UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Jun 29, 2010

Cinta Islamik

Weeeuuuuu~~~

Baru sekejapan tadi aku habis tengok cerita ketika cinta bertasbih 2. Hahaha... Agak lambat kan? Entahlah. Baru ada mood aku nak tengok.

Tak tahu lah aku nak cakap apa feeling aku lepas tengok sequel cerita KCB ni. Huhu.. Macam-macam yang aku rasa.

Bila dibandingkan watak-watak perempuan dalam cerita tu dengan apa yang ada sekeliling (termasuk aku) sekarang, sangat berbeda. Tak jumpa lagi macam tu. Mmm.. Memang ada...

Sayu.
Terharu.
Kagum.
Tertanya-tanya.
Macam-macam lah.

Tapi yang pasti, semua karya Habiburrahman El Shirazy memang terbaik. Begitu juga adaptasi semua novel dia ke layar perak. Fuh.. Mantap. Baik 'Ayat-ayat Cinta' mahupun 'Ketika Cinta Bertasbih'.

Seriously, filem -filem Malaysia yang berbentuk cinta islamik langsung tak meruntun hati aku walaupun cubaan drama 'Nur Kasih' kat TV3 boleh dikatakan tak kurang hebatnya. Tapi, aku bukan suka sangat cerita tu. Entahlah.. banyak kepincangannya. Aku tak nak kaitkan dengan realiti hidup dan idea pengarah itu sendiri sebab kalau nak diikutkan di Indonesia pun sama. Jauh panggang daripada api.

Perbezaan watak-watak dalam genre sebegini (cinta islamik) antara Indonesia dan Malaysia memang sangat ketara perbezaannya. Tengok dari segi konsep perkahwinan dan poligami yang ada dalam cerita 'AAC dan NK. Sangat beza kan? Siapa tak tahu, silalah tengok cerita-cerita tu.

Nur Kasih (Malaysia)
Ayat-ayat Cinta & Ketika Cinta Bertasbih (Indonesia).

Watak-watak perempuan yang berpegang teguh dengan cara hidup islam dalam filem AAC & KCB tersangatlah menonjol. Tapi, dalam filem NK, sikit-sikit saje.

Babak yang negatif, tak tunjuk sangat pun. Setakat penceritaan yang boleh buat penonton faham. Tapi, kalau filem Malaysia babak rogol-merogol, memang sebolehnya mahu tunjuk betul-betul. Huu... Dalam Bohsia segala. Adehh.. Tak faham aku.

Haa.. Ada 1 filem Malaysia aku minat dan aku rasa ramai pun sokong. Filem 'Syurga Cinta'. Ya. Filem tu boleh dikategorikan sebagai filem genre cinta islamik yang terbaik yang pernah director Malaysia buat.

Tapi, kalau nak dibandingkan cerita-cerita Indonesia yang lain, bab-bab sinetron. Macam bawang putih bawang merah tu, memang cannot go. Entah apa-apa la nye cerita dia. Semua cerita sinetron Indonesia memang aku tak boleh nak terima langsung. Hahaha.. Takat seronok nak tengok bolehlah.

Tak tahulah, aku tengok pengarah kat Malaysia ni, semacam satu takut nak buat cerita berbentuk ketuhanan. Memang ada. Tapi tak all out sangat. Entahlah. Tu pendapat aku. Yang tahunya, cerita seram. Tu je la modalnya. Tak kisahlah adaptasi daripada novel ke apa. Haa... drama kat Malaysia ni suka adaptasi dari novel romantik. Contoh, Filem 'Lagenda Budak Setan'. Pehhh... Serius. Memang tak best langsung! Tertipu dengan lagu dia yang best je. Tapi, ceritanya bagi aku, memang tak menarik langsung. Bagi aku la kan.. Tak tahu la orang lain macam mana.


Filem Malaysia


Drama Malaysia


Filem Indonesia


Filem Indonesia


Kalao bab mengkritik, suka je aku ni kan? Hahaha.. Ini pendapat aku aja. Terpulang pada anda semua bagaimana. Setiap orang mempunyai hak masing-masing untuk bersuara. Dan aku.. Menggunakan hak itu sepenuhnya. =)





Selamat menonton. Hahaha..

4 comments:

asaktor lemodasa said...

btul3...
at least ko dh tgk...
ak still x bermood nk tgk lg...hahaha
walaupun AAC

hana_aniz said...

hahahaha..
xpe. ada mood nanti, leh la tengok. =)

K2r~90 said...

oow sume a tgok hoh0 , taste same

Ezuan Saad Ali Hussein said...

salam...
hmm...stuju dgn ko..
ade satu lg filem 'cinta' islamik (indonesia)yg aku tgok trailer pun dah nangis...
kisah cinta sorg pmuda kpd ibunya..
"Emak Ingin Naik Haji"
klu ko da tgok btau ye..

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik