UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Jun 29, 2011

ALLAH pelihara mereka. Allah panjangkan umur mereka. Syukran ya Illahi!

Salam.

Sangat-sangat bersyukur ke hadrat Illahi..

Ahad lepas, family aku kemalangan masa on the way turun ke ipoh dari cameron highlands. Waktu adik aku call, aku kat danau tengah bersiap-siap nak balik. Adik aku call dalam keadaan nangis-nangis.

Aku yg elok tak nangis, terus sebak. Bila dia cerita mereka semua ada accident, ya Allah.. Aku rasa macam jantung aku berhenti sekejap. Macam-macam perkara tak elok tiba-tiba terlintas kat fikiran ni.

Adik aku Mira cerita serba sedikit apa terjadi. Kereta yg abah aku pandu terbabas. Nasib baik tak terbalik dan terjatuh ke longkang@gaung besar. Kereta terlanggar divider batu. Kemek bahagian pintu belakang. Adik aku Sakinah yg duduk bahagian situ, alhamdulillah tiada kecederaan parah. Tapi bengkak bahagian rusuk dia. Pucat muka dan tak larat nak bergerak Mira beritahu.

Waktu turun dari Cameron tu, hujan renyai-renyai. So, jalan pun licin. Dapat pulak pandu laju dalam keadaan turun bukit tu. Abah aku rasa dah lain macam masa lalu selekoh. Sampai satu masa, abah hilang kawalan dan brek mengejut.

"Allahuakbar!!" abah jerit.

Adik-adik aku yg tertidur dekat belakang, terjaga. Semua menjerit. Masa brek mengejut tu, Kereta terlanggar divider batu dan langgar kon plastik tu. Hancur habis kon tu. Nasib baik ada kon tu. Dia perlahan kelajuan kereta. Masa dah langgar, abah belok stereng kereta. Berpusing-pusing kereta adik aku cerita. Tayar depan habis patah dua.

Dah dapat berhenti kereta,

"Anak-anak mak semua ok?? Abah?? Ya Allah...!" mak aku menjerit kerisauan. Along, dan adik-adik macam terpinga-pinga.

Abah cepat-cepat suruh semua keluar dari kereta pergi lari kat seberang jalan yg macam hutan tu. Takut ada kereta lain dari belakang pandu laju. Kelam-kabut semua lari keluar.

Alhamdulillah. Masa kemalangan tu, tak ada kereta lain kat jalan tu. Hanya mereka. Kalau ada kereta lain, mahunya ada kemalangan jiwa. Pertembungan dua kereta. Nauzubulillah!

Aku dengar adik aku cerita ni pun dah rasa ngeri.

Ada sebuah kereta yg dipandu orang India berhenti tepi jalan. Baik lelaki tu tolong dan tumpangkan mak aku, Sakinah dan adik aku yg bongsu.

Elok je mak aku pergi, ada empat biji motorsikal berkonvoi. Waktu tu tak sempat nak buat apa-apa, semua motor tu pun accident sekali. Along, Mira dengan Athirah dah menjerit-jerit takut tengok orang tu melayang dari motor dia *motor yg pertama (ketua kot). Motor ke-2, ke-3 dan ke-4 jatuh berlanggar sama sendiri. Nasib baik tak ada yg cedera parah. Luka berdarah-darah. Empat orang yg tunggang motor dah berguling-guling ke seberang jugak tinggalkan motor bergolek-golek tengah. huuu~

Lelaki yg tunggang motor tu kata, jalan berminyak. Ni mesti accident yg sebelum-sebelum ni. Minyak tumpah atas jalan raya. Dah lah licin sebab hujan, bertambah licin dengan kesan minyak.

Done with the story. Itu yg adik aku cerita. Ada lagi yg lain, tapi tak apalah.

Alhamdulillah semua selamat. Nasib baik kereta proton saga tu kereta lama. Besi nya keras. Dari segi keselamatan memang sangat bagus. Apa-apa pun, bersyukur pada Allah yg masih memberi peluang pada orang-orang yg aku sayang bernafas di bumiNya.

Masa balik rumah hari tu, rasa tercarik-carik hati aku tengok keadaan mereka. Masing-masing rasa sengal-sengal badan. Abah jalan terhencut-hencut, dada dia sakit terhentak kat stereng. Bahu mak sakit, tangan tak boleh nak angkat sangat. Kesian kat mak dan abah. Kesian juga kat adik-beradik aku yg lain..

Tak boleh nak bayang kalau perkara yg lebih buruk terjadi!!



Ni antara gambar keadaan kereta yg sempat kakak aku snap


tayar yg dah terpatah


divider batu kuning tu


tu ayah aku. kon oren yg habis hancur.

Jun 27, 2011

tak ada mood.

Salam.

Aku nak update entri. Tapi aku tak de mood nak tulis panjang-panjang.

So, tak apalah. Bila aku ada mood nanti, aku cerita pasal family aku accident k?

wuu~

Jun 25, 2011

sampai bila-bila pun tak akan maju silat melayu di mata dunia.

Salam.

Marah.
Geram.
Benci.
Apa lagi? Macam-macam lah.

Siapa banyak pergi tournament silat yg wasit juri nya PESAKA, mesti tahu rasa macam mana yg aku rasa sekarang.

Sampai bila-bila silat melayu tak gah di mata dunia. Bila cakap pasal silat, negara Indonesia yg orang teringat dulu. Bukan Malaysia. Sekarang ni pun, banyak western country tak kurang hebat juga silat nya. Boleh tengok masa World Champ kat Jakarta baru-baru ni.

Kesian kat ramai atlet silat yg berusaha training dan bermain sungguh-sungguh, Tapi, alih-alih kemenangan berpihak pada orang lain disebabkan setting dan bias yg dibuat oleh pihak juri. Sedih dan sakit hati. Sangat-sangat kesian. Itu sebab bila atlet silat Malaysia pergi bermain untuk tournament luar, susah nak menang coz atlet yg tak berkualiti yg dihantar.

Hancur. Hancur persilatan melayu  macam ni. Kecewanyaa..

Jun 24, 2011

emotional.

Salam

Being emotional is a strongest part of me.

eh? Betul ke ayat english tu? Macam tak betul je.. emmm. Korang paham kan? Good. Good.

Selesai dah game masum aku. Regu puteri. Alhamdulillah. Cuba dah main yg baik. Tapi masih belum terbaik.

Kami dapat gangsa je. Akur dengan kekalahan pada kemenangan team upsi dan uitm.

Masa dengar markah tadi, dada aku dup dap dup dap. Aku da memang agak dah keputusan nya akan jadi macam tu. Tapi masih tak boleh nak terima dengan baik bila diumumkan keputusan.

Emo sangat sangat sangat lah aku time tu. Pehhh. Menyirap pun ada. Rasa nak marah je. Tapi, aku tak tahu nak marah kat siapa. Surely, bukan dekat team aku la. Kami dah lakukan apa yg termampu dan aku berbangga dengan mereka. Thanks a lot Tiqah dan Nadrah!!

Aku marah pada markah yg diberi juri. haaa. Sangat marah!! Aku malas nak ulas yg tu. Cuba untuk lupakan coz lagi di ingat dan di fikir, aku akan lagi sakit hati. So, I just have to let go je la. emm. *haniza dah kalah, banyak beno alasan dia. heee

Let go. Bersyukurlah. Kena usaha sangat banyak-banyak lepas ni. Tak mahu dah pingat perak or gangsa. Mesti mahu emas!! *erkk. sempat lagi ke??

Sempat. Sempat untuk team-mates yg akan berjuang esok. InsyaAllah. Semoga kemenangan milik korang. Semangat dan doa aku sentiasa ada untuk korang! Best of luck!


Tiqah, Nadrah dan aku.
Comel tak kitorang? hehehe


p/s: sebab dah kena tegur dengan tuan punya gambar, thanks to Fitriah yg tolong snap pic ni. nice!! ;)

Jun 18, 2011

I was jealous.

Salam.

Jealous ke?

Ya. 

Aku sangat jealous sampai aku rasa tak boleh nak pandang.

Sakit hati je tengok.

Alih-alih, pandang diri sendiri..

Sedar.

Aku memang tak layak.

Mungkin memang tak akan layak??

http://www.emocutez.com

haih.











Jun 16, 2011

harapan padaMu subur kembali.

Salam.

Ramai team-mates aku malam ni yg down. Game nak dekat. Bahang ke'tension'an makin kuat melanda. Aku pun salah seorang yg rasa macam tu.

Elok pulak time ni aku dengan lagu nasyid 'harapan padaMu subur kembali'. Tak tahu originally dinyanyikan oleh siapa coz ramai artis nasyid nyanyi lagu ni. Antaranya Saujana dan Nazrey Johari Raihan. Tapi aku lagi suka Nazrey Johari yg nyanyi. Aluanan nya lagi buat aku rasa sedih sangat.

Mentik air mata aku dengar lagu ni. Lagi-lagi hayati bait-bait lirik lagunya. Ya Allah..

Saja nak bagi korang hayati juga even aku tahu ramai yg sudah pernah dengar lagu ni.

Before nak play video clip ni, pergi pause muzik yg terpasang dalam blog aku ni. Scroll sampai bawah ok??

Jun 14, 2011

please Haniza. be strong!

Salam.

Game silat masum tinggal beberapa hari je lagi. 21hb Jun dah start. Tak pasti seni yg bermain dulu or olahraga. adehh.. Tapi, biasanya silat seni dulu.

Penat.
Sakit.
Lenguh.
Sengal-sengal badan.

Bila nak dekat game ni, budak-budak silat seni la paling stress. Mana taknya, semua all out nak touch-up jurus dan set masa. Budak-budak silat olahraga, coach da tak buat hard sangat dah. Selalu cepat je training diorang habis. Penat sama penat. Tapi kalau bab training, aku rasa seni lagi penat. Entahlah.

pehhh.

Kalau tak kuat ni, memang aku balik rumah dah. Kalau tak fikirkan team-mates yg lain, memang aku malas nak pergi training.

But still, harapan untuk menang tu menaikkan semangat aku. Biarlah penat dan sakit waktu ni kalau keputusannya cemerlang. Betul tak?

haih. Kenapa semangat kesukanan aku yg tinggi ni tak sama dengan semangat belajar aku?

adehh..

Please Haniza. Be strong. Budak-budak silat seni, terutamanya team jurus wajib puteri, please be strong. Budak-budak silat olahraga juga. Berusahalah selagi masih ada peluang ni.

InsyaAllah.

huhuhu.

Come on Haniza!!




p/s: bajet nak tulis dua perkatan je untuk entri ni - 'be strong'. Alih-alih.. haaa.. hambik ko! Panjang terus aku taip.

suka duka kehidupan mereka.

Salam.


Hari ini aku tambah lagi koleksi-koleksi cerita suka duka kehidupan orang-orang yg berpengalaman. I mean, orang-orang tua yg dah lama merasa asam garam kehidupan.

erkk. Kenapa ayat aku lain macam sangat?? pfftt!!

Aku suka duduk bersembang dengan kalangan orang-orang dewasa ni. Banyak cerita yg aku dapat. Seronok. Semua based on pengalaman mereka sendiri. Kalau sembang dengan orang yg baya-baya aku ni, cerita terkini je yg kita dapat sembang. Seronok memang seronok. Tapi tak sama dengan feel nya berbanding duduk bersembang dan dengar orang-orang dewasa bercerita.

Kalau balik kampung, aku suka menyibuk dengar mak dan mak-mak saudara lain menyembang. Tapi kalau duduk dengar opah bercerita, paling aku suka! Sangat faveret kot. Cukup pasang telinga, macam-macam cerita boleh dapat. hehehe. Siap cerita hantu pun ada. Seram seh. Cerita cinta pulak, pehhh. Sweet giler! hahaha.

Hari ni aku dengar satu cerita tragis. Gila tragis. Kalau perkara macam tu berlaku pada aku, serius. Aku tak tahu macam mana nak hadapinya.

Tak perlu aku cerita kisahnya. Cukuplah suatu masa dahulu dah gemparkan Malaysia. Paling gempar, UKM sendiri. Kisah ini kisah yg sangat pahit.

Kadang-kadang kisah lama lebih baik dikekalkan lama. Tak perlu diulang-ulang lagi. Pasti akan menoreh kembali parit luka yg lama. Aku yg tak berkaitan ini  pun, terasa sakitnya. huu~

Moral lesson yg aku dapat dari kisah yg diceritakan tu,

'Jangan biar nafsu menguasai diri. Ingatlah orang yg tersayang.'
'Cinta obsesi membunuh.'
'Setiap niat dan perbuatan, ada sempadannya.'

Mungkin didunia ini kita dah terima hukuman setimpal dengan kesalahan yg dibuat. Tapi akhirat? pehh. Lagi berat kot. Lebih-lebih lagi kalau tak pernah nak bertaubat. Nauzubillah..


haih.

Jun 13, 2011

kenit.. ='(

Salam.

Ingat tak entri yg aku cerita pasal putih kesayangan kami sekeluarga? klik [sini] untuk baca.

Mode:
Sangat rindu.
Sangat sedih.

 Tiba-tiba terasa sayu bila tengok gambar kenit yg ditag oleh sepupu aku di facebook.



rindunye nak peluk cium kenit.. 


Itu antara kitties yg pernah ada dan tinggal di rumah aku. Pernah ada? Maksudnya? Antara semua kitties, kenit yg paling pandai ambil hati kitorang dengan keletah dia yg lincah. Tak pernah nak penat bila orang ajak main..

Kenit tu dah mati.. Mati sebab keracunan. Doktor cakap ada masalah dengan paru-paru dia. Tercarik-carik hati aku masa tengok dia sakit-sakit dulu. 

Serius sangat-sangat.. rindu kat dia dan tersangat sedih bila teringat dia memang tak pernah ada dekat rumah lagi..





p/s: yg pergi takkan kembali. hanya memori yg kekal


Jun 8, 2011

CUAK!

Salam.

Mesti ramai dah cek result kan?

pehh.

Aku tak berani wehh!! Sangat banyak subjek yg aku rasa susah giler.

Tak mo tengok. Tak mo tengok. Tak mo tengok. Tak mo tengok. Tak mo tengok!!!!!!!!!!!!!!



pffft! Fullstop.

Lain kali baru tengok.

Jun 6, 2011

boyfriend anis mana??

Salam.

Disuatu petang, dihadapan blok K16F Kolej Rahim Kajai, UKM Bangi..

"tu kawan Anis pergi pasar malam." mak menunjuk ke arah member aku.

Aku kalih pandangan ke arah yg mak tunjuk.

"oh. Dia pergi dengan boyfriend dia." jawab aku

"boyfriend Anis mana??" tanya mak

pehh. Sentap kejap. Adik dengan sepupu aku dah gelak-gelak. Bongek betoolll.

"Anis tak ada boyfriend. Belum nak ada lagi." ayat tenang, cool dan selamba aku jawab mak.

Dalam kepala aku dah terbayang satu-satu mamat hensem korea. erkkk.

Sorry lah mak. Anis single but not available lagi. haih.

Siapa nak jadi boyfriend aku?? Sila angkat tangan!

duhh! Tak ada maknanya! pffftt!

I wanna live my life to the fullest dulu. Then barulah fikir mende remeh-temeh tu. Hidup ini sekali. So, silalah luaskan pemandangan anda. Berseorangan lebih gembira dan bahagia coz I got my family and friends that I value most.

Itulah jawapan yg terbaik boleh aku bagi sekarang.

ececehh.. Macam artis! hakhak

So, please. Jangan tanya lagi kat aku pasal boyfriend. Aku rasa menyampah pula. Penting sangat ke boyfriend??


Kalau tanya pasal suami boleh?

*wink~ wink~


Ngee~~

Jun 1, 2011

srettt. srettt.

Salam.

Sekarang kedua-dua lubang hidung aku disumbat dengan tisu. pehhh. Nice giler kan??

Penat.
Tak larat.
Sengal-sengal badan.
Sakit kepala.
Gigi terasa longgar dan sakit.
Srettt sretttt.
Bersin berkali-kali.
Suara sengau.

Haa. Itu simptom yg terjadi kalau aku kena virus selsema.

Metabolisme badan aku terhadap penyakit lain seperti demam or what-so-ever lebih baik nak dibandingkan bila aku kena selsema. LEMAH weh.

Makan ubat? No. Aku lagi prefer minum air oren dan 100plus banyak-banyak. Dan of coz, get enough rest.

So, doakan aku cepat baik sebab once aku kena selsema, dekat seminggu baru nak baik. Nak training dengan gembira. Paling penting, time solat air hidung tak meleleh-leleh keluar. erghhhh.


p/s: Mek Ty pun kena selsema. hahaha. Kesiannye lah kami ni.

Popular Posts

Yang menarik