UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Feb 24, 2011

sihatkah jantung kita hari ni?

Salam.

Aku baru aje menghabis masa 2 jam aku mendengar mp3. Dalam keadaan terleka tu, aku terasa sesuatu. Terasa something kat lengan aku. *posisi tidur yg mengerekot. Aku ingat ada ulat ke apa. Tapi, guess what??

Denyut jantung aku!! SubhanAllah!!

Dup dap dup dap.

Kuat dan sihat. Aku gembira. Aku try nak rasa denyutan dengan tangan aku. Tapi tak dapat rasa sangat. Kulit di lengan lebih nipis dan sensitif.

That time, aku sedar. Ingat balik tentang apa yg prof fisio aku cakap masa dia ajar topik jantung.

"jantung tetap berdenyut walau macam mana keadaan kita sekali pun. kalau berhenti tu, kamu faham maksudnya kan?"

Tahu apa yg paling berharga dalam hidup kita? *selain perkara yg korang rasa berharga.

Itulah. Jantung kita.


All our life, it keeps on beating. Just to make sure we're alive whether we are sick or healthy. Isn't that great?? Dan thanks to Allah, I treasure my heart most.

Sedar tak sedar, hargaikah kita pada jantung kita?

Antara kita dan jantung, siapa paling kuat? Jantung lah. Coz time kita rasa sedih, kita down. Tapi jantung? Masih tetap mahu berdenyut. Bila kita tengah berbunga-bunga cinta, jantung tetap berdenyut. Malah, bantu kita merasai rasa indah itu dengan berdenyut lebih laju tatkala orang yg kita sukai tersenyum manis pada kita. *ngee~~

Tapi sayang pada perokok, saat jantung sentiasa berdenyut nak selamatkan nyawa dia, dia dah racunkan jantung tu. Habis semua organ utam dia rosak - jantung, paru-paru.. Kecewanya.. But still jantung masih berdenyut walaupun fungsi-fungsi mengepam darah dia banyak dah terganggu. Tak sedar lagikah dia?? Mmmm.. Instead perokok tu rosakkan jantung tu, why not diorang derma organ kan? Ramai lagi manusia kat dunia ni perlukan jantung untuk hidup..

So, hargailah apa yg ada pada kita. Sesungguhnya setiap satu perkara yg Allah ciptakan itu tidak lain tidak bukan tanda kasih sayangNya. Sayangkah kita pada Allah? Sayang. So, sayanglah jantung juga. =)

Feb 23, 2011

jom layan The Ramlees. ~itulah sayang~

Salam.

Lagu ni aku minat lama dah. Tapi sekarang baru lah nak tercari dan terjumpa. hahaha.

Ok. Lagu ni aku start terdengar time rehat lab TDR tengah hari tadi. Dok nyanyi-nyanyi even aku langsung tak tahu lirik dan tajuknya. Nasib aku baik coz aku terjumpa lagu ni kat profile member aku. Terus bukak youtube tengok video liriknya n download pulak kat 4shared. Pantas tak?? hoho.









Lirik The Ramlees (Yuna, Mira Tilu, Liyana Fizi & Najwa) – Itulah Sayang

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Feb 19, 2011

there is no charge for love.

A farmer had some puppies he needed to sell. He painted a sign advertising the 4 pups, and set about nailing it to a post on the edge of his yard.

As he was driving the last nail into the post, he felt tug on his overalls. He looked down into the eyes of a little boy.

"Mister," he said, "I want to buy one of your puppies."

"Well," said the farmer, as he rubbed the sweat of the back of his neck, "these puppies come from fine parents and cost a good deal of money."

The boy dropped his head for a moment. Then reaching deep into his pocket, he pulled out a handful of change and held it up to the farmer. "I've got thirty-nine cents. Is that enough to take a look?"

"Sure," said the farmer. And with that he let out a whistle. "Here Dolly!" he called.

Out from the doghouse and down ramp ran Dolly followed by four little balls of fur.

The little boy pressed his face against the chain link fence. His eyes danced with delight. As the dogs made their way to the fence, the little boy noticed something else stirring inside the doghouse. Slowly another little ball appeared, this one noticeably smaller.

Down the ramp it slid. Then in a awkward manner, the little pup began hobbling toward the others, doing its best to catch up....

"I want that one," the little boy said, pointing to the runt.

The farmer knelt down at the boy's side and said, "Son, you don't want that puppy. He will never be able to run and play with you like these other dogs would."

With that the little boy stepped back from the fence, reached down, and began rolling up one leg of his trousers. In doing so he revealed a steel brace running down both sides of his leg attaching itself to a specially made shoe.

Looking back up at the farmer, he said, "You see sir, I don't run too well myself, and he will need someone who understands."

With tears in his eyes, the farmer reached down and picked up the little pup. Holding it carefully he handed it to the little boy.

"How much?" asked the little boy.

"No charge," answered the farmer, "There's no charge for love."






p/s: wuuu~~

Feb 18, 2011

21st birthday + bad teeth day 3

Salam.

21st birthday

Alhamdulillah.. Aku masih berpeluang menghirup udara dan menikmati kehidupan di bumi Allah ni. Pahit manis, semuanya dalam masa 21 tahun ni. Syukur syukur.

Terima kasih lah sangat tak terhingga pada semua yg wish aku tak kira la melalui facebook, telefon@sms or wish face-to-face. Aku sangat sangat menghargainya. Lebih-lebih lagi pada Cik Diba yg bagi aku coklat KitKat, Warie yg belanja eskrim cornetto coklat, Capiee yg belanja ice-blended coolblog even sebenarnya aku yg merayu-rayu mintak dia belanja. (*masih ada lagi 1 hutang coolblog. harap maklum. lalala~) dan pada Jijah yg berkesudian bawa aku pergi jumpa dentist naik kereta. Selesa! ngee~

Rasanya, sambut besday masa kecik-kecik lagi seronok. Bukan sebab dapat kek ke apa, sekali je pun sepanjang 21 tahun ni aku dapat kek. Itupun merayu kat abah time kecik dulu. mmm.. Tapi seronok bila kawan-kawan wish guna kad. Wish depan-depan. Nyanyi ramai-ramai. huhu.. Boleh simpan buat kenangan. Bila ingat dan baca balik kad-kad tu, mesti tergelak sorang-sorang. Manis kenangan tu! Bila zaman dah moden ni, semuanya guna gajet. Tak gembira langsung sebenarnya.

Bukan tak menghargai pada mereka yg wish. Eh, bukan. Aku geram bila zaman dah beralih ni. Kalau wish guna sms, smpai bila je nak simpan sms tu? Henset murah je, tak leh nak simpan banyak-banyak sms. Tapi, wish guna sms, aku boleh terima lagi. Wish guna facebook, pehhh. Merang ramai yg wish. Tapi itu pun pihak facebook yg mention tarikh besday. Kalau tak mention, jangan haraplah nak dapat wish dari beratus-ratus kawan kita tu. Terkilan sungguh aku.

mmm..

Lagi sekali aku ulang, aku sangat menghargai wish mereka semua. Doa-doa yg mereka hulurkan. Tapi, aku tertanya-tanya even wish melalui facebook pun, boleh je tulis

'HB!'
*happy birthday


hohoho.. Bunyi macam tak puas hati je kan?? Maaf maaf. Aku just suarakan je apa yg ada dalam fikiran aku ni.

mmm.. At least mereka mahu juga wish kat aku kan? Terima kasih weh!! huhu.. Terharunya aku.. wuuu~~

Thanks pada family tersayang atas ucapan dan doa-doa yg dihulurkan. Semua wish secara individu. Adik-adik aku siap nyanyi lagu birthday kat mesej tu. hahaha. Mak n along pulak, dah janji nak bagi hadiah! Yeay! ngaa~ 

Apa-apa pun, alhamdulillah. Terima kasih pada Allah atas segala-galanya. Masih memberi aku peluang untuk kecapi bahagia dan merasai nikmatNya walaupun aku ni bukan seorang hamba yg baik dan patuh. InsyaAllah, aku akan berusaha ke arah Mu. Hanya Engkau, Allahu ahad!


Bad teeth day 3

Hari ni 2nd  appointment aku dengan cik Dentist. Alhamdulillah macam biasa, berjalan lancar. Mula-mula aku ingat, inilah appointment yg terakhir. Rupa-rupanya ada lagi 1 appointment. 2 minggu dari sekarang. Adehhh.. Terkejut-kejut jantung aku setiap kali kena inject dengan bius guna picagari besi yg besar tu. huhu~

Appointment kali ni hanya buang tampalan hari tu, x-ray 3 kali sebab asyik tak menjadi, injet ubat apa entah. Yg pastinya untuk bunuh kuman dan bakteria yg kemungkinan ada pada saraf yg dah mati tu. Then, tampal semula buat sementara. 2 minggu kena tunggu untuk appointment yg seterusnya sebab nak tengok keadaan saraf yg dah dimatikan tu. Takut ada bakteria or nanah ke tak. Kalau tak ada, barulah lah boleh proceed dengan tampalan yg permanent.

wuuu~~

Nasihat aku untuk korang semua, even tak sakit gigi, pergilah jumpa abg Dentist sekurang-kurang 2 bulan sekali untuk pemeriksaan gigi. *perlu ke mention 'abg' Dentist, Haniza?? Bak kata cik Dentist tadi,

"Memang kita tak rasa sakit gigi, tapi kadang-kadang kita tak sedar yg sebenarnya gigi kita dah berlubang teruk. Tunggu sampai bengkak dan bernanah, baru nak perasan. Akibatnya, gigi kena cabut."


hello mr. mcdreamy! hahaha

Ok, kawan-kawan. Aku nak try sambung study even aku tahu, asal study je aku mesti mengantuk.

haih.

Feb 15, 2011

Mari mengetahui keistimewaan Rasulullah s.a.w.



Mukjizat Keistimewaan Rasulullah s.a.w

Semasa Dalam Kandungan Dan Diwaktu Kelahiran

01. Isteri Abdul Ash berkata semasa ia datang ke rumah Siti Aminah pada malam kelahiran Rasulullah s.a.w ia telah melihat ada bintang yang turun sehingga ia merasa khuatir bintang itu akan jatuh ke bumi.

02. Suatu malam Siti Aminah bermimpi keluar cahaya dari perutnya dan menyinari seluruh alam dalam saat itu ia terdengar suara yang berkata yang ia sedang mengandungkan seorang pemimpin akhir zaman.

03. Abu Lahab pun turut merasa gembira dengan kelahiran Rasulullah s.a.w, ia lalu memerdekakan beberapa orang hambanya.

04. Pada malam kelahiran Rasulullah s.a.w, berhala-berhala yang berdiri tegap di atas Kaabah dengan tiba-tiba jatuh tersungkur. Ini bukti yang patung-patung itu akan dibersihkan oleh bayi yang baru lahir ini.

05. Pada malam kelahiran itu juga tembok Raja Parsi menjadi retak sedangkan tembok itu telah dibina dengan bahan binaan yang kukuh, sebaliknya rumah-rumah rakyat tidak meninggalkan apa-apa kesan. Ini sebagai bukti yang kerajaan Parsi akan runtuh suatu masa nanti.

06. Api kerajaan Parsi yang dinyalakan bertahun-tahun dan api itu dijaga agar terus menyala namun pada malam kelahiran Rasulullah s.a.w api tersebut telah padam. Ini sebagai bukti yang ajaran menyembah api akan juga turut musnah dengan kelahiran bayi ini.


Semasa Kanak-kanak

01. Ketika Halimatus Sa'diyah ingin menyusukan Rasulullah s.a.w tiba-tiba ia merasakan air susunya menjadi banyak dan ia dapat menyusukan anaknya sekali sedangkan sebelum ini air susunya untuk anaknya sendiri tidak mencukupi.

02. Unta Halimatus Sa'diyah juga dapat mengeluarkan susu yang banyak sedangkan sebelum ini tidak kerana sudah terlalu tua.

03. Setelah memelihara Rasulullah s.a.w, Halimatus Sa'diyah dapat merasakan kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan keluarganya. Segala keperluan rezeki didapati dengan mudah. Binatang ternakan mereka menjadi banyak dan bertambah gemuk walaupun pada musim kemarau.

04. Suatu hari semasa Rasulullah s.a.w bersama saudara susuannya sedang mengembala kambing tiba-tiba datang 2 lelaki dan membawanya ke suatu tempat lalu dibelah dada baginda untuk membuang darah hitam.

05. Awan akan sentiasa memayungi baginda s.a.w semasa beliau bersama bapa saudaranya Abu Thalib keluar berniaga di Syam.


Semasa Umur Belia

01. Maisarah adalah khadam kepada Khadijah. Dalam perjalanan ke negeri Syam bersama Rasulullah s.a.w dengan membawa barang perniagaan Khadijah, Maisarah merasa hairan kerana dia tidak merasa panas walaupun merentasi padang pasir sebaliknya merasa nyaman dan sejuk kerana awan yang sentiasa memayungi mereka.

02. Dalam perjalanan ini juga 2 ekor unta telah jatuh rebah kerana terlalu letih dengan beban yang berat. Apabila Rasulullah s.a.w mengusapi kaki unta itu maka dengan serta merta unta itu dapat bangun dan meneruskan perjalanannya.

03. Rasulullah s.a.w dapat memanggil pokok untuk datang kepadanya kemudian memerintahnya kembali ke tempat asal. Ini berlaku bila seorang jaguh gusti Madinah iaitu Rukainah b. Abdul Yazid meminta baginda berbuat demikian.


Semasa Diangkat Menjadi Nabi dan Rasul

01. Baginda s.a.w dapat melihat dengan jelas gambar Baitul Maqdis serta menjawab semua soalan dari puak kafir Quraisy yang pada mulanya baginda berada dalam keadaan sukar kerana mereka tidak mempercayai baginda dapat sampai ke Baitul Maqdis dalam satu malam.

02. Rasulullah s.a.w dapat membelah bulan dengan menggunakan tangannya sehingga bulan menjadi terbelah dua dengan kuasa Allah s.w.t. Ini adalah sebagai bukti kenabian yang dianugerahkan Allah s.w.t kepada hambanya apabila Rasulullah s.a.w diminta berbuat demikian oleh puak kafir Quraisy Makkah.

03. Atikah bt Khalid ada memiliki seekor kambing betina yang sangat kurus dan sudah lama tidak mengeluarkan susu kambing ini lalu diminta oleh Rasulullah s.a.w dan diberkatinya. Setelah Rasulullah s.a.w mengusapi kantung susu kambing itu maka dengan sendirinya ia menjadi besar lalu Rasulullah s.a.w pun memerahnya. Atikah menceritakan selepas itu kambingnya terus mengeluarkan susu selama 8 tahun.

04. Semasa melarikan diri dari puak Quraisy Makkah, Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar telah bersembunyi di dalam Gua Thur. Dalam Gua ini kaki Abu Bakar telah digigit seekor ular berbisa, bila Rasulullah s.a.w mengetahuinya baginda terus meludah pada kaki Abu Bakar maka dengan serta merta bisa yang menjalar pada badannya menjadi hilang.

05. Qatadah adalah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang membentengi baginda dalam peperangan Uhud sehingga sebelah matanya menjadi buta kerana terkena panah. Bila Rasulullah s.a.w menyedarinya baginda lalu mengusapi mata Qatadah dan mendoakannya maka dengan serta merta matanya menjadi celik semula bahkan penglihatannya lebih tajam dari dahulu.

06. Semasa menggali parit dalam perang Khandak, para sahabat telah menemui sebuah batu yang amat besar lagi keras. Mereka semua tidak mampu untuk memecahkannya. Bila diserahkan kepada Rasulullah s.a.w, pada pukulan yang pertama batu itu menjadi retak dan pada pukulan yang ketiga batu itu pun hancur berderai.

07. Semasa dalam perang Khandak juga seorang sahabat Rasulullah s.a.w - Jabir telah telah menjemput baginda dan beberapa orang sahabat yang lain datang ke rumah untuk menikmati hidangan. Rasulullah s.a.w sebaliknya telah menjemput semua tentera Khandak dan ini amat membimbangkan Jabir. Rasulullah s.a.w berpesan kepada Jabir jangan diangkat dulu makanan itu dari tungkunya dan baginda sendiri yang akan membahagikannya. Setelah dibahagikan ternyata makanan itu cukup untuk semua bahkan bakinya masih seperti sediakala.

08. Dalam perjalanan ke Makkah untuk mengerjakan Umrah, Rasulullah s.a.w bersama rombongannya seramai 1,400 orang telah singgah di Hudaibiyah. Di sini para sahabat telah kehabisan air. Rasulullah s.a.w lalu memasukkan tangannya ke dalam bekas air maka terpancarlah air dari jari-jari baginda seraya memerintahkan para sahabat berwuduk dengannya. Air itu mencukupi sungguhpun bilangan mereka yang begitu ramai.

09. Suatu hari Zainab bte Harith seorang wanita berbangsa Yahudi telah membawa daging kambing panggang sebagai hadiah untuk Rasulullah s.a.w. Baginda lalu memanggil para sahabat untuk menikmati hidangan itu. Bila hendak dimasukkan saja ke dalam mulut, Rasulullah s.a.w memerintahkan para sahabatnya agar membuanga saja daging itu kerana katanya daging itu telah memberitahu kepadanya yang ia telah dicampuri dengan racun.

10. Al Quran adalah mukjizat yang paling agung dan luar biasa untuk Rasulullah s.a.w, ia boleh dilihat dan dibaca dari sejak ia diturunkan hinggalah ke hari kiamat. Bahasa Al Quran adalah mutiara sastera yang tiada tandingannya dan tiada manusia yang mampu menandingi isi dan ayat-ayatnya, ini kerana ia merupakan firman dari Allah s.w.t.




source: isx_zone.com


p/s: Selamat Hari Lahir ya Pesuruh Allah, Rasulullah! =)

about a GIRL.

When a GIRL is quiet,
Millions of things are running in her mind.

When a GIRL is not arguing,
She is thinking deeply.

When a GIRL looks at u with eyes full of questions,
She is wondering how long you will be around.

When a GIRL answers "i'm fine" after a few seconds,
She is not at all fine.

When a GIRL stares at you,
She is wondering why you are lying.

When a GIRL lays on your chest,
She is wishing for you to be hers forever.

When a GIRL calls you everyday,
She is seeking for your attention.

When a GIRL sms's you everyday,
She wants you to reply at least once.

When a GIRL says I love you,
She means it.

When a GIRL says that she can't live without you,
She has made up her mind that you are her future.

When a GIRL says "i miss you",
No one in this world can miss you more than that.


perlu ke gambar princess Haniza? haish



source: board of wisdom

p/s: entah betul entah tidak. tettt.

Feb 14, 2011

UKM-Jaring asyik troubleshoot.

Salam.

Adehh. Geram. Rasa macam 'patah kaki' bila tak ada internet ni.


 

Nape tiba-tiba buat hal plak? Kat kolej tak dapat, kat PTSL aku pergi pun tak dapat. Terbantut segala perkara yg aku nak buat. Bajet dah semangat nak download soalan exam yg lepas-lepas. Konon semangat nak study. Tapi, nak menunggu dapat masuk ke web nye pun.. pehhh!! Semput-semput! Aku yg tunggu ni lagi tersemput-semput. Haih.


 

Nak update blog pun payah. Aku pakai Microsoft word je ni. Wuu~~


 

Oh Tuhan. Kurniakanlah aku kesabaran.


 

Feb 12, 2011

hati yang rosak

Salam.

Ingat, aku nak update entri yg gembira-gembira pasal mamat hensem, mandi kat danau dengan Wani dan Rady, jalan-jalan kat hakera dan macam-macam lagi lah.Tapi semua tu terhapus bila aku baca amanat dari NYDP kelab Pencak Silat UKM 2010/2011.

Sebelum tu, ada nasihat aku nak berikan. Pada sesiapa yg rasa tak suka or menyampah dengan entri ini, tolong jangan baca. Hati aku tak berapa nak baik ni. So, kalau ada komen-komen yg seakan-akan men'down' or memperli or sinis-sinis sehingga menyakiti hati aku, maaf. Hati aku tak kuat nak terima sekarang. Tolong!

Apa perasaan yg aku rasa sekarang ye? Entah. Rasa sedih ada. Kecewa, geram, marah, bingung.. Bercampur-campur dah. Sampaikan rasa sakit je hati aku ni, bila perasaan-perasaan itu ada. Oh. Bukan sesuatu perasaan yg baik. Tidak.

Semalam ada Annual Grand Meeting (AGM) kelab Pencak Silat UKM. Macam biasa, kedatangannya sangat-sangat tidak memberansangkan. mmm. Malas nak komen apa-apa pasal tu. Sendiri boleh tahu.

Masa AGM tu, tampuk pimpinan tahun 10/11 dengan rasminya meletakkan jawatan dan berganti dengan tampuk pimpinan tahun 11/12 yg diterajui oleh Afiq. Alhamdulillah, ramai memberi sokongan. Tapi, ada satu perkara yg aku tak senangi. Perlantikan NYDP.

mmm. Macam mana aku nak susun ayat ni ye? ahhh. *ketuk-ketuk dada bagi hilang rasa sakit.

Aku dilantik untuk menyandang jawatan NYDP. Aku tak terkejut sangat. Tapi masih ada rasa terkejut. Entah.. Mungkin dah dapat agak sikit perlantikan tu. Tapi rasa yg ada waktu tu, rasa geram. But masih boleh neutral macam biasa.

Bila pulak aku baca amanat yg disampaikan.. Aku rasa macam kena hempap batu kat kepala, hati macam kena cucuk. Sakit!!

mmm. Aku tak nak komen pasal tu. Aku rasa macam nak marah.

Apa yg aku nak cakap, serius.. Aku. Tak. Layak. Langsung. untuk jawatan NYPD tu! Aku tertanya-tanya, apa sebab aku diberi jawatan tu. Sebab aku bossy eh? Suka mengarah sana-sini? Sebab aku kata NYDP tu kerja tak banyak?

Semua dak silat tahu yg aku suka buat muka ketat dan selalu emo-emo. Kenapa tak pilih yg baik-baik, boleh berbincang elok-elok, kata-kata pun sopan, tak ada nak cakap dengan nada yg tinggi.. Kenapa? Kenapa perlu lantik aku yg suka mengarah-ngarah, marah-marah, buat muka ketat dan emo.. haa.. Paling teruk, mulut aku yg laser tanpa memikirkan perasaan orang lain? Tak rasa nanti ada yg benci ke? Cukup lah aku jadi sekretariat TS3 hari tu. Dah cukup gembira dan ikhlas untuk aku laksanakan jawatan tu.

Majlis Tertinggi tahun 09/10 pun tahu aku ni tak layak. Nama aku tak ada langsung dicalonkan masa agm tahun lepas. Dari situ aku dah boleh baca fikiran mereka. Mereka tak nampak aku pun untuk fit in mana-mana jawatan yg ada. Even untuk jawatan yg biasa. Kecil hati? Langsung tidak. Tapi tertanya-tanya, ya. Aku langsung tak ada capability eh?

Aku baru nak try develop semangat dan keyakinan aku pada jawatan NYDP ni. Tapi rasa sangat down sekarang..

mmm.. Kecewa dan bengang.

Ini luahan aku dari hati yg rosak. Maaf pada sesiapa yg marah bila baca mengenai entri ni. Serius. Ini hanya luahan aku. Siapa je lah yg nak dengar. Mesti akan kata aku ni mengada-ngada.

Tak pe. Abaikan apa yg aku tulis ni.

Esok-esok, akan baiklah hati aku ni even aku tak boleh lupa pada apa yg aku rasa.




p/s: kenapa perlu aku terasa sangat hah?? Gedik giler Haniza ni!

Feb 10, 2011

confession.

Salam.

Ok. Majoriti kawan-kawan yg follow blog aku ni.. dah kenal aku macam ne kan?

Aku nak buat pengakuan sikit kat sini..

ehem ehem.

Aku..

mmm..

errr..

*cakap la cepat Haniza oi!

erkk.

ok. ok.

Tarik nafas.. Lepas.

mmm.



Aku. Minah. Berjiwa. Sastera. dan full of emotions. *kalau itu perkataan yg sesuai sebenarnya. MySpace

fuh!! Lega..

hahahaha.

mmm..

Payah-payah.

haih.

Sometimes payah nak jadi Haniza ni. Suka sangat utamakan orang lain dulu dan selalu juga emosi terlebih.

Feb 9, 2011

excited state.

Salam.

Pernah berada dalam keadaan excited state? hahaha..

Tapi excited state ni hanya untuk orang yg selalu ada one-sided crush je. lalala~

Hari ini, time lab TDR, aku, Lilix dan cik Diba duduk bersembang sambil menunggu result lab. Semuanya mengenai isu excited state.

Ateee... Kalau perempuan bercerita.. Syok! hahaha.

Rasa puas dan sangat seronok bila kita berborak dengan orang yg mempunyai pandangan dan perasaan yg sama even Lilix agak lain sikit. Tapi.. dia pun sama je sebenarnya. ngaa~~

Berada dalam keadaan excited state, memang sangat mengkhayalkan. MySpace Ok. Perkataan 'mengkhayalkan' tu memang tak boleh blah.

Yelah, time excited state tu.. Semuanya nampak indah. Even hanya kita seorang je rasa macam tu. Excited state ni boleh makan masa bertahun-tahun dan mungkin pada sesetengah orang, beberapa hari je pun boleh. Tapi, apa yg pasti, excited state sangat menceriakan kehidupan. MySpace

Pedih. Pedih bila excited state jatuh.. boom!! Hancur dah. Pehhh. Sakit hati, Tuhan je yg tahu. Sampai satu tahap tu, hati rasa penat. Bak kata Cik Diba, eh Lilix eh.. Antara deme yg cakap aku tak ingat.

"Hati aku dah penat, bukan excited state lagi."

Huu~~

Serius. Itu perasaan yg kami bertiga rasa. Dan aku yakin, ramai lagi rasa macam tu. MySpace

Aku sangat menghargai excited state ni. Sampai saat ini, aku tak serik untuk berada di excited state lagi. Bukan senang nak dapat excited state tu. Calang-calang je. Yg cik Diba dan Lilix awal-awal lagi dah stop. haha. 

Entah. Bila aku nak stop? mmm.. Tunggu aku betul-betul dah confirm nak stop. Alaa.. Sekarang ni pun dah ke arah stop. waaaaa..

No more terhegeh-hegeh. huhu


bila excited state di'tarik'.. ='(

Feb 1, 2011

krisis darurat di Mesir

Kalau anda bukan duduk di bawah batu, pasti ada terdengar berita mengenai revolusi rakyat Mesir menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Ketahuilah bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda. Kalau anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa yang berlaku secara terperinci. Asyik2 isu fasha sandha yang tak habis-habis lagi. PM kita pula sibuk dengan DUN Tenang dan spam email rakyat dengan ucapan CNY.

Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.
edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.
Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.
Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir
Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.
sumber: http://goo.gl/KDkfI

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar
Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.
Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini. Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam. Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita.


Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini
Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

9. Bacaan berguna
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt
3. What’s happening in Egypt
4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita
5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesir

Sudah-sudah baca gosip artis Fasha Sandha dll, lupakan mereka seketika untuk memandang serius isu ini

SUMBER: http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kepada-semua.html

Popular Posts

Yang menarik