AKU YANG TERSAKITI SENDIRI
Assalamualaikum,
Dear Readers,
Macam biasa, soalan pertama aku, siapa je lagi yang baca blog aku yang merepek ini?
Kalau masih ada, jangan lupa tinggalkan komen korang ya. Pretty pleaseee..
Tiap kali nak mulakan menulis atau menaip, perkara yang paling susah aku nak buat adalah tajuk. Selalu stuck bila nak tulis tajuk apa. Bajet nak catchy. Tapi jenuhh.
Content pula, elok taip panjang, tiba melencong ke lain, haaa terus lari dari konteks sebenar isi kandungan post ni. Siapa selalu gini? Aku je kot. Sebab jarang sangat nal berblogging sekarang. Nak kena praktis semula penulisan yang baik dan kurangkan penggunaan bahasa rojak.
Oh by the way, aku menaip di ofis. Macam kelakar sebenarnya. Blog ni bukan private pun. Tapi aku segan bila ada orang baca masa aku menaip. Kalau dalam movie tu, chill je watak utama berblogging depan kawan atau strangers masa minum kopi di kafe. Tapi aku tak reti. Tak suka orang jeling dan pandang-pandang. Boo yahhh. Haha. Entahlah. Tapi bila buat story di Instagram, chill pula muatnaik gambar selfie bagai. Alahai lah. Ada seorang member siap label aku narsis weh. Melampau. Tapi aku gelakkan je sebab ada lahh sikit ciri-ciri narsis. More on topik narsis ni, nanti aku buat eh.
Apa aktiviti korang masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal-awal Mac dulu? Minggu pertama rasa seronok dapat cuti. Minggu kedua dah masuk mood bosan sebab aktiviti yang selalu aku buat, semuanya dilarang. Jogging? Hiking? Even nak keluar pergi window shopping juga di ketatkan. Rasa lumpuh kejap hidup aku. Dapat pulak aku duduk sorang di rumah Along aku.
Tinggal seorang memang seronok. Tapi untuk aku, bahaya sebenarnya. Banyak perkara lagho yang aku buat berbanding perkara yang berfaedah. Tapi ada juga yang seronoknya, masa yang banyak tu dah upgrade sikit kualiti aktiviti tadabbur aku. Lagi-lagi masa bulan puasa, almost setiap kali lepas solat dapat baca sehelai dua muka surat al-Quran. Ada yang kawan-kawan yang berjaya khatam masa Ramadhan. Fuhh, hebatnyaa.. Terasa kerdil kejap. Tapi aku tetap ikut niat aku untuk baca perlahan-lahan sambil layan tafsir. Terasa diri ini banyak betul dosanya.
Jadi dalam tempoh PKP, PKPB, aku banyak fikir weh.
Apa cara untuk aku upgrade kualiti kehidupan aku?
Apa aku perlu buat untuk memastikan masa aku dipenuhi dengan perkara yang baik dan positif?
Impian terbesar aku nak travel dunia. Backpacking secara hitch hike, tak pun bikepacking macam kak Jaja Taher pernah buat. Yang masih bikepacking dari single sampailah dah berkahwin, kak Violet Biru. Ya Allah, sumpah aku kagum. Rasa nak berhenti kerja sekarang, kemas bag, beli tiket dan terus terbang!
Tapi memang mustahil la kan? Merepek namanya.
Persediaan kewangan dan ilmu tu paling penting. Nak main terjah pun biar ada dua perkara tu.
Hmm..
So the best thing aku boleh buat sekarang, adalah memperbaik kualiti penulisan. Aku nak mula semula cerpen. Kalau rajin novel. Artikel? Tak rajin. her.. her. her..
Aku selalu sangat rasa yang something is missing in my life.
Macam mana nak put into words eh.
Nak kata career searching ada juga.
Life searching pun ya.
Bukan nak gah. Tapi nak merasa puas hati dengan apa yang ada dengan sekarang. Aku pernah rasa puas hati macam tu. Waktu kerja di Perak. Oh my, gaji kecil je weh. Tapi sangatlah aku seronok. But now, hilang dah rasa itu.
Post yang sebelum, 'Things that I regret' sangatlah bersangkut-paut dengan apa yang aku rasa.
Aku tahu, mesti korang akan kata aku ni tak bersyukur kan?
Aku pun rasa begitu. Hmm.. Tiap kali solat kena latih diri untuk sentiasa sujud syukur ni.
Zaman sekolah jangan cerita, zaman kegemilangan aku rasa walaupun aku ni dicop sebagai pelajar nakal dan bermasalah oleh para warden.
Kalau korang ada tips untuk hilangkan rasa ni. mohon kongsi ya.
Potongan doa untuk diamalkan ke.
Pandangan ke, apa-apalah.
You have my attention.
Panjang pula coretan kali ini.
Sungguh aku rindu nak berblog!
By the way, tajuk post ini banyak kali tukar weh!
'Emotional Unstable'
'Post Covid-19'
'Pencarianku'
Akhir sekali, tajuk atas tu.
ahhh.. sudahhh
Stay safe everyone. Aku doakan semoga segala urusan korang dipermudahkan. Ameen ya Mujib.

Comments
Post a Comment