UPDATE

i'm not beautiful like you. i'm beautiful like me.
Ya Allah. If I am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to you.” Aameen

Search This Blog

Jul 15, 2010

Mahal? Murah?


Salam.

Bila berbicara perihal perempuan, aku mesti akan jadi sensitif. Sebab apa? Mestilah sebab aku seorang perempuan.
Serius. Kalau ada isu-isu yg berkaitan dengan perempuan, pasti akan menarik perhatian aku.

=.=

Macam biasa. Sambil relax layan FB, aku suka pergi 'melancong' ke wall orang lain. Tak kira la mereka friends dalam senarai aku atau tidak. As long as aku boleh baca segala status orang. *tangan tak mau dok diamkan? asyik nk 'merayap' je kejenye. klik sana klik sini. huhu

Tak payah aku cerita pasal mereka mereka kan? Pastinya, mereka mereka itu bukanlah kawan-kawan aku. Lebih kepada kenalan secara tidak langsung.

Aku tak mahu cerita pasal mereka. Cukuplah untuk korang tahu entri ini idea dari mana.

Huhu~

Dalam hati aku tertanya-tanya.. Kenapa perlu kita, perempuan letak harga diri kita semurah yg boleh 'mereka' perlekeh-lekehkan. Aku bukan nak jadi pesimis atau eksploitasikan kaum 'mereka'. Cuma, aku.. Entah la. Ada satu sudut dalam jiwa aku memang tak senang dengan perkara sebegini.

Dan aku rasa, perempuan sekarang perlu belajar untuk katakan tidak pada sesuatu perkara yg sememangnya tidak patut dilakukan.

Contoh:

1. Apa perlu kita terhegeh-hegeh nak perkenalkan diri pada seseorang yg terang-terangan yg tidak mahu mengenali kita?
Action recommended: Ignore. Kalau dia nak berkenalan, then hulurkan salam. But make sure tengok dulu apa 'perkenalan' yg dia mahukan. Kawan? Kenalan? Atau makwe? Sendiri boleh tahu kalau 'perkenalan' itu mewujudkan cas-cas yg tidak baik.

2. Apa perlu kita mengenangkan kembali 'nostalgia lama' kita dengan dia yg mengecewakan hati kita?
Action recommended: Life must go on. Tak mati pun kalau dia pergi. Ramai lagi yg baik hati dan jujur untuk kita cari. Jodoh itu rahsia Allah. Pasti akan ada seseorang yg sesuai dengan kita yg Allah ciptakan. Just keep believing. Insya-Allah.. =) *bakal suami nanti.

3. Apa perlu kita 'murah' dalam memenangi hati dia?
Action recommended: Yg mahal itu lebih baik daripada murah. Murah cukup senang untuk dibeli. Tetapi kalau mahal, itulah yg disanjungi, yg dicari-cari, yg diidami ramai.



Aku senaraikan tiga contoh yg paling nyata yg selalu aku ingatkan untuk diri aku, dan adik-adik aku.



Sejenak:~

Mengapa dengan Allah s.w.t. kita jadi terlalu mahal. Terlalu sombong untuk menagih cinta DIA. Sedangkan dengan manusia yg pasti akan mati itulah yg kita damba-dambakan. Dan semurah-murah harga diri kita tunjukkan. Sedangkan dengan cintaNYA lah terwujudnya cinta manusia..








Kadang-kadang kita perlu jadi MAHAL untuk tidak diMURAHkan.

1 comment:

achapbuzzlee said...

best entry ko ni ! siyes wat aku byk pk . aduh .. sedar x sedar .. lupa x lupa .. manusia .. alpa .. itu sering .. :)

Post a Comment

Popular Posts

Yang menarik