UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Jul 28, 2011

do you have a crush on him?

Salam.

Ni nak berkongsi sikit macam mana nak tahu kita start ada crush on someone ke tak. hahaha. Based on my experience lah. Aku kan suka crush sana, crush sini. Khusus untuk girls je lah. Tapi, mungkin pengalaman orang berbeza-beza. Cuma perasaan tu je yg sama. Aku tak tahu perasaan boys macam mana. Maybe diorang lain sikit. Entah.


Baiklah.

Mula-mula perkenalan, kau dengan dia seolah-olah tak perasan akan kehadiran antara satu sama lain. Even selalu ada didepan mata, tapi kau langsung tak perasan. Kalau ada sesi bergambar, kau tak cari muka dia. Kau tengok muka kau atau kawan-kawan rapat kau. Dia??

Hanya sekadar watak picisan. Tidak dipandang dan tidak diendah.

Bila ada apa-apa aktiviti atau event yg melibatkan kau dengan dia, dimana kau dan dia perlu work together.. haaaa... Waktu tu kau still tak perasan aura kehadiran dia lagi. Not yet.

Tapi, bila kau ada terserempak dengan dia secara tak sengaja, dia terpandang kau, kau terpandang dia.. Kau still jugak tak endahkan dia. Kalau kau senyum dan dia senyum bila berjumpa, itu pun sebab kau anggap dia kawan, kenalan.

Once bila kau dan dia mula boleh bergurau-senda, bergelak-ketawa, dan sampai satu tahap, kau ada terdetik rasa senang dengan kelakuan dia yg agak kelakar dan charming. Sampai kadang-kadang bila sembang dengan kawan-kawan rapat kau, kau dah start mention nama dia. Padahal sebelum ni, tak pernah-pernah pun.

Yet, kau still tak perasan kehadiran dia yg dah mula bertapak dalam hati dan fikiran kau. pehh. hahaha

Things get more interesting, bila kau dengan dia dah start berbalas sms, ber'ym' dan kau dah start rasa satu perasaan. Tapi kau tak tahu perasaan apa tu. Cuma just macam terasa je.

Dan bertambah lagi interesting, dia seakan caring dengan kau. Mungkin perasaan kau je. Dia tak pun. Well, nak buat macam mana? Hati kau dah mula suka. So, setiap perbuatan dia memang akan meninggalkan kesan lah kan??

Mula-mula perkara yg dilakukan untuk kau, tak kiralah dia tolong belikan makanan untuk kau *even sebenarnya kau yg minta dia tolong belikan , tanya kau sihat ke tak, apa-apa lah perkara yg membuatkan kau dah kenal perasaan yg bermain-main di hati kau. haaa.. That's it. Waktu tu memang dah confirm kau suka dia. Cuma kau kuat-kuat menafikan kenyataan tu. Yelah, baru sangat nak suka dengan dia kan.

Perbuatan dia, percakapan dia yg kemudiannya, terus-terusan mengusik hati, jiwa dan fikiran kau. Kau cuba lagi nak tolak dan tolak perasaan tu.

Panggilan nickname dah mula berubah. Dulu panggil nama biasa yg kawan-kawan selalu panggil. Sekarang dah tukar. Kalau tak tukar pun, dia ada bagi nickname untuk kau. 

Perasaan kau? Tentulah berbunga-bunga. 

Lepas tu, dari berbahasa 'aku' 'kau', dah start guna nickname je. Tak pun 'saya' 'awak', tak pun 'orang' 'awak'. haaa..

Kau tak nak benda tu berubah, tapi automatik ter-ber-ubah sendiri. You can't help it. Setiap perbuatan, kelakuan dan kata-kata dia tersangatlah mengusik jiwa kau.

Walaupun perkara yg dia buat tu sebenarnya sedikit-sebanyak ada mencalarkan hati kau, tapi kau butakan mata. Kasi ubat cepat-cepat tutup calar tu.

Hanya satu perkataan yg simple

"sihat?"

Kau rasa macam dah nak pengsan. haha. Tak lah. Maksud aku, hati kau dah berbunga-bunga macam musim bunga tu. 

Bila kau lalu laluan yg dia selalu lalu *pe banyak lalu daaa, mata kau mesti melilau-lilau. Tak ketara pun coz kau pandai cover. hehe. Tapi bila dah terjumpa, kau tersengih-sengih malu.

This time, memang kau tak boleh nafikan yg kau, have a crush on him!

Pesanan aku, kalau boleh, jangan terlalu terbuai dengan perasaan yg macam ni. Kau suka, tapi kau sakit. Lagipun perasaan macam ni, sebelah pihak je. Tapi apa-apa pun, it's worth trying kan?

No worries, dia takkan tahu pun feeling kau terhadap dia coz having crush on someone, you determined to hide it melainkan kau sendiri pergi beritahu dia. 

Hebatlah kalau kau nak buat statement berani mati, 'aku suka kau' kat dia. pehhh. Meh kasi sikit keberanian tu!! hahaha


ni lah yg mungkin akan terjadi bila kau cakap
'aku suka kau'!

pic kredit to mis-comp





p/s: mesti korang tengah terbayang someone kan?? haaaa.. hoho


8 comments:

kei said...

haha sama ape yang aq rse.. sometimes haha ;)

Pejalan Kaki said...

haha...tetiba tringat mat lutfi bila bca 'picisan' kt dlm entri ko ni weh..haha

Anonymous said...

wow..like it :)

hana_aniz said...

kei: hehe. perempuan sama je kot rasanye.

pejalan kaki: dia ckp apa psl picisan?

anon: hehe. thanks! :)

NuRuL ADiBaH said...

aduyai niza...
aku sengih2 bace entri ni...
*pengsan!

(hahahaa..)

hana_aniz said...

hehehe. memang sengaja wat ko pengsan weh!!

Nurul Ain said...

dah lame takde perasaan mcm ni..hahaha

hana_aniz said...

hahaha. bila yg terakhir ada perasaan tu??

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik