UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

May 17, 2011

kasut 'pig skin lining'

Salam.

Ok. Entri kali ini akan banyak sedikit mencarut-carut. So, banyak-banyak kan lah istighfar ok?

Hari ini hari yg paling aku sakit hati. Err.. Sepatutnya aku sebut hari paling celaka? whoaa. Serius sangat harsh perkataan celaka tu. Tak boleh. Tak boleh. Anggaplah hari ini hari yg paling bodoh buat aku. mmm

Tengah hari tadi aku keluar dengan Mek Ty dan Eka pergi mid valley. Tujuannya, aku nak cari sandal untuk ganti sandal cabuk aku tu.

Pas pekena spagetti kat Spagetti Farm, aku dengan diorang pergi jalan-jalan jap sementara tunggu masuk waktu zohor. Jalan-jalan tu, kitorang jumpa butik Topshop (jual barangan branded - semua aksesori perempuan). Saje je masuk nak tengok blouse-blouse yg butik tu jual. Mek Ty seronok pergi tengok blouse2 yg ada dekat situ sementara aku dan Eka tercongok-congok tengok butik tu.

Then, aku nampak satu rak kasut. Lawa kasut-kasut nya. High heels la semuanya. Biasalah aku ni. Suka nyeee lah sentuh-sentuh barang. Yelah. Mana nak expect kan. Tak pernah nak terpikir akan terjadi perkara lain pun. Masa aku sentuh satu high heels ni, aku rasa kulit dia lain macam dan aku tengok kasut tu serius besar saiznya. Aku jalan rapat sikit ke arah rak tu, suddenly ternampak sticker 'Pig Skin Lining' ada ditampal dalam kasut tu. Bloody shit!!!

Terus terlepas jari aku dari kasut tu. Nasib baik aku sentuh guna jari je. Dok nye aku amik kasut tu guna dua-dua belah tangan, siap sarung kat kaki. pehhh!! Tak tahu apa lagi yg aku akan mencarut kat situ. Masa perasan tulisan pig skin lining tu pun, hati aku dah mencarut dan menyumpah banyak dah. ergghh. Serius aku nak je tendang salesgirl yg ada tepi tu. Bukan takat nak tendang, siap rasa nak tumbuk-tumbuk je.

Harsh sangat kan ayat aku?

Then, suddenly aku faham dan aku sedar. Ini semua salah aku yg tidak hati-hati dan peka. heee

Aku cam hilang arah jap dok pikir macam mana la nak samak tu. Mek Ty kata kalau kering tak apa. Tapi aku tak yakin sangat coz biasanya itu kalau melibatkan anjing. Ini terang-terangan kulit babi. Sebabkan was-was, aku tanya Jijah. Jijah kata najis anjing yang kering sahaja tidak perlu disamak, kerana najis anjing itu tidak berat sepertimana najis babi. Kalau najis anjing itu basah atau lembab, maka wajib di samak. Najis babi atau barang yang diperbuat dari kulit babi wajib di samak sebab najis tu najis yang paling berat. Kenyataan Jijah disokong oleh Piee bila aku dapat input yg berbeza daripada orang lain.

Adehh. Payah payah. Pusing-pusing pergi cari sabun untuk samak tu. Alaa.. Sabun yg biasa doktor haiwan muslim guna. Tak jumpa. Alih-alih, aku cakap kat diorang aku nak balik. Takut tersentuh-sentuh pulak. Nanti semua kena samak.

Balik tu, minta tolong Tiqah carikan sabun samak tu. Sabun Taharah namanya. Dapat je sabun tu, Haaa. Aku samak segala perkara yg aku rasa tersentuh. Baik tangan aku, muka aku, baju dan tudung yg aku pakai. huhu.. Sekali basuhan dengan sabun samak tu, diiringi 6 kali basuhan air mutlak.

Thanks to Jijah dan Piee yg membantu aku. Adehh. Itu pentingnya ada kawan-kawan yg arif bab-bab agama ni. Senang nak dirujuk bila ada kemusykilan. Nak harap diri sendiri, tak payahlah.

Tipu aku cakap kalau masa aku samak tu, aku yakin bersih. Was-was banyak sungguh. Bongok lah setan!! 2,3 kali gak lah aku ulang samak tu sampaikan kali ke-3 tu, aku niat betul-betul dan yakin! huu.. Lapang terus dada lepas tu.

Nasihat aku pada korang-korang yg jenis suka shopping barangan branded nih, hati-hatilah ye? Jangan sesedap rasa je nak menyentuh. Konon nak branded sangat, sampaikan butakan mata pada yg haram. Aku tak suka barang branded. Takat Tomsgirl, Cheetah, Diesel dan Nike je lah. lalala~ Zara? Mango? Topshop? Tak pernah terhingin pun aku. Masuk kedai tadi tu pun, sekadar nak cuci mata je. *fine. fine. aku masuk lah jugak kan? Tipulah tak tertarik.

huhu.. Apa-apa pun, sila consult lagi pada ustaz dan ustazah korang bab-bab samak-menyamak ni. Penting tau!!

ok. babai. Aku nak buat supernatural marathon nih.

Daa~

10 comments:

liyanafauzi said...

nak tergelak pon ada baca entri nie, pape pon satu pengalaman yang menarik :)

Nurul Ain said...

eh, saye pun ade experience mcm ni dulu tpi siyes tak sngaje.tapi ingtkan kalau kering takpe.tpi lpas bce post ni mcm was-was pulak. mne nk crik sabun samak tu ek???. kalau gune tanah biasa kat rumah tu takpek ke???

hana_aniz said...

biasanya kes ni kalo awk x tau pn x pe x yah samak kot. tp bila dah jadi kes was-was, memg wajib la samak.

sabun samak tu sush nk jumpa kt pasar raya yg besar. biasanya, kedai runcit melayu ada jual. sabun taharah namanya. insyaAllah awak leh jumpa.

sy dah tanya kwn sy pasl ciri2 tanah tu. guna tanah yg bersih dan suci. means tak terdedah dgn apa-apa najis lebih-lebih najis anjing. pape pun, better awk tanya lg yg arif tu ye?

hana_aniz said...

btw ain, kamu dak ukm ye? kt warta leh jumpa sabun taharah tu. :)

Nurul Ain said...

tapi sekarng tgh study dkt HUKM..cmne nk crik sbun tunnn

cleo said...

niza, siyesli i'm very sori..haha..org tgelak je start niza tny2 tu..sbb msa niza call n msej2 tu, gila mengantuk sb mlm tu tido lewat, ad family gathering..tgh2 tdo niza bwk brita amat gempak tu..haha..org pn bpinar jap pale mikir..alhamdulillah otak masih sgt okay..haha

adey..bca post ni lg la tmbh tgelaknya..haha

hana_aniz said...

ain: kt kedai melayu insyaAllah ada jual. kalo x de, sy leh tlg belikn. tp nk bg cm ne? post?

cleo: hahaha. thanks a lot jijah.

Nurul Ain said...

mmmm saya try crik dulu. tapi kalau x jumpe sgt kna mintak tlg hana laa.

sorry.

hana_aniz said...

eh. xpe. btau ye kalo perlukn? =)

Nurul Ain said...

siyes ke bole..okok t kalo de pape problem gtaw hana la t..

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik