UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Sep 7, 2010

Republish cerpen Selamat Tinggal Pujaanku, Selamat Tinggal Cintaku. (Part I and II)

Salam.
Salinan asal bertarikh 28/09/2009 jam 02:06:27
Hasil permintaan seorang sahabat aku, aku publish semula cerita ini. InsyaAllah aku akan buat Part 3 dan semestinya InsyaAllah itulah entri terakhir untuk cerpen ni. *cerpen la sangat. huhu..
Jadi.. Terimalah... *konfem korang gelak terkekeh-kekeh bila habis baca cerita ni. huuu~


PART I
Bismillahirahmanirahim...
Pejam celik.. pejam celik.. dah hampir 6 tahun aku memendam rasa.. Hui.. Pendam rasa apa ye?? Pendam rasa suka dekat seorang insan yang bergelar lelaki. Rasanya tak perlulah aku menulis apa namanya. Nanti kecoh la pulak. Hehehe.. Aku yang tersipu-sipu.. Tapi lebih baik aku bagi dia gelaran.. Aku gelarkan dia, Mr. Luisfigo.

So, yang pastinya Mr. Luisfigo lagi tua dari aku. Alah... 2,3 tahun je tua. Aku start minat kat Mr. Luisfigo since umur aku 13 tahun. Hui.. Lama kan?? Nak buat cam mana.. Kalau hati dah suka betul tak?? Aku minat dia dalam diam je. Aku bukan jenis yang berani terus nak tunjuk muka and bagitahu kat dia. Aku pun ada rasa segan lah!!

Mula-mula aku tak adalah nak suka sangat. Tapi, lama-lama 'perasan' tu makin bercambah. Wah! Hahaha.. Ayat jiwang la pulak. Betul la kata orang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Aku start jadi stalker. Wakaka.. jadi pemerhati dalam diam. Geng aku tau sape Mr. Luisfigo tu. Mereka yang bantu aku. Kalau tiap kali Mr. Lusfigo lalu kelas aku, diorang yang bagitahu. Aku pun apa lagi, kelam-kabut sorokkan diri. Perasan betul aku ni. Mr. Luisfigo pun bukan tahu pasal aku pun. Hahaha.. Rasa cam lawak la pulak. Lagi best nye, aku prep kat kelas dia. Nikmat betul!!! I like!! Aku duduk kat tempat dia. Berebut jugak lah aku dengan rakan skelas aku. Tapi, demi Mr. Luisfigo, aku sanggup!! Hahaha... Cinta budak-budak, memang lah cam tu. Betul tak? (aku taip sambil tersenyum-senyum).

Masa pertengahan tahun form 2, mr. Luisfigo dah tau aku suka kat dia. Member aku punya pasal la! Hantu betol.. aku dah makin segan gila. Tiap kali dia masuk kelas waktu prep, aku mesti pergi menyorok kat kelas sebelah. Pastu intai-intai kat pintu belakang. Yang paling memalukan, ada satu hari tu dia masuk kelas. Tapi waktu tu aku khusyuk buat homework. Last minute nyer homework. Fokus punya fokus, dia dah ada kat pintu. Hui! Kelam-kabut aku cabut bila nampak dia kat situ. Satu kelas aku gelak. Ya Allah... malu gila. Tak tahu la nak cover macam mana. Jahat nyer member. Diorang semua tahu yang mr. Luisfigo dah sampai. Tapi sorang pun tak bagitahu. Aku perasan muka Mr. Luisfigo waktu tu. Dia tersengih kot! Member dia pun sama. Sabar je lah...

Hari berganti hari..
Minggu berganti minggu..
Bulan berganti bulan..
Finally..

Mr. Luisfigo SPM.. cam biasa, dak spm kne tinggal kt skolah (standard utk sekolah berasrama). Last day, aku buat keputusan untuk menegur Mr. Luisfigo. Oh!! Before that, cite pasal malam yg sebelumnye dulu. Ok. Malam terakhir tu.. aku singgah kat kelas dia. Dengan 1 buku nota. Bukan buku nota.. ala.. yg bese bdk2 beli tu. Buku fancy2 buat tulis biodata kawan-kawan.. haa.. yg itu le. So, pergi punyer pergi, dia tak ada. Yg ada, member dia. So, aku pass kn la buku tu. Siap pesan, aku hanya nak biodata Mr. Luisfigo je. Yg simple. Nama. Alamat. DOB. E-mail. No fon. Yg lain, tak payah menyibuk. Senior tu mengangguk tanda mengerti. Terasa puas la jap. Tu yg esok nye terketar lutut aku nak pergi memberanikan diri jumpa Mr. Luisfigo.

Malang lagi, dia tak ada. Kecewa tu.. tak payah nak describe la kn. Lebih2 lagi Mr. Luisfigo buat aku sakit hati dengan membenarkan semua rakan dia termasuklah perempuan tulis kat buku yg aku sediakan khas untuk dia.. huhuhu.. pe la nasib aku.. so, aku tinggalkan pesanan je kt meja dia.

Good Luck for SPM... bla..bla..bla.. hehehe.. da rest punyer ayat, aku da tak ingat.

Beberapa minggu pas abis spm, aku try sms mr. Luisfigo.
'Salam.. ni abg ***** ye? Sy haniza. Ala.. yg duduk kat tmpt abg ***** mse prep. Ingt lg x? Pe cite abg ***** skang??'

Cam tu la ayat aku taip. 5 minit..
15 minit...
Satu jam..
Satu hari..
Satu minggu..

No reply from him. Aku ni simple je. He pissed me off. Haha..kecewa? biasa la tu kn? Aku pun wat dunno je. N aku bertekad waktu tu. Aku takkan sms n takkan suka kat dia lagi. No more Mr. Luisfigo! N aku terus delete no dia.

Beberapa bulan selepas itu...
'kring! Kring! Kring! Kring!' guess what!! Mr. Luisfigo call!! At first, aku tak perasan tu no sape. Yela, aku bukan hafal no fon dia. Lagi2 aku dah siap delete. Nak tahu apa perasaan aku wak tu??

Semua kerana cinta..
Yang pahit manis dirasa..
Menghibur nestapa merawat duka..
Damai di jiwa..
Terpadam api benci permusuhan..
Terjalinlah kasih sayang..

Berdebar.
Gembira.
Terharu.
Sengih memanjang.

Aku tak expect langsung yg mr. Luisfigo akan call!! Cayalah! Hahaha... nak tau sape paling nervous? Mr. Luisfigo kot! Hahaha..

Aku: assalamualaikum.. sape ni??
Mr. Luifigo: waalaikumussalam.. ni haniza ke?
Aku: ye.. sape ni?? Aku memang jenis tak puas hati sket kalo bab telefon ni. Selagi tak bagitau empunya diri, selagi tu aku akan bertanya.
Mr. Luisfigo: ni abg ***** la. Kenal lagi tak? Aku terdiam. Cuba menginterpret data yg baru aku dapat..
Aku: oh.. kenal. Kenal. Wah.. pe mimpi call ni? Aku action macam tak ada pape. Tapi sbenarnye, control abis!
Mr. Luisfigo: hahaha.. tak ada. Saje call. Buzy ke?Halus ketawa dia betul2 buat aku separuh nanar. Waktu tu, aku sedar yg aku ni still lagi die-hard fan mr. Luisfigo. Aku still lagi suka kt dia kot! Tak lama kitorang sembang coz aku lagi byk ckp dr dia. Dia agak senyap. Segan kot. Tapi, cam terbalik plak. Aku la yg patut segan kan?
Aku: nape senyap? Abis kredit je nanti. Cakap la pape.Geram. Aku lagi cakap byk dr dia.
Mr. Luisfigo: hah? Haha.. tak tahu la nak cakap. Aku pun terketawa sekali dengan dia.
Aku: tu la.. lain kali, sebelum call tu, rangka la ayat dulu. Kan dah tak tahu nak cakap apa.Nada mengusik
Mr. Luisfigo: hahaha. Bukan.. selalunya.. tak macam ni. Kalo orang lain, banyak je yg abg cakap. Dengan haniza, terdiam plak. Hahaha... Hati aku berbunga. Sumpah! Kalo dia leh nampak muka aku blushing waktu tu, mesti aku da malu gila.

Since hari tu, hubungan kitorang makin rapat. Aku tau dia anggap aku macam adik dia je. Dia sendiri pun cakap macam tu. Tapi aku tak kesa. As long as I
can be with him,
talk to him, laugh with him..

tu pun da lebih dari cukup kn? Kitorang selalu balas sms. Sampai la mse aku form 4. Waktu tu aku ngah buzy dgn persediaan utk jadi wakil daerah bola baling. Dia ada cakap yang dia da nak berangkat ke oversea. And I noticed that. But somehow, aku leh terlupa.

Nak dijadikan cerita, aku n 3 member yg lain, da dalam kete nk keluar g pusat latihan. On da way nk ke pondok pak guard, kete yg aku naik tu, berselisih dengan satu kete yg sarat dengan penumpang lelaki. Member aku semua dok kecoh kata tu super senior. Aku pun pandang je la. Tapi tak alert sgt. Elok je melepasi pagar sekolah, aku dapat mesej. Mesej dr mr. Luisfigo.

'Aniz kat ne? Abg ada kat ps ni.'

Aku tersentap. Ya Allah.. nape aku tak leh nak perasan yg mr. Luisfigo ada dalam kereta tu td? Once again, aku kecewa.. bertambah lagi kecewa, aku tak dapat nak say selamat jln kt dia. Aku perasan pun, masa tu da terlambat. He's already fly to moscow. But! Ah-hah! Hohoho. 1 week after he's left, ak trime 1 sms. Waktu tu, waktu prep malam. Aku tak cam coz no yg tertera tu panjang sgt. 7708...... something. Ada 11 digit semuanya.

'salam.. aniz, ni abg *****. Abg da smpai kt moscow. Hehehe.. take care sis.'
Aku rasa gembira sgt. Nak nangis pn ada. Terharu. Bukan nak perasan ke apa.. tapi, dr sms yg ditaip, aku tau yg dia caring pasal aku. Tu yg aku suka sgt dengn dia. Susah kot nak kikis perasaan tu. Even aku ada couple, tp hati aku still lg suka kt mr. Luisfigo...

*************************************************************

PART II

Yeh.. dat time hati aku tersangat la syok. Yela, perasan la jap yg kita ni tak bertepuk tangan sebelah. Eh, bertepuk sebelah tangan. Hehehe.. kalo bab perasan ni, aku memang no. 1. Tanya sikit, kalo orang yg kita suka layan kita, boleh rasa tak best ke? Tak tahu la plak ada org yg rasa tak best kn... ok! Sambung cerita...
Sepanjang Mr. Luisfigo menuntut di Moscow, aku still keep in touch with him. Melalui sms je lah. Nak call, hui.. tunggu mak abah bagi duit banyak2, tak pun aku pergi rompak bank. Tapi, of coz la mustahil. Tak sempat jadi grandma, dah jadi prisoner. Astagha.. hehehe. Saat paling menggembirakan dan membuatkan jantungku berdentum-dentum bila dia telefon live from moscow masa malam hari raya pertama 2007!!

Dup dap
Dap dup
Sistolik 135
Diastolik 54
Jantung macam nak meletup!!

Tapi yang geram nye, waktu tu aku dalam kereta on da way nak balik ipoh dari parit. Line tak clear atau lagi senang memang tak ada line pun!! Arghhh!!! Tension nak mati waktu tu. Menggeletar tangan aku masa nak angkat telefon tu. Alih-alih..

“hello.. hello.. helloooooo!!!!” tit! Terus aku letak telefon. Tangan still menggeletar sambil memandang telefon tu lama.

Waktu tu, along aku dah hairan. Aku just tersengih. Nak cover la bajet. Satu jam perjalanan tu, aku menyesal tak sudah-sudah. Macam-macam bermain di benak aku.

Apa pasal lah aku gatal nak ikut beraya?
Apa perasaan Mr. Luisfigo waktu tu?
Marah?
Kecewa?
Dissapointed? Eh, eh! Kecewa dengan dissapointed sama je lah!!

Akhirnya dalam 10.30 aku sampai ipoh. Penyesalan aku masih tak terubat. Tangan aku pulak still lagi memegang erat handphone dengan harapan, mr. Luisfigo akan call aku semula.

10 minit.
15 minit.
20 minit.
30 minit.

Sah! Mr. Luisfigo takkan call balik. Untuk menaip sms and bagitahu suruh call, rasa segan dan malu menghalang. Lagipun, bil mesti la mahal. Entah berapa la agaknye. So, dengan kekecewaan yang amat sangat, aku bergerak ke ruang tamu join sepupu yang lain tengok tv (before tu, aku ada dalam bilik sorang-sorang. Privasi la konon. Hehehe..). selang tiga langkah..

Is it a new years eve party in Kazakhstan
yeah, what's going on 2006
mario and nasty, what up? with the brand new classic, yeah
ride with us, it's about two guys and hot girl
yeah, keep it up, keep it down, two step with me, come on!
let's do it, do it,do it like this...


Caller ringtone aku berbunyi. Lagu never say goodbye soundtrack My Girl. Kelam-kabut aku patah balik masuk bilik. Sempat terlanggar kerusi komputer yang ada dekat sebalik dinding. Berputar-putar sekejap. Nasib baik tak jatuh. Sampai je dalam bilik, aku capai phone and tengok nama pemanggil. Dalam hati aku waktu tu..

Pliz...
Mr. Luisfigo..
Mr. Luisfigo..
Yabedabedoooooo!!!

Mr. Luisfigo.. calling... calling.. hooray!! Malaysia boleh!

Aku menari-nari sambil melompat-lompat. AMARAN! PERBUATAN INI DILARANG KERAS SAMA SEKALI SEMASA BERADA DI HADAPAN KHALAYAK RAMAI. HANYA ORANG YANG MEMPUNYAI HORMON NORADRENALINE TERLEBIH SAHAJA BOLEH MELAKUKAN. 

Hehehe..

Dengan perasaan yang berbunga-bunga macam pokok sakura berkembang pada musimnye, aku klik ANSWER.

Aku: assalamualaikum.. suara control habis. Nafas pun tertahan-tahan.
Mr. Luisfigo: waalaikumussalam.. aniz.. hui.. rindunyer lah ai..
Aku: hai! Ingatkan abg ***** tak call da. Buat suara sedih.. hehehe.. bajet.
Mr. Luisfigo: hahaha.. tu la. Tetiba call balik la pulak. Buat apa? Ganggu? Kat mana tu? Da jadi taman bunga dalam hati aku sekarang. Semua bunga berkembang dengan segarnya! Yuhuu!
Aku: hmm.. dah sampai rumah. Baru je. Sori terputus tadi. Tak ada line. Sungguh-sungguh aku bagitahu.
Mr. Luisfigo: tak apa. Abg paham. Hehehe.. selamat hari raya. Aku semakin tak boleh sembunyikan perasaan berbunga aku. Huhuhu.. tolong!
Aku: heh? Oh! Hahaha.. selamat hari raya. Kali ni aku banyak terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Aku terharu. Yelah.. besenye, malam raya cam tu, family or kawan-kawan yang sasaran utama untuk sembang-sembang. Btol tak? And aku? Ada dalam list dia kot! Ya! Ya! Ya! Betapa terharunye aku!
Sekejap je kitorang. Dalam 10 minit cam gitu. Yelah, masing-masing tak tahu nak cakap apa. Tapi aku ada tanya Mr. Luisfigo berapa lama dia kat sana? Macam mana sambutan raya? And lain-lain. Tak perlulah aku taip ek?

Jam berganti jam...
Hari berganti hari..
Minggu berganti minggu..
Bulan berganti bulan...
Dan tahun.. berganti tahun..

We still contact each other. Hebat kan? Bagi aku, kira hebatlah.. hubungan jarak jauh kot. Jap, kami ada hubungan ke? Oppss!! Hehehe.. Tak ada hubungan. Just bro n sis. Not more than that. Huhuhu... masa aku kat matriks, dia rajin sangat call aku. Seronoknye, tak payah nak cakap la. Memang happy giler. Lagi-lagi dia dah clash dengan awek dia. Hohoho... tapi dah couple balik. Hui.. tu nanti aku story.
Haa.. berbalik pada dia selalu call aku. Waktu tu aku ‘terperasan’ lagi sekali. Yelah, asyik call je.. bukan tanda suka ke? Muahaha.. Betul tak. Guys.. kalau korang suka seseorang, mesti kita nak dengar suara dia kan? Tapi aku tak tahulah Mr. Luisfigo ni macam mana. I’m just assuming.

Tak salahkan nak assume?
Tak salahkan nak rasa bahagia?
Tak salahkan nak perasan?

Itu semua hak diri sendiri. Dan aku sedang mempergunakan sebaiknye. Kisah aku dan Mr. Luisfigo yang selalu kontek mengontek tu, satu geng aku tahu. Dan mereka juga assume Mr. Lusifigo ada rasa suka kat aku. Lagilah aku seronok!! Ngeh.. ngeh.. ngeh.. aku ingat lagi pada kata-katanya.

Abang tunggu umur aniz 20 tahun. Sekarang ni kecil lagi. Tak sesuai cakap pasal pakwe makwe.

Ye. Tunggu umur aku 20 tahun. Tapi kata-kata hanya tinggal kata-kata... .......................... hmm..!! pada mata Mr. Luisfigo, aku tetap budak kecik yang umurnye 14 tahun. (first time masa dia noticed aku). Apa perasan korang, kalau minat seseorang tapi dia anggap kita budak kecik? Hey, i’m a girl ok? Not a little girl. Geram dan sedih. Marah pun ada kot. Tapi tak apa lah. Hehe.. tak kesa pun. Just like what I’ve said before, I’m a simple person. If I looks like a little girl for him… yeh.. I’m always going to be a little girl for him.
But suddenly…. Again… he pissed me off…

No call.
No sms.
No friendster.
No YM.

Facebook?? Waktu tu aku tak kenal facebook lagi. So, tak tersenarai kat sini. Kekeke...
??????? Where have he been? Aku jelah yang rasa diri ini di-pissed off kn. Bagi Mr. Luisfigo, mungkin perkara biasa. Or mungkin tak pernah terfikir pun! Lama juga lah aku rasa di-pissed off kan. Awal sem 2 matriks, hingga habis matriks. Again.. i’m a simple person. Doesn’t mind it all. Tapi.. my feelings for him started to slow down... yeh.. mula terasa diri ini terhegeh-hegeh. Am I pathetic? I guess so..

Start masuk U, kami contact balik. Macam chipsmore kan? Sekejap ada, sekejap tak ada. Biasala tu.. manusia ni suka main sorok-sorok. Tak sah kalau tak main! Hihihihi..

Haa.. waktu ni aku start tahu yang dia dah couple balik dengan his ex. Yelah.. dah lama tak contact, aku pun tanya la mana Mr. Luisfigo menghilang? Dia cakap, sekarang ni dah tak main friendster da. Facebook je. Huh! Tergeram la sekejap. Aku pun start buat facebook. Tapi reason tak berkaitan langsung dengan Mr. Luisfigo ek? Member-member yang ajak. So, sambil menyelam minumlah air kan? Hehe.. aku discovered profile dia. Tengok segala pics dia. Hui.. cam obses sangat la pulak. Tapi bukan obses, just curious. Kat situ terkantoi pic Mr. Luisfigo dengan awek nyer.

Luluh.
Sedih.
Kecewa.
I’m flying without wings..

My feeling towards him?? ZERO. Unknown. Alhamdulillah.. aku dah tak terikat dengan perasaan tu dah. Lega tapi sedikit sedih. Biasalah tu kan... cinta si budak kecik. Hohoho! Bila ditanya pada Mr. Luisfigo bila couple balik, jawab nye..

Masa abg da sampai Malaysia and jumpa kawan-kawan balik.

Lagi.. masa YM dengan Mr. Luisfigo.
Mr. Luisfigo: Nak dekat ‘orang’ tu, tapi dia jual mahal sangat. Aku jual mahal ke? Aku tertanya-tanya
Aku: mana ada jual mahal. Aku menafikan.
Mr. Luisfigo: Banyak kali abang berkias-kias. Yeke?
Aku: Aniz tak faham bahasa kiasan. Aniz faham bila cakap straight forward je. Itulah diri aku. Ye.. aku faham kiasan tu. Tapi... kiasan.. boleh jadi benar, boleh jadi salah. Betul tak? Tak nak la pulak nanti jadi hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Malu beb! Teman pun ada rasa segan. Cewah!! Hahaha..
In conclusion, sekembalinya Mr. Luisfigo ke Moscow... dengan berangkat nye kaki dia masuk ke perut kapal terbang... berangkatlah juga perasaan suka aku pada dia...

SELAMAT TINGGAL PUJAANKU, SELAMAT TINGGAL CINTAKU.
~THE END~

MORAL OF THE STORY:
ustaz aku ada cakap, kalau kita suka seseorang tu.. jangan bagitahu sesiapa. Biar jadi rahsia antara kita dengan ALLAH. Insya-Allah akan dipermudahkan jalan oleh-Nya. Tu sebab suka aku kat Mr. Luisfigo tak menjadi kot. Yelah.. mulut aku ni kepoh sangat pergi bagitahu orang. Huhuhuuhu...

19 comments:

Ezuan Saad Ali Hussein said...

salam,,
syukran :)

p/s : agak2 org tau x yg sahabat yg buat pmintaan tu adalah aku?? harap2 xde sape tau ek? ek? hihihi~

gadis yang ingin kurus. said...

niza, ni kali ke2 aku bace cter ni, siyes wat aku tacink2. haha. i likee~~~

hana_aniz said...

awan: salam. hahaha ko da ngaku tu. konfem la org tau. haha

mek ty: huhu.. kalo ko tacing, aku lg la tacing.

asaktor lemodasa said...

wah!!!
best gile klu wt novel ni..haha...btul ckp ustaz. ak just amek pengajaran dr lepas..
the book is already closed..
now open a new book for a new her...

hana_aniz said...

hahaha... btol2.
open a new story for a new him. ngee~

cleo (クレオ) said...

uisy...ni la parah ny bila x bca habis trus lompat bca komen..haha

baek2...nk baca lah dari mula balik.. hekhek..

p/s: jgn marah eh niza..hehe =D

cleo (クレオ) said...

yaa...baeklah...da abes baca...
*still gelak x hbs lagi* hihihuhuhoho =P

penah jd gak cm niza tp beza ny, xad la smpy btahun2..haha =P

so niza, a new book eh..? simpan diam2, baru mjadi..hihi

hana_aniz said...

hahaaha.. tu la. kena simpan diam2.

tp, wat masa ni, still can't find him. hoho.. xpe2,

Hans asaktor said...

ye ke??
dh jmpa tp~~tetttt~~~~

hana_aniz said...

tetttt~~~

nani said...

oowhh patutla kite korek2 ..niza still x nk bgtau..die takt tak menjadi ek..

hana_aniz said...

hahaha.. tp memang x de pn kak nani. huuu~

Anonymous said...

hhahhahaa...begitu ke kesudahannye..xpe..teruskan perjuangan..terigt time kt mtrik ble ko dpt calling dr die..ahhahaha:P

hana_aniz said...

erkkk.. anonymous?? sila perkenalkn diri. diba ke?

munifah said...

aagk2 abg moscow bace x blog ko ni niza?? hahaha

hana_aniz said...

epah: huhu.. idak le aku tau.. harap dia x baca la.

munifah said...

hahaha... aku harap2 la dye bace
baru dye nyesal. hahaha (:

hana_aniz said...

weh.. ko jgn. dia dah bertunang kot! haish. x baik. ko cari kn lah utk aku satu. *wink

munifah said...

dah tunang??? serius??
cian ko weh.. aku nk crikn???
kos aku xbnyk laki la, yg ade pon xleh arap.hhahaha... aku dh jge pndgn, xbnyk kwn laki la niza.hahaha

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik