UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Jul 6, 2010

Sabar


Salam 'alaik..

Kali ni perkongsian rohani untuk kita bersama. Bahan yg aku cari di internet dan digabung-gabungkan. Moga dapat manfaat. *lebih-lebih aku
Selamat beramal.



Orang Mukmin yg diuji ALLAH s.w.t

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)

Kesimpulan Hadis:
  1. Sabar menghadapi dugaan boleh menghapuskan segala dosa
  2. Cubaan yaang paling dahsyat adalah cubaan yang dihadapi oelh para nabi kemudian orang-orang soleh seterusnya ke bawah secara berturut-turut.

Berkata Saidina Ali,

Kesabaran itu ada tiga macam. Kesabaran dalam menghadapi musibah, kesabaran dalam ketaatan dan kesabaran untuk tidak melakukan maksiat.


Balasan syurga pada orang yg sabar

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:

"Tidak ada balasan syurga kecuali bagi hambaKu yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang disayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu.

(Hadis riwaya Imam Bukhari)

Kesimpulan Hadis:

  1. Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman.
  2. Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah





Sabar itu indah

2 comments:

Ezuan Saad Ali Hussein said...

innallaha ma'assobirin...
ssguhnya Allah bersama-sama dgn org yg sabar...
:)
syukran ats pkongsian..

hana_aniz said...

afwan.. =)

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik