Emosi
Emosi. Emosi. Emosi.
Aku asyik taip entri pasal emosi je kan? Mmm.. Maybe sebab aku amik kelas pengurusan emosi kot.. Pulak tu, aku seorang yang kaya dengan emosi. Lalala~
Ok. Jap.. Aku nak keluarkan pendapat kat sini. Eh, perlu ke aku mintak kebenaran? Tak perlu! Dah, abaikan.
Berdasarkan Carroll Izard, seorang theorist.. Dia menyatakan emosi berevolusi seiring dengan evolusi otak. Aku sangat setuju dengan kenyataan dia.
Pengalaman emosi yang kita alami diaktifkan dan diterang lagi bersuluhkan dengan mimik muka. Ada setuju? Still. Aku setuju. Tapi, yang menjadi persoalan aku disini, tak semestinya ekspresi wajah yang kita tonjolkan adalah hasil dari emosi yang terwujud. Mimik muka boleh membawa pelbagai mesej yang tidak semestinya emosi yang dijangka. Ok.. Contoh.
Kita senyum. Tapi belum tentu lagi kita gembira.
Kita menangis. Tapi belum tentu lagi kita sedih.
Bagi pendapat aku, mimik muka yang terjadi yang bukan di bawah pengaruh emosi sebenarnya diekspresikan secara waras. Wahh.. Haniza ke yang cakap macam ni? Dah melalut.. Abaikan.
Haa.. Pendapat aku tu disokong dengan kenyataan yang mr. izard tu keluarkan. "mimik wajah adalah bahagian penting dalam komunikasi interpersonal". Faham kenapa kenyataan aku disokong?
Baiklah. Diberi satu situasi. Haniza (bukan aku. saje je tulis nama buat contoh) baru je putus cinta dengan kekasih hati (contoh je k? x de kaitan dengan hidup atau mati. fullstop!). Sepanjang dia putus cinta tu, memang dia jadi pemuram. Semua orang agak notice. Yang paling cannot go, kekasih hati dia ni, ada awek baru. Baru je 3 hari clash, da ada awek lain. So, Haniza ni berkeputusan la nak tunjuk gembira. Yela, takkan nak mengharap pada yang tak mahu kan? Jangan jadi hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Lagipun, kumbang bukan seekor. Bunga bukan sekuntum. Eh, eh. Melalut lagi. Ok. Fokus. So, haa.. macam tu lah. Hahaha.. Tak semestinya kita tersenyum menandakan kita gembira. Macam ibu bapa kita. Dalam keadaan mereka bergembira, tersenyum ketawa segala. Tapi masih ada dihati mereka perasaan risau dengan keadaan anak mereka di perantauan.
Kalau dalam keluarga yang kurang mampu (aku tak suka perkataan miskin.), bapa nak beli beras seguni pun fikir 2,3 kali. Nak penuhi kehendak anak-anak pun payah. Apatah lagi kehendak diri sendiri. Sedih. Memang sedih. But still, masih mampu tersenyum. Hanya dengan senyuman, hilang segala duka. Diri jadi positif, orang sekeliling pun positif. That's why orang kata, senyum itu sedekah.
Itulah yang aku maksudkan dengan waras. Individu tu da fikir baik buruk tatkala nak ekspresikan mimik muka.
Nak menangis, tapi takut orang lain pun turut bersedih.
Nak senyum, hanya untuk menggembirakan orang lain.
(Apa salah nye berkorban kan?)
Ok.. Malas nak melanjutkan lagi coz aku tahu. Confirm nanti melalut je lebih! hohoh...

p/s: entri yang aku sendiri je yang faham kot.
Comments
so aku da pandai le kot wat keputusan dlm hidup kot wahaha
pss niza sedap lagu nsyid
Muhasabah cinta ea,, hehe =)
bez kn lagu ni?
mmg ko wat lawak la niza..huhu
jenuh aku cri ko td..aduii..hoho
(gurau jekk)
srngal
ah ah, msyuk kalbu beb lagu tu ehe, erm n back groung pon smart, simple n mudah bace , x serabot ehe, weh apesal lirik ko tulisan gelap
Post a Comment