UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Jun 14, 2011

suka duka kehidupan mereka.

Salam.


Hari ini aku tambah lagi koleksi-koleksi cerita suka duka kehidupan orang-orang yg berpengalaman. I mean, orang-orang tua yg dah lama merasa asam garam kehidupan.

erkk. Kenapa ayat aku lain macam sangat?? pfftt!!

Aku suka duduk bersembang dengan kalangan orang-orang dewasa ni. Banyak cerita yg aku dapat. Seronok. Semua based on pengalaman mereka sendiri. Kalau sembang dengan orang yg baya-baya aku ni, cerita terkini je yg kita dapat sembang. Seronok memang seronok. Tapi tak sama dengan feel nya berbanding duduk bersembang dan dengar orang-orang dewasa bercerita.

Kalau balik kampung, aku suka menyibuk dengar mak dan mak-mak saudara lain menyembang. Tapi kalau duduk dengar opah bercerita, paling aku suka! Sangat faveret kot. Cukup pasang telinga, macam-macam cerita boleh dapat. hehehe. Siap cerita hantu pun ada. Seram seh. Cerita cinta pulak, pehhh. Sweet giler! hahaha.

Hari ni aku dengar satu cerita tragis. Gila tragis. Kalau perkara macam tu berlaku pada aku, serius. Aku tak tahu macam mana nak hadapinya.

Tak perlu aku cerita kisahnya. Cukuplah suatu masa dahulu dah gemparkan Malaysia. Paling gempar, UKM sendiri. Kisah ini kisah yg sangat pahit.

Kadang-kadang kisah lama lebih baik dikekalkan lama. Tak perlu diulang-ulang lagi. Pasti akan menoreh kembali parit luka yg lama. Aku yg tak berkaitan ini  pun, terasa sakitnya. huu~

Moral lesson yg aku dapat dari kisah yg diceritakan tu,

'Jangan biar nafsu menguasai diri. Ingatlah orang yg tersayang.'
'Cinta obsesi membunuh.'
'Setiap niat dan perbuatan, ada sempadannya.'

Mungkin didunia ini kita dah terima hukuman setimpal dengan kesalahan yg dibuat. Tapi akhirat? pehh. Lagi berat kot. Lebih-lebih lagi kalau tak pernah nak bertaubat. Nauzubillah..


haih.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik