GULA-GULA GETAH / CHEWING GUM



Hai,

Aku peminat tegar coklat. Lagi-lagi kalau coklat susu atau coklat pahit. Oh my heaven!

Masalahnya dengan sweet tooth (A liking for foods that are sweet; a weakness for sweets. Someone with a liking for sweet foods.) ni, kau tak dapat lari daripada sakit gigi. Jujur, aku bukan penggemar gosok gigi waktu kecil dulu. Inilah satu kemalasan yang sukar aku nak didik sehinggalah dah dewasa dan sendiri terima akibatnya.

Boleh kira berapa banyak tampalan yang ada. Hampir semua gigi geraham/molar bawah aku bertampal. Dan aku dah ada buat juga rawatan akar gigi. Cumanya last step (crown) yang dalam gambar bawah ni  aku tak buat lagi. Sebab kena bayar RM150 dan jauh nak pergi KL sana semata dengan cuti sakit pun tak dapat. Justeru itu, aku tangguhkan dulu. Harapnya tampalan ni bertahanlah untuk setahun dua lagi. aduh.

Root canal treatment | healthdirect

Nampak tak kesannya kau tak rajin jaga kesihatan mulut? So siapa ada sejenis kemalasan yang sama, cepat-cepatlah berubah sebelem semua gigi kau hilang disebabkan karies gigi. Hukhuk.

Mendapatkan rawatan gigi di klinik swasta bukan semurah rawatan perubatan biasa eh. Jangan main-main. Nak pergi klinik kerajaan, korang kena buat temujanji. Wajib. Kecuali kes kecemasan sampai bengkak gusi tak boleh bercakap, bernanah dan berdarah, then barulah on the spot korang akan dapat rawatan. Untuk rawatan akar macam yang aku pernah buat, kos boleh mencecah hampir RM1k kalau di klinik swasta. Boleh semak dengan klinik gigi yang berdekatan. Tapi-tapi, haaa. Ada trick untuk korang dapatkan rawatan murah atau percuma. Tak nak percaya? Terpulang!

Aku pergi buat rawatan gigi ni masa aku belajar degree di UKM dulu. Menahan sakit gigi seminggu, tak boleh tidur malam, gusi membengkak dan berdarah bila gosok gigi, serius sangat tak selesa. Menangis aku setiap kali sakit gigi tu datang. Aku cuba dapatkan rawatan di Pusat Kesihatan UKM Bangi, (PKUM), tapi macam aku cakap, kena temujanji dulu. Seminggu pulak tu. Nak meraung aku rasa. Kecewa tu tak payah cakap lah kan, aku siap pujuk nurse assistant tu adjust timing appointment untuk awalkan. Dengan mata berair aku merayu, pehh dia tak layan wehh. Nak mengamuk aku rasa. 
Pulang ke bilik dengan hati kecewa. Ada ketikanya aku akan ambil panadol sebab tak tahan sangat. Kenali Haniza, korang akan tahu ni sejenis yang kuat tahan sakit. Itu sebab seminggu aku sakit tu, aku relax je sampai tahap gusi bengkak, pipi pun bengkak, itu yang kerah diri pergi PK. Waktu tu bodoh, tak pernah dapatkan rawatan gigi, jadi tak tahu yang kena ambil temujanji dulu. So gais, jangan buat mistake yang sama ok.


Cerita panjang berkenaan peristiwa tu, korang boleh baca di label bad teeth day. Aku cerita details semua kisah-kisah gigi aku tu. Dimana nak cari? Tengok arrow dalam gambar bawah ni. Tak pun klik je yang aku taip tu.



Jadi, apa kena-mengena dengan chewing gum pula ni? Ni nak kabau, esok aku ada appointment gigi di Klinik Kesihatan Seremban 2, gigi geraham bawah kanan aku yang pernah bertampal berlubang semula. Berlubang besar pula tu. Bukan tampalan yang berlubang. Tampalan itu elok je terletak. Gigi asal aku haa berlubang. aduhh. Nak makan tak selesa sebab apa yang aku makan, semua tersekat dalam lubang tu. Gusi aku pun da start bengkak. Mulut pun berbau busuk. euwww. Dulu berlubang kecil je, so aku ignore kan je. Sebelum PKP lagi, laa ni haa padan muka eh kau Haniza. Tak ambil pengajaran ya selepas apa yang terjadi?

Tips untuk korang alami situasi sama yang dengan aku, korang kunyah la chewing gum selepas makan. Tapi make sure kumur mulut dulu bersihkan sisa-sisa makanan kau, kalau rajin, standby Listerine kt pejabat senang nak guna. Kunyah gula-gula getah ni kira last step untuk kau buat la. Serius berkesan. Memang jarang nak ada sisa makanan tersekat dalam lubang tu. Cumanya, jangan kau anggap ni penyelesaian pada gigi berlubang. Tak. Ini hanya melambatkan proses yang lebih teruk terjadi. Sebab air liur kita bersifat asid. So, lubang tetap akan membesar kalau tak dapatkan rawatan segera.

Esok aku cerita kalau aku rajin. Pertama kali nak pergi terima rawatan gigi di klinik kerajaan. Harapnya semua ok. uwaaa.

Ciao.

Comments

Popular Posts