UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Jul 30, 2011

anak perantauan.

Salam.

Bila update entri malam-malam, mesti membangkitkan mood yg berbeza berbanding di siang hari. huhu.

Tiba-tiba rasa sayu pulak..

Sekarang aku dah jadi anak perantauan seperti mana yg aku updatekan status di facebook aku.

Away from home.
Away from my lovely ones.

Keputusan aku nak pergi jauh ni *konon jauh sangatlah. bangi je pun. hohoho, dapat persetujuan daripada abah. Tapi mak? Kurang setuju. Mak tak cakap mak tak setuju, tapi dari gaya mak pun, aku da boleh tahu.

Kalau mak tak setuju or tak suka sesuatu perkara tu, mesti mak akan membebel panjang. hahaha. Penat gak dengar tapi kadang-kala bebelan tu yg buat aku rindu. :)

Hari ni mak sorang tolong hantar kat stesen kereta api. Abah tak dapat join coz ada urusan dengan adik bongsu.
Waktu salam dan cium tangan mak, dapat lagi sua pipi bagai, serius. Memang sangat terasa sebaknya.

Betulah kata pepatah,

"lagi jauh lagi terkenangkan'

Bila ada depan mata, kita kurang hargai dan nikmati, tapi bila jauh.. Sangat-sangatlah terasa kerinduannya.

mmm..

Kata-kata buat mak *even aku tahu mak tak baca pun coz mak mana tahu blog aku. eh, yeke?

Anis bukan sengaja tak nak sambut ramadhan bersama. Malah, itu yg Anis sangat inginkan. Tapi Mak pun fahamkan kenapa? Jadi, Anis harap mak redha kan pemergian Anis yg sementara ni. Doakan Anis selamat dan sihat di sini. Apa-apa pun mak, Anis sayang mak sangat-sangat. Always have and always will. Selamat menyambut bulan yg penuh kemuliaan ni mak. Moga setiap ibadah yg kita lakukan dengan tulus ikhlas, mendapat keredhaan dan ganjaran daripadaNya. ameenn..






p/s: ayat asyik nak touching je kan?? well. saje nak gedik-gedik.

Jul 28, 2011

salah ke?

Dalam sejuta kejahatan tu, ada satu kebaikan.

Bila kebaikan itu diperteguhkan, mereka mula berkata,

"konon baik sangat"

Pedih.
Luluh.
Hancur.
Tercarik-carik.

Salah ke?

Tidakkah mereka tahu yg satu kebaikan itu lah, menenangkan kejahatan yg ada?

Sedar diri ini tak sempurna. Penuh kejahatan menjalar. Tak pernah mahu surut.
Bukan tidak mahu surutkan. Tapi tak terbendung.

Namun, satu kebaikan itulah membentuk diri supaya beringat-ringat tatkala diri hampir kemuncak alpa.

Salah ke seseorang yg tak sempurna dari segi akhlaknya, akidahnya, imannya.. untuk beringat-ringat??

Salah ke??



*really dissapointed

do you have a crush on him?

Salam.

Ni nak berkongsi sikit macam mana nak tahu kita start ada crush on someone ke tak. hahaha. Based on my experience lah. Aku kan suka crush sana, crush sini. Khusus untuk girls je lah. Tapi, mungkin pengalaman orang berbeza-beza. Cuma perasaan tu je yg sama. Aku tak tahu perasaan boys macam mana. Maybe diorang lain sikit. Entah.


Baiklah.

Mula-mula perkenalan, kau dengan dia seolah-olah tak perasan akan kehadiran antara satu sama lain. Even selalu ada didepan mata, tapi kau langsung tak perasan. Kalau ada sesi bergambar, kau tak cari muka dia. Kau tengok muka kau atau kawan-kawan rapat kau. Dia??

Hanya sekadar watak picisan. Tidak dipandang dan tidak diendah.

Bila ada apa-apa aktiviti atau event yg melibatkan kau dengan dia, dimana kau dan dia perlu work together.. haaaa... Waktu tu kau still tak perasan aura kehadiran dia lagi. Not yet.

Tapi, bila kau ada terserempak dengan dia secara tak sengaja, dia terpandang kau, kau terpandang dia.. Kau still jugak tak endahkan dia. Kalau kau senyum dan dia senyum bila berjumpa, itu pun sebab kau anggap dia kawan, kenalan.

Once bila kau dan dia mula boleh bergurau-senda, bergelak-ketawa, dan sampai satu tahap, kau ada terdetik rasa senang dengan kelakuan dia yg agak kelakar dan charming. Sampai kadang-kadang bila sembang dengan kawan-kawan rapat kau, kau dah start mention nama dia. Padahal sebelum ni, tak pernah-pernah pun.

Yet, kau still tak perasan kehadiran dia yg dah mula bertapak dalam hati dan fikiran kau. pehh. hahaha

Things get more interesting, bila kau dengan dia dah start berbalas sms, ber'ym' dan kau dah start rasa satu perasaan. Tapi kau tak tahu perasaan apa tu. Cuma just macam terasa je.

Dan bertambah lagi interesting, dia seakan caring dengan kau. Mungkin perasaan kau je. Dia tak pun. Well, nak buat macam mana? Hati kau dah mula suka. So, setiap perbuatan dia memang akan meninggalkan kesan lah kan??

Mula-mula perkara yg dilakukan untuk kau, tak kiralah dia tolong belikan makanan untuk kau *even sebenarnya kau yg minta dia tolong belikan , tanya kau sihat ke tak, apa-apa lah perkara yg membuatkan kau dah kenal perasaan yg bermain-main di hati kau. haaa.. That's it. Waktu tu memang dah confirm kau suka dia. Cuma kau kuat-kuat menafikan kenyataan tu. Yelah, baru sangat nak suka dengan dia kan.

Perbuatan dia, percakapan dia yg kemudiannya, terus-terusan mengusik hati, jiwa dan fikiran kau. Kau cuba lagi nak tolak dan tolak perasaan tu.

Panggilan nickname dah mula berubah. Dulu panggil nama biasa yg kawan-kawan selalu panggil. Sekarang dah tukar. Kalau tak tukar pun, dia ada bagi nickname untuk kau. 

Perasaan kau? Tentulah berbunga-bunga. 

Lepas tu, dari berbahasa 'aku' 'kau', dah start guna nickname je. Tak pun 'saya' 'awak', tak pun 'orang' 'awak'. haaa..

Kau tak nak benda tu berubah, tapi automatik ter-ber-ubah sendiri. You can't help it. Setiap perbuatan, kelakuan dan kata-kata dia tersangatlah mengusik jiwa kau.

Walaupun perkara yg dia buat tu sebenarnya sedikit-sebanyak ada mencalarkan hati kau, tapi kau butakan mata. Kasi ubat cepat-cepat tutup calar tu.

Hanya satu perkataan yg simple

"sihat?"

Kau rasa macam dah nak pengsan. haha. Tak lah. Maksud aku, hati kau dah berbunga-bunga macam musim bunga tu. 

Bila kau lalu laluan yg dia selalu lalu *pe banyak lalu daaa, mata kau mesti melilau-lilau. Tak ketara pun coz kau pandai cover. hehe. Tapi bila dah terjumpa, kau tersengih-sengih malu.

This time, memang kau tak boleh nafikan yg kau, have a crush on him!

Pesanan aku, kalau boleh, jangan terlalu terbuai dengan perasaan yg macam ni. Kau suka, tapi kau sakit. Lagipun perasaan macam ni, sebelah pihak je. Tapi apa-apa pun, it's worth trying kan?

No worries, dia takkan tahu pun feeling kau terhadap dia coz having crush on someone, you determined to hide it melainkan kau sendiri pergi beritahu dia. 

Hebatlah kalau kau nak buat statement berani mati, 'aku suka kau' kat dia. pehhh. Meh kasi sikit keberanian tu!! hahaha


ni lah yg mungkin akan terjadi bila kau cakap
'aku suka kau'!

pic kredit to mis-comp





p/s: mesti korang tengah terbayang someone kan?? haaaa.. hoho


Jul 25, 2011

mestilah ingat. mana boleh lupa-lupa.

Salam.

Tak pernah dalam kamus hidup aku boleh senang-senang nak lupa kat orang. Lagi-lagi yg pernah ada namanya dalam hati aku. ecececehhh. *ayat nak kontroversi.

Tadi aku mesej dengan somebody. Tak payah aku nak beritahu siapa. shuh. shuh. Bagitau kang, semua nak bergosip. Payah pulak. Inikan kalau ada gambor berdua dengan siapa-siapa. Itu pun dah jadi isu. Bosanlahhh.

ok. Pasal mesej dengan somebody tu..

Lepas aku start mesej dia dan beberapa mesej lagi dihantar, then dia reply. I mean dia ada reply mesej yg sebelum-sebelum tu. Cuma mesej kali ni buat aku touching sikit.

"tak ingat kat kita pun"

what the?? Aku yg first start mesej dia, dia boleh kata macam tu?? Bukan setakat aku yg first start mesej, malah aku yg selalu mesej dia. haih. Penat la nak kena explain. Bukan takat penat. Segan pun ada. Jatuh sudah ego keperempuan aku sikit. hailoohhh..

haih.

Punyalah aku nak jaga hubungan aku dengan dia supaya selalu keep in touch.. Dia pulak boleh meraguinya??

I don't understand how I can care this much when you don't care at all.

http://www.emocutez.com









p/s: stop wondering. I'm still single.

Jul 23, 2011

terowong best.

Salam.

Siapa yg pernah lalu highway utara-selatan mesti lalu jugak terowong kan? kan? Lebih-lebih lagi yg nak pergi ke Kuala Kangsar. For sure akan lalu masuk terowong tu. Nama terowong tu 'Terowong Menora'. Aku tak tahu pun itu nama nye. Baru je google tadi.



haaaa..

Terowong tu jadi terowong faveret kitorang adik-beradik. Kenapa?

Tak tahu kenapa. Tapi abah yg buat kitorang jadi excited dengan terowong tu. lol. Mana taknya.. Bila nak lalu terowong tu, abah mesti kejut kitorang (kalau ada yg tertidur). Aku time tu kecik lagi. Senang cerita, semua adik-beradik aku kecik-kecik lagi time tu.

Nak dekat je dengan terowong tu, abah kejut (mak tolong gerakkan kitorang yg tengah tidur kat seat belakang),

"bangun-bangun. kita lalu terowong ni. " abah cakap kuat-kuat.

Apa lagi... Bila dengar abah dengan mak sebut terowong, semua celik mata. Berebut keluar kepala kat tingkap. (time kecik kitorang suka bukak tingkap. air-cond tak berapa nak elok. kereta murah la katakan..)

Pas tu, abah mesti hon-hon sepanjang lalu terowong tu. Muka kitorang, tak payah nak cerita lah. Excited giler! HAHA

Bukan ada apa yg best pun dalam terowong tu. Dinding je. Tapi entah. Feeling tu best. Semua muka ceria je. Dapat pulak abah hon-hon. Gelak-gelak semua orang. Kereta sebelah lalu buat muka pelik, kitorang bajet tak nampak. haha. Sweet memory.

Pemandangan dalam terowong tu best. Kaler oren!!

cam ni ler rupanya.

Sampai sekarang aku ada perasaan excited tu lagi tiap kali lalu terowong tu. Cuma tak de lah sampai nak keluar tingkap dan abah pun dah tak tekan hon dah. huhu.

Lagipun bukan selalu dapat lalu terowong tu. Ibarat 5 tahun sekali je kot. huuu~

Jul 22, 2011

apa-apa lah haih.

Salam.

Tadi bajet nak update entri yg agak dewasa. Dah taip panjang-panjang dah. Alih-alih tak jadi. Save as draft je. Baru perasan diri ini masih remaja. Tak sesuai cakap hal-hal orang dewasa. *malu-malu kucing

Tak apa. Tak apa. Tunggu aku dah dewasa sikit, baru post kan entri tu.

oh ya.

Minggu depan nak pergi piknik dengan girlfriends!! wooohoooo~~~!!

oh yeah. oh yeah. http://www.emocutez.com

Can't wait.

hehehehe

Jul 20, 2011

movie review: A Little Thing Called Love part 2

Salam.



Ni bukan part 2 yg bermaksud movie ni ada keluar sequel baru. haish. Dop eh.

Tiba-tiba ada mood re-watch movie ni balik. Itu yg semangat tu. hoho.. Just nak review sikit pasal dialog watak utama (perempuan) dalam cerita ni.

Kenapa nak review? Sebab aku setuju dengan apa yg P'Nam tu cakap. huhuhu.. I know that feeling.

"All of us have someone
who is hidden in the bottom of the heart.
When we think of him, we will feel like...
Always feel a little pain inside
but we still want to keep him.
Even though I don't know where is he today..
what is he doing..
but he is the one who makes me know this..
a little thing called LOVE."


huahuahua. Dalam hati ada taman kan? Tak boleh blah.. Alaaa... Semua orang macam tu. Baik lelaki or perempuan. Betulkan? kan? kan? haaaa..

Mengaku je lah. 

Jul 19, 2011

lelaki memang bossy.

Salam.

Bila lelaki bossy, orang tak bising-bising.
Tapi bila perempuan bossy, kenapa jadi isu??

Ini yg rasa nak buat demonstrasi 'bersih' ni. heeee

Aku tak suka betul la lelaki yg ter'over' bossy nih. Sikit-sikit dah la. Apa motif nak bossy terlebih??

Egoistik sangat!!

Perkataan tolong yg berintonasikan arahan. Apa kes? Dalam rasa ikhlas nak tolong, terus rasa bengang. Biasanya perkataan 'tolong' hanya disebut bila kita berada dalam keadaan yg susah dan perlu meminta bantuan orang lain kan? Kalau sebut tolong dalam keadaan bergoyang kaki, what the ..?? Orang yg diminta tolong tu pulak, sibuk uruskan benda lain. Come on laa..

Mana pergi tolak-ansur?

Ini aku peringatkan untuk semua termasuk diri aku bagi tidak bersikap bossy yg over, khususnya kaum adam. Jangan jadikan alasan yg korang ni lelaki, pemimpin yg berkelayakan, fizikalnya lebih kuat dari perempuan untuk dijadikan tiket bersikap bossy yg over. Kalau muda-muda dah suka bossy, dapat pulak jenis yg tak boleh terima pendapat orang lain.. pehhh. Agak-agak kalau dah berstatus suami nanti macam mana??

Lu pikirla sendiri!!



Bengang-bengang.

Jul 15, 2011

nak duit, tapi malas kerja.

Salam.

"dok rumah, besokan ponggong."
*perkatan censored, tu yg aku potong. ejaan tu salah. tapi aku eja berdasarkan sebutan mak aku la.

haaa.. Itulah ayat mak aku cakap tiap kali balik rumah. cehh. Tahu kan maksud ayat tu? Maksudnya, duduk rumah, besarkan badan (gemuk).

yelahh. yelahh. haih. http://www.emocutez.com

Mana tak membesar? Bila aktiviti yg dibuat, berpuluh-puluh kali gandanya kurang daripada aktiviti masa di kampus. Makan pulak, berkali-kali ganda lebihnya daripada makan di kampus. haaa. Nampak giler tak balance kat situ kan? haih.

Nak keluar berjalan-jalan pun payah. Duit tak ada!!

"kerjalah, baru nak ada duit."

Itu mak aku cakap bila aku sebut pasal duit dan bershopping.

aiyoyoyo. Tapi betul la kan? Duit mana datang macam tu je kalau tak berusaha. Lainlah kalau aku ni anak orang kaya. Minta je boleh dapat.

Baiklah. Lagipun memang nak kerja. Cuma malas je. http://www.emocutez.com

haish!!

oh yaa.


Kitty dah menemui ajalnya semalam. Sedih, tapi redha. Itu yg terbaik untuk kitty. huuuu~

Lupakan perkara tu. Simpan di lubuk hati dalam-dalam. Sedih bila teringat-ingat nanti. hukhuk http://www.emocutez.com

Jul 14, 2011

moga deritanya cepat berlalu pergi.

Salam.

Hari ini asyik menangis sorang-sorang je. Sedih sangat...

Salah seekor anak kucing aku tengah nazak. Sakit sebab kurap. Kurap dah penuh satu badan. Keras je badan dia. *dah start nak nangis balik.

Aku dengan along dan mira dah bawak anak kucing tu pergi jumpa vet lebih kurang 3 minggu yg lalu. Semua anak kucing yg ada dekat rumah ni kitorang bawak pergi suntik ubat. Alhamdulillah, anak-anak kucing lain sihat, cergas dan beransur baik luka kurapnya. Tapi, ada seekor ni.. Yg tengah menderita sakit sekarang.. Antara anak kucing yg paling kecik ada dekat rumah aku ni.. Tak tahu kenapa, ubat tu tak bagi kesan kat dia pulak. Atau doktor tak inject ubat tapi inject angin je??

Masa time sakit-sakit beberapa hari lepas, kitty *mudah sikit nak taip boleh main-main dengan makan lagi. Cuma start semalam kitty dah terbaring lemah. *mata bergenang air

Mak bawak lagi sekali jumpa vet. Kena suntik ubat lagi. Aku tengok, makin teruk keadaan dia. Lemah sungguh.

Tak larat nak gerak,
tak larat nak makan,
tak larat nak mengiau,
tak larat nak buka mata..

Ubat tu terlalu kuat untuk badan dia yg kecik lagi-lagi kitty memang lemah sebab beberapa hari kurang selera makan.

Ya Allah.. Kalaulah boleh ganti aku kat tempat kitty tu, aku sanggup. Aku boleh cari ubat untuk baikkan diri aku. Tapi kitty? Menjerit pun tak mampu. Inikan nak pergi cari ubat. Kalau dia mengiau sakit pun, kita bukan faham bahasa kucing.. Sedihnyaa.. Hanya Allah yg tahu betapa hati aku menangis ni.

Tadi adik aku tolong selimutkan kitty. Badan kitty dah start sejuk. Even badan lemah macam gitu, tapi jantung dia tetap nak berdegup. Bila tengok keadaan macam tu, hati aku makin tersayat. Betapa dia nak ada peluang untuk hidup sihat..

Aku usap-usap dia. Aku tak nak dia rasa keseorangan lebih-lebih lagi mak kitty dah macam tak nak rapat dengan dia. Cuba bagi dia minum air guna syringe yg doktor bagi.. Dengan payah dia telan air setitik tu. Cuba bagi lagi, tiba-tiba dia mengerang. Mengiau agak nyaring. Mendayu-dayu juga. Time tu memang air mata menderu jatuh dengan laju dan banyaknya. Teresak-esak juga.

Aku suruh adik aku ambil mak kitty. Kot-kot mana la tau tergerak hati dia nak jilat anak dia macam dia jilat petang tadi. Tapi mak kitty tak mahu.. dia lari menjauh. Sekali lagi air mata aku mengalir deras bila kitty mengiau-ngiau bunyi macam panggil mak dia. Dengan kudarat yg tersangat lemah tu, dia cuba mengesot-ngesot bergerak. Ya Allah.. Ya Allah..

Aku memang dah tak dapat tahan sedih, cuba usap-usap tenangkan kitty. Letak semula dalam sangkar. Usap-usap dalam keadaan aku yg teresak-esak.

Ya Allah.. Doaku ya Allah.. Moga deritanya cepat berlalu pergi. Moga roh kitty aman disisi-Mu ya Allah..




p/s: mintak-mintak kitty dah tak bernafas esok *menangis. sakit dada.
bunyi macam kejam, tapi itu lebih baik untuk kitty dan juga aku sekeluarga.

Jul 9, 2011

jalan-jalan di area pantai timur.

Salam.

hehehe.. Seronok dapat jalan-jalan. Lagi-lagi pergi jalan-jalan dengan member-member yg sekepala. Puas!!

Hari ni puas dapat pergi KB mall. KB mall je pun. Ok lah tu kan? Bajet nak pergi Tumpat untuk shopping. Tapi tak jadi coz da agak lewat. So jalan-jalan kat KB mall sambil minum coolblog. Bila ingatkan coolblog ni, buat aku sakit hati je. Nape lah ipoh yg agak maju tu tak ada coolblog? huh.

Kitorang main boling. hohoho. Gembira gilerr!

Perjalanan hari ni banyak yg gembira. Thanks kepada BFF, Paan yg sudi bawa kami, puteri-puteri comel berbaju kurung. ngeh~

Satu je peristiwa tak best hari ni. Tahu kan pasal isu 'bersih'? Banyak sangatnyeeeee lah sekatan jalan raya. Kami kena tahan. Bongek giler!! Alasan kena tahan, penumpang belakang tak pakai seatbelt. Pe kes?? heee. Semua kenderaan kat situ pandang kitorang pelik. haih. Nasib badan betul. Nasib baik tak kena saman. Kena catit nama la tapinyeee. Macam sekolah asrama pulak. ceit!

Bab makan sepanjang hari aku ada kat kelantan ni, tersangatlah memuaskan. Terima kasih banyak-banyak kat mak Wani yg sudi masak makan malam yg menyelerakan. Aku dengan muka tak reti nak segan, angkat pinggan, pergi tambah nasi. hehehe. Sedap beno!!!

Tapi sayang, esok awal pagi terpaksa berangkat semula ke ipoh. Terbeli tiket awal. Mana taknya, konon plan nak pergi majlis kak Ira dengan Cheon je. Alih-alih.. haaa.. Rasa tak puas nak berjalan sekitar kelantan ni. Tawaran Warie ajak pergi rumah dia makan durian, terpaksa aku simpan di lubuk hati dalam-dalam. Pedih beb! erghh..



p/s: terasa macam entri membosankan even mood aku sekarang tengah gembira dan sedih juga.. Aku telah melukakan hati seseorang tanpa aku sedari..

Jul 7, 2011

deuter bagpack!!

Salam.

hohohoho. Yes!!

Berjaya beli travel bagpack brand deuter. Futura 45L+10L. Impian menjadi kenyataan. ngeh~


'sejibik' cam aku punyer!
ni gambo google jek

Seronok betul! hehehe

Oh ya. InsyaAllah next week, hari isnin aku start kerja kat butik Ariani. Hasil ehsan interview yg tak serupa interview oleh tuan manager butik. Maaf ye tuan manager... Saya nerbes sangat!! Sampaikan nak speaking balik dengan tuan manager jadi macam terkedu. haih. hukhuk.

Macam mana kalau aku datang kerja first day tu, dia dah halau aku keluar? waaaa.. eh. Tak kot. Merepek je la Haniza ni!!

Ni semua cadangan si Yana kecik yg bersungguh-sungguh mengajak aku kerja kat situ. Aku pun tak kisah la kena kerja sampai malam raya. Asalkan duit masyokkk. Even sebenarnya mendapat tentangan sedikit daripada ayahanda tercinta atas alasannya kerja kat butik tu tak berbaloi. ish. ish. ish.

Moga pekerjaan ni aku usaha sungguh-sungguh agar hasilnya halal. ameennn.. InsyaAllah!

Jumaat ni nak pi Penang jap. Jumpa Jijah, then naik bus, travel ke Kelate pula jumpa Paan. Kemudian lagi, gerak sama-sama ke Ganu menghadiri majlis perkahwinan Kak Ira dan Cheon. hohoho..
Moga perjalanan pergi balik kami berjalan lancar. ameenn.. Peristiwa family masih terngiang-ngiang di ingatan..


adios. amigos. chow.



p/s: internet cam siput membuatkan aku update entri pun ciput-ciput jek. adehhh

Jul 3, 2011

header blog baru.

Salam.

Wuuuhuuu~~~!!

Muchas gracias Hans Ismail!!

Tengok header blog atas tu! Smart kan? yay yay! Suka suka suka! hahahaha.

Sangat sangat nice. Kalau aku yg buat, memang tak menjadi laa.

Hukhuk. Tiba-tiba rasa sedih bila fikir ko (*merujuk pada Hans Ismail) dan Piee dah habis belajar kat UKM.. Sedihnya!!

Aku dah tak ada geng laki BFF dah.
Tak boleh nak gelak ketawa dengan ko dah.
Nak gosip-gosip ke..
Nak berdarah hidung ke..
Pergi pasar malam sama-sama ke...
Paling sedih.. Tak ada geng laki yg rajin turun training macam korang. (Paan dan Piee)

Sedihnya.. Dapat pulak Paan dah ada awek sekarang. haih. Dah tak ada masa nak layan aku dah nanti.. kn Paan? Si Piee tu pun sama bila dah ada muslimah nanti.. haih..



Gembira dapat header blog baru.. Tapi sedih dah hilang member laki yg kamceng..

Popular Posts

Yang menarik