UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Jan 23, 2011

Blog rakan dakwah.

Salam.

Banyak yg entri aku dalam minggu lepas semuanya emo belaka. Mesti korang yg membaca tak senang kan? Maaf maaf dan maaf. Aku hanya manusia biasa yg lemah apabila dikuasai marah dan emosi negatif. Aku sendiri tidak berjaya lari dari nafsu amarah. Maaf sekali lagi pada sesiapa yg merasa aku menjengkelkan.

Entri kali ni aku terpanggil untuk tulis disaat aku berasa malu dan rendah diri sejurus membaca blog-blog rakan yg berkonsepkan dakwah. Antaranya, blog Tidak Best dan Bayyinat.

Dua bloggers ini lain cara penyampaian dakwahnya. Blog Tidak Best lebih kepada pengisian dan penyampaian yg santai. Cara penulisan yg sempoi, simple tapi bermakna. Manakala blog Bayyinat lebih kepada pengisian dan penyampaian yg menyeluruh tetapi ringan. Maksudnya kita tidak rasa berat dan bosan untuk membaca.

ececeh.. Aku promote blog orang pula. Tapi tak apa lah. Semua orang boleh singgah. Bukankah ilmu itu perlu ada perkongsian? =)

Serius, bila aku rasa hati aku tak senang, blog-blog rakan dakwah yg aku pergi terjah. Demi mendamaikan sekeping hati yg 'bergelora'.

Alhamdulillah.. Cara tu buat aku tenang. haa... Ini tips untuk korang yg suka marah-marah macam aku. hahaha..

Banyak lagi blog rakan dakwah yg lain. Kalau susah nak cari, rujuk je ILuvIslam. Situ pun dah sangat complete. =)

Itu je yg aku nak tulis. Actually banyak je. Tapi kalau dah panjang sangat, aku suka melalut. So, lebih baik ringkas tapi tak meleret. Ngee~~


alololoh.. haha..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik