UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Aug 29, 2011

Salam Aidilfitri

Salam.

Alhamdulillah, selamat sampai rumah dengan lancarnya.

Perasaan??

Well, semua pun boleh tahu apa perasaan orang yg dah lama tak jumpa keluarga tercinta kan?? *sedikit sarkastik disitu

InsyaAllah, lagi sehari kita akan sambut bulan kemenangan, bulan Syawal. hukhuk.. Sekejap je kan. Pejam celik je.

Nak minta maaf selalu payah kan? Seganlah katakan. So, aku gunakan peluang yg ada ni, sebaik-baiknya. Dikesempatan ini.. Aku ingin memohon ampun dan maaf seikhlasnya atas segala perilaku dan ucapkata yg sering buat korang semua terasa. Bicara dan kelakuan aku memang kadang-kadang terkasar sikit, tapi ketahuilah weh.. Hati aku bukan macam tu. wuuu~~

Pada yg dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, aku doakan moga selamat sampai le destinasi. Amin..

Setiap detik yg berlalu, pasti akan ada kenangan dan memori yg tercipta. Hidup ini singkat, marilah kita sama-sama hargai peluang yg ada. Bahagiakanlah orang-orang yg kita cintai dan kasihi..*ayat iklan

hahaha. oh!

Jumaat lepas, hari jadi mak aku. em.. Tak tahu nak bagi hadiah apa. Kalau nak bagi material, mak selalu sangat dah dapat daripada along n mira. emm..

Akhirnya aku berkeputusan nak hadiahkan mak sebuah buku memandangkan mak memang suka membaca. Walaupun tak seberapa hadiahnya, aku harap sangat mak suka dan baca buku tu. huuu

Aku hadiahkan buku bertajuk,

Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia.

Style tak? hikhik..






p/s utk mak: mak bahagia, anis pun bahagia. :)

4 comments:

NuRuL ADiBaH said...

selamat hari raye, niza.
maaf zahir batin. :)

Nurul Ain said...

selamat hari raya..:))

hana_aniz said...

selamat hari rAYA diba n ain! :)

masshie mastura said...

haniza mayb dh lmbat tp nk wish jgk. selamat hari raya :)

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik