UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

May 23, 2010

MASUM 2010



MASUM (Majlis Sukan Universiti Malaysia)
Pertandingan : Pencak Silat
Lokasi : UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Tarikh : 23.5.2010 - 28.5.2010


Selangkah lagi aku kehadapan dalam arena pencak silat (silat seni). Alhamdulillah.. Aku sendiri tak menyangka boleh pergi sejauh ni.. Harapan itu sentiasa ada. Tapi, masih lagi boleh terkejut. Hahaha.. Syukur. Syukur.

Seperti biasa juga, harapan untuk mejadi juara begitu membara. Yeah!! I can do it! My friends can do it!! Insya-ALLAH... Moga-moga UKM masih lagi mengekalkan kejuaraan nya. Amin. Amin. Amin Ya Rabbal 'alamin. Hanya padaMU ku bermohon..

Penat sudah. Cramp sudah. Lapar sudah. Sakit sudah. Training yg hardcore pun sudah. Huuu... Latihan yg aku jalani memang betul-betul menguji semangat dan mental aku. Huu.. mental down memang selalu berlaku ah. Dengan muka ketat segala. Hahahaha... Pape pun, terima kasih buat jurulatih-jurulatih yg sangat profesional. Abg Man.. Cikgu Along... Terima kasih sangat-sangat!! Insya-ALLAH.. Kami pasti akan buat yg terbaik! Insya-ALLAH!

Huhuhu... Insya-ALLAH juga, aku akan update kan segala peristiwa yg berlaku sepanjang masum silat ni. Saje nak kongsi. Bolehkan? =)

Gambar-gambar sepanjang game nanti pun aku akan masukkan. Hihihi...

Aku harap sahabat-sahabat yg baca entri ni, tolong doakan kejayaan aku dan seluruh team pencak silat UKM yg bertanding. Doakan kami dapat buat yang terbaik. Insya-ALLAH.. Dan doakan tiada kecederaan yg serius berlaku sepanjang pertandingan berlaku.. Itu yg paling dikhuatiri. Minta dijauhkan... Huhuhu...

Ok.. Aku senaraikan kategori pertandingan yg akan berlangsung nanti:
Silat olahraga
  1. Kelas A (putera n puteri)
  2. Kelas B (putera n puteri)
  3. Kelas C (putera n puteri)
  4. Kelas D (putera n puteri)
  5. Kelas E (putera n puteri)
  6. Kelas F (putera n puteri)
  7. Kelas G (putera)
  8. Kelas H (putera)
Silat seni
  1. Tunggal (putera n puteri)
  2. Ganda (putera n puteri)
  3. Regu (putera n puteri)
Nak tahu apa beza silat seni dan silat olahraga? Silat seni lebih berfokus kepada gerak tari, kemantapan, keserasian, kebolehan bermain senjata segala. Kalau orang yg tak didedahkan dengan pencak silat ni, mereka lebih mengenali silat seni sebagai silat persembahan.

Silat olahraga mesti ramai yg tahu. Yang lawan-lawan tu. Cam taekwondo semua. Tapi rules dia memang berbeza. Kalau sparring taekwondo lebih utamakan serangan kepala, silat hanya dari pangkal leher hingga ke pinggang. Kalau berjaya buat sapuan atau jatuhan, markah akan dapat lagi banyak.

Haa... Kalau nak tahu lebih lanjut, mai la datang UKM. Hehe... Perlawanan akan berlangsung di sini. =)

Till then, daa~






p/s: aku main untuk kategori silat seni - regu puteri. Berganding 3 pesilat. Mempersembahkan jurus wajib = 12 jurus = 99 langkah = 3 minit. Huu~

1 comment:

cleo (クレオ) said...

chaiyok niza, chaiyok...!!!!

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik