DURIAN BERADAP

Tajuk power kan?

Hahaha. Tiba-tiba nak buat post berkenaan durian sementalahan sekarang ini musim durian. Kalau port durian yang paling best di Perak, korang kena pergi Batu Kurau. Sana memang lubuk durian. Dulu masa aku kerja SUK Perak, ada sekali tu musim durian, makanya SUK buat festival durian. Hanya untuk staf. Gila, syok aku makan puas-puas lepas tu jenuh tahan sendawa takut bau busuk dalam pejabat. 

Kalau port durian di Negeri Sembilan, yang aku tahu dan pernah pergi, area Lenggeng, Mantin dan Jelebu. Ikut laluan persekutuan (laluan kampung / jalan lama). Haa sepanjang jalan la korang akan jumpa.

Aku dan keluarga semua makan durian. Semua hantu durian kecuali mak dan adik bongsu aku. Mak aku sebab ada darah tinggi. Jadinya faham lah kenapa kurang makan. Yang aku tak boleh brain, adik aku yang bongsu. Halaaahhh mengadalah tak makan. Memilih. Memang kitorang selalu perli yang si bongsu. Bukan asal budak bandar pun tak makan durian. 

Aku bersyukur juga sebab bakal keluarga mertua aku semua pun makan durian. Tak ada la kekok sangat kalau aku yang beriya suka durian. Kecuali bakal mak mertua aku. Tak makan dan tak tahan bau. Tapi sebabkan suami dan anak-anak semua makan, terpaksalah menahan. Alahai kasihan.. Sebab bakal mak mertua aku pun ada darah tinggi. Jadi, memang lebih baik tak makan pun.

Semalam aku sekeluarga ke Jelebu, rumah keluarga tunang aku. Ziarah raya dan untuk berbincang sekali berkenaan majlis nikah aku bulan Disember nanti. Musim Covid-19 ini kan tak boleh buat kenduri. Sepatutnya majlis sanding aku buat sehari lepas majlis nikah. Bila keadaan sebegini, terpaksa buat perbincangan semula.

Keputusannya, majlis nikah dilaksanakan seperti yang ditetapkan, majlis sanding terpaksa tunda hingga ke tarikh yang dibenarkan. Harapnya, wabak Covid-19 reda cepat dan pihak Kerajaan benarkan buat kenduri. Ameen.

Lari dah daripada tajuk asal.
Haha.
Sorry.

So, sebabkan bakal bapa mertua tahu aku dan keluarga suka makan durian, maka dihidangnya durian pada kami lepas makan tengah hari. Pehh, makan tengah hari dah la sedap makan gulai lemak puyuh salai, ikan goreng berlada dan kerabu pucuk paku. Tersandar kekenyangan kami.

Beza cara hidang diorang ni. Mungkin sebab takut durian cepat busuk, jadinya ulas durian semua dikeluarkan dan diletakkan dalam tupperware, kemudian simpan dalam freezer. Disebabkan durian yang dihidangkan tu durian kunyit (musang king) dan durian ioi, ada sedikit campur dengan durian kahwin (gred 24), kisah tak kisah sejuk, semua ngap masuk mulut. Waa cakap lu, banyak gilaaa aku makan. Ada sebiji durian kunyit yang bakal bapa mertua aku tak kupas lagi, yang itu paling laju dimakan. Abang ipar aku paling hantu durian. Dia seorang je boleh makan berbelas-belas ulas. Haha.

Timbul cerita durian beradap bila on the way balik. Mak aku cerita, style zaman orang dulu, hidang durian atas dulang yang dah siap dikopek macam gambar bawah ini. Ayah aku tambah, kalau kopek tu, tak kopek habis sampai tercabut tangkai. Sebabnya, bila habis makan, senang angkat tangkai terus buang. 

Then standby air putih untuk minum daripada ruas. Yang ni memang sampai sekarang aku buat kalau makan durian tak ingat dunia. Entah, apa signifikannya aku tak pasti. Tapi bila minum air dari ruas buah durian, badan tak panas sangat. Memang menjadi pada aku lah. Ayah aku yang ajar. Rasanya mostly pun semua orang tahu kot.



Hiburan | Kesulitan Buka Buah Durian? Coba Pakai Cara ...



Maaf ye peminat durian... Kata pakar, musim hujan perlu elak makan ...
ada yang terliur ke?


So, nampaklah beradab dan tak bersepah buat macam tu. Untuk tetamu vip, mungkin boleh beriya begitu, Tapi kalau dah saudara-mara, tak ada maknanyee nak hidang gitu yop, atee pantang nampok semua udoh terkamm. Betol dok?

Cara makan durian yang paling aku suka, pulut + santan (dimasak) + tabur gula + ulas durian. Macam gambar bawah ni.

√Resepi Pulut Durian Kelantan

Aduhh, terliur sudah aku. Tabur gula tu biar lebih sikit. Sedap makan manis berlemak ni. Her.her.her.



Comments

Popular Posts