UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Apr 10, 2010

Mak Abah

Since dari rabu aku balik rumah sampai la jumaat. Wahh.. Sangat gembira balik rumah!
Gembira sebab apa? Mestilah sebab bertemu dengan famly tercinta!! Tapi, Mira tak ada kat rumah. Sedang final exam di matrikulasi. Doa aku, moga dia diterangkan hati dan dipermudahkan untuk menjawab. Aminn..

Macam biasa kalau balik rumah je, mesti tv 24 jam! Hahahaha..
Teruk kan? Anak sape la tu. Huhu.. Tak leh nak elak..

Dan macam biasa juga, kalau abah tak konti petang, maghrib dan isyak di masjid. Alhamdulillah..
Abah masih menekankan kepentingan solat jemaah di masjid tak pun kat rumah. Aku berbangga ada abah macam tu! Berbangga dengan mak juga yang sentiasa menyokong abah. Tapi, sebagai anak-anak, biasalah kalau liat-liat sikit nak pergi masjid tu. Ngee~

Masa nak balik hari jumaat tu, abah n mak cam biasa akan iring aku pulang. Tapi, kali ni aku balik bersama along aku yang kebetulan cuti n konvo kat poli. Mak tahu aku tak sihat, dia bagi 100+. Abah pulak beli air oren twister, faveret kot! Wee~

Haa.. kesayuan melanda hati saat peluk cium mak dan abah.. Waaaa.. Isk. isk.
Hati mana tak sayu kan?
Hati bertambah sayu bila aku fikir sepanjang hidup aku, jarang sekali bersama mak abah. Dari form 1 sampai skang ni, jauh dari pandangan mak abah. Tapi, bila fikir balik, ada kebaikan juga.
Aku dah la jenis yang kuat memberontak. Maaf mak. Maaf abah.
So, bila da berjauhan macam ni, tiap kali balik rumah je. Mesti aku akan try jadi anak yang baik. Bila mak minta tolong, tolong. Bila abah ajak pergi masjid, pergi. Tutur kata pun aku sentiasa berhati-hati, tapi kadang-kadang terlepas juga. Huhuhu.. Ampunkan dosa anis mak, abah..

Sebelum bas bertolak, aku amati satu-persatu wajah-wajah kesayangan aku. Sayu semakin menguasai diri.
Doa aku..

Ya Allah, semaikanlah rasa cinta, sayang dan rindu di dalam hati mereka. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini. Penuhkanlah hati mereka dengan cahaya RabbaniMU yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati mereka dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMU. Ampunilah dosa-dosa mereka. Kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani diriku.. Amin.. Amin ya rabbal 'alamin..

Moga rasa cinta itu milik mereka
Moga rasa rindu itu milik mereka
Moga rasa sayang itu milik mereka
dan
Moga bahagia dan kesetiaan sentiasa memanyungi kehidupan mereka..
Barakallahu lakuma..


Lalala~

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik