UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Oct 3, 2010

cuak+gelabah

Salam.

Hari ini, memang hari yg menguji kekuatan mental aku. Sangat cuak ok??

Ceritanya begini...

Aku dan seorang kawan, Rady (membe pompuan) bonceng moto pergi ke Metro Kajang selepas buat survey kat ktm UKM. Survey pasal teksi. Tak payahcerita pasal survey. Tak best pun.

Ok, back to the story. Dalam perjalanan balik tu, laluan kt kajang tu semuanya jenis one way. So, tengah elok susup sini susup sana (maklumlah, motor kan boleh menyelit-nyelit), ada kereta mewah jenis cm BMW keluar dr satu simpang kiri aku, nak menyelit masuk. Pehhh!! Nasib baik tak terlanggar!! Punyalah aku nak elak kereta dia yg besar tu belah kanan, and kereta waja sebelah kiri. Memang betul-betul menguji skill bonceng motor aku.

Alhamdulillah, aku berjaya mengelak dengan baik tanpa tersentuh dgn mana-mana kereta. Cuak membe aku bonceng dgn aku kat belakang. Tapi, serius. Memang aku bengang dgn kereta yg tetiba je keluar dari simpang tu. Huu.. Allah panjangkan umur aku. Syukran ya Allah.

Yg paling buat aku cuaknye, masa dah lepas saat-saat genting tu, aku belok ke satu simpang kecik. Jalan short-cut. Aku terdengar orang hon. Masa tu aku ingat, siapa je hon. So, aku dgn Rady buat bodoh je la. Tapi, bunyi hon tu semakin menjadi-jadi dan kuat bunyinya. Ada pula, kereta tu betul-betul belakang motor kitorang. Terus aku rasa lain macam.
"Haniza, kereta yg hon tu, kereta tadi la!" kata Rady cemas. 
Sumpah! Terus aku menggeletar. Macam-macam yg aku fikir. Aku fikir semula apa kesalahan yg aku buat dekat kereta tu. Aku ada langgar kereta dia ke? Tak ada! Tak tersentuh pun langsung! Aku tunggang motor kat lane salah ke? Tak! Itu memang lane aku!

Aku try belok sini belok sana. Nak confirm kan betul ke kereta tu ekori kitorang. Sah! Kereta tu ikut kitorang dari belakang. Siap hon kuat-kuat sepanjang masa. Cuak, gelabah, cemas n takut semua ada. Rady suruh aku buat bodoh dan cuba lari dari dia.

Tapi, bila aku fikir balik, kajang tu dah la pekan kecik je. Pusing-pusing tempat yg sama. Kereta tu boleh tunggu mana-mana simpang untuk tahan kitorang.

Aku fikir lagi, kalau aku balik ke UKM, jalan nye lg bahaya. Jalan straight je. So, probability untuk kereta tu tahan kitorang sangat tinggi. Tak pun jadi kes langgar lari.

Fikir lagi. Kalau aku berhenti ikut kemahuan kereta tu even kat tempat terbuka tu, confirm ke ada orang yg akan bantu kitorang? Area situ banyak bangla, endon, india n cina. Kalau ada melayu pun, belum tentu akan bantu kitorang.

Teringat kata abah aku. Kalau jadi apa-apa yg melibatkan stranger, yg ekori dari belakang, cepat cari tempat selamat. Tempat yg sangat public macam hospital n balai polis. Waktu tu, aku buat keputusan nak settle kat balai polis. Nasib aku baik coz balai polis memang dekat situ.

Sebelum nak masuk balai polis tu, ada lampu isyarat. Kebetulan lampu merah. Erghh.. Kereta tu still lagi hon-hon kat belakang. Semua kenderaan yg ada pandang pelik. Kitorang makin giler cuak. Dalam hati aku, nama Allah je yg dizikir-zikirkan. Risau. (manusia bila susah baru nak ingat Tuhan. Ampunkan kekhilafanku Ya Allah...) Macam-macam ada dalam fikiran aku. Aku ni dah lah perempuan. Sudah la banyak kes bunuh-bunuh kat media sekarang. Kes culik, kes dagang manusia... Takut! Huu.. Adakah aku berfikiran negatif?

Tak kan? Aku lebih bersikap hati-hati. Dunia sekarang tak seselamat macam zaman mak-mak kita muda dulu. Zaman sekarang zaman jenayah. Kes bunuh orang tu macam bunuh semut. Mudah dan terbuka. Kes rompakan pun sama. Dah lah buat kesalahan merompak, boleh bunuh orang pulak lagi. Kes tetak. Dalam masjid pun boleh tetak-menetak. Ya Allah.. Betapa zaman kini dah berubah.

Kembali semula.. Elok je aku masuk balai polis tu. Kereta tu hon kuat sekali lagi. Aku assume, dia akan masuk balai polis jugak. Ternyata, assumption aku salah. Tapi instinct aku betul. Kereta tu tak masuk pun balai polis tu. Dia blah macam tu sahaja. So, siapa yg salah sekarang ni??

Alhamdulillah. Kemenangan itu terletak pada orang yg benar.

Lama jugak aku kat balai polis tu. Risau kot-kot dia tunggu kat mana-mana simpang. Aku suruh membe aku pergi tengok kereta tu di sebalik pagar balai polis. Aku suruh dia tengok kereta jenis apa, nombor plat dan siapa yg drive. Tapi, aku terlambat. Huuu... Silap aku. Time before masuk simpang balai polis tadi, bukannya nak tengok. Erghh.. Dikuasai emosi takut, tertutup segala pemikiran rasional.Tapi nasib baik aku terfikir nak pergi balai polis tu. Kalau tak... Tak tahu lah apa yg jadi. Nauzubillah.

Pegawai polis yg jaga bahagian pondok pengawal tu panggil-panggil kitorang. Mungkin perasan dengan muka cuak kitorang kot. Sangat obvious kot. Siapa je lah yg tak perasan? Kitorang pun cerita apa yg terjadi kt abg polis tu. Dia siap tolong g check kalau kereta tu ada ke tak. Akhir pesanan dia, bawak motor hati-hati. InsyaAllah tak ada apa-apa terjadi. Terasa sedikit lega.

Aku bawak motor dalam keadaan separuh cuak. Tapi, masuk je pagar UKM, alhamdulillah.. Aku rasa tenang. InsyaAllah kami dah selamat. Huuu~


Persoalannya...
Kalau korang kat tempat aku, apa yg korang akan lakukan??
Lelaki dan perempuan, tindakan nya berbeza. Soalan ni khas untuk perempuan. Tapi kalau lelaki nak bagi pandangan, silakan. Dialu-alukan.


Terasa tak ke'cuak'kan nye?? Aku still rasa cuak lagi ni.

4 comments:

Qisya said...

niza2. ak yg bce ni pon da cuak weh. seb bek korg slmt.

ieda said...

haniza, takutnye aku baca! wuu. eyy bawak motor elok2 n jaga diri. betol dah ape ko wat, tapi takutnyee. huu. tke care!

Ezuan Saad Ali Hussein said...

klu laki, fight 4 ur right :p
klu pompuan, apa yg ko buat tu satu tindakan bijak :)

hana_aniz said...

qisya: huuu.. alhamdulillah kitorg selamat.

ieda: huhu... aku pn takut sgt weh.. insyaAllah aku akn lebih berhati2. thanks syeeda! huhu

awan: thanks awan! tu je yg aku leh fikir time tu. yup. lelaki pasti akan face to face. perempuan x berani. huuu~~

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik