UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Aug 2, 2011

salam Ramadhan al-mubarak

Salam.

Even baru 2,3 hari tak update entri, aku dah rasa macam bertahun je tak update. *cakap konon cam tiap hari je update

Tak sempat aku nak buat ucapan salam Ramadhan. Dah masuk hari ke-2 dah kita berpuasa kan? Ke ada yg still yg tak puasa lagi nih?? haaaa..

Amacam sahur?? Aku tak nak cakap pasal berbuka. Itu terpulang family korang macam mana. You are what you eat.

Ada siapa-siapa yg liat bangun sahur tak? Mesti ramai nih. Habis kena dipaksa-paksa, digesa-gesa, digerak-gerak, baru lah nak bangun. Itupun ada yg bertempik balik pada orang yg tolong kejutkan bangun sahur,

"ngantuklah! tak nak sahur!"

tak pun,

"hishh!!"

tak pun,

"malaslah!"

dan apa-apa lagilah yg boleh buat orang kejutkan itu terasa hati.

Dan paling akan terasa hati, mungkin ibu, kakak, ayah, kawan or siapa-siapa yg tolong susah-payah bangun di awal pagi dan dengan seikhlasnya masak sahur untuk anak-anak, adik-adik atau kawan-kawan.

Ada ke kita fikir tu? Mak masak sedap-sedap nasi goreng kat dapur, dengan harapan anak-anaknya yg 6 orang tu duduk semeja makan sahur. Tapi alih-alih, 2,3 orang je yg ada. Yg lain? Tak bangun kerana melayan dek rasa mengantuk dan malas.

Bangunlah bersahur. Kita semua tahu kebaikan dan keberkatannya.

“Bersahurlah, sekalipun dengan seteguk air.” 
(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

“Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” 
(Hadis riwayat At-Tabrani).

Bukan itu je, bila kita duduk semeja bersahur bersama, ukhuwah antara satu sama lain, insyaAllah bertaut semakin erat.

Baiklah. Enough of mengomel.

So, di kesempatan ini aku ingin mengucapkan

salam Ramadhan buat semua pembaca tegar blog lapok ni. huhu. *terharu. wink2~~

Moga, di bulan mulia ini kita jadi seorang individu yg lebih baik daripada bulan-bulan sebelumnya, dan kekal sehingga ke akhir hayat. huhu.. Aku juga ingin meminta maaf andai kata sepanjang perkenalan kita tak kiralah kenal melalui blog ke, member cyber ke (ym, facebook, twitter n etc), sahabat-sahabat realiti ke.. aku ada buat kesalahan dimana ada yg terasa hati, terkecil hati, tersedih hati, termarah hati, eh. ahhh. Apa-apa aje lah yg boleh menimbulkan emosi dan perasaan negatif korang pada aku. I am truly, madly, deeply sorry. Aku sebagai manusia, tak lari melakukan kesalahan. Tak sempurna. Jadi, maafkanlah aku..



ok. Kawan-kawan.. Jom 'gemuk'kan puasa kita!!



rujukan hadis: iluvislam.com

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik