UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Feb 12, 2011

hati yang rosak

Salam.

Ingat, aku nak update entri yg gembira-gembira pasal mamat hensem, mandi kat danau dengan Wani dan Rady, jalan-jalan kat hakera dan macam-macam lagi lah.Tapi semua tu terhapus bila aku baca amanat dari NYDP kelab Pencak Silat UKM 2010/2011.

Sebelum tu, ada nasihat aku nak berikan. Pada sesiapa yg rasa tak suka or menyampah dengan entri ini, tolong jangan baca. Hati aku tak berapa nak baik ni. So, kalau ada komen-komen yg seakan-akan men'down' or memperli or sinis-sinis sehingga menyakiti hati aku, maaf. Hati aku tak kuat nak terima sekarang. Tolong!

Apa perasaan yg aku rasa sekarang ye? Entah. Rasa sedih ada. Kecewa, geram, marah, bingung.. Bercampur-campur dah. Sampaikan rasa sakit je hati aku ni, bila perasaan-perasaan itu ada. Oh. Bukan sesuatu perasaan yg baik. Tidak.

Semalam ada Annual Grand Meeting (AGM) kelab Pencak Silat UKM. Macam biasa, kedatangannya sangat-sangat tidak memberansangkan. mmm. Malas nak komen apa-apa pasal tu. Sendiri boleh tahu.

Masa AGM tu, tampuk pimpinan tahun 10/11 dengan rasminya meletakkan jawatan dan berganti dengan tampuk pimpinan tahun 11/12 yg diterajui oleh Afiq. Alhamdulillah, ramai memberi sokongan. Tapi, ada satu perkara yg aku tak senangi. Perlantikan NYDP.

mmm. Macam mana aku nak susun ayat ni ye? ahhh. *ketuk-ketuk dada bagi hilang rasa sakit.

Aku dilantik untuk menyandang jawatan NYDP. Aku tak terkejut sangat. Tapi masih ada rasa terkejut. Entah.. Mungkin dah dapat agak sikit perlantikan tu. Tapi rasa yg ada waktu tu, rasa geram. But masih boleh neutral macam biasa.

Bila pulak aku baca amanat yg disampaikan.. Aku rasa macam kena hempap batu kat kepala, hati macam kena cucuk. Sakit!!

mmm. Aku tak nak komen pasal tu. Aku rasa macam nak marah.

Apa yg aku nak cakap, serius.. Aku. Tak. Layak. Langsung. untuk jawatan NYPD tu! Aku tertanya-tanya, apa sebab aku diberi jawatan tu. Sebab aku bossy eh? Suka mengarah sana-sini? Sebab aku kata NYDP tu kerja tak banyak?

Semua dak silat tahu yg aku suka buat muka ketat dan selalu emo-emo. Kenapa tak pilih yg baik-baik, boleh berbincang elok-elok, kata-kata pun sopan, tak ada nak cakap dengan nada yg tinggi.. Kenapa? Kenapa perlu lantik aku yg suka mengarah-ngarah, marah-marah, buat muka ketat dan emo.. haa.. Paling teruk, mulut aku yg laser tanpa memikirkan perasaan orang lain? Tak rasa nanti ada yg benci ke? Cukup lah aku jadi sekretariat TS3 hari tu. Dah cukup gembira dan ikhlas untuk aku laksanakan jawatan tu.

Majlis Tertinggi tahun 09/10 pun tahu aku ni tak layak. Nama aku tak ada langsung dicalonkan masa agm tahun lepas. Dari situ aku dah boleh baca fikiran mereka. Mereka tak nampak aku pun untuk fit in mana-mana jawatan yg ada. Even untuk jawatan yg biasa. Kecil hati? Langsung tidak. Tapi tertanya-tanya, ya. Aku langsung tak ada capability eh?

Aku baru nak try develop semangat dan keyakinan aku pada jawatan NYDP ni. Tapi rasa sangat down sekarang..

mmm.. Kecewa dan bengang.

Ini luahan aku dari hati yg rosak. Maaf pada sesiapa yg marah bila baca mengenai entri ni. Serius. Ini hanya luahan aku. Siapa je lah yg nak dengar. Mesti akan kata aku ni mengada-ngada.

Tak pe. Abaikan apa yg aku tulis ni.

Esok-esok, akan baiklah hati aku ni even aku tak boleh lupa pada apa yg aku rasa.




p/s: kenapa perlu aku terasa sangat hah?? Gedik giler Haniza ni!

4 comments:

cleo said...

bismillahirahmanirahim...

niza, tahniah 4 d pelantikan, and takziah sebab hal ni mbuatkan niza x senang idop..huhu

1stly, nk ckp kt niza, bagus utk tertanya-tanya tu, memg natural instinct manusia utk memutar dan m'operasikan minda bila something happened.

2ndly,hope niza masih ingat pesanan yg slalu kita dengar: Allah lebih mengetahui tentang kita, dan disalurkan ilham itu kepada teman-teman di sekeliling kita. Kita tak nampak or much better to say, kita tak tahu tentang sebahagian dari diri kita, and yg tahu tu hanyalah mereka yg melihat dan berada d sekeliling kita.

Allah takkan bg ilham kat MT yg lepas utk pilih niza saja2, msti ad sebab ny. Salah satu drpd sebab tu, mungkin utk mdidik niza dr segi pengalaman berada di tempat yg tinggi, mendidik niza pgalaman utk mbuat keputusan dlm sesuatu hal and m'handle satu organisasi. It's not an easy job, and Allah nak niza bljar tu dri sekarang, utk ms dpn niza. So be cool, tenang niza..tenang ye =)

Anonymous said...

Salam...dulu lain skrg lain....dulu myb org x nmpk skrg myb org dah nmpk...niza...setiap yg Allah rncg utk hamba Nya adalah yg terbaik....mn tau insyaAllah dgn ko jd nydp ni ko dpt bljr utk kawal emosi...sbb ko dh tau yg ko jenis emo..jd mn tau dgn jwtan ni ko blhcb kontrol emo...haaaaaa...kan2..try ur best k...td ceramah ursus kawe..utk kawal marah..selalu bc ayat surah Al-A'raf ayat 69..n An-nur 35...n kdg2 pemimpin perlu ade yg tegas n tetap dgn ape yg dia nk n tau ape yg dia bt...dont wory mrk dh pilih ko jd mrk kene terima ko seadanye.....sori just pndangan...akk xde blog...k.nurul..

almuary89 said...

~Allah memudahkan urusan hamba dengan melakukan sesuatu itu semata-mata niat kerananNYA dan mengharapkan keredhaannya...mudah-mudahan niza dan sahabat2 pencak Silat UKM yg lain berada dalam keredhaanNYA..aminnn..

Anonymous said...

Salam...kadang kite meminta pd Allah setangkai bunga yg indah, tp Allah bg kaktus berduri, kite minta kupu-kupu Allah beri kite ulat, kite pun sedih n kecewa, bahkan marah..namun kemudian kaktus itu berbunga cantik...n ulat tu menjadi kupu-kupu yg cantik..Itu lah jln Allah SWT, indah pd waktuNya Allah tidak beri apa yg kite harapkan, tp Allah SWT memberikan ape yg kite perlukan, Kadang kite sedih, kecewa, terluka, buruk sangka. tp jauh di atas segalanya, Allah sedang merungkai yang TERBAIK dlm kehidupan kite...so insyaAllah..mungkin ini yg terbaik utk niza...maka bersyukur n bt yg terbaik....hihih...ayat ni di pinjam dr kawan n akk selalu bc mjd kekuatan diri...k.nurul..
P/s : tq ajar bt blog tp x bt ag tenet ngokngek sikit...nnt dh buat akk xde ar bg komen sbg anonym..hihih

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik