UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Feb 18, 2011

21st birthday + bad teeth day 3

Salam.

21st birthday

Alhamdulillah.. Aku masih berpeluang menghirup udara dan menikmati kehidupan di bumi Allah ni. Pahit manis, semuanya dalam masa 21 tahun ni. Syukur syukur.

Terima kasih lah sangat tak terhingga pada semua yg wish aku tak kira la melalui facebook, telefon@sms or wish face-to-face. Aku sangat sangat menghargainya. Lebih-lebih lagi pada Cik Diba yg bagi aku coklat KitKat, Warie yg belanja eskrim cornetto coklat, Capiee yg belanja ice-blended coolblog even sebenarnya aku yg merayu-rayu mintak dia belanja. (*masih ada lagi 1 hutang coolblog. harap maklum. lalala~) dan pada Jijah yg berkesudian bawa aku pergi jumpa dentist naik kereta. Selesa! ngee~

Rasanya, sambut besday masa kecik-kecik lagi seronok. Bukan sebab dapat kek ke apa, sekali je pun sepanjang 21 tahun ni aku dapat kek. Itupun merayu kat abah time kecik dulu. mmm.. Tapi seronok bila kawan-kawan wish guna kad. Wish depan-depan. Nyanyi ramai-ramai. huhu.. Boleh simpan buat kenangan. Bila ingat dan baca balik kad-kad tu, mesti tergelak sorang-sorang. Manis kenangan tu! Bila zaman dah moden ni, semuanya guna gajet. Tak gembira langsung sebenarnya.

Bukan tak menghargai pada mereka yg wish. Eh, bukan. Aku geram bila zaman dah beralih ni. Kalau wish guna sms, smpai bila je nak simpan sms tu? Henset murah je, tak leh nak simpan banyak-banyak sms. Tapi, wish guna sms, aku boleh terima lagi. Wish guna facebook, pehhh. Merang ramai yg wish. Tapi itu pun pihak facebook yg mention tarikh besday. Kalau tak mention, jangan haraplah nak dapat wish dari beratus-ratus kawan kita tu. Terkilan sungguh aku.

mmm..

Lagi sekali aku ulang, aku sangat menghargai wish mereka semua. Doa-doa yg mereka hulurkan. Tapi, aku tertanya-tanya even wish melalui facebook pun, boleh je tulis

'HB!'
*happy birthday


hohoho.. Bunyi macam tak puas hati je kan?? Maaf maaf. Aku just suarakan je apa yg ada dalam fikiran aku ni.

mmm.. At least mereka mahu juga wish kat aku kan? Terima kasih weh!! huhu.. Terharunya aku.. wuuu~~

Thanks pada family tersayang atas ucapan dan doa-doa yg dihulurkan. Semua wish secara individu. Adik-adik aku siap nyanyi lagu birthday kat mesej tu. hahaha. Mak n along pulak, dah janji nak bagi hadiah! Yeay! ngaa~ 

Apa-apa pun, alhamdulillah. Terima kasih pada Allah atas segala-galanya. Masih memberi aku peluang untuk kecapi bahagia dan merasai nikmatNya walaupun aku ni bukan seorang hamba yg baik dan patuh. InsyaAllah, aku akan berusaha ke arah Mu. Hanya Engkau, Allahu ahad!


Bad teeth day 3

Hari ni 2nd  appointment aku dengan cik Dentist. Alhamdulillah macam biasa, berjalan lancar. Mula-mula aku ingat, inilah appointment yg terakhir. Rupa-rupanya ada lagi 1 appointment. 2 minggu dari sekarang. Adehhh.. Terkejut-kejut jantung aku setiap kali kena inject dengan bius guna picagari besi yg besar tu. huhu~

Appointment kali ni hanya buang tampalan hari tu, x-ray 3 kali sebab asyik tak menjadi, injet ubat apa entah. Yg pastinya untuk bunuh kuman dan bakteria yg kemungkinan ada pada saraf yg dah mati tu. Then, tampal semula buat sementara. 2 minggu kena tunggu untuk appointment yg seterusnya sebab nak tengok keadaan saraf yg dah dimatikan tu. Takut ada bakteria or nanah ke tak. Kalau tak ada, barulah lah boleh proceed dengan tampalan yg permanent.

wuuu~~

Nasihat aku untuk korang semua, even tak sakit gigi, pergilah jumpa abg Dentist sekurang-kurang 2 bulan sekali untuk pemeriksaan gigi. *perlu ke mention 'abg' Dentist, Haniza?? Bak kata cik Dentist tadi,

"Memang kita tak rasa sakit gigi, tapi kadang-kadang kita tak sedar yg sebenarnya gigi kita dah berlubang teruk. Tunggu sampai bengkak dan bernanah, baru nak perasan. Akibatnya, gigi kena cabut."


hello mr. mcdreamy! hahaha

Ok, kawan-kawan. Aku nak try sambung study even aku tahu, asal study je aku mesti mengantuk.

haih.

2 comments:

cleo said...

perlu ke perkataan tu...? nmpk sgt aim tu niza....hahahaha

NuRuL ADiBaH said...

same2, niza.. hehee..

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik