UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Jun 29, 2011

ALLAH pelihara mereka. Allah panjangkan umur mereka. Syukran ya Illahi!

Salam.

Sangat-sangat bersyukur ke hadrat Illahi..

Ahad lepas, family aku kemalangan masa on the way turun ke ipoh dari cameron highlands. Waktu adik aku call, aku kat danau tengah bersiap-siap nak balik. Adik aku call dalam keadaan nangis-nangis.

Aku yg elok tak nangis, terus sebak. Bila dia cerita mereka semua ada accident, ya Allah.. Aku rasa macam jantung aku berhenti sekejap. Macam-macam perkara tak elok tiba-tiba terlintas kat fikiran ni.

Adik aku Mira cerita serba sedikit apa terjadi. Kereta yg abah aku pandu terbabas. Nasib baik tak terbalik dan terjatuh ke longkang@gaung besar. Kereta terlanggar divider batu. Kemek bahagian pintu belakang. Adik aku Sakinah yg duduk bahagian situ, alhamdulillah tiada kecederaan parah. Tapi bengkak bahagian rusuk dia. Pucat muka dan tak larat nak bergerak Mira beritahu.

Waktu turun dari Cameron tu, hujan renyai-renyai. So, jalan pun licin. Dapat pulak pandu laju dalam keadaan turun bukit tu. Abah aku rasa dah lain macam masa lalu selekoh. Sampai satu masa, abah hilang kawalan dan brek mengejut.

"Allahuakbar!!" abah jerit.

Adik-adik aku yg tertidur dekat belakang, terjaga. Semua menjerit. Masa brek mengejut tu, Kereta terlanggar divider batu dan langgar kon plastik tu. Hancur habis kon tu. Nasib baik ada kon tu. Dia perlahan kelajuan kereta. Masa dah langgar, abah belok stereng kereta. Berpusing-pusing kereta adik aku cerita. Tayar depan habis patah dua.

Dah dapat berhenti kereta,

"Anak-anak mak semua ok?? Abah?? Ya Allah...!" mak aku menjerit kerisauan. Along, dan adik-adik macam terpinga-pinga.

Abah cepat-cepat suruh semua keluar dari kereta pergi lari kat seberang jalan yg macam hutan tu. Takut ada kereta lain dari belakang pandu laju. Kelam-kabut semua lari keluar.

Alhamdulillah. Masa kemalangan tu, tak ada kereta lain kat jalan tu. Hanya mereka. Kalau ada kereta lain, mahunya ada kemalangan jiwa. Pertembungan dua kereta. Nauzubulillah!

Aku dengar adik aku cerita ni pun dah rasa ngeri.

Ada sebuah kereta yg dipandu orang India berhenti tepi jalan. Baik lelaki tu tolong dan tumpangkan mak aku, Sakinah dan adik aku yg bongsu.

Elok je mak aku pergi, ada empat biji motorsikal berkonvoi. Waktu tu tak sempat nak buat apa-apa, semua motor tu pun accident sekali. Along, Mira dengan Athirah dah menjerit-jerit takut tengok orang tu melayang dari motor dia *motor yg pertama (ketua kot). Motor ke-2, ke-3 dan ke-4 jatuh berlanggar sama sendiri. Nasib baik tak ada yg cedera parah. Luka berdarah-darah. Empat orang yg tunggang motor dah berguling-guling ke seberang jugak tinggalkan motor bergolek-golek tengah. huuu~

Lelaki yg tunggang motor tu kata, jalan berminyak. Ni mesti accident yg sebelum-sebelum ni. Minyak tumpah atas jalan raya. Dah lah licin sebab hujan, bertambah licin dengan kesan minyak.

Done with the story. Itu yg adik aku cerita. Ada lagi yg lain, tapi tak apalah.

Alhamdulillah semua selamat. Nasib baik kereta proton saga tu kereta lama. Besi nya keras. Dari segi keselamatan memang sangat bagus. Apa-apa pun, bersyukur pada Allah yg masih memberi peluang pada orang-orang yg aku sayang bernafas di bumiNya.

Masa balik rumah hari tu, rasa tercarik-carik hati aku tengok keadaan mereka. Masing-masing rasa sengal-sengal badan. Abah jalan terhencut-hencut, dada dia sakit terhentak kat stereng. Bahu mak sakit, tangan tak boleh nak angkat sangat. Kesian kat mak dan abah. Kesian juga kat adik-beradik aku yg lain..

Tak boleh nak bayang kalau perkara yg lebih buruk terjadi!!



Ni antara gambar keadaan kereta yg sempat kakak aku snap


tayar yg dah terpatah


divider batu kuning tu


tu ayah aku. kon oren yg habis hancur.

3 comments:

Farhan Ismail said...

teruk jugak tu...nseb baek smua oke... ek aku nak share ngn ko... klau nak doa panjang umur kt family doa mintak sihat sekali.. agar mereka panjang umur dalam keadaan sihat... insyaallah... :)

hana_aniz said...

alhamdulillah tiada kecederaan serius.

thanks paan. :)

cleo said...

masya-Allah.....kalo tgk gmbr je memg bayang ap la gamaknya jd kt org lam kete tu..hmmm...

alhamdulillah xde yg hilang nyawa..moga Allah bg ksembuhan kat family ye..

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik