocutez.com



Tolongg!!!

penjimatan berganda-ganda.

Salam.

Aku tahu ramai yg still mood exam. Tapi, budak-budak UKM semua dah berpusu-pusu nak tinggalkan kampus dan pulang ke rumah. Well.. Kitorang dah habis final dah. hahaha

Tapi those yg ambil short sem, balik kejap je coz next week dah start kelas. Aku? Aku pun tak balik. =(

Aku ada kejohanan MASUM yg perlu aku hadapi bersama kawan-kawan yg lain. Kena stay sini sampai 1.7.11 coz masum start 25-30 jun 2011. So, sepanjang tempoh hampir 2 bulan ni, aku akan training setiap masa. Pagi, petang dan malam. Siap-sedialah atlet masum semuaa.. Mau jadi anorexia la kalau macam ni.



Kenapa anorexia??

Sebab kitorag dah hampir kehabisan PTPTipu!! Ada yg dah habis dah. huhu.. Makan kena ikat perut. Training hard. Mak, abah, jangan terkejut kalau anis balik rumah, badan tinggal tulang je. *sedih.


Elaun macam mana??

Elaun akan diberi. Tapi lambat lagi kot. Masa nak dekat game tu nanti baru diorang bagi. erghh.. Gila lah. Sebulan lebih ni aku nak cekau mana duit?? Nak makan apa? http://www.emocutez.com

So, minta la ehsan mak abah.. Mungkin diorang tak kisah, tapi serius. Aku rasa sangat bersalah. Tapi alhamdulillah.. Tawaran jadi RA oleh mentor aku (pensyarah kat fakulti) dengan gaji yg dibayar sebanyak RM500, aku terima dengan hati yg penuh riang-gembira. At least dapat tampung perbelanjaan aku bulan jun nanti. Sebulan pertama ni, minta abah.. Maaf abah..

Nampaknya, harapan berdiet aku makin menjadi. Haniza diet?? hahaha. Tak lah. Tak nak diet pun. Just nak kecik kan badan sikit lagi. ngaa~~

By the way, doakan kejayaan kami di kejohanan Masum nanti yg akan berlangsung di UPM Serdang. Please. Doakan kami kali ini menjadi juara! InsyaAllah. Aku akan berusaha sungguh-sungguh. Harap team-mates pun semua macam tu. Bukan seorang je yg menang boleh jadi juara dah. Tapi, semua kena menang sekali untuk jadi juara. InsyaAllah insyaAllah.. http://www.emocutez.com

Apr 28, 2011

oh. I'm in LOVE!! part 1

Salam.

Tiap kali aku tengok muka dia, mesti aku rasa berdebar-debar. Belum lagi tengok dia senyum. Pehh. Nak terkeluar jantung lagi adalah!!

huhu.

Tapi aku sedar diri aku siapa. Kau enggang, aku pipit. Kita tak akan mungkin pernah bersama.. Sedih wehh.. Bukan sengaja kasi ayat touching, tapi memang kenyataan. ya. Kenyataan yg pahit aku mampu luahkan.

 Cukup lah aku sekadar tengok dari jauh, intai dari jauh, dan simpan perasaan ini jauh-jauh dalam lubuk hati. Ayat hiperbola giler kan? Tapi itulah kenyataan nya.

One-sided crush.. serius. Sangat menyakitkan rasanya. Gila sakit. Boleh terasa weh denyut-denyut jantung ni. Degup-degup tak tentu hala. Itu baru teringat je. Belum tengok muka dia lagi. Tengok gaya dia yg tersangatlah hensem giler! waa..

Fine. Hati aku sangat sakit sekarang ni.

Apa? Dia kenal aku ke tak? oh. Tu lagi satu.. Dia tak pernah kenal aku dan dia tak pernah nak perasan dengan kehadiran aku. Demm!

Apr 27, 2011

keep on smiling.

Salam.

Petang tadi aku teman Jijah pergi beli makanan untuk jamuan batch dia. Mula-mula pergi pergi beli kerepek@keropok kat kampung Sungai Buah. Then, pergi beli kek dekat area pkns bangi.

Nak dijadikan cerita pasal keep on smiling ni.. Eh. Cerita ke? ahh. Apa-apa je lah..

Masa on the way nak balik, jalanraya dekat area dengkil (kg. sg. buah kat area situ), macam jalan dalam kampung. 2 lane. Suasananya pun macam best je. Nak kata jalan nye buzy, tak lah juga. Tapi ada la kereta dan lori lalu-lalang. Masa ngah layan mata ni tengok kiri-kanan jalan yg banyak pokok-pokok hijau (lepas hujan, pokok nampak lebih segar dan berseri <---- macam apa je. hahaha), Jijah nampak sepasang angsa ngah berjalan terkedek-kedek tepi jalan.

hahahaha.. Comel sungguh!!

2 ekor angsa. Seekor putih n lagi seekor kaler hitam. Yg putih tu besar dan hitam tu saiz kecik sikit je dari putih. Hitam tu dok mengekor je dari belakang.

Tak tahu kenapa bila tengok 2 ekor makhluk yg comel dan cantik tu, tak berhenti-henti aku senyum. comel sangat. Tak peduli langsung dengan kenderaan yg lalu-lalang situ. Macam dating berdua je. hikhik

Senang sangat aku tertarik dengan karenah haiwan sekarang nih. huhu.. Cicak main aci kejar dengan lalat pun aku tengok. huhu..

gambar dari google je.

well.. Aku kan bakal zoologist. (amin.. doakan! insyaAllah..)

kenapa tak cari penyelesaian yg lebih baik?

Salam.

Ini entri khas untuk someone. Yg lain nak baca n emm.. Ambil apa-apa nilai yg baik pun, silakan.

Kita tak suka jadi orang lain, dan kita pun tak suka orang paksa kita jadi orang lain..

Setiap apa yg melanda sekarang ini, semua ujian. Bezanya, kau reti tangani dan bertenang atau kau ambil jalan mudah. Baca hasil tulisan iqbal ni pasal ujian Ilahi, kalau nak lebih faham.



Brothers - It's A Life Of Test 

Hey Brother
Won't You Listen To Me
You're My Brother So Listen Carefully

This Life That We're Living
Wasn't Made For Nothing
Life Is A Test From Allah Almighty

There Are Many Times
When Allah Will Test You
To See If You Will Obey Or Betray

This Life Is A Life Of Test
Need Patience For Success
So Is Your Iman Strong Enough
Or Would You Fail Just Like The Rest

Obey For Allah's Love
Betray Be Sorry For Yourself
When You're Standing Helpless There
In Front Allah The Almighty

Life Is A Life Of Test...Believe It
You Must Strengthen Your Faith...Hey Brother
And Don't You Fail Like Others

Hey Brother
What's There For You To Say
It's Up To You If You Want To Believe Me

Allah Created Us
Give Us Everything
So Be Greatful And Don't Betray

Laugh At Me If You Wish
Say I'm Crazy If You Want
You'll Bite You Your Fingers One day
When You Find Out The Truth

Believe Me Or Do Not
It's A Change For You To Choose
Just Don't You Cry One Day
When It's Already Too Late

You Would Be Sorry
If You Choose To Betray
There Is No One There To Help You

If You'd Follow Allah's Way
You'd Be Safe In Paradise
If You'd Listen To Me
I Could Lay My Mind To Rest

You'd Then Be Happy
There Is No Need To Worry
You Would Live Forever Happy

You Would Be Happy
If You Just Follow Allah's Way



p/s: I'm your friend, mestilah aku nak yg terbaik untuk kau. =)
lagu usah putus asa by akbar ft mirwana pun aku tuju kat kau. hehehe

belajar menaip pantas

Salam


Inilah rupa orang yg pemalas. Malas study, buat kerja lain. muahaha.

Jom. Nak main? Bagus kot game ni - Malaysia Typing Speedtest. Kalau selalu main, konfem korang handal menaip laju-laju! hahaha.. Sangat berguna weh time nak taip tesis nanti. haa.. Cuba jangan tak cuba.

Ni rekod aku:

45 words
typing test - english


48 perkataan
ujian menaip - bahasa melayu (tengok keyboad)


26 perkataan
ujian menaip - bahasa melayu (tak tengok keyboard)


pehh. Beza giler kan?? hahahah.. Serius, english lagi senang. Bukan sebab aku terror english, tapi perkatan english pendek je. Contoh, saya - I, kami - we, perempuan - girl.. haaa.. See the differents?


ok. ok. Aku sambung study. heeee




Apr 26, 2011

jeles bertandang lagi.

Salam.

Naa.. Aku memang suka dok stalking-stalking orang ni. Tak kira la blog ke, fesbuk ke.. Tapi, majoriti nye di fesbuk. Pantang nampak gambar lawa-lawa, ehem-ehem.. I mean mamat yg hensem-hensem yg ada kat gambar mana-mana member aku. Kalau ditag mukanya, lagi senang keroje aku pergi usha. ahaks!


Tapi, bila buat kerja stalker-mengstalking ni, bukan dapat apa. Sakit hati je dapat. huh! Tahu nape? Sakit hati coz kita dok puji-puji mamat tu hensem, tapi bukan dia kenal kita pun. Piiiraaahhh!! Alih-alih.. tutup windows dia, sambung study. haish.

Lagi satu bab jeles, bila tengok kawan-kawan  aku yg belajar oversea. Pehhh.. Ini lagi mencarik-carik hati aku. Jeles yaaaa aaamat ok!! adehh.. *tepuk-tepuk dada. Tu la! Siapa suruh tak belajar elok-elok??





Fine! *sambung study semula. erghhh..

Apr 24, 2011

selamat pengantin baru. eh.. baru bertunang je lah!

Salam.

ok. Aktor Malaysia yg aku minat lakonan dia terutamanya bila dia bawa watak yg alim. Serius, dia lebih menyerlah bila bawa watak yg alim-alim ni. Mungkin sebab raut wajah dia yg lembut kot.

Dah dapat tangkap, siapakah gerangan yg aku dok melalut ni?


Ashraf Muslim

Yup. Aku tahu dia diminati ramai bukan sekadar dia ada pakej sebagai seorang aktor yg hensem, tapi dia juga boleh bawa watak dengan baik lebih-lebih lagi watak ustaz Amirul. weeewiittt~~

Dah bertunang dah pun. Kecewa? oh tidak. Malah aku gembira. Orang nak bina masjid, takkan nak menangis pulak? Merepek betul. Gembira juga dengan pilihan dia cik Dayana yg ayu bertudung dan berpendidikan tinggi. Maksudnya, dia ikut syarat agama dalam memilih bakal isteri. Betul tak? Keturunan, harta, kecantikan dan agama. Aku rasa insyaAllah lengkap dah pakej nye tu. Moga-moga, bila dah kahwin nanti, ke arah yg lebih baik dan menjadi pasangan yg soleh dan solehah.

Tahniah buat Ashraf Muslim yg sudah bertunang. Harapnya, tak payah nak tunang lama-lama dan kahwin secepat mungkin. Jadi artis ni payah. Nanti macam-macam fitnah boleh berlaku.

Kepada girls yg kecewa sebab hero korang dah bertunang, doa-doakanlah kebahagian mereka. Kita pun dapat pahala bila mendoakan yg baik-baik untuk orang lain. =)


Jom usha-usha sikit gambar pertunangan diorang.


Noor Dayana
comel n ayu je tunang si Ashraf ni..



sesungguhnya manusia itu dicipta berpasang-pasangan.
tunggu giliran aku pulak 5,6 tahun lagi. muahahah


amboi! hahaha. kahwin cepat la naa


Lagi cerita, tengok [sini].

mati itu pasti, hidup itu insyaAllah

Salam.

Aku dah kehilangan seorang kenalan masa form2 di mrsm Pasir Salak. Arwahyarhamah Yus Akmal. Aku tak rapat sangat dengan dia coz kami bukan satu kelas. Tapi kenal la jugak dan pernah sembang-sembang sikit dengan dia.

Berita ni agak mengejutkan juga bagi aku. Yelah, tak sangka pun kn? Muda lagi orangnya. Sebaya aku or muda setahun. Aku pun tak berapa pasti.

Yus ni comel orang nye. Kecil-kecil molek. Berkulit putih dan periang. Kalau tak silap aku masa pernah mengenali dia dulu. Dia orang kelantan. Belajar pun kat UiTM machang.

Tak banyak yg aku boleh komen pasal arwah.. Apa-apa pun, mohon sedekah al-Fatihah untuk beliau.. Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yg soleh. amin...





p/s: hmm..

Masalah Rawan pada Lutut.

Salam.

Info berguna untuk semua khususnya atlet sukan dan orang-orang yg sudah berumur.



oleh Hafizah Iszahanid

Rawam adalah tisu kuat yang fleksibel sifatnya dan ada di seluruh tubuh. Bagaimanapun masalah rawan di lutut kerap diperkatakan kerana kerosakannya bukan setakat menjejaskan pergerakan individu, malah kehidupan seharian. Lebih malang lagi, bagi kes serius, lutut itu perlu diganti.


Secara umumnya ada 2 jenis rawan pada lutut :

* rawan meniskus - penyerap kejutan antara bahagian atas tulang paha (femur) dan tulang besar di bawah kaki (tibia)

* rawan artikular - berwarna putih bersinar yang menutupi hujung kebanyakan tulang. Ia memastikan tulang bergeseran tanpa rasa sakit. Tebalnya hanya beberapa milimeter saja. Rawan artikular berfungsi untuk meminimumkan tekanan apabila individu bergerak. Pada masa sama, ia turut berfungsi sebagai penyerap kejutan.


Tidak Pulih Dengan Cepat
Tidak seperti bahagian lain badan, rawan sebaliknya tidak memiliki bekalandarah (avaskular). Justeru jika berlaku kerosakan rawan, ia tidak boleh pulih dengan cepat seperti mana kulit atau otot yang rosak. Selain sifat yang avaskular, rawan artikular juga tiada bekalan saraf (aneural).

Justeru, pada permulaan kecederaan pada rawan, anda tidak akan berasa sakit. Namun, apabila kecederaan itu semakin teruk atau rawan mula berlubang, ia akan menjejaskan pergerakan sendi. Namun, sendi juga akan mengalami masalah keradangan dan sakit.

Jika kecederaan itu besar, tulang di bawah rawan akan hilang perlindungan dan menyebabkan geseran. Tanpa rawatan, keadaan inilah pada akhirnya akan menjejaskan sendi.

Simptom

Antara simptom kerosakan rawan ialah :

# sakit pada sendi

# sendi bengkak

# lutut terkunci (lock knee) - sendi lutut tidak boleh diluruskan

# lutut juga mungkin berbunyi ketika bergerak terutama jika rawan di belakang kepala lutut yang rosak.\

Punca
Antara yang utama adalah osteoarthritis dan selalunya membabitkan golongan berusia. Sementara golongan muda biasanya mengalami kecederaan rawan kerana pembabitan dalam sukan.

Masalah kecederaan rawan boleh juga berlaku di kalangan kanak-kanakdisebabkan jangkitan kuman pada sendi misalnya septic arthritis. Selain kanak-kanak, septic arthritis juga boleh dialami kalangan pesakit tibi, HIV dandiabetes. Selain itu ia berlaku juga di kalangan pesakit kanser, pesakit gout dan rheumatoid arthritis.

Kecederaan pada rawan selalunya akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian lutut yang terjejas. Biasanya lutut bengkak atau terkunci (lock knee). Namun bukan semua kesakitan pada lutut itu disebabkan masalah rawan.

Tahap Kerosakan

Kerosakan rawan ditandakan pada tahap 1 hingga 4.

* Tahap 1 : Rawan menjadi lembut

* Tahap 2 : Permukaan rawan mula kasar

* Tahap 3 : Berlaku keretakan pada rawan hingga ke tulang

* Tahap 4 : Rawan mula menghakis daripada permukaan sendi

Pada permulaan masalah kecederaan rawan, individu itu tidak begitu merasakan kesakitan. Sebaliknya, apabila rawan semakin rosak, kesakitan mula terasa.

Selalunya, imbasan akan dilakukan bagi menilai keadaan rawan dan tulang di sekeliling lutut. Jika kerosakan itu kecil, laporan imbasan biasanya masih normal. Justeru, imbasan MRI akan digunakan bagi melihat kerosakan pada rawan dan kecederaan lain jika ada pada lutut.

Rawatan

Rawatan tanpa pembedahan umumnya membantu melegakan simptom kerosakan rawan. Ini seperti :

# Fisioterapi - latihan yang menguatkan otot berkaitan atau menyokong sendi boleh membantu mengurangkan tekanan kepada sendi dan mengurangkan rasa sakit

# Ubat-ubatan - seperti ubat steroid anti-radang seperti aspirin atau ibuprofen boleh membantu mengurangkan bengkak dan sakit

# Penggunaan alat-alatan bantuan seperti leg brace

# Perubahan gaya hidup - mengurangkan aktiviti yang membabitkan sendi yang terjejas.

Rawatan dengan pembedahan

Ada beberapa prosedur pembedahan yang boleh anda pilih bagi menangani masalah kecederaan rawan bergantung pada keterukan masalah anda. Antara yang popular adalah microfracture - teknik yang mengalakkan penumbuhan rawan baru. Ia adalah teknik paling umum yang menggunakan prosedur arthroskopik. Kawasan rawan yang terjejas ditebuk membolehkannya berdarah. Walaupun teknik ini mampu menghasilkan rawan baru tetapi ia tidak boleh bertahan lama dan tidak memiliki ketahanan dan kekuatan seperti mana rawan asal.

Satu lagi teknik yang hangat diperkatakan adalah penggunaan sel stem bagi menjana pertumbuhan rawan baru yang menyamai rawan asal. Bagaimanapun, kajian dan penyelidikan mengenainya masih baru justeru penggunaan sel stem dalam memulihkan rawan masih terlalu jauh untuk diperkatakan.




Apr 23, 2011

boyfriends.

Salam.

Boyfriends = Kawan-kawan lelaki

Aku gembira dengan majoriti boyfriends aku sepanjang aku berada dalam alam kampus nih. Nak tahu kenapa? Diorang semua baik-baik belaka. Kalau masa sekolah dulu, pehhh.. Menyampah nye lah aku dengan diorang. Serius tak reti hormat orang perempuan. Kutuk dan nak cari gaduh je kerjanya.

Mungkin sebab time tu semua macam tak mature lagi ye dak? Aku rasa ya coz bila contact dengan beberapa orang member lelaki time sekolah dulu, perangai diorang dah lain. Cakap dan gurau pun sopan-sopan je. Sesungguhnya, masa mendewasakan usia dan pemikiran.

Masa zaman sekolah, aku hanya menghargai girlfriends je. Lelaki? Tak langsung. Yelah. Aku tak kamceng@sekepala dengan diorang. Dalam hati aku ni, benci nya lah kat diorang. Sama je lah masa sekolah rendah dulu. Tapi as time goes by, masuk matriks (still tak berapa ngam dengan budak lelaki tapi setutor ngam) dan masuk alam kampus, ya. Aku hargai pada siapa-siapa yg ada di sisi aku. Tak kira lelaki atau perempuan.

Tapi pe'el perempuan ni, tak payah nak cakap la kan. Even dia buat kita sakit hati ke, tetap mahu kawan. Kawan dengan perempuan, berbeza dengan kawan dengan lelaki. Lelaki buat kita sakit hati, straight to the point boleh mengamuk balik. Dengan perempuan tak. Sebolehnya nak jaga hati dia. Itu istimewanya girlfriends. =)

Member-member laki masa alam kampus ni susah nak cari yg menyakitkan hati perempuan. Mungkin sebab aku kawan dengan yg baik-baik kot. hahaha. Kalau mintak tolong tu, susah nak dengar perkataan 'tidak' daripada mereka. Tak kiralah pelajaran atau bantuan lain. Minta teman pergi makan malam-malam buta pun deme sanggup.

Susah nak cari manusia yg berhati baik bernama kawan. Yg boleh tolong kita masa susah dan senang. Tak kiralah lelaki atau perempuan. Hargailah mereka coz dekat universiti ni, siapa je la yg dapat sokong kita kalau bukan kawan-kawan? Siapa lagi nak tengok-tengokkan kita, nasihatkan kita? Mak ayah jauh nun di rumah.



p/s: entri aku bulan April ni, banyak yg merepek-merepek kan? pffftt!! abaikan. menyampah pulak aku.

4 down, 3 more to fight!

Salam

Adehh.. Lelah rasanya bila berprogram masa exam-exam macam ni. Tapi, tak boleh nak elak coz keseronokan berprogram tu.. Baru-baru ni, aku jadi fasilitator untuk satu kursus bersama pelajar STPM sekitar daerah Marang dan Kuala Terengganu. Penat memang penat, tapi gembira.

Bila kena handle pelajar yg dewasa ni, aku jadi macam tak tahu nak buat apa. Yelah, before ni aku selalu handle budak-budak kecik. Macam budak tadika, pelajar pendidikan khas... Ni first time aku jadi fasi untuk pelajar STPM yg umurnya hanya 2 tahun lebih muda dari aku. Nampak je muda semuanya, tapi muka matured. Serba-salah aku rasa nak gelarkan diri aku 'akak' sepanjang program tu. ngeh~

Apa-apa pun, seronok dapat berkenalan dan timba pengalaman bersama diorang. Aku nak letak gambar kitorang kat sini, tapi maaf.  Aku tak ada gambar. huhu.

Ok. Lupakan dulu tentang perkara tu. Aku masih ada 3 paper yg perlu aku hadapi ni. Biokimia, Hak Asasi Manusia dan Teknologi DNA Rekombinan I. Adehh.. Semunya paper susah-susah gamaknya. Kena baca banyak-banyak. Tak start study pun lagi ni. adehh..

Tak apa. Jangan mengalah. Berusaha selagi masih ada waktu! waaa~ Sangat risaunya nih!!!

Good Luck everyone terutamanya pelajar STPM tu. Aku doakan korang berjaya. InsyaAllah, ada jodoh, kita boleh jumpa di UKM masa hadapan. *itu pun kalau korang pilih sambung degree di UKM la..

ok. adios. mahu pergi study. lalala~

Apr 19, 2011

bangang!!

Salam.

Lagi sejam lebih aku ada exam, paper genetik mikrob. Tak apa. Curi masa sikit untuk sesi luahan perasaan.

Aku marah ni bukan yg sengaja-sengaja atau tergedik nak marah.. Ini isu yg sensitif! Sensitif ke? Sensitif la kot.

Aku bengang betul dengan pengurusan kolej aku ni. Paling bengang pasal isu yg aku nak bangkitkan kat sini.

Technician (lelaki) masuk ke blok perempuan dengan sangat mudahnya!! Bukan nak bagi notice awal-awal. Ini dah masuk, dah nak dekat dengan bilik air, baru nak terjerit

"ada orang nak buat kerja!" suara lelaki. Di ulang-ulang beberapa kali.

Kejadah apa cam gitu?? Kau sedar tak kat bilik air ada ramai perempuan?? Apa pasal bila dah masuk floor, dah depan bilik air tu baru nak terjerit-jerit ada orang lelaki kat situ? Bodoh ke? Susah sangat ke pihak ofis nak buat pengumuman ada pekerja nak buat pembaikpulihan?? Apa guna PA sistem hah??!! Tak pun at least, beritahu ketua aras atau mana-mana student perempuan, tolong maklumkan pada floor sekian, sekian, ada pekerja lelaki nak masuk.

Masalah ni aku selalu timbulkan sebab kat bilik air tak akan pernah kosong dengan orang. Ada yg tengah mandi, basuh kain or apa-apa je. Tempat public untuk orang perempuan. Bab aurat tak payah aku sentuh la kan. Bila pekerja lelaki tu masuk, tanpa kita maklum akan kehadiran dia, korang rasa apa akan jadi??

These situation memang berlaku pada aku. Aku ada kat sinki time tu, tiba-tiba ada dengar suara orang lelaki betul-betul kat koridor tu. Apa lagi, cepat-cepat la aku masuk tandas, kuncikan diri dalam tu. Nak lari ke bilik memang tak sempatlah.

Bengang gilerr!!

Mana ciri-ciri keselamatan?? Mana-mana lelaki boleh buat macam tu. Lelaki jahat masuk, pas tu buat pengumuman kata nak buat kerja, tapi sebenarnya cari anak dara orang. pehh.. Tak tenteram hidup aku macam ni!

Ini bukan sekolah ye? Ini universiti. Jadual masing-masing tak sama macam sekolah. Pekerja lelaki boleh masuk kat asrama time student tengah sekolah. Tapi, kat universiti? 24 jam berpenghuni!

Aku tanya rumet aku, dia tahu tak ada lelaki ada masuk. Dia cakap tak dengar suara pun. See? Nampak tak bahaya nye. Student yg kat dalam bilik tak dengar bunyi apa yg terjadi kat bilik air. huh. Bahaya weh bahaya!

Sekali lagi mende ni jadi, tak teragak-agak aku nak terjah ofis! Tak mahu dengar cakap aku, PMUKM ada!!

Bikin aku panas betul lah!!




Apr 18, 2011

lemah. berserah hanya padaMU

Salam.

ok. Entri kali ni memang bunyinya sangat cengeng dan lemah. Siapa rasa tak boleh nak tahan baca bab-bab emosi, jangan baca.


Serius. Aku rasa sangat lemah hari ni bila memikirkan paper amali biokimia tengah hari esok. Hampir aku nak putus asa. Study dan baca notes, tapi macam satu apa input aku tak tahu. Just dapat hafal beberapa isi yg aku agak tak beberapa nak penting.

Petang tadi telefon abah. Konon nak meluahkan rasa. Tapi aku anak yg pemalu. Just telefon, tanya khabar dan beritahu yg aku ada exam esok. Macam biasa, abah bagi kata-kata semangat untuk aku. Tapi bila start je abah bagi kata-kata semangat tu, aku dah nangis. Serius tak boleh nak bendung tangisan tu. Aku rasa macam hopeless giler!

Tak tahu abah perasan ke tak. Tapi sepanjang tempoh abah bercakap tu, aku hanya cakap "haa." "ye" "emm". Tak mampu nak cakap apa-apa dan takut juga kalau-kalau abah perasan aku nangis. huhu..

Stress la stress!

Lepas letak telefon, aku menangis sorang-sorang dan lama-lama. ok. Aku memang cengeng bila aku tak ada konfiden dengan diri aku sendiri. Lama gak aku nangis. Nasib baik time tu tak ada siapa kat surau dan nasib baik gak member aku dah terlena. Penat sangat kot. (aku lepak surau PTSL sambil tunggu maghrib dengan membe aku). Nangis punya nangis, ingat balik kata-kata abah. Usaha sehabis baik. Itu pentingnya doa. Allah maha mengasihani. DIA dengar setiap rayuan hamba-hambaNYa. Kita je yg nak tak nak berdoa. InsyaAllah, Tuhan pasti akan bantu.

Ya. Aku semakin kuat menangis. Sampai aku rasa kat surau tu boleh dengar esakan dan sedu-sedan aku. Tak tahu belah lelaki dengar ke tidak. Tengah dok sedap cengeng-cengeng, ada 2 orang muslimah masuk. Aku cepat-cepat cover. Sampai aku rasa dah tahap aku tak boleh nak tahan, aku pergi ambil wuduk dan terus duduk baca surah al-Waqiah. Alhamdulillah, ketenangan berjaya dicari. Dan berjaya juga, join solat maghrib berjemaah. 2 kali ganda rasa tenang.

Tapi, bila semula ke ptsl, buka balik nota dan soalan past years, aku start rasa cengeng semula. Tapi aku try kuatkan semangat. Tengok member-member yg lain bersungguh, aku pun terikut. Agi idup agi ngelaban!!

So, cara termudah dan terpantas untuk aku study subjek ni ialah dengan buat soalan past years. Thanks pada mereka yg bantu aku.

Ya Allah.. akan aku usahakan habis-habisan, setelah itu aku berserah padaMU. Moga dipermudahkan semasa menjawab nanti. Kurniakanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada aku dan sahabat-sahabatku. Amiinn..



p/s: kepada cosmate dan lecturemate, aku tahu korang pun tension kan? Tak apalah, marilah berusaha lagi.

Apr 15, 2011

button LIKE

Salam.

ho.ho.ho.



Aku dah berjaya letak button 'LIKE" weh! Jom ramai-ramai LIKE! ngiahahahaha..

Oh ya.

Jangan lupa LIKE mana-mana entri yg before ni yg korang suka ek?

hikhik. Gembiranya aku!! weee~~
*kecoh betul la Haniza ni. heee

p/s: siapa-siapa yg tak ada button ni and nak letak kat blog korang, leh ikut tutorial [sini].

mari baca doa bersama-sama


Salam.


Ok.

Bagi mendapat keberkatan dan mensyukuri nikmatNya.. Aku nak ajak korang baca doa bersama-sama dengan aku. Moga lebih barakah.

Bismillahirrahmanirrahim..


"Segala pujian bagi Allah yang telah memberi makanan dan  minuman kepada kami, dan yangtelah menjadikan kami orang-orang muslim."



Alhamdulillah.. Good good.

Eh jap.

Ada yg belum makan lagi? oh oh. My bad. Aku pula yg sudah kenyang. lalala~~



Apr 13, 2011

mood sway.

Salam.

Serius. mood aku ngah sway gila da ni. Sian dak besa. Terlepas marah kat dia pulak. Atee.. Dah tu tanya soalan yg bukan-bukan.. Runsing aku. Maaf maaf. Lain kali jangan dijolok sarang tebuan. Masing-masing sakit.

Emm.. Apa yg aku nak buat ni ye?

Dengar mp3?http://www.emocutez.com  oh tak kot. tak de mood.

Nak menangis? http://www.emocutez.com Never mind. Aku dah titis kan beberapa air mata time menghadap Dia tadi.

Tidur? http://www.emocutez.com Rasa macam awal sangat la pula. Study tak habis lagi ni.

Siapa nak bergusti dengan aku? http://www.emocutez.com Jangan risau. Aku perempuan lemah je. Takat reti tumbuk dan tendang tu semua orang tahu. Mahu? Jom masing-masing pakai body protector. Minggu exam kena elakkan injury.

oh. http://www.emocutez.com Campak-campak barang! Seronok gak nih. oh. no no no. Semua dalam bilik aku ni barang berharga. *konon. dulu baling handset ke dinding tak kish pun Haniza?


Hempuk-hempuk kepala ke dinding. http://www.emocutez.com eh. tak boleh tak boleh. Dapat amnesia nanti macam mana? Bagus juga. Tak payah nak ingat siapa-siapa. Tapi mak.. abah.. n along n adik-adik? huu.. Saya sayang dan cinta mereka!

oh. http://www.emocutez.com mengapakah semua ini? oh.

Gedik sana. http://www.emocutez.com Gedik sini. *ulang 2,3 kali

weee~~ http://www.emocutez.com wuuu~~


ok. Hodoh sungguh kelakuan semua itu. Baik kau buat bodoh dan ignore! http://www.emocutez.com

http://www.emocutez.com Sapu peluh lekas-lekas.





p/s: da tak ada koroje ke minah?? p study!

Apr 12, 2011

cerita pendek - who is Allah, mommy?

Salam.

Ini cerpen, buat sendirik!

Layan dulu, ok?

gambar hiasan semata.


Mommy..?”

Yes my lovely Sarah.. Kenapa?”

Suara kecil anak perempuanku memberhentikan pembacaanku. Kupandang wajahnya yang comel. Oh. Dia kelip-kelipkan mata seperti suamiku setiap kali menginginkan atau bertanyakan sesuatu. Aku ketawa kecil melihat perlakuan Sarah.

Yesterday.. ustazah taught about Allah.. but I don’t really understand.. Who is Allah, mommy? Ustazah said, Allah is our God.”

“Yes, Allah is our God. Allah the Almighty. Why
Sarah?” aku mengusap-usap lembut rambut Sarah yang sudah pun mengambil tempat di atas buaian bersebelahan denganku. Umurnya baru mencecah 5 tahun tetapi tidak aku nafikan dia anak yang bijak. Mungkin persekitaran di negara orang ini membuatkan pemikiran Sarah lebih matang.

If Allah is our God.. but why I never see Him once? Ustazah also said we can see Allah where ever we are.. but I have never really found Him..” Muncung mulutnya sambil bermain-main dengan jarinya. Tanda dia keliru.

Aku tersenyum lagi demi meredakan kekeliruan Sarah. Majalah Reader Digest yang dibaca tadi, aku letakkan di sisi. Aku tarik Sarah rapat dalam pelukanku. Kini Sarah berada atas ribaanku. Aku mengelus-ngelus lembut wajahnya dan menatap matanya. Bersedia memberikan jawapan.

“Sarah dah try cari?” cuba bermain dengan psikologinya.

“Dah..” masih muncung.

“Sarah cari di mana?”

Everywhere.. playground, Nisa’s house, backyard, school and even in my room!” jari tunjuknya yang kecil menunjuk ke serata arah. Kata-kata Sarah hampir-hampir mengundang tawaku. Namun, aku sembunyikannya.

“Oh.. Itu yang Sarah balik lambat semalam? Sampaikan naik risau Mommy dengan ayah. Nasib baik Sarah pergi dengan aunty Rina.” Sengaja aku bertanya walaupun aku sudah tahu ke mana Sarah pergi. Puan Katrina iaitu ibu Nisa rakan sekelasnya yang menceritakan pada aku.

“Sarah really sorry..” mimik mukanya berubah mendung. Nak menangis la tu. Tanganku disalam dan di kucupnya seperti selalu setiap kali bila memohon maaf. Suamiku yang mendidiknya begitu.

Apology is accepted. But please, do tell mommy and ayah if you want to go anywhere ok?” aku kucup dahinya. Mukanya yang mendung tadi beransur-ansur tenang.

So, did you found Allah during your searching?”

“No
.” jawapan yang begitu yakin diberikan oleh Sarah. Kepalanya digeleng-gelengkan.

No? Are you sure?” masih cuba bermain dengan psikologinya.

No mommy. That’s why I’m asking you.” kata Sarah tidak sabar.

ok. Before mommy giving you the answer, mommy would like to ask you a few questions. Can I?” Matanya yang terkelip-kelip tadi menjadi bulat. Sarah memang suka dengan soal-jawab ni.

“Boleh mommy, boleh!” jawabnya semangat. Senyuman comel menghiasi wajahnya.

“Sarah tengok langit. Isn’t it beautiful? Who do you think created the skies?” kami sama-sama mendongak ke langit.

Kemudian aku pandang wajah Sarah. Kelihatan kerutan di dahinya walaupun tidak ketara sangat. Lama dia terdiam. Matanya melilau-lilau sekitar langit.

“A..Allah..?” jawapan yang kurang yakin ku kira. Namun, sebutan Allah jua yang disebutnya. Sarah mengalih pandangan ke arahku meminta kepastian.

Yes dear. Allah the almighty. Look at your self. Pretty little girl with pretty little eyes. And look at mommy too. A lady.”

“Mommy also pretty.
” Puji Sarah ikhlas.

Thanks dear. Ok. Now, who created both us? Including ayah, your friends, teachers and others?” dahinya semakin berkerut. Aku tersenyum melihat gelagat Sarah.

Aku menunggu Sarah memberi jawapan. Kelihatannya, Sarah terusan berfikir. Aku membetulkan rambutnya yang ditiup angin.

“mmm.. ustazah said, Allah is the creator.” Jawapan bulat-bulat ditirunya.

What about you? What do you say?”

“Allah the almighty
” Suara kecil yang memberi jawapan, membuatkan aku tersenyum lagi.

“Pandainya anak mommy ni.” Sarah senyum menunjukkan giginya yang putih dan tersusun

That is why Allah is our God. Nobody knows how to create a sky even human. Look at us. Very unique and we’re different from each other. Because His only one who knows.” Kelihatan mulutnya membulat dan kepala terangguk-angguk. Lagak seperti orang dewasa.

So what should we say when we praise Him?

“SubhanAllah!” jawab Sarah semangat.

Alhamdulillah, Sarah memahami.

But mommy.. Why I have never seen Allah?” dahinya kembali berkerut. Begitu banyak persoalan yang bermain di fikiran Sarah. Psikologi anak-anak sebaya Sarah harus ditangani dengan bijak.

ok, dear. What is mommy doing right now?” aku tarik nafas dan hembus. Aku ulang beberapa kali. Sarah mengamati perbuatanku dengan mata bulatnya.

Mommy is doing.. breathing in and breathing out!” katanya teruja.

Clever little girl. But what was actually mommy breathed?” ku kucup kedua-dua belah pipinya, hadiah kerana memberi jawapan yang betul. Sarah ketawa senang hati dapat menjawab soalanku.

Mommy was breathing the air.. right mommy?” aksi yang aku lakukan tadi diulang semula oleh Sarah. Mungkin cuba memastikan jawapan yang diberi.

Yes dear. Air.” Aku senyum. Sarah tepuk-tepuk tangan meraikan jawapan yang dia beri.

Then, can you see air?” aku membetulkan kedudukan Sarah di ribaan.

No mommy. I cannot see it!” perbuatan itu diulang semula sambil tangan kecil Sarah cuba menangkap udara yang keluar daripada hembusan nafasnya.

of course dear.. Air is invisible. Same thing happen when we compare with the existence of Allah. We can’t see him but He really exists. We can feel it and we believe it.

Allah doesn’t eat and sleep. Right mommy?” Tanya Sarah lagi.

Indeed. Allah is the greatest. There is none like unto Him. He is the one who gives us rezeki. That is why it is so important for us to solah and berdoa. Sign of our gratitude for all the blessings that Allah gave.” Terangku satu-persatu. Cuba memberi pemahaman dan gambaran yang mudah pada Sarah. Mudah-mudahan, seiring dengan usianya yang meningkat, Sarah akan lebih memahami dan mengenali Allah. Moga Sarah menjadi anak yang solehah.

Thank you mommy!” pipiku menjadi sasaran ciumannya.

“Assalamualaikum.. Khusyuknya anak-beranak ni bergosip. Ayah dah sampai pun, tiada siapa peduli.”

“Waalaikumussalammm!” jawab kami serentak. Aku bangun dari buaian dan memimpin Sarah menuju ke suamiku. Huluran salam disambut, dan ku cium tangannya. Terasa sejuk di dahi menerima kucupan suami. Perbuatan yang sama dilakukan pada Sarah. Briefcase bertukar tangan.

“Tak sejuk ke duduk luar dear?” Tanya suamiku pada Sarah. Walapun baru masuk musim luruh, namun suhu masih lagi sejuk. Itu bezanya dengan cuaca di Malaysia. Panas di UK sama sejuknya dengan suhu semasa cuaca redup di Malaysia.

“Tak sejuk lah ayah. Mommy ada peluk Sarah kuat-kuat.” Sarah lebih senang berbahasa Melayu dengan suamiku berbanding aku yang selalu speaking dengan dia.

Hidangan petang harus dihidang. Aku bergerak masuk ke dalam rumah dahulu meninggalkan mereka bergelak ketawa bersama. Sayup-sayup terdengar suara kecil Sarah yang bertanya itu ini pada suamiku.







p/s: Jangan tuduh aku jiwang. Aku just suka menulis dan membaca novel. So, ada la ini yang terpengaruh sikit.

ok. Ini cerpen yg aku sengaja-sengaja buat. Tak pandai buat cerpen skema pun. Tapi sengaja nak cuba. Dapat idea sebelum nak tidur semalam. Maaf kalau banyak giler ayat yg tunggang-langgang dan grammar yg hancus.  *tapi still lagi gedik dan terhegeh-hegeh nak buat ayat dalam english. erghh.. Maaf juga kalau ada typo.

Dari pagi sampai la la ni aku dok perah otak nak susun ayat cantik-cantik, sekali cari input untuk aku karang. Psikologi anak-anak la, cara mengajar anak tentang Allah lah.. Fuhh!! Mencabar beb. Ini baru rekaan, belum lagi realiti. adehh..

Nak buat panjang lagi sebenarnya.. Tapi penat lah! huhu

oh ya. Pasal fakta musim luruh tu, aku reka je. muahaha. Malas nak google. Kome faham-faham sendiri je la ye?

Just enjoy ok. Feel free to drop a comment. Comments pun boleh juga. Komen yg membina sangat digalakkan.


Terima kasih!

usaha + doa + tawakal

Salam.

Esok first paper final sem 2 aku. Pengenalan Mikrokomputer dan Teknologi Maklumat. 50 marks aku dah skor time lab. Lagi 50 marks aku kena skor dalam paper esok. Doakan aku kawan-kawan. Ni paper harapan untuk aku cantikkan pointer. Ada paper lain gak, tapi antara semua, ini yg senang nak skor sikit coz dah separuh marks aku berjaya skor. huhu..

Dah study. Alhamdulillah walaupun ada je beberapa input yg aku tak dapat nak hafal. =(

Tak apalah. Moga aku dipermudahkan esok dan menjawab tanpa rasa was-was. Yakinkanlah aku ya Allah!



'Fa iza 'azamta fatawakkal 'ala allah.. Innallaha yuhibbul mutawakkilin'

Dan jika kamu sudah berazam (berusaha) makan bertawakkal lah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat menyukai org2 yg bertawakal..



Ya.. Usaha aku dah lakukan ya Allah.. Hingga saat ini dan insyaAllah sedikit masa sebelum masuk ke dewan esok. Doa juga sentiasa aku panjatkan. Kala ini.. segalanya berserah padaMU.. bantulah hambaMu ini ya Rahman..

Doa + Usaha +  Tawakal = InsyaAllah cemerlang.


Be positif Haniza!


Chaiyok untuk semua cosmate aku yg amik paper ni! Moga kecemerlangan milik kita. Amin.


kalau aku dapat A untuk paper ni dan beberapa paper yg lain
aku nak lompat macam mamat ni leh tak??




p/s: banyak je aku update entri satu hari ni kan? haaa. ni CUAK nama nya! erghhh

Apr 11, 2011

runsing dan risau.

Salam.

Aku tahu ramai yg macam bersedia je untuk final exam ni kan? http://www.emocutez.com Good good. Moga kita semua dipermudahkan semasa menjawab dan dijauhkan dari segala kekeliruan dan kesesatan. Amin..

Tapi.. Aku rasa runsing dan risau. Aku try study... Tapi, macam tak study. Ada sesetengah input terus ke kotak ingatan. Tapi ada sesetengah input memang tak masuk langsung. Takat lalu je. http://www.emocutez.com

Ada pulak yg aku baca dan faham sikit. Tapi bila bangun tidur je. Macam lupa dah segalanya.

Ya Allah.. risau nya hambaMu ini.. Macam mana aku nak hadapi peperiksaan akhir sem 2 ni?? Macam nak skor sekali gus dapat perbaiki pointer? http://www.emocutez.com

ya.. Banyak kesilapan ni.. Bismillah disebut sebelum study. Tapi tak ada penutup.. Salah satu sebabnya itu. Mungkin juga jadual study aku yg banyak bercampur-campur dengan perkara lagho. Suka menangguh-nangguh study.. http://www.emocutez.com

Ya Allah.. Bantulah hambaMU ini...

Haniza, berusaha! Come on..http://www.emocutez.com

Apr 10, 2011

study week yg banyak godaan.

Salam.

Study week aku this semester memang sangat tough dengan godaan-godaan. Susah beno la nak aku nak tepis. Thanks to them yg suka seduce aku tu ye? haish.

Tak apa. Aku tak kisah pun. Benda free, siapa je yg tolak?? Thanks to geng zoologist, specially cik Eli yg belanja tengok movie Hop waktu malam-malam buta. Thanks juga pada cik Yinda yg support popcorn utk movie tu. hahaha. Haa.. Cik Dayu juga yg belanja karok time midnidgt pas kenyang makan McD.

Then, sangat berterima kasih pada geng otai silat ukm, kak Nani, kak Azie dan abg Kapit yg mengajak saya pergi jalan ke Alamanda. Rindunya lah dengan korang. Thanks a lot to kak Nani dan kak Azie yg support tengok movie Source Code and belanja makan KFC. wuu! Abg Kapit pula, belanja popcorn combo. hikhik.

Pasal movies yg aku tengok, jom kita review!

Movie pertama:

HOP
pelakon hensem! muahaha

Movie ni sangat kelakar dan best. Cerita pasal bunny yg comel dan dia dari family bunny yg wajib deliver easter egg ke seluruh dunia time Easter Day. Kira cam santa claus gak la. Tapi dia tak mahu jadi cam ayah dia. Dia nak jadi pemain drum terkenal. nak dijadikan cerita, jumpa la dia dengan sorang mamat ni. So, plot cerita dah mula 'panas' start dari situ. Nak tahu lebih lanjut, silalah pergi ke pawagam yg berhampiran. hakhak.






Movie kedua:

Source Code


Overall, movie ni sangat best dan menarik. Even aku rasa cerita ni paling tak banyak kos pembikinan nye coz scene cerita nya kat tempat sama je. 3,4 tempat yg sama. Apa-apa pun, aku bagi 4 stars dari 5. Cerita nya memang best dan menuntut kita sama-sama fikir n gelabah. Aku tak mahu cerita pasal sipnosis. Korang pergi tengok sendiri kt pawagam. Aku bet, cerita ni memang best jugak bagi korang. Eager sangat nak tahu sipnosis, g je tengok trailer kt youtube. Tapi, but still korang kurang faham. Kena pergi tengok juga. lalala~


Jake Gyllenhaal aku. wee~


 hehehe..

Apr 8, 2011

gedik.

Salam.

Kalau aku cakap yg aku ni gedik, korang caya tak? oh oh.

Serius. Aku bukan seorang yg gedik. ok. Aku potong ayat gedik tu. Means? Aku memang gedik. Aku bukan gedik jenis lentok sana lentik sini. Tapi aku gedik dengan orang yg aku sayang. Lentok lentik? err.. Manja gedik la kot. http://www.emocutez.com

So, please. Do not misunderstanding. Kalau nampak aku cam manja-manja dan gedik-gedik tu, means orang  tu adalah orang yg aku senang untuk berperangai gedik dan aku senang berkawan dengan orang tu. Nak tanya Mek Ty, aku gedik kan bila dengan ko? Aku sayang kau weh. hahahaha. ok. Ini pengakuan jarang-jarang yg aku buat.

Sorry weh. Aku melalut sebenarnya.Tapi bab gedik je la. Tekanan exam la katakan.. pfft!! http://www.emocutez.com


Lalala~!

something wrong.

Salam.

Curi masa korang sedikit.

Banyak dah study? Mesti ada yg dah study banyak dan ada juga baru nak study. Tak apa. Tak apa. Dimana ada usaha, disitu ada kejayaan. Ye dak?

Yg jadi isu kat sini... I mean, isu yg terjadi pada diri aku la. Orang lain aku tarak tahu. Rasa macam dah study.. Bukan maksud aku banyak dah study. haishh! Hebat betul la cik Hana_Aniz ni banyak dah study. Tak ada maknyanya! ok ok. Balik semula pada isu tadi. Aku dah study untuk beberapa topik subjek ni. Tapi masalah nya... Bila aku try buat soalan past year.. warghhhhhh. Blur terus!!! http://www.emocutez.com

Geramnya!! Bila fikir-fikir balik, rasa macam tak payah study pun tak apa! Sama je boleh jawab ke tidak. huh!
Tengok kawan-kawan yg lain, berkobar-kobar je study. Aku?? Terkial-kial sendiri. erghhh.

mmm..

Apa-apa pun, bak kata cik Ya (coursemate)..

"jangan mengalah sebelum berjuang"

Bak kata cik Mimi@Dayu juga..

"kau study je, sikit pun tak apa. Asalkan sekurang-kurangnya ada input yg masuk. Lama-lama banyaklah. Tak apa. Slow slow."


Yes. Thanks to them dan beberapa yg lain, aku sedang berusaha untuk study walaupun sifat malas itu lebih banyak menguasai diri. InsyaAllah.. Mudah-mudahan, rajinkan lah aku nanti. http://www.emocutez.com

Aku tahu, bila bab nak cemerlang dalam pelajaran ni, semua fikirkan harapan mak abah. Tu yg jadi titik tolak dalam proses pembelajaran kita. Betul tak? Aku pun macam tu. huhu. Abah dah kecewa sangat dengan prestasi aku sekarang. Mana tak nya. Dia dah start suruh aku stop aktif sukan dan fokus pada pelajaran. Kalau dulu, abah lah tulang belakang bila aku aktif bersukan. Abah yg sentiasa bagi support sepenuhnya untuk cemerlang dalam sukan. That's why abah tak pernah komplen dulu coz sukan n pelajaran aku boleh manage dengan baik. Tapi, sekarang?? Ayat 

"stoplah sukan tu, guna masa sepenuhnya untuk pelajaran pulak"

sentiasalah disebut-sebutnya. Kecewa sungguh aku.. oh man! Sukan dan Haniza memang tak boleh dipisahkan. wuu~

Rasa macam salah pula pilihan aku ambil jurusan sains ni. Patut pergi ambil jurusan sains sukan. haa.. Tak ada lagi nak komplen-komplen. Ruginya lah tak dengar cakap cikgu Aisyah dulu. hukhuk. Tapi semua dah ditetapkan. Aku terima dengan lapangnya. Ini pilihan aku sendiri. So, nak tak nak.. Berusaha!

Ikut pesan abah,

"dalam sehari, wajib mengaji. biar pun satu helai muka surat je."

Belajar boleh, berfesbuk berjam-jam leh.. Takkan mengaji yg sekejap tu tak boleh? haaa..

erkk. Ok abah. Anis start dari mula ye??

What ever it is.. Ikhlas dan bersungguh lah dalam menuntut ilmu. Ikhlas yg kita belajar bukan setakat jawab exam cemerlang, fulfill harapan mak abah, dapat kerja baik-baik dan duit berkepuk-kepuk masuk poket.. Tapi ikhlas kita belajar untuk bekalan dunia dan akhirat.

Bersungguh pulak, itu yg menentukan ketetapan hati kita. Once dah berjaya jejak kaki ke menara gading ni, bersungguh lah. Kita antara yg bertuah. Masih ada ramai lagi yg bersungguh nak belajar. So, jangan malas-malas. Malas sikit tak apa. Jangan malas langsung. hikhik

haaa..Selamat beramal cik Haniza! Gigih lah pas ni..


Perbetulkan niat, usaha, doa dan tawakal. InsyaAllah.. Good luck Haniza! eh. Kawan-kawan jugaa. http://www.emocutez.com






Apr 5, 2011

rindu. sedih.

Salam.

Ya. Saat ini aku berasa rindu dan sedih. Tolak mood untuk final next week. pfftt!!! Tak ada kaitan ok?

Setuju tak kalau aku kata siapa yg ada bela pets di rumah adalah manusia yg berjiwa penyayang?? Memang setuju lah kan? Even pakar psikologi pun cakap macam tu. Prof. Dr. Fazilah Kamsah pun sokong kenyataan aku ni. Nak bet?

ok.

Fokus pets di sini ialah kucing. meoww

Aku bukan nak komen kucing aku lawa dari kau orang ke, kucing aku lagi mahal ke, kucing aku dari baka-baka yg terbaik ke tapi aku nak bercakap mengenai kegembiraan bila menjemput 'keluarga baru' dan kesedihan bila pemergiaan 'keluarga lama'. Untuk makluman, kucing-kucing yg ada kat rumah aku tu semua nya kucing yg terbiar dan dijaga dengan penuh rasa sayang dan ihsan oleh keluarga aku terutamanya mak.

Bila jauh dari rumah ni, macam-macam perkembangan kat rumah aku tak tahu. huhu.. Dah beranak ke kucing-kucing tu? Berapa ekor anak dia? hukhuk.

Paling gembira bila balik rumah, tengok-tengok ada kittens! Ya Allah... Memang sangat comel. Hari-hari mahu cium n pegang diorang. Siap fikir-fikir dah nak bagi nama apa. Kat rumah aku tu banyak kucing warna putih. Asal beranak je warna putih. Kalau ada kaler lain pun, tak banyak. Setompok or sejalur je. Kalau lahir kaler lain, memang bertuah ler. Tapi asal ada kitten yg kaler hitam jer, mesti tak hidup lama. Kecik-kecik dah mati. Sedih. Tak tahu nape. Kata mak aku, kaler hitam tak 'rasi' dengan kita.

Nama komersial yg selalu bagi kat kucing tu pun, 'putih', 'putih cik' 'gebu' 'comel' 'belang' 'comot' 'kenit'. Haaa. Nama artis kan? Kah kah. Tak ada maknanya nak bagi nama "beyonce' ke 'john' ke.. 'Apple' ke. heee. Tak minat aku. Pernah satu generasi kucing kat rumah aku dulu dapat nama 'lily' 'ron' dan lain-lain yg nampak artis sikit. Tapi sayang tinggal sayang..

Sedih mula menyelubungi diri..

Antara semua kucing kat rumah aku tu, ada seekor kucing yg paling tua. Dari segi umur dan tempoh masa dia berada kat rumah aku. Namanya Putih dan ianya betina. Keseluruhan kaler putih tapi ada tompok oren n hitam sikit. Mata kaler hijau. Serius cakap, Putih sangat cun coz jantan selalu bertenggek kat depan rumah aku semata-mata nak mengorat Putih ni. Kalau korang tengok Putih ni pun, korang akan cakap Putih comel dan cantik. Manja pulak tu. Tapi Putih sangat garang. Anjing pun takut nak lalu depan rumah aku coz putih ni mesti kejar anjing tu. Haa.. Berani tak berani? Tengok tuan yg jaga lah. Lalala~ So, mana-mana jantan yg bertuah je dapat bermesra dengan Putih. haih. Demand. Hasil pemerhatian aku, ada seekor jantan ni je yg selalu melekat kat Putih even dah banyak kali kena gusti dengan Putih. Jantan tu pun kaler putih gak. Bezanya, dia ada 2 kaler mata yg berbeza. Sebelah oren, sebelah biru. So, anak-anak yg terlahir, semua nya putih bersih lagi suci dan unik nya, kaler mata mereka. Banyak kali dapat kitty yg ada 2 kaler mata berbeza.

Putih ni paling manja dengan mak aku. Asal mak panggil je, mesti dia menyahut. Kalau aku adik-beradik panggil, pehh. Buat donno je kot! Hee.. Melainkan kalau panggil untuk bagi makan. Haa.. Baru terhegeh-hegeh dia datang. Antara keistimewaan Putih lagi:

  1. Mesti dia akan sambut kepulangan kami sekeluarga kalau kami baru pulang dari keluar ke mana-mana. Putih yg pertama sekali akan tunggu depan pagar rumah, n masuk rumah bila mak masuk rumah.
  2. Sangat manja dan sangat suka dibelai-belai
  3. Sangat penyayang coz kalau ada anak kucing lain yg nak menumpang nyusu, dia bagi je. Siap jilat-jilat badan lagi tu.
  4. Suka bagi feedback bila orang bersembang dengan dia. Seolah-olah dia faham dengan apa yg kita kata.
  5. Pandai menyahut kalau orang panggil dia.
  6. Pandai marah balik bila orang marah kat dia.  
  7. Tahu hormat orang. Bila ada tetamu datang rumah, dia takkan masuk rumah. Berlegar-legar kat luar kecuali mak panggil masuk.
  8. Takkan menghilangkan diri lama-lama coz biasanya lepas 3 hari keluar rumah, mesti Putih akan balik.
  9. Anak-anak yg dilahirkan mesti unik dan sangat-sangat comel.
  10. Sebab Putih dan anak-anak nya yg comel, abah mula start sayang@suka kat kucing. (*dulu bukan tak suka, tapi entah. biasa-biasa je.)
Putih sangat sinonim dengan mak. Putih tak pernah terasa hati even ada kucing yg comel dan baru datang rumah coz Putih tahu mak sangat manjakan dia.

Tapi... Andai kata korang nak jumpa Putih lepas ni, aku minta maaf.. Putih dah tak ada.. 

Aku sangat tak boleh terima kenyataan kalau mana-mana kucing aku mati depan mata aku. Sangat. sangat. tak boleh terima... Aku rasa sangat depressed dan sedih. Aku lebih rela kalau diorang menghilangkan diri tiba-tiba daripada mati kat depan aku.

Dan apa yg Putih buat, ialah menghilangkan diri tanpa khabar berita. Yg tinggal hanyalah anak-anaknya yg masih menyusu.

Sangat sedih..

Aku dapat tahu pun masa aku balik rumah baru-baru ni. Mak cerita kat aku Putih dah beberapa hari hilangkan diri. Abah pun cerita, adik-adik yg lain pun cerita. Mak macam risau sangat putih hilang. Mula-mula aku ingat mak aku emo bila Putih hilang. Tapi bila mak cerita yg mak dah suruh adik-adik pusing kawasan perumahan kot-kot terjumpa Putih nanti. Cari kat celah-celah semak n longkang kot-kot Putih menyorok situ. Try jugak cari bangkai nya andai kalau Putih dah mati. But still tak jumpa. Aku mula percaya.

Tiba-tiba aku teringat apa yg pernah aku cakap kat Putih dulu. 

"Putih kalau sakit dan andai kata ajal Putih nak sampai, Putih pergi jauh-jauh ye? Nanti kitorang sedih n nangis. Mak lagi sedih. Putih kena tahu, Putih lah kesayangan kitorang".

Serius. Aku mengalir air mata masa aku cakap kat Putih cam tu sambil tangan aku dok belai-belai dia. Macam biasa, Putih bagi feedback. Dia pandang aku lama then pandang tempat lain. Senyap je dia. Tak ada cakap meoww pun macam selalu. Aku tunduk n cium kepala dia. Aku emo time tu coz aku tengok Putih cam dah uzur sangat. Sebelah mata dia cam dah kabur coz dia sakit mata. Dia pun selalu je sakit-sakit. Aku tahu dia tak dapat tahan lama.. 

Saat ni aku rasa sangat bersalah..

Tapi aku tahu tindakan aku betul. Kalau dia mati depan aku, depan mak n family yg lain, mesti akan jadi memori yg pahit sekali.. Takkan sekali pernah dilupakan..

Ada orang cakap, 

"kucing yg paling kita sayang ni, akan pergi jauh-jauh kalau dia rasa ajal dia dah sampai. Dia tak mati depan tuan yg dia sayang."

Dan tindakan yg Putih buat, betul-betul menyayat hati..

Saat ini aku berasa terlalu rindu dengan Putih dan sangat sedih bila fikirkan yg Putih dah mati..






p/s: kalau bab-bab haiwan ni, memang aku emo. n sori.. dlm lappy aku tak de gambar Putih. so, tak leh nak tunjuk kat korang.

Popular Posts

Yang menarik