UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Aug 1, 2010

Jalan-jalan


Salam.

Hari sabtu (31 Julai 2010) betul-betul buat aku rasa kurang bermaya. Lebih rela aku training silat dari window shopping tanpa dapat duduk. (time solat je leh rehat2 kejap. huhu). Ni semua gara-gara along aku. Berjalan tak ingat dunia! Bila suruh pergi joging yg tak sampai 30 minit tu banyak pula alasannya. Tapi, window shopping yg hampir 9 jam ni.. pehh... Kalah atlet olahraga. Stamina kakak saya lagi hebat!! Huh.

Bila berjalan-jalan ni, aku suka tengok karenah orang. Seronok dan sering buat aku berfikir banyak. Ada yg baik dan ada yg buruk.

1st place yg kami pergi (aku, kakak n adik aku, pakwe kakak aku), Times Square. Kat sana, perkara yg menarik bagi aku time beli kemeja la. Hehehe..

2nd place, kami pergi Jalan Tar di Masjid Jamek. Along n adik aku pergi cari kain buat baju kurung. Plus, selendang 2 helai (along beli untuk diri dia). Haa.. Waktu aku menulusuri jalan-jalan kedai dekat sana, aku perasan sesuatu perkara dan mampu buat otak seiring kata hati aku berfungsi. Aku tengok satu situasi dimana ada seorang ayah, nenek dan anak-anak kecil. Banyak juga kelompok ni aku nampak sepanjang-panjang jalan kedai tu. Waktu tu, aku terfikir, mana si ibu? Huhu.. Andaian yg terwujud sendiri, "maknya pergi shopping!". Huh. Apa yg terlintas di fikiran aku masa tu,
'adakah aku akan jadi seperti si ibu itu? Yg tega membiarkan anak-anak, suami dan ibu mertua/ibu kandung di luar kedai sedangkan aku, bergembira shopping di dalam?'

Sepantas itu juga, kata hati aku menjawab,
'minta-minta dijauhkan. Moga-moga aku menjadi seorang ibu yg bertanggungjawab dan tahu akan batas-batasnya sebagai seorang isteri, ibu dan anak.' Huhu.

3rd place kami pergi, SOGO. Sekitar Masjid Jamek juga. Aku pergi situ pun atas permintaan kakak aku yg nak pergi window shopping. Bajet je window, alih-alih banyak jugak barang yg dia borong. Haish..
Haa.. Situasi yg menarik perhatian aku time aku di surau selepas aku solat maghrib.
Sambil tunggu adik aku selesai solat, aku duduk-duduk lah kejap. (kaki lenguh sebab berjalan tak rehat-rehat). Aku ternampak si ibu, si abang, si adik kecilnya. Si ibu ni nak solat, so si abang (umur kira-kira 4-5 tahun) ni lah nak kena take care dekat adik kecil (umur kira-kira 3-4 tahun. perempuan) dia tu. Masa aku tengok diorang, aku asyik tersenyum je sampaikan si abang ni perasan. Comel dan aku tertarik dengan attitude si abang. Sangat behave walaupun umur baru takat tadika. Adiknya, tak payah cerita la kan. Budak kecik, kalau tak dok diam memang tak sah.

Nak dijadikan satu cerita, adiknya tetiba terjatuh. Syok sangat main kot, dia terhentak kepala ke lantai sebab main atas sejadah. Lantai dah la licin (lantai mozek). Memang 'BUM!!' bunyi nya. Kuat juga la sampai beberapa orang yg baru nak mula solat boleh terhenti sekejap. Si ibu tengah solat (konfem aku rasa dia kurang kusyuk. Yela, anak jatuh kt sebelah. Betul-betul kat kaki.)
Apa lagi.. Meraung habis+kuat+nyaring la si adik ni menangis. Dalam keadaan si adik menangis kuat, si abang panggil,
"adik.. adik.." sambil mendepakan tangan. Terus saja si abang peluk si adik. Sambil tu, diusap-usap kepala si adik yg terhantuk tadi. Cuba juga menenangkan si adik. Seriously, aku sangat terharu. Sekejapan peluk dan diusap oleh si abang, si adik yg meraung kuat tetiba elok je redanya. Sekejap sangat tangisan tu jadi tangisan kecil. Tak ada lagi suara nyaring yg menjerit-jerit.

Time tu, kata hati aku menyampuk lagi,
'akan aku didik bakal anak-anak aku dengan rasa kasih dan sayang tak berbelah-bagi antara mereka. InsyaAllah.. Amin'

Last place yg kami tuju, Restoran Soho di Bandar Baru Bangi. Nama lagi restoran, mesti la pergi makan. Hoho. Dalam keadaan kurang bermaya sampaikan tertidur-tidur dalam kereta masa on the way nak pergi restoran tu, terus je aku cergas time makanan yg di order dah sampai. Lauk tomyam perahu pecah, telur bistik, sambal belacan dan nasi putih. Memang sangat selera la aku makan. Eh, bukan aku seorang je. Along, mira n abg faizal pun sama selera. Tapi, selera aku terlebih la. Diorang sepinggan nasi putih tiap seorang je. Aku?? 2 pinggan nasi putih. Malu dgn abg Faizal? Tak payah. Aku dah lapar. No need to cover-cover anymore. Bukannya makan gelojoh. Makan 2 pinggan je. Tak ada hal lah. *angkat2 kening






Aku semakin dewasa.

2 comments:

NuRuL ADiBaH said...

weyh, niza..
aku nangis plak bace psal
abg dgn adik tu..
wa.. giler terharu..

hana_aniz said...

haa... tau x pe. aku yg melihat ni.. huu.. lg la..

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik