UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Apr 20, 2010

Again.. Emosi.

Geram. Sakit hati. Kecewa. Bengang. Semua bercampur aduk. Hampir bertukar menjadi marah nampaknya.. Perlu aku beritahu reasons nye? Mmm.. I don't think so.

Kalau aku sakit hati sangat-sangat, aku prefer utntuk tidak bercerita. Sebab:
1. Aku akan buka keaiban orang lain.
2. Akan lebih menambahkan rasa sakit hati dekat hati aku yang memang sedia agak sakit ni.
3. Tidak mendatangkan hasil apa-apa. I mean, bukan boleh lega sangat pun.

Just that, aku akan cakap banyak kali la yang aku sakit hati. Bengang dan semua-semua. Secara automatik, orang-orang yang ada sekeliling aku pun sakit hati.. I am so sorry. Tiada niat pun.. Huhu..

Dan.. Kalau aku rasa sakit hati, aku takkan balas apa yang 'orang' tu buat dekat aku. Yeke? Yup! Ni lah totally brand new Haniza. Yeah. Kalau zaman sekolah dulu, siapa yang buat aku sakit hati.. Haa.. Dia pun kena sekali tempiasnye. Memang kaw-kaw la. But now, it will not likely to happen. I won't let it happen. NO!!

Ok. Try to be neutral..
Come on emosi marah..
Come on..
Bertukarlah anda..
.....................................
...................................
..............................
.........................
....................
...............
.....Access GRANTED....

Lalalala~ Aku dah ok. Hahaha... Macam orang tak betul pun ada kan? Biarlah. Asalkan aku ok.
Seriously, aku tak suka perasaan yang negatif ni. Siapa je yang suka kan? Semua orang tak suka. Aku? lagi la. Terasa diri ni so so lemah. Reason utama yang aku tak suka pasal marah-marah ni, boleh memutuskan tali persaudaraan. It happened. And i'm not going to regret. Padan muka! Bukan aku sengaja-sengaja ok. Kalau marah sikit-sikit biasa la tu. Kalau 'orang' tu buat kita marah melampau macam mana? Haa..

Malah, sifat marah ini adalah sifat syaitan yang utama. Huhu..

Nabi SAW bersabda maksudnya:
"sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api."
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

"Ketahuilah bahawa sesungguhnya kemarahan itu ibarat bara yang marak menyala di dalam hati anak adam."
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)

Huhu.. Sangat sangat tak suka. Sedih dah tetiba. Kenapa perlu wujud perasaan yang negatif ini terhadap kawan-kawan sendiri? Salah siapa sebenarnya?
Akukah yang tidak dapat mengawal marah?
Atau..
Diakah yang membuat aku marah?

Mmm.. Salah aku ke? Ya sebab tak dapat kawal marah.
Tapi, dah lama aku simpan perasaan marah ni kat dia. Hampir-hampir hilang. But then, it rise again! Ah-ha! Pfff!

Aik? Mahu marah lagi ke?
Cannot.
Cannot.

Mak pesan, "kejayaan anis menentukan masa depan anis tau"
Jap, apa kaitan pesan mak dengan entri ni?
Ada!
Pesan mak neutralize hati anis. Thanks mak! I love u so so much!
Sempat ber'ym' dengan mak petang tadi. Gembira! Wee~ Lalala~

Sudahlah. Entri yang melalut. Pfff.. Ignore.


Tips daripada Rasulullah SAW untuk control marah:
1. Mengucapkan Taawudz (A'udzu billahi minasy syaithoonir rajeem – Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.
2. Diam atau tidak berbicara.
3. Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.
4. Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah




p/s: Haniza suka melalut! Dia da tak suka mengomel sekarang ni.

1 comment:

Ezuan Saad Ali Hussein said...

Assalamu'alaikum...

Lek niza..
byk2kn bsabaq na..

"Sifat pemarah adalah musuh utama akal"-Saidina Ali karamallahu wajhah-

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik