UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Jul 14, 2011

moga deritanya cepat berlalu pergi.

Salam.

Hari ini asyik menangis sorang-sorang je. Sedih sangat...

Salah seekor anak kucing aku tengah nazak. Sakit sebab kurap. Kurap dah penuh satu badan. Keras je badan dia. *dah start nak nangis balik.

Aku dengan along dan mira dah bawak anak kucing tu pergi jumpa vet lebih kurang 3 minggu yg lalu. Semua anak kucing yg ada dekat rumah ni kitorang bawak pergi suntik ubat. Alhamdulillah, anak-anak kucing lain sihat, cergas dan beransur baik luka kurapnya. Tapi, ada seekor ni.. Yg tengah menderita sakit sekarang.. Antara anak kucing yg paling kecik ada dekat rumah aku ni.. Tak tahu kenapa, ubat tu tak bagi kesan kat dia pulak. Atau doktor tak inject ubat tapi inject angin je??

Masa time sakit-sakit beberapa hari lepas, kitty *mudah sikit nak taip boleh main-main dengan makan lagi. Cuma start semalam kitty dah terbaring lemah. *mata bergenang air

Mak bawak lagi sekali jumpa vet. Kena suntik ubat lagi. Aku tengok, makin teruk keadaan dia. Lemah sungguh.

Tak larat nak gerak,
tak larat nak makan,
tak larat nak mengiau,
tak larat nak buka mata..

Ubat tu terlalu kuat untuk badan dia yg kecik lagi-lagi kitty memang lemah sebab beberapa hari kurang selera makan.

Ya Allah.. Kalaulah boleh ganti aku kat tempat kitty tu, aku sanggup. Aku boleh cari ubat untuk baikkan diri aku. Tapi kitty? Menjerit pun tak mampu. Inikan nak pergi cari ubat. Kalau dia mengiau sakit pun, kita bukan faham bahasa kucing.. Sedihnyaa.. Hanya Allah yg tahu betapa hati aku menangis ni.

Tadi adik aku tolong selimutkan kitty. Badan kitty dah start sejuk. Even badan lemah macam gitu, tapi jantung dia tetap nak berdegup. Bila tengok keadaan macam tu, hati aku makin tersayat. Betapa dia nak ada peluang untuk hidup sihat..

Aku usap-usap dia. Aku tak nak dia rasa keseorangan lebih-lebih lagi mak kitty dah macam tak nak rapat dengan dia. Cuba bagi dia minum air guna syringe yg doktor bagi.. Dengan payah dia telan air setitik tu. Cuba bagi lagi, tiba-tiba dia mengerang. Mengiau agak nyaring. Mendayu-dayu juga. Time tu memang air mata menderu jatuh dengan laju dan banyaknya. Teresak-esak juga.

Aku suruh adik aku ambil mak kitty. Kot-kot mana la tau tergerak hati dia nak jilat anak dia macam dia jilat petang tadi. Tapi mak kitty tak mahu.. dia lari menjauh. Sekali lagi air mata aku mengalir deras bila kitty mengiau-ngiau bunyi macam panggil mak dia. Dengan kudarat yg tersangat lemah tu, dia cuba mengesot-ngesot bergerak. Ya Allah.. Ya Allah..

Aku memang dah tak dapat tahan sedih, cuba usap-usap tenangkan kitty. Letak semula dalam sangkar. Usap-usap dalam keadaan aku yg teresak-esak.

Ya Allah.. Doaku ya Allah.. Moga deritanya cepat berlalu pergi. Moga roh kitty aman disisi-Mu ya Allah..




p/s: mintak-mintak kitty dah tak bernafas esok *menangis. sakit dada.
bunyi macam kejam, tapi itu lebih baik untuk kitty dan juga aku sekeluarga.

5 comments:

Pejalan Kaki said...

sabar yer niza..insyaAllah ada pengajarannya utk kita..=)

fit said...

waaa...sedih aku bce...sabo la niza...hrp2 kucing ko cpt bek o harap2 Allah tarik nyawa dia cpt so dia xurse ag sakit 2...

kei said...

touchingnye bile berkaitan ngan kucing nie :(
Bersabar yerk!!
-fara-

hana_aniz said...

afiq, fit, fara: sedih sangat..

cleo said...

niza, pe cer da kt kitty tu?

org ras ma dia lari sb da x sgup kot tgk kitty tu cmtu..xpn sb kitty tu da ilang bau family tu sb kurap tu..

kitty org yg bru2 ni mati pn kes sakit cmtu gak..ma dia xnk dtg dekat..sekor survive, sekor mati..bila da mandikan yg survive tu bru ma dia ok2 sket ngan dia..

saba eh..

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik