UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Jun 16, 2010

Milo

Minum milo anda jadi sihat dan kuat.

Milo. Ada apa dengan milo?

Milo la pengerat kasih sayang antara aku dan adik-beradik aku yg lain.
Nak tahu sebab apa??

Dari kecil sampai la ni, kami adik-beradik ada tabiat suka ratah milo. Aku tahu, ramai pun suka ratah milo. Lagi-lagi budak asrama. Milo 3 in 1 tu, ditebuk-tebuk pas tu iron kan. Kasi keras dan tepu. Haa.. pas tu, milo jadi cam candy@lolipot big top. Digigit-gigit sebab dia crunchy. Memang sedap. Siapa yg tak pernah rasa, serius rugi la hidup korang. (ayat hiperbola je ni, bukan mati pun kalo tak makan. ngee~)

Kami siblings bukan takat suka ratah je. Tapi dah jadi macam addicted. Asal ada milo je kat rumah confirm! Seminggu dah boleh habis. Kalau dulu abah selalu beli paket besar, sekarang ni paket paling kecik je dia beli. Huh. Kedekut nye abah. Hahaha..

Mana tak nye. Paket besar tu leh sebulan. Tapi, bila dapat je kat kitorang, jadi beberapa minggu je. Hari-hari dok ratah. Macam style ada. Tak yah la aku nak cerita. Nanti korang nak tiru pulak. Tak pasal-pasal aku dipersalahkan. Ngaa~

Even abah beli paket kecik je, hehehe... Aku masih lagi curi-curi makan. Alaa... Bukan aku sorang je, adik-adik aku pun sama je! Lalala~ Kadang-kadang samapai bergaduh-gaduh siapa yg amik lebih. Yg mana bijak. Curi makan time orang ngah leka. Memang sedap la dapat makan banyak.

Nak dibuat nye 1 cerita, masa aku kecik. Tak silap aku, masa aku sekolah rendah kot. Tak ingat darjah bape. Ada pagi tu, macam biasa.. Semua bersiap-siap nak pergi sekolah. Along, aku n mira. Kami je yg sekolah. Lagi 2, athirah n sakinah kecik lagi. Aqilah pulak (bongsu), tak wujud lagi. Pagi tu memanga agak kelam-kabut sikit. Time aku ngah siap-siap sikat rambut, mak n abah aku menjerit-jerit panggil nama athirah. Huu.. Terus aku letak sikat. Aku pergi la intai ke dapur. Awat mak aku menjerit-jerit. Bunyi cam sayu-sayu pulak tu. Gaya macam nak nangis! Serius.

Aku pun pergi tanya along apa yg jadi. Along cakap, athirah hilang. Haaaa... Apa lagi. Dengan aku nye kelam-kabut. Semua dah keluar masuk rumah. Periksa segala ruang n ceruk rumah. Dari atas sampai bawah. Mak cik jual nasi lemak kat tepi jalan rumah aku tu pun da macam pelik tengok kitorang anak-beranak terjerit-jerit. Customer yg ngah beli tak yah la aku nak cerita kan. Rumah aku macam orang da kena histeria.

Cari punya cari... Korang leh bayang kat mana? Hahahahahaahah! Confirm tak boleh punya. Serius. Tempat penyembunyian adik aku tu memang bagus betul. Cerdik dowh.. Hihihi... Kami jumpa sebelah mesin basuh! Dengan keadaan mulut yg comot dengan milo. Mata terkebil-kebil. Bajet muka kesian la! Adehh... Mak aku yg memang dah nak start nangis, terus tak jadi nangis. Abah pulak ketawa. Kelakar tengok keletah anak dia. Aku mesti la naik darah. Tapi tak jadi marah gak. Ketawa je lebih. Hihihi..

Athirah.. Athirah..

Inilah memori yg aku akan cerita kat bakal anak-anak aku nanti. (Itupun kalau ada jodoh dan kahwin dan punya anak. Huhu..) =)

Sampai sekarang aku takkan berhenti ratah milo. Itulah kesukaan aku. Sehingga ke saat ini. Antara semua family aku, aku seorang je tak minum milo. So, tiap kali aku beli milo 3 in 1 untuk bawa balik asrama, ye la.. Untuk diratah... Hehe.. Abah tak pernah marah. Coz aku dah la tak suka minum susu jugak, so, nak tak nak abah kena bagi la ratah milo. Buat tambah kalsium katanya. Hihih.. Sayang abah!! Sayang mak juga!!





Milo oh milo.



3 comments:

K2r~90 said...

wahaha, aq pon suke gile ratah mende nih, pastu musti cirit birit kakaka

cleo (クレオ) said...

ya Allah...saba je niza...adeq mu e2 memg kiut...hahaha :))

asaktor lemodasa said...

aku pn antu milo jgk...skrg pn sme...hahhaa....
tp dh canggih ada pack nestum pn rantah mcm milo...heheh...

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik