Apa yang dikatakan, tidak semestinya yang dimaksudkan

Salam.

Just another story of mine. 


'lapar. :-(' 

Itu mesej yg aku terima.

'ok. Jom makan. Pukul 8 jumpa kat kafe.'


Aku reply semula. 

Selepas berbalas-balas beberapa mesej yang aku malas nak taip di sini,

'ok. Jumpa pukul 8'

sekali lagi aku ingatkan.

':-)'

Reply yg diterima, tanda setuju. *kira macam janji dah termaktub la kan?

Time tu dah maghrib, solat dan aku pergi mandi kejap before nak pergi makan tu. Selesai mandi, aku tengok jam. Alamak, dah pukul 8. Aku bagi mesej lagi sekali.

'kalau dah sampai, bagitau'

Tiada reply. Tak sampai lagi la kot. So aku pergi dulu. Kebetulan ramai la pula orang nak makan time tu. Then, aku sms lagi.

'Dah sampai kafe. Nak pesankan apa-apa tak?'

Aku takut bila dah ramai sangat nanti, lambat pulak dapat makanan. So, aku order je makanan dulu. Tapi untuk aku jelah. Tak terima reply mesej aku pun lagi. Cuba telefon, tapi tak ada orang angkat. Sibuk kot.

Sementara menunngu makanan dan manusia, aku layan tengok berita. Selang 5 minit, aku rasa lain macam. Apa pasal lambat sangat. Kali ke-3 aku bagi mesej, but still tak berjawab.

'kat mana?'

Tunggu lagi 5 minit. Silap. Lebih sikit dari 5 minit. Entah. Aku tak tengok jam sangat. Main agak je tu. Mmm.. Tidur kot tu. Itu je yg aku dapat agak. Yelah, kepenatan setelah seharian berprogram. Ni kali ke-4 aku bagi mesej.

'tidur?'

8 minit.. Sah! Memang tidur. Biasanya mesti akan ada reply even lambat. Ingat nak biarkan je tidur. Tapi fikir balik, kesian la pulak. Tadi kata lapar. Mesti lapar sangat tu. So, baik hati aku misscall banyak kali. Semata-mata nak kejut dan suruh datang makan. 

Nak dekat 10 misscall la jugak aku buat. Tak berjawab. Mesti silent ni. Tak pun memang tak sedar langsung. Ok. Kali ke-5 aku sms.

'Capiee oh Capiee Bangun-bangun. Eat eat eat.'

Bagus tak aku? Bagi sms, baik je ayatnye. Kalau dapat kakak or adik aku, mesti aku sms macam ni je,

'oi! tidur lagi ke? Nak makan ke tak nak??'

Tapi aku baik bagi sms sopan-sopan. Yelah, kang ada pulak yg kecik hati. *bagi kakak or adik sms harsh, diorang tak kecik hati ke Haniza? Sama je kan?

Aku misscall lagi sambil berulang-ulang ke kaunter tengok makanan aku da siap ke tak. Tidak juga berjawab. kali ke-6 aku mesej.

'bangun Capiee. Selagi tak berjawab, selagi itu akan misscall dan sms.'

Aku pun meneruskan miss-calling lagi. Sambil mata tengok berita. 

Allahu akbar Allahu akbar

Azan isyak berkumandang. Ok. Stop jap telefon tu. Hormat azan. Sambil tu aku berdoa supaya terjawab la miss-calling aku nanti.

Done azan, baca doa selepas azan, aku meneruskan miss-calling lagi. Selepas 2 misscall, alhamdulillah ber-angkat. Ok. Suara seksi. *perkataan yg selalu aku guna untuk suara orang yg baru bangun tidur.

"tertidur ye?" first soalan yg aku tanya. Bukan nak bagi salam dulu aku ni. Ceyt!

"mmm.." itu je yg dijawab. Tak apa. Aku faham. Orang baru bangun tidur. Mamai lagi la tu.

"nak makan ke tak nak ni?" second soalan pulak. Still masih belum ada salam Haniza??

"mmm.. tak nak." aku terkejut! .... Ok. Mamai lagi tu. Positif positif.

"betul tak mau makan?" soalan ke-2 tadi aku ulang kot-kot jawapan dapat diubah.

"tak nak" ... pehhh. Ayat yg cukup simple yang buat dada aku rasa sakit. H

"betul tak mau? ok. Tak apalah. bye bye" terus aku letak telefon.

Takat panjang-panjang yg aku cerita ni, korang boleh rasa apa yg aku rasa tak? Menunggu sekian lama tapi hasilnya? Dapat rasa? 

Good. Pehhh. Memang macam tu la rasanya. *sambil ketap bibir n tepuk-tepuk dada.

Ada jugak tak dapat rasa apa yg aku rasa? Good. Really good. Selalu-selalukan lah tak faham perasaan perempuan.

Ok. Sambung story.

Kebetulan makanan yg aku order dah siap. Sambil nak start makan tu, hati aku masih suruh menunggu. Menunggu untuk satu kedatangan. Tak apa tak apa. Sat lagi dia mesej la tu. Kenal sangat dah.

'tertidur. :-('

haa.. Kan betul dia mesej. Aku pun reply.

'da agak da. Nak makan tak? Baru je dapat order ni'

Baik tak hati aku untuk reply dan cakap sopan-sopan dan still ajak dia makan lagi. 

'Siannya. Ramai eh?'

Tahu pun kesian. Dah tu? Tak mahu datang? Dah la bagi anak dara makan sorang-sorang. Kalau ada orang usik-usik nanti, siapa yg susah? *ok. Itu ayat selingan ke-gedik-kan semata.

'yup. Tapi skang da sikit. Tak ada orang sangat dah.'

Sambil reply, sambil tu mata aku meliar ke seluruh kawasan.

'lama dah tunggu. Tak apalah makan dulu. Tak ada rezeki malam ni. emm'

Adehhh.. Hati aku bertambah lagi rasa sakit. Ayat penolakan yg sangat ketara tak mahu datang makan. Tapi aku? Haniza.. Memang tak faham bahasa.

'tak apa. Nak makan tak? Meh'

Sekali lagi bermuka tebal ajak makan. *tak faham bahasa ke Haniza ni? Dia kata tak nak tu, tak payahlah. Aku bukan apa. Tak syok la makan sorang-sorang. Nak ada berteman. wuuu~

'tak larat...'

Ayat kesian yang memang buat aku kesian.

'Meh larat kan. Kalau tak makan, sampai esok pun belum tentu larat. Nak biar saya makan sorang-sorang kat sini eh?'

haa.. Tu dia. Ayat motivasi dan reverse psikologi aku bagi. Agak-agak, akan ada jawapan 'yes' tak?

'.............................................................................'

Tahu kenapa aku tak taip apa mesej dia reply? Ahh. Tak payah. Hati aku makin sakit dengan penolakan terang-terangan dia. Banyak kali kena tolak beb. Parah parah. Aku pun reply dengan hati yg geram.

'pehh. Cam tu ye? Ok. Fine. Tak apa. Rehat la.'

Ayat sentap aku yang turut sentap kan dia.

'ok. Saya datang'

Hati ada sedikit bunga. Tapi aku masih mahu bajet ego.

'Tak datang pun tak apa.'

Faham tak makna sebenar mesej aku tu? Siapa yang faham good. Yang tak faham, memang sah la korang ni..!

Hati yang sakit aku cuba endahkan dengan tengok tv dan makan. Tapi makin geram ada la. Tiba-tiba pulak makanan yang aku order ni, tak sedap pulak! Selalu ok je. Ceyt!! Bongek ke? Kat tv pulak, si Ning, Jac dan Shila nyanyi lagu sedih. Pehhh.. Makin sedih aku wehh.

Aku terima lagi mesej. Tapi aku tekadkan hati tak mahu tengok. Takut rasa sakit lagi. Tapi still hati aku ada harapan. Lama.. Lama.. Tekad la sangat hati aku ni kan? Gedik. Aku pergi jugak baca mesej tu.

'ok. tak bagi saya datang'

Alahai.. Mesej yg aku bagi tadi takkan tak faham lagi?? 

wahh..... sakit sakit. Hati aku rasa sakit sangat.


Moral of story:

'tak datang pun tak apa' <------- ini tidak membawa maksud "ya, tak payah datang" tapi membawa maksud "ya, tak payah datang but still harap datang..". Tengok balik pada tajuk entri.


Ok. Faham dah semua? Good.





p/s: Maaf. Skrip banyak kena cut dan diubah. Director punya arahan. Lalalala~~



Sebenarnya.. perkara ni takkan end up macam ni kalau aku lebih memahami keadaan. Mungkin dia penat sangat. Memang penat sangat la kot coz dia jarang pernah nak tertidur. huu.. Dan aku seharusnya jangan terhegeh-hegeh.

Comments

Popular Posts