berdoa.
Salam.
Kebetulan aku ada terbaca, jadi aku nak kongsikan dengan korang semua.
Waktu-waktu mustahab berdoa
Kebetulan aku ada terbaca, jadi aku nak kongsikan dengan korang semua.
Waktu-waktu mustahab berdoa
- Ketika hujan.
- Ketika hendak memulakan solat dan selepas solat.
- Ketika menghadapi musuh dalam peperangan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah; pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan." ~hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam al-Azkar)
- Waktu antara azan dan iqamat.
- Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
- Ketika sujud dalam solat.
- Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).
- Sepanjang malam, terutamanya di sepertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur.
- Sepanjang hari Jumaat. kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yakni antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
- Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.
Rujukan: Solusi isu no. 28

Comments
Post a Comment