Mengalu-alukan kedatangan mu ya Ramadhan

SubhanAllah.. Akhirnya ketemu juga Ramadhan yg mulia. Syukur ke hadrat Illahi aku masih lagi bernafas di saat ini. Dan moganya, berjaya melalui Ramadhan ini dengan penuh rasa keinsafan dan istiqamah.
Huhu~
Aku fikir, kemungkinan untuk berpuasa di rumah memang tiada. Tapi sejurus terima sms dari mak,
Salam anyah wat apa? Selamat berpuasa.
kesayuan menjentik hati. Tak pernah-pernah mak nak ucap selamat berpuasa guna sms. Betul-betul terharu. Keinginan aku untuk menyambut Ramadhan sehari dua di rumah tiba-tiba je terasa membuak-buak. Tunggu anis pulang mak! Huu~
Selamat berpuasa semua. Jangan diberi alasan puasa, aktiviti seharian dibataskan. Belajar, training, rehat dan lain-lain haruslah seimbang. Ikutlah kemampuan anda ok? =)
Fitness. Puasa. Reduce
Comments
izzat: salam ramadhan. moga2. =)
salam rmdhan niza
matapkah ibadah di bln y mulie ini =]
Post a Comment