UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Mar 10, 2011

bad teeth day 4 + paranoid

Salam.

Terkejut? Ya. Ini appointment aku yg ke-3 dengan cik dentist. huii~

Aku nak cerita pengalaman aku pergi appointment ni. Pasal gigi, skrol down banyak-banyak baru leh jumpa. Entri ni sangat panjang. Kalau ada kesungguhan dan komitmen, sila baca. Apa-apa pun, terpulanglah.

Kali ni, aku gerak hanya keseorangan kerana memikirkan tak mahu lagi menyusahkan orang lain. Lagi pun, Haniza dah besar. Tak payah nak berteman-teman lagi dah. haipp!!

Bila gerak sorang-sorang ni, aku bukan berani sangat sebenarnya. Muka je nampak macam kental giler. Tapi, hati kecut! Teyy..

Seawal pukul 12.15 noon aku dah naik bus pergi ktm. Kebetulan kuliah Biokimia aku dibatalkan. Naik bus ke ktm UKM, amik tren pergi Bandar Tasik Selatan then tuka naik rel ke Chempaka. Sebelum tu tuka tren di Chan Sow Lin untuk menuju ke arah Ampang. Tak faham? Pergi tengok kat stesen sana nun.

Sampai ke stesen Chempaka, dalam pukul 1.15 pm. Bajet nak naik rapid pergi MPAJ, yelah.. Jimat sikit duit aku. Tapi aku rasa macam lambat sangat nak tunggu, terpaksa la naik teksi. Terbang dah duit RM3.50. haihh.. Kalau beli coolblog pun lepas.

Memandangkan terlalu awal aku sampai coz appointment aku pukul 2.00, siap kena halau dengan akak guard bangunan USIM tu coz datang awal sangat.. Aku pergi jalan-jalan dulu ke pusat membeli-belah Pandan Kapital. Sebelah je dengan MPAJ tu. Masuk-masuk je, aku terus mengutuk bangunan tu. Tak serupa pusat membeli-belah. Suram dan seram. Jual apa je lah dalam tu. Farmasi pun tak ada. Yg banyak nye, jual fon n makanan. Semua orang kat dalam tu, I mean pelanggan yg datang pun semua orang yg dah kerja.. Bosan betul! Tapi yg impress kan aku gila-gila.. Ada ayam uncle Bob weh!! hahaha.. Faveret kot. Selalu jumpa kat pasar malam je.

Pusing banyak kali dah aku kat dalam tu. Motif nak cari tandas dan surau. Ya.. Tandas pertama aku nak pergi, ada belakang food court floor 2. Tapi aku tak berani lalu situ coz ramai orang tengah makan. Aku jenguk kepala kat situ je, majoriti yg ada kat food court tu berhenti makan pandang aku. Pehh. Tak tahu lah aku paranoid sangat ke apa. Tapi memang buat aku tak tenteram. Cepat-cepat aku patah balik. Then, dekat 2,3 kali aku tawaf bangunan tu, jumpa la tandas celah-celah bangunan tu. Area floor 1. haih.

Tanya pulak acik cleaner tu kat mana surau. Dia cakap ada kat parking basement. haih. Kecuakan aku bertambah. Yelah. jalan nak ke basement tu kena lalu tempat gelap. Risau risau. Ada satu group pakcik-pakcik ngah dok bersembang kat satu gerai yg agak terlindung. Aku lalu, satu group tu pandang. Siap ada sengih-sengih. Aiyooo. Apa lagi. Cuak aku. Ahh.. Tak jadi. Patah balik. Aku sanggup tunggu bangunan USIM tu bukak dari solat kat tempat yg aku rasa tak tenteram. haih.

Pukul 2.00! Ahhh.. Lega berjaya masuk ke fakulti pergigian USIM. Selamat! Solat dulu, then pergi daftar. Next, masuk jumpa cik dentist, terus je rawat gigi.

Appointment kali agak extreme sikit. waaaa... Tiada ubat bius pakai picagari besar lagi tu dah!! Cuak aku weh. Nak menangis pun ada. huuu.. Cik dentist tu sendiri cakap, kali ni memang tak pakai ubat bius dah. Aku tanya, tapi jawapan yg diberi, aku tak faham. Yelah.. Doktor yg cakap, pesakit bukan faham bahasanya. Time nak letak clamp gigi kat gigi geraham belakang, waaa.. Memang sakit! Cengkaman besi clamp tu memang kuat. Dapat pula, terclamp sekali gusi. Nak bercakap tak boleh, just dapat sebut 'ah!' 'ah!' je tanda aku sakit. Cik dentist memang baik.huhu. Sehabis daya bagi aku tak rasa sakit. Tukar jenis clamp banyak kali coz nak sesuai kan dengan gigi aku. But still aku rasa sakit. Sori doktor, saya memang tak tahan sakit kalau bab-bab gigi ni. =(

Then, baik hati Cik dentist bagi aku ubat kebas. Ubat kebas perasa strawberi! hahahaha. First time weh.. hikhik. Memang la tak sedap sebab rasa pahit. Tapi, boleh terima sebab ada rasa, bau dan kaler strawberi. Dalam hati aku,
"doktor bagi ubat kebas kanak-kanak nih." 

hahaha. Ubat kebas ni hanya disapu pada keliling gigi yg nak di'isolate'kan. Still, tak membantu pun. Memang kebas. Tapi, masih boleh rasa sakit. Cik dentist panggil doktor yg bertugas. haih. Minta kebenaran cucuk juga bius kat gigi aku. Tapi dos yg sikit dan hanya bius pada gigi yg nak diclamp tu. Kalau before ni, dia bius untuk keseluruhan gigi bawah kanan. Alhamdulillah.. Kurang sakit dah doktor! =)

Perawatan gigi berjalan seperti yg sebelum nya. Buang yg tampalan sementara. Then, kali ni aku nampak cik dentist cucuk gigi aku dengan jarum yg bermacam-macam saiz. Cuakkk.. Tapi, tak sakit sangat pun. Memang terasa la bila cik dentist cucuk kat gusi. Banyak kali dicucuk. Cik dentist cakap,

"ini untuk saya bentuk semula akar gigi awak"

haa.. Nak bentuk balik akar coz 2 saraf dah dibuang. So, next appointment baru tampal dengan tampalan yg permanent. Next appointment??! Ya.. ada lagi 1 appointment. adehhhh.. Aku berserah je. Asalkan gigi aku baik. wuuu..

Alhamdulillah.. Rawatan gigi kali ni pun berjalan lancar. Aku balik dengan hati yg senang. On the way nak tunggu bus, aku diganggu. =(

First gangguan, aku diganggu oleh sebuat kereta perdana yg tiba-tiba hon aku time tengah menunggu bus keseorang di bus stop yg agak kecil. Lelaki yg drive perdana tu berkepala botak dan macam gempal sikit. Tak tahu la melayu ke apa. Dia hon and tunjuk kat kereta konon nak bagi aku tumpang. Aku memang dah start cuak masa dia hon tu. Lagi cuak bila perdana tu bagi signal ke kiri n  berhenti 10 meter dari bus stop tu. Pehhh pehhh. Aku memang tak dapat dok diam time tu. Takut wehh. Aku sorang pulak tu. Dari duduk, aku terus diri. Konon-konon nak lari kalau dia datang. Lari pergi restoran mamak ke belakang bus stop tu. Or tak pun lari tengah-tengah jalan besar tu. Aku peduli apa! Standby.. Maintan.. Tarik nafas.. Dekat 10 minit dia berhenti. Nasib baik driver tu tak keluar. Lama-lama tu dia blah. Phewwww.. Terhenti-henti jantung aku cuak punya pasal.

Kenderaan yg lalu-lalang kat jalan tu biasa la suka phewit2 kat perempuan kan. So, tu aku memang tak kisah langsung. Ada la dalam 15 min pas tu pulak, 2nd gangguan yg buat aku takut lagi. Kebetulan ada orang lalu-lalang kat bus stop tu. Ada pak cik mana entah tiba-tiba berhenti depan aku. Wehhh!! Muka miang tu memang tak yah aku cakap la kan. Sangat geli dan rasa menyampah! Time tu aku dengan dia je kat bus stop tu. Nak berkurang ajar, aku takut pak cik ni makin agresif. 

"Hai adik. Sorang je ke?" aku diam. Still maintain kat situ. Dalam kepala, macam-macam dah aku fikir nak buat apa kalau-kalau pak cik ni serang aku.

"Adik nak pergi mana?" maintain Haniza.. Aku time tu memang sangat cuak dah. Muka cuba tunjuk sehabis tenang.

Lega sikit bila aku tengok pak cik tu nak pergi. Dia perasan aku tak layan dia. Muka dia pun aku tak pandang. Buat-buat tak nampak ada manusia depan aku.

Elok dia jalan, tiba-tiba dia berhenti! Jantung aku pun terhenti jap! Ahhh.. Bangang ke pak cik ni!!

"Assalamualaikum.." eh eh. Baru kau reti nak bagi salam? Nada salam dia bukan nada 'bye2' tapi lebih kepada nada 'hai2'.

"Adik sekolah lagi ye?" pak cik tu gerak sikit ke arah aku. wehhh.. Ni memang aku keluar silat gak kang. Cuak-cuak aku pun, tak rela aku kena kacau banyak gitu.

nipu benor le muka aku macam budak sekolah!
Memang masa dia nak dekat tu, aku buat muka terus!! Tak jadi nak bertenang dah. Muka memang ketat habis aku tunjuk.

Selamat.. Dia tetiba blah. Tak tahu sebab aku tunjuk muka ketat or ada orang lain menuju ke arah bus stop tu. Tapi pape pun. Setinggi syukur aku panjatkan. Ya Allah.. 

Kan aku dah cakap yg aku ni penakut??!!

Rasa takut dan cuak aku beransur kurang bila dah dapat naik tren dan jumpa dengan sorang adik kecik ni. Perempuan. Umur lebih kurang 3 tahun. Muka ketat aku sepanjang dari bus stop ke stesen Chan Sow Lin terus hilang bila tengok keletah budak tu. Senyum terus. Pengubat keresahan. huhu.. Keletah dia mencuit hati aku. Mula-mula jumpa kat stesen rel cempaka. Tapi nampak macam pasif. So, aku tengok gitu-gitu je. Kebetulan jumpa kat Chan Sow Lin, tengok dia bye-bye tiap kali tren yg datang dan pergi. hahaha. Serius comel. Alhamdulillah, sangat lapang dada aku time tu. 

Balik ke ukm dengan hati yg secure. =)





p/s: sumpah tak nak pakai beg sekolah pergi jalan sorang-sorang lagi dah. Taubat!

8 comments:

lilix said...

haish niza..ko ni pon satu,bwk beg ko tuh..mane taknyer..
ish,takot ak bce entri ko ni, bkn sbb rwtn gg tu tp sbb kene kaco..kalo ak la,adehh..xtau la..

ɳυɾҽȥȥαƚყ ʝαʅαʅυԃιɳ said...

gile la ko nehhh. gi sorang2, seramm weh.

alhamdulillah ko selamat.:)

hana_aniz said...

lilix: selalu aku bwk, ok je.. :(

mek ty: huhu.. ko tak mo teman. wuuu.. alhamdulillah tak ada apa2 jd. :)

~Nurul~ said...

mmg ad muka dak skolah..hehehhe

cleo said...

haa..dah2 niza..next appntment xyah gi sorg, xyah g nek tren segala..kita g skali..aigoo cik kak ~

Mohd Herie Farish said...

muahaha, first time herie tengok jarum tu pun herie terkejut... tapi kan, kalau dia bagi bentuk semula akar tu, kire memang bagus la untuk future, kalau tak nanti, tak pasal2 kena treatment lagi sekali... huhu

p/s: nanti mai kuantan jadi patient herie!! :D

yana said...

wehh, panjang nya entry kau niii. tp yang paling aku focus ialah gmabr! :P

hana_aniz said...

herie: haha. kalo mau patient, calling2 ok? ;)

yana: hahahaha. time form 2 weh. caca yg snap.

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik