UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Oct 30, 2010

Single? Mmm..

Salam.

Ada satu hari tu (tak ingat tarikh apa), aku terlebih rajin pergi usha-usha fb manusia yg berstatus single. Hahaha.. Tak ada kerja kan??

Alasan? Aku nak tahu macam mana rupa orang yg masih berstatus single. Hensem? Cun? Boleh tahan? Errr.. tak hensem or tak cun?? (tak perasan diri sendiri ni masih berstatus single).

Ada satu guy ni. Kawan kepada kawan aku. Dia ni memang sangat hensem dan masih single. (tengok lelaki jer Haniza ni. perempuan tak nak tengok pulak!) hahaha.. relax. relax. Aku ambil dia sebagai contoh je. Heee.

Kenapa aku pilih si mamat ni? Aku pilih dia berdasarkan sumber-sumber yg aku dapat dan aku cari. Muahahaha.. Mood penyiasat sudah kembali.

Nak aku letak gambar dia? Hoish! Mahu nye dia saman aku nanti, macam mana? Dapat pulak dia tuduh aku stalker ke apa. Haaaa.. (tapi, apa yg aku buat ni cam stalker gak kn?) ahhh. Biarkan. Persoalan yg bermain kat kepala aku pasal isu single ini lagi penting. huh.

Setelah ditelek-telek, memang this guy ramai gilerrrrrrrrrrrrrr peminat perempuan. Haaa.. penekanan pada perkataan 'gilerrrrrrrrr' di sini. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab dia ada 2 account fb. Haaa. Giler tak giler. Dia ni nak kata model ke artis ke, hish. Tak la. Kalau tak, mesti la aku kenal dia. betul tak?? Umur pun takat 22 tahun je weh. Tapi, dia dah popular kt fb. 1st account dia, friends dia mencecah hingga 4k lebih. Haaa.. Sebab ramai sangat kot peminat dia, dia buka lagi satu akaun. Ada puluh2 je. Tak sampai ratus pun. Aku tahu ni sebab seperti yg aku cakap tadi, dia adalah kawan kepada kawan aku.

Persoalan aku sedikit berubah daripada isu single ni. Aku tertanya-tanya, kenapa perempuan yg tak kenal dia.. Sanggup add jadi friends. Lepas tu, post kat wall dia,

'thanks 4 approving me'

'keep in touch'

'u orang mana?'

'hai, apa khabar?'

Mmm.. Desperate sangat ke nak kenal orang yg kita tak kenal sebabkan dia hensem sangat? Ridiculous weh!! Nonsense je semua tu. Pergilah tengok kawan-kawan sekeliling. Yg kita kenal hati budinya, tak cukup hensem ke diorang tu? Seriously aku cakap, kawan-kawan lelaki aku semuanya hensem! baik pun baik haa.. Tak tipu ok?

Mmm.. mungkis this guy cukup pakej. Disebalik gaya dia, fashion dia, keterampilan dia, posing dia, 'duit' dia, karier dia yg cukup boleh nak mengorat dengan senang. I mean, karier dia yg begitu hebat bagi aku. Bukan calang-calang orang. Kena very good in English, fluent and duit mesti konfem kena banyak. Tapi, sedar atau tidak, kita tidak nilai dia dari segi agama dia. Aku tak cakap dia ni perangai teruk. Tak langsung. He seems a good guy. Tapi, ini secara luaran. Itu pun aku nilai dari gambar-gambar dia. Tapi, kat belakang, manalah kita tahu kan? Mmm..

Berbalik pada isu single. Aku tertanya-tanya. Nape still single? Terlalu memilih ke? Memilih yg macam mana? Yg sekufu? Sama cantik sama padan? Atau sama kaya sama pangkat?? Atau pilih yg boleh bantu ke jalan yg lebih lurus??

Aku tanya pulak pada diri aku. Nape masih single? Terlalu memilih juga ke? Eh.. Tak! Aku tak memilih. (ok. aku tipu sikit.) Lagipun, aku bukannya kategori lawa. Cun? Lagilah jauh panggang dari api. So, aku tahu dimana tempat aku berdiri supaya diri ini tak ibarat 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'.

Kamu yg single. Kenapa masih single? Memilih juga ke?? (ini soalan pada anda yg sedang membaca. khusus pada yg masih single)

Tak salahkan memilih? Aku nak cari bakal suami terus. Senang. Tak payah nak pening-pening kepala cari lain. Lagipun, umur baru 20 tahun. Banyak lagi perkara nak kena fikir weh. Heee. Belajar pun tak habis lagi.

Ada pula sesetengah orang tu,

"Boyfren aku Abu, Suami aku nanti Mamat kot."

Eh, eh. Boleh macam tu ye?? Oh.. Dengan Abu tu sekadar nak berseronok ke?? Mmmm.. Wondering...

Still. Persoalan ini aku tiada jawapan. Pffft!!


Err.. Awak nak bagi bunga tu kat saya ke??
Weee~~

Terasa hidung berdarah. Waaa







p/s: harap maklum. Gambar-gambar itu sekadar hiasan. Huu..


8 comments:

Anonymous said...

kawan-kawan lelaki aku semuanya hensem! baik pun baik
aku sgtlah suka statement ni~ ^^

-kawan ko-

hana_aniz said...

hahaha.. kawan aku? siapa? baik beritahu nama ko. kalo x, x nk aku ngaku ko pn hensem.

cleo (クレオ) said...

ahahahaha ~

adoi...ad gak org nk tmpil ke dpn mnyukai statement tu..wahaha =P

hana_aniz said...

hahaha.. tau xpe. heee

almuary89 said...

sy pun sangat menyukai statement tersebut!!!!thank you...hehehehe

hana_aniz said...

ngok ngek nye piee. hahaha

nani said...

sumpahhhhhh.....hensem gileeerrrrrrrrr!!!!!nyesal x ngort wktu dlm pewut mak dlu...hahahaaaaa...(ak sgt gle..)

hana_aniz said...

hahahha.. hensem gilerrrr kn? huuu..

jgn bgtau sape orgnye. shhhhh

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik