UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

May 2, 2011

apa erti doa jika hubungan denganNya tidak dijagai??

Salam.

Aku bukan nak buat sesi usrah or ceramah ke apa. Tak layak pun aku ni. Tapi ini just peringatan buat diri aku yg sentiasa lalai dan leka.

Doa itu senjata mukmin. Ya. Semua muslim pun tahu. Even yg bukan muslim, mereka pun berdoa. Tapi ini aku fokuskan pada diri kita sebagai seorang muslim. Sungguh-sungguh aku mahu ambil iktibar..

Kita sering berdoa. Itu yg disarankan pada kita. Mintalah banyak mana padaNya. Nescaya akan diperkenankan. Jangan jadi orang yg sombong.

Dan berkata Rabb kalian: Berdoalan kepada Aku, nescaya akanKu perkenankan…” 
Surah Al-Ghafir ayat 60.

Hakikatnya, kita berdoa. Tapi janji kita padaNya kita tak tunaikan. Doa nak cemerlang dunia akhirat. Memang usaha kita ada, tapi takat mana? Before exam pulun belajar sungguh-sungguh (usaha nak cemerlang), ada yg buat solah hajat dan puasa sunat (moga usaha lebih barakah). Tapi.. Lepas exam? 

Konon tawakal. Define tawakal yg kita katakan. Tawakal tu ada kredit untuk kita jadi lalai ke?

Waktu solat yg sering dilambat-lambatkan.. Belum cakap pasal waktu subuh lagi. Nak dekat habis syuruk, baru nak solat. Ada pula yg dah tahu lambat, lagi sengaja lambat-lambatkan. Yg paling teruk, dia tengok langit, tengok jam, "oh, dah pukul 7.00. lambat sangat dah nak solat". Langsung solat tak dihiraukan. Tidur membuta sampai matahari mencanak atas kepala.

Aku rasa lebih baik bangun waktu solat subuh, solat yg tak sampai 5 minit pun, then kalau mengantuk sangat, tidur. Berbanding solat di akhir waktu (yg sengaja-sengaja dilambatkan kerana layan mata yg mengantuk.) *fine. Memang tak elok tidur lepas subuh. huhu.. 

Kita janji nak berusaha sungguh-sunguh. Namun, tanpa kita sedari, kita mungkiri. Mana hamblum minAllah kita??

No offense ok bagi mereka yg tersinggung? Serius. Aku tak ada nak tuju pada ssesiapa. Aku ambil pengajaran dari persekitaran aku sendiri. Aku pun terasa sebab kadang-kadang solat subuh aku pun hampir terbabas..

Tapi realitinya kita kena tahu. Tak sedih ke kita doa banyak-banyak, usaha pun insyaAllah ada.. Tapi hubungan kita dengan Allah, kita tak jaga. Perkara simple je. Solat 5 waktu. Anak-anak kecil yg baru umur 4 tahun pun tahu. Apatah lagi kita yg dewasa.

Bagi aku, semua terletak pada solat kita. Hajat di hati nak berubah kepada yg lebih baik. Tudung berlitup cantik, tutup aurat. Tapi, ibadah solat pun kurang terjaga. Macam mana tu?

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: 

"Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya."

Entri ini lebih aku tujukan buat diri aku yg sering terhanyut, lalai dan leka... *sedih http://www.emocutez.com

Tiba-tiba teringat lagu kumpulan Raihan, Peristiwa Subuh. huhu..

Jazakallahu khairan.

2 comments:

Maharaja Kegelapan said...

Betul tu, yang penting jaga hubungan dengan tuhan..aku pun tengah baiki diri ni. Dari dulu duk takuk lama. Kene upgred ni.

hana_aniz said...

aku pun sama wehh.. Allah.. :(

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik