UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Sep 16, 2010

Bakal menantu datang beraya

"Ding dong. Ding Dong" bunyi alarm handset berbunyi. Tertekan dengan bunyi yg seakan mendesak, aku terus tekan punat stop. Sempat tengok waktu sekejap. 6.15 pagi. Dengan langkah longlai dan mamainya, aku bangun pergi toilet bilik depan. Amik wudhuk, solat subuh. Usai solat, gerak pula Mira (adik aku) dan Damo (kawan yg stay sehari kat rumah). Elok dua-dua dah bangun, seperti biasa.. aku terus letak kepala kat bantal. Lelap sampai 8.00 pagi. Huuu.. Anak dara bangun lewat!

Haa.. bukan nak buat cerpen ke apa. Aku just bercerita secara penceritaan. Erkkk.. Faham kan? Faham kot.

Pagi-pagi hujan buat semakin aku malas nak bangkit dari katil. Toleh sebelah, nampak Damo kusyuk baca komik koleksi aku. Ergh.. Serius malas bangun. Dekat 10.30 barulah aku bangkit. Hui. Lama kan?

Turun bawah, aku tengok rumah dah siap kemas. Yes! Berkurang kerja aku pagi tu. Macam biasa, aku terus pergi ke dapur. Bukan cari makanan nye. Harap maklum. Aku pergi tengok mak aku buat apa. Mak masak nasi ayam. Suka!

"Lambat bangun?" mak perli. Tak terasa pun. Dah biasa.
"Bangun lama da. Tapi malas nak turun" apa punya anaklah aku ni. Matahari dah naik tinggi baru nak bangkit? Adehh..

Fokus aku pada nasi ayam terganggu kejap bila tengok Mira dan along aku dah bangun awal. Selalunya diorang pun 2x5 je dgn aku. Sama-sama bangun lewat. Tapi hari ni, bangun awal dan siap mandi. Pelik.

"Hari ni ada orang nak datang ke?"tanya aku curious kat mak.
"Kawan mira nak datang" jawab mak bersahaja
"Berapa ramai?" tanya aku lagi.
"Dua orang katanya" jawab mak lagi terus pergi tanak nasi atas dapur.

Alaa.. bukan ramai pun. Aku pun pergi bergerak ke ruang tamu. Time tu serius lupa yang niat aku nak bantu mak.

"Sape kawan mira yang nak datang?" tanya aku pada adik aku.
"Afif dengan kawan dia" jawab dia tersengih. Afif? Oh! Berani betul dia nak datang.

Afif tu pakwe adik aku. Budak-budak sekarang memang berani kan? Siap leh jumpa mak bapak sorang-sorang. Tak pelah. Diorang punya pasal. Aku pun terus ambil tuala, siap nak mandi.

Siap mandi dan tolong mak semua, aku tengok adik aku cam kelam-kabut. Ni mesti kes nervous. Aku dengan mak sibuk usik dia.

"Dah bagitahu abah ke yang afif nak datang?" aku mula cucuk jarum.
"Mira bagitahu kawan yang nak datang. Tak mention plak afif." jawab dia dengan muka yang resah.
"Kata nak keluar sama lepas dia datang. Afif tu dah mintak izin abah ke?" aku cucuk lagi.
"Kena mintak izin ke?" muka Mira bertambah cuak.
"Kenalah mintak. Takkan boleh keluar dengan anak dara orang macam tu je." aku kata lagi. Haish. Lebih-lebih pulak aku ni.
"Budak-budak sekarang kalau nak keluar, bukan nak tanya mak ayah dulu. Dah siap nak keluar, baru nak tanya. Itu pun bukan tanya. Tapi beritahu je." pehh.. kena sebijik dengan mak aku.

Adik aku yang cuak tu, terus telefon si pakwe nye.

"Afif kata, nanti dia mintak masa dia datang nanti." beritahu adik aku dengan wajah yang lega aku rasakan.
"Seronok lah abah tu kalau bakal menantu dia datang." aku buat muka. Tak tahu kenapa.
"Abah asyik dok tanya je kat Mira. Anyah tu tak de pakwe ke?" dush. Terasa beb.

Adik aku dah gelak-gelakkan aku. Mak aku still sempoi dok kacau sup ayam atas dapur.

"Abah tanya?" tanya aku balik
"Banyak kali kot" jawab adik aku.
"Kalau abah tanya lagi, jawab, kempunan lah abah. Lambat lagi anyah nak ada pakwe." pesan aku.
"Anyah garang sangat. Tak ada sape nak dekat." mak mula mengeluarkan pointnye.
"Garang apanya. Diorang kata anis demand ada la. Tak pe. Anis cari yang alim-alim nanti. Cari yang boleh berhujah dengan abah." jawab aku semangat.
"Eloklah tu." mak aku senyum. Tanda green light kot! Eleh.. Siapa je tolak menantu yang alim-alim?

Lebih kurang pukul 12 pm, abg Faizal (pakwe along) datang. Abg Faizal aku dah lama kenal. nak cerita pasal perkenalan aku dengan pakwe along aku tu, panjang. So tak payahlah. Dalam hati, 'diorang ni pakat nak datang ke?' Mmmm.. Sejam kemudian, baru si Afif dan 2 orang kawannye datang. Aku jelah yang pergi sibuk menghidang makanan.

PENDEKKAN CERITA. Malas coz panjang sangat.

Malam tu, abah aku sibuk dok tanya along dan mira pasal pakwe-pakwe mereka. Belajar kat mana? Tinggal mana? dan.. bla bla bla bla...

Sangat tak boleh blah.. Macam biasa.. Siapa je lah tak kenal pak cik Nordin yg mesra tu... Kebetulan Afif dan kawan stay satu malam di hotel kat pekan. Sanggup tu turun dari kedah nak pergi jumpa adik aku. Huuu.. Abah aku ajak si Afif keluar pergi minum. Adik aku pun join sekali. Sesi temuramah la katakan.


Fullstop kat sini. Aku tak mahu cerita lagi.

6 comments:

Ezuan Saad Ali Hussein said...

salam..
hahahahahahakkk!
aku ingatkn bakal laki ko pi umah hang! jeng3x~

hana_aniz said...

hahahahaah..

bakal laki aku? tak ada maknanya! hoho

akukalerless said...

bila plak turn ko niza?..hikhik..:P:P

hana_aniz said...

turn aku? hahaha. lambat lg kot!

ko tlg carikan utk aku.

Hans asaktor said...

bgus lah klau laki brani dtg rumah tu tnda dia serius...hehe~~~
haa...turn niza ble lak ek...
ak lak x sabar nk tau...hehehe

hana_aniz said...

hahaha.. bongek. x de maknanye. turn aku lmbt lg. tggu ko nye turn dulu.

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik