UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Sep 30, 2010

Talentime.

Salam.

Kejadian berlaku baru-baru ni, time aku kelolakan satu program 'Jom Heboh Zoologi' kat fak aku. Kami ada jemput lebih 108 budak tadika join program ni dan aku adalah salah seorang yg tolong uruskan budak tadika tu.

Seronok n seriously I got a talent to be a wonderful mother. Muahahaha.. Perasan nye aku!

Ok ok. Done with the 'perasan' thing.

Ceritanya begini, aku ditugaskan untuk bawa budak-budak tadika tu tengok pameran haiwan yg ada. First pameran, tengok haiwan yg diawet. Seronok berada dalam kalangan budak-budak kecil yg suka bertanya. Macam-macam yg nak ditanya. So, waktu ni memang perlukan psikologi yg terbaik.

"Cikgu! Cikgu! Haiwan apa ni?" bukan seorang yg tanya, ramai-ramai pula tu. Semua tanya soalan yg sama pada waktu yg sama.

Cara terbaik yg aku pakai,

"adik-adik, ni kucing. tapi kucing ni garang. dia ada dalam hutan je." sambil merujuk kepada leopard cat yg dah diawet tu. haa.. baru semua buat gaya macam faham. Hahaha.. Tak boleh blah.

Then, da puas tengok semua haiwan tu, aku bawa diorang pergi tengok pameran ular pula. Mula-mula, semua nampak macam relax je. Haa... Bila abang yg handle ular tu pegang ular sawa yg besar tu, semua budak-budak tu menjerit macam trauma. Hahaha.. Ada yg muka takut n ada gak muka seronok tapi still mahu menjerit. Nyaring pula tu. Haish. Biasalah.. Budak-budak.

Waktu aku suruh budak-budak tu try pegang ular tu, hampir majoriti pegang. Hebat. Takut-takut diorang, still boleh pegang. Yg buat aku kagum, time aku ngah cakap

"Ular ni jenis baik sebab dia ada tuan" aku kata kat seorang budak kecik ni.

"Hebatkan ciptaan Allah cikgu?" kata seorang kawan budak kecik tu sambil usap-usap ular sawa tu. Time tu, aku tergamam. SubhanAllah. Tak sangka budak yg berumur 6 tahun tu, boleh memuji sedemekian rupa. Aku?? Tak pernah terfikir pun nak kata macam tu bila tengok ular. Betapa dia memandang dari sudut yg berbeza. Aku ngaku. Pujian kepada Allah hanya bila aku lihat sesuatu yg indah atau sesuatu perkara yg baik berlaku pada aku. Tapi... Ular?? Haiwan yg aku rasa, rata-rata geli dan takut nak pegang. Dan adik tu boleh puji kebesaran Allah dengan sangat yakin. Huhu.. Sungguh. Itu pengajaran terbaik untuk aku.

Banyak lagi yg aku nak cerita. Tapi... Mmmm.. Tak apalah. Biar aku buat kenangan sendiri. Hehehe..
Apa yg paling best, aku dan beberapa kawan lain dipuji oleh guru tadika. Pandai bermain minda dan emosi kanak-kanak. Cikgunya siap tanya aku ada ambil psikologi ke. Aku cakap tak. Ni first time handle budak-budak kecik@tadika. Ramai pulak tu. Huuu.. Hebat. Hebat. *puji diri sendiri.

Habis je sesi bersama budak-budak tadika tu, aku terfikir. Kalau aku jadi cikgu tadika pun, mesti best kn?
Hehehe... Layak ke???


2 comments:

masshie mastura said...

wahh bgsnye budak tu, kecik2 dh pndaii.. niza, u shud put some pics la.. baru meriah sket kan hehe.

Hans asaktor said...

waa~~ besnye~~ aku x g...huhuhuu

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik