UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Jun 22, 2010

Teguran

Baru sekejap tadi aku ada baca satu status yg dipost oleh kenalan aku di FB. Bila baca status tu aku terfikir.. Susah ke nak terima teguran orang??

Memang aku tak nafikan manusia itu dicipta tidak sempurna. Sempurna itu hanya milik ALLAH..
Dan biasa lah kan, kalau ada orang tegur kesalahan kita, kita mesti rasa nak balas@marah balik. Lebih-lebih lagi teguran itu datang daripada orang yg 'cakap tak serupa bikin'.
Kalau jadi pada aku pun, aku mesti rasa macam tu. Tapi, aku tak adalah nak buruk-burukkan orang tu terang-terangan.

Dan bagi aku, kalau teguran itu datang daripada golongan yg boleh aku katakan alim, lebih tua daripada aku, lebih berilmu daripada aku. Apa salahnya kita dengar teguran itu dan bermuhasabah balik. Fikir balik kekurangan diri kita bila orang tegur macam tu. Rasa marah ditegur tu perkara biasa buat insan seperti aku ini. Tapi, insya-Allah aku masih boleh terima dengan baik walaupun kadang-kadang aku rasa terlepas juga rasa nak melenting tu. Huhu..

Bagi pendapat aku, ada dua kesalahan yang perlu diperbaiki untuk isu sebegini.

1. Untuk golongan seperti aku, (susah nak terima teguran, cepat terasa atau cepat melatah - melenting)
Solusi: Terima teguran dengan rasa rendah diri (even sebenarnya agak susah. Huhu..). Bermuhasabah semula. Dan terima teguran itu bukan dipengaruhi dengan outlook si penegurnya.

2. Untuk golongan yang aku katakan alim, berilmu lebih daripada aku dan lebih senior.
Solusi: Tolonglah tegur secara berhemah. Siapa je yang boleh terima dengan hati yang terbuka kalau teguran itu seolah-olah mahu menjatuhkan maruah orang. Masih banyak cara yang lembut untuk menegur. Perlu ke kasar-kasar bahasanya? (aku bukan tuju untuk semua golongan tu ye? Tapi certain people yg buat cara teguran sebegitu rupa.)


Kalau ada sesiapa yg ada terasa dengan teguran aku, aku sangat minta maaf.. From the bottom of my heart. Huhu.. Maafkan aku.
Beitu juga pada sesiapa yg pernah tegur aku dan dapat negative feedback.. I am so so sorry...


Humble.






1 comment:

K2r~90 said...

lumrah manusia itu suke mengkritik

menegur ade 3 care

1- dengan memberi nsihat guna nada y baik dan kreatif penympaiannya

2- orng melihat dan tyru tingkah laku kita, jd kalu kita x mahu orng wt ape y kite x suke kite pon jgn wat , nnty ada insan y akan trbuka hatinya utk tyru cara kita

3- ni adalah cara terakhir bg insan y mmg keras kepala dgn menDOAKAN supy dia berubah.

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik