Mari kita mengomel-ngomel.

Salam.

Ada setengah orang, sangat malasnyeeee lah nak basuh baju kain sendiri. I mean, hand wash la kan. Sanggup perabih duit guna washing machine. Kalau kat rumah tu, tak apalah. Menggunakan kemudahan yg sedia ada.

Student la banyak kes macam ni, cukup malas nak basuh tangan.

Bila malas, lemak pun berkumpul-kumpul lah dalam badan. Bila gemuk sikit, bising nak diet memanjang. pfft!!

Jap jap. Apa kaitan dengan basuh-membasuh ni???

Tak ada kaitan sangat pun. Saje je nak buat mukadimah. hakhak!!

Motif aku mengomel, adalah mengenai penyakit kronik masyarakat kita iaitu obesiti.

Ada 2 je sebab utama obesiti:

1. Malas work-out (*berjalan jauh-jauh, mengemas rumah, bersenam, etc..)
2. Rajin makan (*kalau hebat masak tu, pehhh. Lagi seronok!! )

Betulkan? Itu konklusi paling termudah.

Aku sedang cerita pasal orang yg obesiti. Yg bukan obesiti tu, jangan mengada-ngada nak touching. Tapi aku bukan sengaja nak buat sesiapa touching.. Aku risau dengan keadaan macam nih.. Berubahlah. Have a healthy lifestyle.

Ada orang obesiti ni komplen,

"dah berdiet tak makan nasi pun.. tapi still lagi gemuk! nak buat cam mana??"

Kau berdiet tak makan nasi je. Tapi lauk yg berminyak dan berlemak, kau telan jugak kan?? Nasi tu penting you know.. Karbohidrat yg paling utama dalam badan. So, setakat diet nasi, memang tak dapat nak kurus la.

Senang cerita, work-out la weh.. Work-out!

Tips yg selalu orang bagi kata senaman sekurang-kurangnya, 30 minit, dan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu tu, sebenarnya khas untuk orang yg nak maintain berat.

Tapi kalau nak turunkan berat.. haaa.. Pandailah kau buat equation sendiri kan??

Kalau malas nak bersenam, at least rajin kan diri tolong mak kemas rumah, sapu daun kering kat luar.. Sental lantai kasi berkilat ke.. Tak payah guna washing machine dah. Guna manual lagi baik. *konon macam aku rajin je hand wash. huhu

Ok, done with mengomel. Aku rasa serba salah pulak nih. Entri nih macam tergantung je kan? Tak apa, asalkan ada point. Ngeh~~ *dapat kat cikgu bm aku, mahu nye dia failed kan result penulisan aku. hukhuk..







p/s: aku serba salah sebab, blogger lain semua dok update entri pasal kuih raya, solat terawih segala.. aku pulak?? Mengomel tak tentu hala. huhu

Bulan Ramadhan, bulan mulia nih.. Lagi-lagi hari-hari terakhir Ramadhan penuh barakah nih.. Aku susun sepuluh jari mohon ampun dan maaf.. Aku manusia biasa, hambaNya yg sering khilaf.. Maafkanlah aku..

huuuu~~

Comments

Popular Posts